CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3668|Reply: 0

Kepentingan Insurans Kemalangan Peribadi

[Copy link]
Post time 19-9-2014 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Tiada siapa di antara kita mampu untuk mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Namun begitu, sebagai individu yang bertanggungjawab pasti ingin yang terbaik untuk memastikan keselamatan terhadap diri sendiri, keluarga dan insan yang disayangi. Sentiasa meinginkan mereka diberi perlindungan sewajarnya.

Bagi mereka yang sudah berkeluarga sudah tentu akan lebih mengutamakan kepentingan anak-anak demi menjamin masa depan mereka. Simpanan berbentuk aset mahupun tunai cuba dikumpul demi kesenangan anak-anak jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada mereka.

Rutin harian saban hari sudah tentu keluar bekerja untuk mencari rezeki demi menampung kehidupan sendiri dan keluarga. Jika tidak menggunakan perkhidmatan awam, sudah pasti anda akan menaiki kenderaan sendiri sama ada kereta mahupun motorsikal.

Namun pernah atau tidak terlintas dalam fikiran anda kemungkinan anda berdepan dengan hari yang begitu malang kerana terlibat dalam kemalangan. Mungkin itu antara perkara yang paling ingin dielakkan kerana ia mampu mendatangkan kecederaan atau meragut nyawa anda.

Persoalannya sudahkah anda dilindungi? Bagaimana nasib anak-anak dan keluarga jika anda ditakdirkan maut atau tidak mampu lagi untuk bekerja iaitu mengalami kecacatan kekal. Sebagai pelindung keluarga sudah tentu anda perlu bertanggungjawab dalam memastikan keluarga anda tidak aka terbeban dengan masalah kewangan terutama sekali apabila anda sudah tidak mampu untuk bekerja atau anda ditakdirkan maut dalam kemalangan.

Ramai yang masih belum jelas akan kepentingan insurans itu sendiri dan kebaikannya untuk jangka masa panjang, situasi ini ternyata menunjukkan amalan memiliki insurans masih lagi ditahap sederhana. Di mana jika ada wang lebih baharu ingin membeli jika tidak ia akan dianggap sebagai bukan keperluan wajib dalam kehidupan.

Setiap hari sedar atau tidak setiap individu berdepan dengan pelbagai risiko di tempat kerja mahupun di jalan raya. Kemalangan tidak dijangka malah ia boleh berlaku di mana sahaja. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati. Selain daripada wang simpanan, dengan membeli perlindungan insurans juga mampu melindungi diri anda dari sumber kewangan.

Tiada duit lebih untuk membeli insurans? terdapat pelbagai insurans yang ditawarkan di pasaran. Jika tidak mampu untuk membeli insurans nyawa, mulakan dengan insurans yang mampu milik seperti insurans kemalangan peribadi kerana bayaran premiumnya secara tahunan.

Sikap sambil lewa dan berkira-kira untuk mengeluarkan sejumlah wang menjadi faktor mengapa masih ramai yang tiada kesedaran untuk membeli perlindungan tambahan seperti insurans.

Malah kebiasaanya kesedaran akan mula timbul apabila sesuatu musibah menimpa diri dan pada ketika itu mungkin sudah terlambat untuk mengambil langkah pencegahan. Jadi beringat sebelum terkena!

Last edited by easicircle on 15-12-2014 05:32 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.306914 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list