CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikX87

ALKISAH SERAM VOL I : CIK KAK CINA? #205

  [Copy link]
Post time 8-10-2014 10:37 AM | Show all posts
cikX87 posted on 7-10-2014 04:21 PM
kau gile? kot dia buat gitu tercirit buih cikX!

xper tercirit pon jgn luper wat peace balik kat die......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2014 03:24 PM | Show all posts
Edited by cikX87 at 3-9-2016 05:41 PM

salam semua. lama gila cikX tak masuk sini tepek cerita. busy nau nau. so hari ni sambil sambil hadap gheja, cikX bukak cerita baru k?


KOMPILASI HANTU SEPITAL // 3 SHORT STORIES



cikX ni selalu lah jugek melawat sepital. sebab sejarah keluarga cikX dari arwah atuk belah bapak, atuk belah mama, sampai lah ke bapak dan sekalian mokcik pokcik semua memang pernah admitted. untungnya semua dalam wad yang selesa. bukan jenis berasak sampai kita pulak rasa aura sakit tu. korang pernah tak rasa aura tu bila bila datang sepital? cikX tak suka. tapi cikX suka bau sepital. bau ubat ubat tu.


LIFT

kisah first ni pasal lift. adoi. lift lagi. cikX ni da kena sumpahan hantu lift sejak kecik ke acane? haa yang ni jadi masa cikX sekolah menengah rasanya. masa tu ulang alik sepital jaga arwah atuk belah bapak. ada satu petang tu, cikX nak kena turun sorang dari tingkat berapa tah tak ingat (wad arwah atuk) nak pi bawah beli makanan. time tu da petang nak masuk maghrib. budak baru balik kelas tambahan. haruslah gedik nak turun naik lif. kot kot terserempak doktor muda.

so setelah menunggu lift lebih kurang 3 minit setengah, makanya lift pun sampai. bila terbukak ja pintu lift, maka cikX pun ternampaklah seorang nenek bertudung putih di penjuru lift serta seorang misi yang bertugas di penjuru lagi satu. macam mana tau dia bertugas? sebab dia tengah pegang file. tak tau je lah kalau acah acah busy kennn?

melangkah masuk je dalam lif, ringan nau mulut cikX bagi salam kat nenek tu. tapi malangnya sombong yang amat. sampaikan misi cina tu pun buat bodoh je kat cikX. kojaq nenek!


tapi cikX fakk kit ah kan. lantak lah. sombong sombong nak kemana? makanya cikX pun dengan hati yang lara terus berdiri kat tepi button lift tu. malas aku nak hadap nenek dan misi sombong. aku lapar. baik pikir pasal lauk apa yang nak di beli kat kedai mamak bawah satgi. nasik panas dengan lauk kari ayam pun okay gak ni. kuah banjir. melo ais ikat tepi. perghhh! getus hati cikX.


TINGGG!!! lift pun sampai kat tingkat bawah (tempat yang ingin ku tuju). sambil mulut kumat kamit ulang "nasik lauk kari, kuah banjir, melo ais ikat tepi," cikX pun tolehlah ke belakang nak tengok mana nenek dengan misi sombong tu nak pegi. bukan apa. malas kalau terserempak lagi.


baru dua tapak keluar lift, menoleh je cikX ke belakang, cikX nampak lift tu kosong~ kosong~ tiada nenek. tiada misi. mustahil sangat diorang jalan lepas cikX. sampai ke hari ni cikX macam tak percaya naik satu lift dengan dua entiti dalam satu yang masa. haruslah lepas tu cikX kol bapak cikX suruh turun bawah konon konon duit tak cukup. walhal.. kahkahkah. lepas tu tobat tak naik turun lift sepital sorang sorang dah!


