CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2978|Reply: 7

Musim cuti dapat RM500 sehari! (kuda berhias pantai batu burok)

[Copy link]
Post time 16-9-2014 10:52 AM | Show all posts |Read mode
  • Mohd Hafizi sentiasa memastikan keselamatan pelanggannya.
[url=]<[/url] 1 / 2 [url=]>[/url]


KUALA TERENGGANU – Rezeki pengusaha kereta kuda berhias di Taman Awam Pantai Batu Burok, di sini, bagaikan melimpah ruah apabila hasil yang diperoleh sejak Jumaat lalu meningkat berganda.



Pengusaha kereta kuda, Mohd Hafizi Mohd Zahri berkata, musim cuti sekolah adalah saat dinantikan kerana rezeki mereka bertambah berbanding hari biasa yang hanya sekadar cukup makan sahaja.



"Musim cuti sekolah ramai pelancong berkunjung di Terengganu, bagi mereka yang tidak pernah menaiki kereta kuda inilah kesempatan yang kami tunggu untuk mengaut untung lebih. "Dengan caj biasa dikenakan kepada pengunjung, pendapatan kami kini boleh mencecah RM500 sehari," katanya.

Kata Mohd Hafizi, orang tempatan sudah tiadk hairan lagi dengan kereta kuda kerana selalu sangat naik kereta kuda.



Namun bagi pelancong, naik kereta kuda satu pengalaman baharu bagi mereka terutama yang ada anak kecil.





Tidak hairanlah aktiviti naik kereta kuda acara wajib apabila berkunjung ke Kuala Terengganu.

“Kalau hari biasa, pendapatan kurang RM200 sehari tetapi berbeza pula pada musim cuti sekolah kerana pelanggan ramai setiap sehari.

"Tetapi sebenarnya faktor cuaca juga penting kerana sekiranya hujan, orang ramai tidak datang ke pantai,” katanya ketika ditemu bual di Taman Awam Pantai Batu Burok.

Bagi Hafizi, musim cuti panjang adalah peluang dia mengumpul duit kerana pelancong sentiasa datang sehingga larut malam yang memaksa dia bekerja sehingga jam 10 malam setiap hari.



“Kalau orang ramai macam sekarang, saya akan bawa kuda ke sini setiap hari bermula jam 3 petang hingga 10 malam kerana kebanyakan pelancong lebih suka datang pada waktu malam berbanding siang yang agak panas dan kadangkala hujan,” katanya.



Harga yang dikenakan hanya serendah RM3 hingga RM5 bagi setiap seorang dengan membawa pelanggannya bersiar-siar sambil menikmati keindahan pantai sejauh 200 meter.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 05:56 PM | Show all posts
Masyuuukkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 11:51 PM | Show all posts
10 hari cuti dah dapat rm5k
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 03:39 PM | Show all posts
musim tak cuti,weekday ...nak dapat RM10 pun susah
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 11:51 AM | Show all posts
Sesiapa mahukan voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )Sila tekan: http://www.whohaa.com/register?referral=63324 Terus register sahaja, PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) Please visit http://www.whohaa.com/register?referral=63324 to join member . (join member for free ) Sesiapa yang ingan mendapatkan kupon percuma (KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...dan banyak lagi )Sila layari http://www.whohaa.com/register?referral=63324 untuk pendaftaran sebagai pengguna . (pendaftaran pengguna adalah percuma )
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2014 08:50 AM | Show all posts
nak naik kuda nih berapa riyal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2014 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
IRZeeBuk posted on 29-10-2014 08:50 AM
nak naik kuda nih berapa riyal

Rasaya rm5 seorg utk dwasa..kanak2 xtau brp..2 kali pusing..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 02:31 PM | Show all posts
awek_ganu posted on 5-11-2014 02:56 PM
Rasaya rm5 seorg utk dwasa..kanak2 xtau brp..2 kali pusing..

5 riyal dokla mahal mane
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:49 PM GMT+8 , Processed in 4.912929 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list