CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86117|Reply: 196

[Pelbagai] 10 Perkara Tidak Boleh Anda Beli Dengan Duit !

[Copy link]
Post time 18-9-2014 03:43 PM | Show all posts |Read mode
10 Perkara Tidak Boleh Anda Beli Dengan Duit !



DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup.

Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.






Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.

1. Masa
Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu. Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.

2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta dan rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun dalam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanan dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.

4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin kerana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.

5. Persahabatan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.

6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .

7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.

8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.

9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.

10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan. Sumber :  Love Islam


AAP - Duit bukan segalanya... tetapi semuanya memerlukan duit.... nak D.U.I.T => D = Doa U = Usaha I = iktiar T = Tawakal.. Ada duit abang sayang tak ada duit adik melayang Sekadar ada duit sahaja pasti kita tidak mampu memiliki 'syurga' tanpa ada amalan yang lainya. Sekadar air liur sahaja mungkin kita tak mampu memiliki duit nak cari duit pastinya dengan duit juga. Semua yang bergerak didalam kehidupan memerlukan duit, hatta mati pun memerlukan duit. Kita boleh sahaja mencari duit. Cuma ingat jangan sampai kita menjadi hamba duit.

Wassalam, Wa'allahhualam



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 10:24 AM | Show all posts
No money no talk?
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 10:23 AM | Show all posts
Memanglaa duit tak bleh beli semua tu, tapi macamlaa takder duit bleh semua tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2014 09:56 AM | Show all posts
DUIT BUKAN SEGALAGALANYA TAPI SEGALAGALANYA DUIT...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2015 08:30 PM | Show all posts
some aku setuju.some tak.
Kalo psl cinta tu,baik ko guna air liur masa nk blanja gf/bf.

Duit tu pnting.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua tu betul tapi dengan dunia sekarang nak g toilet pon kena bayar guna duit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2017 10:31 PM | Show all posts
But somehow Duit jugak Yg membawa kebahagian.
Not being materialistic.
The fact is banyak institusi Rumah tangga runtuh disebabkan masalah kewangan.

I think we can discuss this matter here

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 07:43 AM | Show all posts
Acikayumii replied at 19-1-2017 09:31 PM
But somehow Duit jugak Yg membawa kebahagian.
Not being materialistic.
The fact is banyak institus ...

no money no talk...kena cari Along lak..so how?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit mmg tak boleh kebahagiaan, cinta..tp utk bahagia, utk bercinta, kita perlukan duit. Nak makan, tmpt berlindung semua perlukan duit.

Duit juga mmg tak boleh beli kesihatan, tp utk sihat perlukan duit. Nak beli ubat, supplement, makanan berkhasiat. Bukan guna duit?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by watiemacyleo at 20-1-2017 09:01 AM

Yes all 10 on the list obviously cannot be buy with money but to make it happen in real life we do need money.. dont u think so?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 09:50 AM | Show all posts
Duit memang tak boleh beli semuanya.. tp ia penting utk semua yg dilistkan..
Apapun kena pandai seimbangkan ,  utamakan keperluan dari kehendak dan bersederhanalah dalam semuanya..

contoh: kita mungkin bahagiakan anak2 dgn beli gadjet, tp adakah ia perlu?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 09:52 AM | Show all posts
seribulan replied at 20-1-2017 07:43 AM
no money no talk...kena cari Along lak..so how?

cari along ibarat gali kubur sendiri.
sesak mcm mana pun jgn la cari along. huhu.. my staff da ada yang tak turun kerja sebab along carik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 09:55 AM | Show all posts
Acikayumii replied at 20-1-2017 08:52 AM
cari along ibarat gali kubur sendiri.
sesak mcm mana pun jgn la cari along. huhu.. my st ...

Kat forum ni ada thread luahan pasal terdesak pinjam Along...sedih baca luahan laki tu...
moga dia bertabah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:00 AM | Show all posts
yes duit x blh beli tu semua but duit can help us utk dptkan benda itu semua..
for example, with duit blh buat a family happy mcm beli kfc n makan ramai2..blh eratkan hubungan..
dgn duit gak blh beli supplemen atau epal sbgi pencegahan dari penyakit..
bukan berapa byk duit yg perlu ada tp mcm mana duit tu digunakn utk dptkn semua tu..
win win situation for both..hahaha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:00 AM | Show all posts
seribulan replied at 20-1-2017 09:55 AM
Kat forum ni ada thread luahan pasal terdesak pinjam Along...sedih baca luahan laki tu...
moga di ...

i got a friend yg terjebak dgn along sb terdesak dan tak fikir panjang.. she is still young 24 yrs old.. with 2 kids
kesian hari2 kena kejar..

moral from her story: kena bincang dgn husband/family kalau ada apa2, jgn buat keputusan melulu


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 10:05 AM | Show all posts
apa2 pun semua berbalik kepada hati, keberkatan & iman.

duit is everything. tapi if kita sabar, redha & percaya akan rezeki Allah( especially kalau da berusaha).
sentiasa rasa syukur, kita akan sentiasa rasa cukup.

contoh ada depan mata I sebelum ni. cousin sendiri. hidup suami isteri masa mula2 kawin memang cukup makan dengan si suami bergajikan rm1000 sebulan. hidup dalam serba sederhana. and isteri try bantu suami dengan jual baju2 baby.and now hidup dorang better. even I sendiri kadang2 jeles n kagum, dorg nampak sangat sederhana but very happy family.

sekian coretan pagi ini. hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2017 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Acikayumii replied at 20-1-2017 09:52 AM
cari along ibarat gali kubur sendiri.
sesak mcm mana pun jgn la cari along. huhu.. my st ...

Betul jgn cuba ngan along .... pernah kenal satu family suka berhutang n last sekali ambik along mmg xaman hidup along cari .. dari ada family ok... ada rumah n  tanah last sekali jual semua sekali lari duduk kawasan pendalaman lari dari along ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2017 06:28 PM | Show all posts
Syahdu pulak baca pasal pos ni. Dah rasai betapa duit tak boleh beli masa, persahabatan, kesihatan dll. tu. Antara 10 ni bagi saya, masa lah yang paling 'mahal' nilainya. Sebab percaya tak, dengan masa kita boleh beli 9 yang lain...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Jika kita manfaatkan masa yang ada, Insya Allah - kebahagian, kesihatan, cinta, persahabatan, sikap yang baik, kedamaian, kejayaan termasuk DUIT tu sendiri kita boleh "BELI"

dan MASA tetap tidak dapat beli MASA

*tersentuh sebab kehilangan sahabat, jikalah mampu diundurkan masa untuk betulkan keadaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju bab masa.
Banyak duit macam mana sekali pun masa memang x boleh dibeli.
Masa x boleh diundur. Masa x boleh diputar walau sesaat.
Jadi hargailah masa. Gunakan sebaik mungkin masa yg ada dengan benda yg beefaedah.
Masa itu emas. Sekiranya pandai menguruskan masa x mustahil boleh menghasilkan duit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2017 04:36 PM | Show all posts
Banyak dah berlaku keruntuhan intitusi kekeluargaan kalau tidak mempunyai duit,kerana duit boleh bergaduh adik beradik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.694453 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list