TABUNG DARAH

haa ni cerita dari kazen cikX yang bertugas sebagai sorang misi di salah sebuah sepital di tuttt. nak kata dia ni berani orangnya, penakut ya amat. so kenapa dia jadi misi korang tanya? sebab tu amanat arwah bapak dia. makanya jadilah dia seorang misi berhati tisu yang terpaksa menjalani hari hari beliau dengan tabah.


ada satu hari tu kazen cikX bukak cerita pasal sepital dia. katanya selalu kejadian tabung darah hilang. bukan tabung tu yang hilang tau. dan tabung tu takda rupa macam tabung buluh atau tabung oink oink tau. nama ja tabung tapi dia packet. ke cikX salah? oh. balik topik asal, bukan tabung tu yang hilang tau, tapi darah dalam tabung tu. kering macam kena sedut.


so kata kazen cikX, pernah sorang misi senior terserempak dengan si pembuat onar.

tinggi : +- manusia normal
hobi : suka mencangkung
feberet hairstyle : kak limah inspired
feberet baju : kaler putih di hiasi sedikit abstrak kekotoran

haa ce teke, ce teke. puiihh!

kazen cikX belum pernah terserempak si pembuat onar dengan dua lubang hidung dia sendiri. tapi kejadian tabung darah yang mana darahnya disedut habis tu, memang pernah. semoga tabah menjalani hari hari mu wahai kazen.


BUNGA ORANG MATI

ini satu lagi cerita dari kazen cikX dan mak cikX sendiri. masa ni diorang tengah menunggu kat ICU. ada family member admitted. jam menunjukkan lepas jam doblas malam. suasana kat ICU lenggang pada ketika itu. maklum saja lah. ICU bukan boleh terima pelawat keluar masuk. cuma ada beberapa ketul orang sahaja yang sedang setia menanti perkabaran ahli keluarga/sahabat handai yang sedang di rawat di dalam.


kazen dan mak cikX duduk lah melopong kat kerusi yang disediakan di luar building ICU tu. kerusi tu betul betul sebelah entrance ICU. dan entrance tu pulak guna sliding door otomatik yang bila ada orang nak lalu, detect, terus pintu tu bukak sendiri. paham dak korang?


so tengah diorang berdua ni melayan perasaan nan mengantuk dan seram sejuk (sebab berada di kawasan sepital di tengah malam) tiba tiba pintu sliding tu terbukak sendiri. TANPA ADA ORANG PUN YANG LALU. kazen cikX pandang mak, mak pandang kazen cikX. masing masing hairan. benda tu berulang dua tiga kali. tapi bontot diorang masih jugak melekat kat kerusi tu. macam kena gam.


...until, pintu tu tebukak lagi buat kesekian kalinya, tapi kali ni berserta sekuntum bunga putih (bunga yang selalu orang kristian bawak gi kubur diorang. cikX tak pasti bunga apa.) jatuh ATAS LANTAI. BERDEKATAN TEMPAT DIORANG DUDUK. makanya berdesup lah dua orang tu lari masuk ICU. bahahaha! makin masuk ke dalam lagi ada! "oi. at least ada nurses dan doktors dalam tu," ujar kazen cikX. sukati kolah nok. cerita kau.


cerita ni dah di sahkan kebenarannya oleh mak cikX sendiri. segala jalan cerita semua sama. baik kazen cikX mahupun mak cikX. terpulang pada tahap korang mendigest tiap inci penulisan cikX. maaf kalau cerita tak best. otak jammed tak dapat nak gali cerita sangat. nanti ada masa cikX tambah cerita lagi k? salam jemaat semua!
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 01:00 PM | Show all posts
cikX87 replied at 21-9-2014 11:10 AM
selamat pagi korang! hari ni cikX nak cerita throwback pengalaman sendiri masa kat Melaka. ada sesap ...

bhahaha..bersembur air aku minum masa aku bca cter nih..
ayat memang takleh blah...hahahah!! gud job!
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 01:14 PM | Show all posts
cikX87 replied at 7-10-2014 12:40 PM
salam uolls. lama cikX tak update cerita kan? busy nau nau. hari ni cikX update. enjoy!

