CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2451|Reply: 3

Resort mewah RM25j di Pulau Perhentian

[Copy link]
Post time 19-9-2014 10:53 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Kota Bharu: DRA Group, bakal mengukuhkan kemudahan percutian penuh makna di Pulau Perhentian menerusi pembinaan resort mewah bertaraf lima bintang bernilai RM25 juta.
[size=0.9em]Resort yang dibina di tanah seluas 1.41 hektar di Mukim Pulau Perhentian Kecil itu diyakini mampu memenuhi keperluan tempat tinggal kepada pengunjung yang mengimpikan sebuah penginapan yang mewah, selesa dan lengkap dengan pelbagai kemudahan.
[size=0.9em]
Pengerusi Eksekutif DRA Group Azharudin Ismail berkata, lebih mengujakan resort mewah itu bakal dimiliki sesiapa saja yang berminat dengan harga belian bermula RM5.5 juta sebagai tanda penukaran hak milik geran tanah resort.




[size=0.9em]“Selepas segala perjanjian dan tandatangan selesai, pihak kami akan terus menjalankan kerja pembinaan dan menetapkan tempoh dua tahun untuk siap sepenuhnya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kubang Kerian, baru-baru ini.
[size=0.9em]
Beliau berkata, resort mewah itu mempunyai 58 bilik terdiri daripada tiga jenis iaitu katil tunggal, katil berkembar dan keluarga untuk keselesaan pengunjung.
[size=0.9em]
“Resort ini juga dilengkapi kemudahan bilik seminar,wakaf,restoran, jakuzi,kolam renang serta kemudahan asas seperti surau,tandas dan pejabat,” katanya.

[size=0.9em]Katanya, bagi merealisasikan impian itu, pembinaan resort berkonsepkan tropikal moden bakal mendapat kerjasama pembina antarabangsa.
[size=0.9em]
“Setakat ini, sebanyak tiga syarikat daripada Australia, China dan Singapura mengatakan minat dalam pembinaan resort ini,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2014 01:19 PM | Show all posts
Eloklah..lagipun belum ada lagi 5 star hotel di pulau perhentian
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 05:17 PM | Show all posts
bestnya pulau perhentian
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 12:05 AM | Show all posts
Dah start bina belom ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.061748 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list