CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2471|Reply: 2

Bangkit seri rumah pusaka

[Copy link]
Post time 19-9-2014 11:03 AM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Hasrat mengembalikan kegemilangan seni bina rumah pusaka yang memahat pelbagai memori indah, antara pendorong utama buat pencinta dunia seni dan tradisional ini.
[size=0.9em]Tiada lain yang diimpikan kecuali menampilkan persekitaran ‘dulu-dulu’ dalam situasi hari ini untuk dimanfaatkan keluarga dan sanak saudara.



[size=0.9em]Kini Rosnah Abd Ghani, 55, mampu tersenyum puas kerana saban waktu khazanah tradisional yang cuba dikekalkan itu sudah berada di depan mata.

Tidak keterlaluan jika ada yang begitu teruja sebaik menyaksikan binaan semula rumah pusaka sarat dengan nilai estetika itu.

[size=0.9em]KARAKTER ruang dalam rumah pusaka kekal klasik.


[size=0.9em]
Terletak di Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor, kediaman utama yang tampil dengan idea seni bina tersendiri bertambah lengkap dengan kehadiran rumah pusaka di sebelahnya.
[size=0.9em]
“Usaha ini tidak semudah disangka kerana ia membabitkan pelbagai perkara dengan cabaran yang hebat.

“Hasrat membina semula rumah ini dirancang sejak dua tahun lalu, kini menjadi kenyataan.

“Sukar digambarkan dengan kata-kata sebaik ia tersergam gagah bersebelahan kediaman utama kami ini,” katanya.

Menceritakan proses awal pembinaan semula rumah pusaka yang kelihatan menyamai kediaman tradisional Perak itu, Rosnah nyata teruja.

Bayangkan usaha itu memerlukan perincian apabila setiap material, elemen dan segala berkenaan rumah pusaka asal dibuka kemudian dibina semula.

“Ia bukan satu tugas mudah dengan sedikit penambahan material binaan masa kini,” katanya yang turut gemar melukis.

Anak kelahiran Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak itu inginkan khazanah itu terus kekal sampai bila-bila.

Menemui buku log yang mencatatkan perancangan binaan rumah pusaka itu nyata memberi kekuatan untuk meneruskan usaha mempertahankan khazanah keluarga paling
bernilai itu.

“Rumah pusaka ini dibina sejak 1910 dan buku log itu ada tertulis jenis material digunakan secara tidak langsung membakar semangat saya untuk terus memartabatkannya untuk generasi hari ini.

“Selagi tidak terbina semula dengan jayanya, terasa seperti hutang yang belum dilangsaikan,” katanya yang mendapat sokongan padu suami tercinta, Rahim Omar, 55.


Nilai estetika terus dipertahankan

Berada dalam persekitaran yang sarat dengan khazanah dan nilai estetika memukau pandangan, hakikatnya meletakkan rumah pusaka binaan semula itu lebih unik.

Penambahan pada ruang anak tangga dengan kemasan jubin masa kini sedikit pun tidak mencacatkan penampilan asalnya.

Melangkah pada anak tangga kayunya pula sudah cukup mengimbau keaslian material binaan.

“Hampir 90 peratus material asal rumah pusaka ini dikekalkan cuma sedikit pengubahsuaian dilakukan.

“Kewujudan ruang beranda pula menjadi tempat paling sesuai untuk bersantai sambil menghirup udara segar,” kata Rosnah yang juga Ketua Sumber Korporat Global Facilities Management Sdn Bhd itu.

Menjenguk ruang dalaman, suasana santai dengan pelbagai perhiasan antik mewarnai segenap penjuru.

Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa yang segar menambahkan persekitaran menarik.
Penggunaan langsir nipis menyingkap keindahan seni dan rekaan tingkap rumah pusaka itu.

Bahagian dinding pula dihiasi ringkas menyamai dekorasi zaman silam termasuk gambar asal rumah pusaka berkenaan.

“Tiada perabot dalam rumah ini bagi menambahkan lagi suasana santai dan tiada halangan jika dijadikan tempat menunaikan solat.

“Beberapa khazanah lama dari rumah asal turut berada di sini dalam usaha mengimbau nostalgia silam dan generasi muda lebih mengenalinya,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2014 11:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 03:12 PM | Show all posts
klasik rumahnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.057750 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list