wuwuwuwuu..seram woo..sebab tu saya tak suka naik lif..kecuali ada orang ramai guna lif..
kalo sorang..huh! jangan harap nak naik lif..
lebih2 lagi lif spital.. tak rela. time melawat hokeh lagi..
kalo malam? tobat rela turun naik tangga je..
kalo ade 2 3 ketul orang naik lif pun rasa macam sesuatu je..
sesuatu sangattt...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 01:16 PM | Show all posts
sambunglah lagi @cikX87 ..
nak baca ni...nak lagi...nak lagii...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2015 07:15 PM | Show all posts
best best..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2016 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Da setahun. Xde cter bru ke tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2016 05:29 PM | Show all posts
Edited by cikX87 at 3-9-2016 05:42 PM

ASSALAMUALAIKUM YA HABIBIE

sudah lama tidak menjejak benang. cikX lupa password, maafin. tapi worry not, cikX akan update cerita pelik nan serams yang terjadi di sepanjang ketiadaan ku di benang ini ya?

ps : tapi cikX ada ja jadi SR dalam ni selama tak login. kehkeh.

okay mana nak mula ni? adeh. bila nak start menaip ja mesti otak blank. hanat betei.

RESORT ANGKER DI PD


cikX pun tak ingat apa nama resort ni. sebab masa den tokono tu den toruih google pasal resort ni, semacam few times da bertukar nama. pastu cikX pun kompius da bila nak ingat balik sekarang. ada sesapa nogorians boleh tolong bagi pencerahan dan pengingatan pada diriku yang da semakin tuwir dan banyak memory loss ni? hehe.

well anywhooo, cikX and kakak cikX mencari tempat aman nak buat gheja. sesambil cuti gitu kan. erkk, cuti tapi buat gheja, bunyik cam bodoh ja. hahahaha. baru perasan.

dan akhirnya kami decide untuk shoot ke PD. kakak da book kan satu resort ni. untuk dua malam. apa lagi heksaited lah mak. to cut long story short, sesampai saja kami kat resort tu, kakak pun pi lah masuk untuk settle segala hal ambik kunci bagai. cikX duduk kat dalam kereta saja. sesambil tunggu tu kan, terasa macam ada benda pelik. TEMPAT TU PENUH LALAT. lalat dok hinggap kat kereta. busuk ka? dekat loji ka? cikX takda pulak terfikir yang bukan bukan sebab aku nak bercuti bukan nak shooting filem seram ke hapa, khen?

few minutes later, kakak masuk kereta bawak kunci bagai. so out of curiosity,  i asked her, "weh, busuk ka tempat ni? apasal banyak lalat?" pastu kakak tengok sekeliling baru dia perasan pasal lalat tu katanya. tapi tak fikir apa pun. kitorang drive masuk ke building hotel (apartments type - there i gave you a hint. but i cant recall the name of the place. dang it!)

sampai bawah apartment kitorang tu, cari parking kosong. hmm boleh tahan banyak kereta. takde lah sunyi sangat kan? mundar mandir dapat lah satu parking lot. cincai cerita angkat barang naik lif (tak ingat tingkat berapa) dapat pulak bilik hat hujungggggggggg sana pa dia tatau. hahaha.

masuk, bagi salam, macam biasa. bilik boleh tahan besar dan, eh, ada KESAN TAPAK KAKI BASAH DARI DALAM BILIK AIR KE BAHAGIAN TENGAH BILIK. ha, motif capslock? supaya kau nampak angkeran di situ, haha. dan motif housekeeper tak buat gheja leklok sebeum guest check in? lantai basah lencun weh macam orang baru sudah mandi. cikX da pandang pandang jeling jeling dengan kakak. tapi dedua buat bodo je lagi. act tough lah kan like nothing weird is happening hangguk dia.

