CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10489|Reply: 12

[AZALEA] Melarik Awan (Dayana Roza, Aizat Hassan) 4pm, Isnin-Khamis

[Copy link]
Post time 17-9-2014 12:12 AM | Show all posts |Read mode


EPISOD : 20 episod
TARIKH : 9 September 2014 ( Isnin-Khamis, 4ptg)
SIARAN : Slot Azalea TV3
PENGARAH : Along Kamaludin
SKRIP : Jaya Satria dan Faridah Arifin
TERBITAN : Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.
PELAKON : Dayana Roza, Aizat Hassan, Shiqin Kamal, Ammar Titan, Anne Abdullah, Sheila Mambo dan Zulkifli Ismail.

sinopsis

Kehidupan Fatihah (Dayana Roza) mula diuji dengan kehilangan ibu yang disayangi kerana penyakit barah payudara yang dihidapinya. Kerana tidak mahu bapanya, Harun (Mubarak Majid) tinggal sendirian Fatihah melupakan impiannya untuk menyambung pelajaran.

Dia juga tidak mahu Harun merasa terbeban. Setelah kematian Rabiah, Harun sering sahaja didekati oleh Zaiton (Anne Abdullah). Entah kenapa Harun terlalu mudah menerima kehadiran Zaiton walaupun pada mulanya Harun telah berjanji kepada Fatihah tidak sekali-kali akan menduakan arwah ibunya.

Pada mulanya Fatihah amat sukar menerima kenyataan bahawa dia akan menerima seorang ibu tiri dan akan menjadi kakak tiri kepada Areya (Shiqin Kamal). Areya sering sahaja bersikap jahat terhadap Fatihah. Tanpa pengetahuan Fatihah dan Harun sebenarnya Zaiton telah lama menaruh hati terhadap Harun tetapi Rabiah terlebih dahulu telah merebut hati Harun. Semenjak itu Zaiton bertekad untuk mendapatkan Harun dengan apa cara sekalipun termasuklah menggunakan bomoh.

Fatihah sekali lagi diuji selepas perkahwinan Harun dan Zaiton apabila Harun mengalami kemalangan yang mengakibatkan lumpuh dan tidak lama kemudian meninggal dunia. Akhirnya Zaiton telah menunjukkan belangnya apabila dia mengusir Fatihah dari rumah dan menjualnya kepada Rayyan (Aizat Hassan), anak orang kaya yang ingin membeli tanah milik Harun. Pada mulanya Fatihah tidak mahu tetapi Zaiton tetap menghalaunya untuk membolot harta peninggalan arwah suaminya. Zaiton juga turut melemparkan pelbagai fitnah terhadap Fatihah sehingga Rayyan amat benci dan memberi layanan buruk kepada Fatihah. Hanya ibu bapa dan adik Rayyan, Haziq (Ammar Titan) yang melayan Fatihah dengan baik.

Apakah yang akan terjadi kepada Fatihah yang dipaksa menjadi orang gaji di rumah Rayyan, lelaki yang tidak pernah dikenalinya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-9-2014 12:13 AM | Show all posts
ada orng kata citer neh mcm ombak rindu..

aku tgh tgk ep 1.. pelakon seme baru.. hero kekayuan skit.. tapi still leh hadam..

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 12:33 AM | Show all posts
hero tu ada berlakon watak tempelan kat drama astro
dia ok, boleh berlakon dan iols suka tgk muka mamat tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 08:58 AM | Show all posts
kelakar pulak tgk mak ton gila..........................mok cik yg 2 org tu main kejar2 keliling kg pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 03:52 PM | Show all posts
boleh tahan gak citer ni
wlaupon pelakunnya semua x kenal
benci betol tgk si ira tu
dah la x lawa... ada hati nak jadi model
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2014 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Geram aku tgk areya tu... Mencaras balak orng plak.. Die x tau.. Jantan tu nanti jdk laki fatihah...

Mak areya dh smpi kl ok.. Gila2 pon pandai nak dressup nak pi kl.. Hahahaha....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2014 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka ammar titan tu byk job la dia skrgkn
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 01:09 PM | Show all posts
citer best jgk la...apakehal citer kul 4? biler masa la aku nk tgk...tertgk pun sbb masuk spital semggu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2014 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Pdn.muka rayyan ingt dh ceraikn fatihah dpt hd ceo tp nan hado:lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 10:31 AM | Show all posts
yujin posted on 9-10-2014 01:38 AM
Pdn.muka rayyan ingt dh ceraikn fatihah dpt hd ceo tp nan hado:lol

areya tu lagi..mengelitis

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Dayana ni lurus sgt kdg ptt selalu kena tindas dgn adik tiri dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 12:24 PM | Show all posts
geramnya tengok 2 org ni rayyan & areya
bila la nak dpt pembalasan
asik nak kenakan fateha je

la ni sibuk pura2 gilakan fateha
rasa ku nak cempuk je jantan cenggini
bila la si zul nak simbah asid muka areya
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 11:54 AM | Show all posts
sue_liah posted on 11-10-2014 12:24 PM
geramnya tengok 2 org ni rayyan & areya
bila la nak dpt pembalasan
asik nak kenakan fateha je

tgk dalam iklan tu...fateha kena culik ..haqiz kena tembak...sedih la pula.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.380494 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list