CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4541|Reply: 0

[Edisi Sains Am] Tamadun Purba dan Kecanggihan Teknologi

[Copy link]
Post time 18-9-2014 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Tamadun Purba dan Kecanggihan Teknologi

Pernahkah anda terfikir bahawa tamadun purba mempunyai teknologi yang canggih? Yang mana maksud penulis mempunyai teknologi yang hampir setaraf dengan teknologi moden zaman sekarang?
Kemungkinan apa yang dikatakan penulis kelihatan janggal dan kurang menyakinkan. Walaubagaimanapun, anda perlu ingat terutama yang beragama Islam bahawasanya anda sekarang hidup di dunia akhir zaman. Akhir zaman bermaksud tiada lagi zaman selepas daripada ini.

Dan perlu diketahui juga, zaman yang kita berada sekarang adalah zaman yang paling pendek waktunya. Usah difikirkan jauh-jauh,usia manusia akhir zaman pun dalam 50-100 tahun sahaja. Jarang-jarang ditemui manusia yang boleh hidup menjangkaui 100 tahun. Umat terdahulu memiliki umur yang bergitu panjang sehingga ada yang mencapai 1000 tahun!.Dengan usia yang sebergitu panjang, kemungkinan teknologi dapat mereka cipta dengan lebih maju dan berkemungkinan melebihi teknologi zaman kita kini.



Apapun, sesuatu persoalan semestinya memerlukan pembuktian.Jadi apa kata kita lihat dahulu sebahagian bukti yang penulis sediakan untuk anda semua.

Bukti-bukti Arkeologi

Bateri Baghdad
Bateri Baghdad atau Bateri Parthian ini ditemui pada 1936 di Kuyuut Rabba’ou,Iraq. Dipercayai Bateri Baghdad ini dibina pada zaman pemerintahan dinasti Parthian pada 250BC. Bateri Baghdad seakan-akan pasu yang diperbuat daripada tembikar.Ketinggian hanyalah 14cm sahaja.

Bateri Baghdad langsung tidak mendapat perhatian semasa mula-mula ditemui sehinggalah pada tahun 1938, Wilhem Konig, Pengarah Muzium Kebangsaan Iraq tertarik dengan bentuk Bateri Baghdad ini.

Beliau tertarik dengan struktur ‘pasu’ ini kerana ia mempunyai ciri-ciri sebuah bateri moden. Artifak tersebut terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta Asphalt.

Bateri Baghdad ini mampu memberi kuasa sebanyak 1.5V selepas dimasuk jus limau atau lemon. Kuasanya menyamai bateri jenis AA sekarang.!

Ini bermakna Bateri Baghdad telah dicipta melebihi 1000 tahun sebelum bateri moden dicipta oleh Alessandro Volta.

Perlukah sejarah diubah kembali?
Bateri Baghdad


Piramid Khufu

Piramid Khufu dibina oleh firaun Mesir ketika itu, Firaun Khufu. Firaun Khufu memerintah daripada 2606BC hingga 2583BC. Piramid Kufu siap dibina pada 2580 iaitu 20 tahun selepas mula-mula dibina.

Piramid Khufu memiliki sebanyak 2 juta blok batu yang mana setiap satu biji seberat 1 tan!. Blok batu ini dilicinkan sehinggakan kilauannya boleh diperhati daripada jauh. Apa yang lebih menarik apabila seorang ahli arkeologi Sir Flinders Petrie berkata pembinaan piramid ini sememangnya terancang dan sistematik sehinggakan menurutnya kedudukan ketiga-tiga piramid di Giza termasuk Piramid Khufu menyamai kedudukan bintang Ursa Minor dan Ursa Major kira-kira 3000 tahun dahulu.!

Pembinaan Piramid Khufu menjadi perdebatan hebat cendikiawan. Ini kerana, mustahil dengan teknologi waktu itu manusia dapat membina bangunan sekukuh ini. Ada cendikiawan dengan nada ekstrim mengatakan Piramid Khufu ini dicipta oleh makhluk asing!.

Jadi,siapakah yang sebenarnya membinanya?

Satu blok kubiknya lebih tinggi daripada tinggi manusia normal.


Perang Nuklear di Mahenja-daro dan Harappa
Mahenja Daro dan Harappa adalah dua buah penempatan purba yang terletak di Lembah Indus. Mohenjo-daro telah ditemui pada 1922 oleh R. D. Banerji, Pengawai Archaeological Survey of India.
Sejak daripada itu, pelbagai pihak datang untuk lakukan cari gali arkeologi. Sangat mengejutkan apabila mereka mendapati banyak rangka-rangka mayat yang bergelimpangan tanpa diurus kematiannya dengan elok. Terdapat setengah mayat menunjukkan reaksi menakutkan seperti memeluk antara satu sama lain seakan-akan ajal menunggu ajal tiba.

Setelah diperiksa, rangka ini mengandungi kesan radioaktif yang tersangat banyak. Iaitu melebihi 20 kali ganda berbanding manusia normal. Ini menimbulkan spekulasi bahawa terdapat peperangan nuklear besar-besaran di penempatan purba ini.

Rangka mayat ini dibuat petarikhan karbon-12. Agak mengejutkan bahawa rangka mayat ini secara purata kira-kira 2000-3000 BC. Perlu diketahui bahawa apabila rangka telah dicemari kesan radioaktif yang kuat, pentarikhan karbon akan menunjukkan usia yang jauh lebih muda daripada yang telah didapati itu.!Jadi, kemungkinan usianya melebihi apa yang telah dicatatkan oleh tarikh karbon ini!

Benarkah berlaku Peperangan Nuklear?

tapak arkeologi Mahenjo-Daro dan Harappa


Rangka mayat bergelimpangan




Dipercayai beribu manusia terbunuh akibat perang nuklear purba ini.



Mayat-mayat ini tidak terurus menimbulkan 1001 persoalan.



Loji Nuklear di Gabon,Afrika
Loji nuklear purba ini ditemui pada tahun 1972 di Okla,Gabon. Gabon merupakan sebuah negara di benua Afrika. Penemuan ini amat mengejutkan setelah para saintis daripada Perancis membawa pulang secara tidak segaja fosil tanah yang mengandungi nuklear yang telah siap sedia terurai. Dengan tidak membuang masa mereka pergi kembali ke Okla dan mengkajinya dengan lebih lanjut.
Lebih mengejutkan apabila setelah membuat pentarikhan karbon-12, mereka mendapati bahawa loji ini berusia 1.8 juta tahun dahulu. Dan lebih mengejutkan loji-loji terdiri daripada 17 loji kesemuanya,9 loji telah habis digunakan.

Jika diikutkan,tamadun hanya bermula sekitar 3000-4000 tahun sebelum masihi. Jadi,tamadun manakah yang menggunakan loji nuklear ini?

Tanah berwarna kekuningan adalah Uranium Oksida.



Pegangan Kita sebagai umat Islam
Sebagai umat Islam, kita sedar bahawa sememangnya terdapat tamadun-tamadun terdahulu daripada kita. Akan tetapi, semuanya telah Allah swt musnah dek kerana keangkuhan mereka sendiri. Allah swt berfirman dalam Surah Yunus ayat 13 yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan”.(Yunus 10:13)

Dan kini, Allah swt gantikan kita sebagai umat yang terakhir untuk menjadi khalifah(pentadbir) di bumi. Sepertimana firman Allah swt dalam Surah Yunus ayat 14 yang bermaksud:

“Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan”.(Yunus 10:14)

Mungkinkah sejarah perlu ditulis kembali. Waallahulam.
tak usah risau


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.055265 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list