hmm. serius aku tak selesa nak duduk dalam bilik tu walau baru berapa minit. rasa panas, pengap, kepam, lebam, lendut (hahaha) dan bermacam rasa tak enak bercampur baur. da lah hiasan kat dinding semua cam zaman melayu melaka (walaupun ni kat nismilan) dengan gobok kayu antik bagai. aduh lemas ahh. sumpah rasa macam ada orang perati tapi sensor aku hari tu tak jalan. takleh nak detect ke apa. kembang bulu apa semua tak ada cuma rasa kena watch gitu.

kakak aku ajak cari makanan sebelum hari gelap. sebab kena drive to town sebab situ takda restoran yang buka waktu tu. so ke town lah kami dua beradik memikir lauk nak makan apa malam tu. tapau aja memandangkan hari nak gelap.

da beli makan apa semua, kitorang pun balik lah ke bilik. makan tak habis pun sebab masih rasa di perhati. especially area living room dia yang ada gobok antik tu. dengan kain batik buat hiasan dinding bagai. aduh memang tak lah. malam tu aku sumpah tak leh tido. berhimpit satu katil dua orang. satu katil lagi letak bag baju and laptop sambil on manzil.

esok pagi pagi decide terus check out walhal ada semalam lagi kat sana. satu hal lagi yang memelikkan kitorang, masa nak keluar jalan ke lif tu, SEMUA BILIK DI DERETEN SITU PAKAI LOCK MANGGA. LOCK DA KARAT UOLLS. in which, malam semalam seakan occupied semua. APAKAH???

sampai kat reception counter, kakak kata nak check out, orang kat counter cuma kata "tapi ada satu malam lagi ni, no refund ye." sambil ada dua tiga housekeeping ladies dok bersoksek kat belakang. receptionist tak tanya pun kenapa or tak offer pun tukar bilik ke apa.

dan yes, still banyak lalat. and they seems to be okay with that. or maybe depa tak nampak pun lalat lalat tu semua? im not sure. so gitulah ceritanya, tak ada penjelmaan ke apa tapi kat mata ni asyik lah terimbas perempuan melayu zaman dulu berbaju songket hijau. dari malam tido sana lagi haa. tak tau siapa dan mengapa. tak tau. tak tau.

maaf kalau terlalu panjang entry opening kali ni. tu pun da buat seringkas boleh tanpa memotong jalan cerita. nanti dapat recall cerita lain cikX sambung. selamat membaca, yang tak pernah baca post cikX awal awal dulu, selamat membaca jugak lagi dariku. harap suka. maaf kalau ada typo, menaip tanpa melihat keyboard kekdahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2016 12:27 AM | Show all posts
cikX87 replied at 3-9-2016 05:29 PM
ASSALAMUALAIKUM YA HABIBIE

sudah lama tidak menjejak benang. cikX lupa password, maafin. tapi wor ...

Hotel macam apartment..rasa macam tau. Pernah duk sana 4 hari 3 malam sbb keje. Handle program dengan RISDA Wilayah. Try nak ingat nama hotel tu tapi tak ingat2 jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2016 01:55 AM | Show all posts
amirezu replied at 4-9-2016 12:27 AM
Hotel macam apartment..rasa macam tau. Pernah duk sana 4 hari 3 malam sbb keje. Handle program den ...

kan? samalah kita pun nak ingat susah nau. tanya kakak pun tak ingat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2016 01:56 AM | Show all posts
Hatida replied at 15-2-2015 01:16 PM
sambunglah lagi @cikX87 ..
nak baca ni...nak lagi...nak lagii...

maaf lah cikX lupa password sebelum ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2016 01:57 AM | Show all posts

terima kasih singgah tahun lepas. kahkah. ada cerita baru, selamat membaca!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2016 01:58 AM | Show all posts
C4ssandr4 replied at 9-3-2016 01:12 AM
Da setahun. Xde cter bru ke tt

maaf lah kita lupa password hari tu. ada cerita baru, selamat membaca!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2016 12:24 PM | Show all posts
Edited by cikX87 at 4-9-2016 12:25 PM

selamat berhari minggu chuoolls.

cikX nampak view semalam mendadak jugak naik. terima kasih jadi (silent) readers. hari ni tetiba teringat satu cerita masa cikX mengembara ke utara tahun sudah. macam biasa lah cikX kemana mana memang dengan kakak sebab tinggal berdua dengan dia.

WAZE BAWAK KE MANA NI OI

so adalah satu hari tu kitorang gigih nak drive ke perlis, semata nak ke Padang Besar. memang sejenis suka travel jauh jauh.

nak di jadikan cerita, selepas check in, makan malam apa semua, tetiba terasa gatal nak ke Padang Besar, walhal time tu dah nak jam 8 malam kalau tak silap. macam tak reti nak menunggu esok. ada few hours before Padang Besar tutup, so apa lagi kitorang pun shoot je lah ke sana. tidak lah kepastian kenapa beriya jugak nak ke sana malam tu. padahal dalam perancangan, esok pagi.

waze, on. macam biasalah waze kan kalau sebolehnya dia bawak kita ikut jalan paling alternatif hangguk dia. cikX dengan kakak pulak first time ke sana. memang redah nan redho saja. waze bawak masuk jalan hutan. sebab nak kata kampung idok le kelihatan rumah di mana mana. memang banat gila jalan situ. hutannn. pokokkk. gelappp. takdak lampu jalan.

menyusur jalan nan sepi, out of nowhere, tetiba lampu kereta tersuluh sekumpulan "anjing" tengah "lepak" tepi jalan nan gelap tu. they were sitting on the left side of the road tapi da masuk dalam lane kereta. err, paham dok? apa lagi mengonggong dan berhowling lah anjing anjing ittew apabila suluhan lampu terkena they alls. selaku passenger, yang berkedudukan di sebelah kiri, hanya terpisah dengan pintu kereta dan tingkap full shut, cikX sempat lagi perati anjings tersebut, semua berwarna hitam KECUALI seekor yang duduk di bahagian tengah, berwarna putih. bayangkan time semua anjing bergonggong marah, yang putih ni duduk rilek ja kat tengah tengah penghowlingan itu. semacam ratu gitu. putih bersih tau. putih yang macam glow in the dark. sila rujuk balik statement "takdak lampu jalan" kat atas.

cikX macam biasalah sebagai pencinta binatang, "ehh lawanya anjing tu. macam wolf." dan dipersetujui oleh kakak. lepas lalu ja kelompok anjings tersebut, jalan kembali sunyi dan gelap. tiada lagi gonggongan dan lolongan anjing kedengaran. maka kami berdua pun meneruskanlah perjalanan. dan tiba tiba bunyi tayar kereta semacam kereta tengah berattt sangattt. buk! buk! buk! setiap kali pusingan. "alamak apasal ni weh?' kakak da start nak panik. cikX cakap takda apa, jalan ni ha yang berombak. tapi cikX pusing jugak lah pandang seat belakang. kosong. keadaan belakang tu pun gelita ja. tapi memandangkan dalam kereta ada Quran, cikX tak lah takut sangat.

rasa macam jauh sangat perjalanan malam tu sampai akhirnya barulah berjumpa lampu jalan dan pelbagai kereta. lega sikit. sampai Padang Besar bukan turun pun kalau tak silap. setakat mengusha sahaja. MOTIF??? tidaklah tahu. seakan hati tertarik tarik nak pegi malam tu jugak.

cut long story short, masa nak balik tu, waze da tak bawak jalan hutan. bawak jalan biasa. kakak try cari balik jalan hutan tu da tak jumpa. agak pelik di situ. tapi move on.

malam tu, cikX yang sememangnya ada masalah susah nak tidur, memang SUSAHHH sangat nak tidur. kakak macam biasalah mengorok tanpa di suruh. masa dah terlelap tu, cikX bermimpi. ada sekumpulan gadis. cantik cantik semua. yang paling cantik yang kat tengah. putih, cantik sangat. tempat dalam mimpi tu tidaklah cikX kenal pasti. gadis gadis lain mengelilingi dia. sambil semacam menari nari gitulah aku tak ingat. cikX perati ja gadis cantik tu. makin lama makin dekat dia dengan cikX. semacam sliding gitu kan. makin dekat makin dekat makin dekat. sampai depan cikX dia terus cekik cikX sambil muka berubah jadi hodoh gila plus marah sambil dia kata something like, "KENAPA GANGGU KAWASAN KAMI?." dan keadaan sekeliling time tu adalah di dalam bilik hotel. dan dapat rasa the girl is sitting on me sambil cekik! in which i feel like it wasnt a dream at all. aduh camana nak explain ek? tak reti.

terus jaga and terduduk cikX! kejut kakak, cerita kat dia. on lampu apa semua. kakak pun buka cerita kata masa dalam perjalanan yang tayar dok bunyik tu, dia kata kereta berattt sangat.

so cikX syak, gadis dalam mimpi tu kemungkinan jelamaan "anjing" yang kitorang secara tak terrrsengaja terrrsuluh tepi jalan tu. alaaa, kan ke takda lampu jalan. maaflah. bukan sengaja. so secara spontannya cikX kata, "kami minta maaf. kami tak sengaja." sebab time tu rasa macam perlu minta maaf. lepas dari minta maaf tu semua okay. takda seram ke apa ke.

mungkinkah kereta berat tu depa ngikut balik sampai ke hotel? wallahualam. tak tau lah apa benda tu. bunian ke, penunggu hutan ke. yang penting sampai sekarang masih ingat jelas cantiknya anjing putih tu. siapa tau white siberian husky (sila google kalau tak tau), haa camtu lah kurang lebih. cumanya putih dia tu bercahaya. comel dan cantik sangat.

maaf kalau tak seram. tapi kalau korang dalam posisi cikX dan kakak masa tu, haih. ketaq lutut jugak lah weh! orang perlis ada yang tau tak jalan hutan nak ke Padang Besar tu?

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
amirezu replied at 4-9-2016 12:27 AM
Hotel macam apartment..rasa macam tau. Pernah duk sana 4 hari 3 malam sbb keje. Handle program den ...

MayangSari ke ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2016 12:55 PM | Show all posts

tak pasti lah wak. tapi dekat seberang jalan dari resort ni macam ada satu resort lain tepi pantai. kalau tak silap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2016 01:10 PM | Show all posts
Edited by mehmet at 10-9-2016 03:13 PM
cikX87 replied at 4-9-2016 12:55 PM
tak pasti lah wak. tapi dekat seberang jalan dari resort ni macam ada satu resort lain tepi pantai ...

Rasanya yang kamu duduk itu mayangsari. Pasal ada gobok antik dan kain batik.

edited
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2016 02:56 PM | Show all posts
mehmet replied at 4-9-2016 01:10 PM
Rasanya yang kamu duduk itu mayangsari. Pasal ada gobok antik dan kain batik.

Dah tutup hotel  ...

kejap. bila godek godek balik google, rasanya macam PRIMALAND yang ada taman tema tu. tengok gambar bilik dan kerusi kayu di area living hall dia pun rasanya itu. sebelum ni nama primaland ni tiara beach kan @mehmet
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 05:38 PM | Show all posts
cikX87 replied at 4-9-2016 02:56 PM
kejap. bila godek godek balik google, rasanya macam PRIMALAND yang ada taman tema tu. tengok gamba ...

Ya ya. Betul. Sorry.




Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2016 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Primaland ke yg berdepan primaland tu  TT ....sebab yg depan primaland tu mmg menyeramkan...alangkan siang nmpkseram ni kan malam...primaland tu rasanya ramai org sbb ada water park dlm tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.189605 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list