CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikX87

ALKISAH SERAM VOL I : CIK KAK CINA? #205

  [Copy link]
Post time 7-10-2016 11:25 AM | Show all posts

intermark
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2016 03:02 PM | Show all posts
cikX87 replied at 7-10-2016 02:36 AM
rekbok ke neway uolls? hekhek. maksud uolls seat yang melekat kat dinding tu tertolak ke depan? ko ...

Rekbok lah uols..Abih dh berjam2 duduk baru tuh nak tertolak ke depan..ape kejadahnya..hahaha..iols rasa dia nak halau kitorang..dh kul 1 lebih kut..bawa2lah insaf
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2016 11:55 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2016 09:43 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sakit pulak hati aku tengok hari hari kaya ni pui
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
CikX xde cite baru ke? Banyak thread best2 including thread ni xde new update. Kalu ado silakan update ye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2016 08:52 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2016 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Selesai marathon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2016 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Rainrein replied at 11-10-2016 02:28 PM
CikX xde cite baru ke? Banyak thread best2 including thread ni xde new update. Kalu ado silakan upda ...

cikX update nanti ya awak. nak ingat ingat balik bibit bibit seram di hati ini.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2016 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
miftahuljannah replied at 11-10-2016 10:02 PM
Selesai marathon.

makasih. syukrannn.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 03:08 PM | Show all posts
Edited by cikX87 at 25-10-2016 03:14 PM

pertama tama, maaf jarang update. sebab kisah cikX biasanya sekali cerita terus habis. takda pakai episod macam sinetron. lagi pulak, cerita semua kisah benar. kalau da hari hari jumpa hantu, musykil pulak dibuatnya kang.

hari ni cikX nak cerita sikit perihal rumah family cikX. cerita ni nak kata seram, seram lah kot. ntah lah sebab tak pernah experience sendiri pun. cerita dari isi rumah. cikX duk rumah lain dengan kakak. alkisah bermula.

PENAMPAKAN NENEK DALAM RUMAH

cikX sebenarnya dah start dengar soksek pasal rumah ni lama dah. tapi malas ja nak buka mulut tanya. sebab satu, aku tak duduk situ dan jarang balik. kedua, kang aku balik, aku pulak serem sendirik. kihkih.

belakang rumah ni ada berbagai jenis pokok buah. yang dah memang sedia ada, mungkin di tanam oleh previous owner. tah lah nakkk. tak pasti. salah satu pokok tu is pokok pisang. mak cikX kata, masa memula masuk rumah tu dulu, semua pokok tu cam segan ja nak tumbuh. tapi, la ni, macam hampir selalu cikX dengar pokok pokok belakang tu berbuah. siap boleh share dengan orang lain aka sanak sedara dan jiran tetangga lagi.

cikX pernah lah berseloroh ngusik mak cikX, "mak, orang kata pokok pisang tu keras. ada kakak cantik duduk. tah tah dia yang bagi berbuah tak?"

bodoh kan pi cakap macam tu? sampai ke sudah cikX SEGAN GILA nak pandang area belakang rumah lelagi waktu malam. ntah lah. mata asyik ngelak aja.

berbalik pada tajuk asal, PENAMPAKAN NENEK tu di experience sendiri oleh dua orang berbeza. mak dan adik perempuan cikX yang kalau korang ingat kena sakat dulu (pintu kereta kena gegar rujuk balik post #5)

NENEK yang di maksudkan di sini bukanlah nenek cikX ya. tah lah nenek siapa.

ENCOUNTER 1 : CERITA MAK

hari tu mak tengah sibuk kat dapur. masak kalau tak silap. tengah dia sibuk prep itu ini, di ekor mata mak, mak nampak ada orang keluar masuk bilik belakang. bilik belakang ni kosong. cuma dijadikan tempat menyimpan barang adik kecik cikX dan tempat solat.

dari ekor mata mak, "orang" tu pempuan. level nenek to be exact. ngam ngam pulak tu, di hari kejadian, nenek memang ada datang tidur kat rumah. so dalam hati mak, "apalah yang nenek ni buat keluar masuk bilik belakang?" untuk pengetahuan, mak memang panggil nenek as nenek. hehe. kiranya ni mak mertua dia lah. mak kepada bapak cikX. diorang rapat sangat macam mak dengan anak.

dah beberapa minit masih jugak "nenek" tu dok ulang alik keluar masuk bilik. last last mak pun bersuara lah, "nek, cari apa?" kebetulan nenek kat ruang tamu. ruang tamu pulak dekat ja dengan kitchen tempat mak cikX tu. dengan bingungnya nenek jawab, "cari apa, apa?" masa ni nenek antara tengah tengok tv ke tengah baca paper tah. mak pun explained lah dia dok nampak nenek ulang alik bilik belakang. tu yang dia tanya cari apa? mana tau dia boleh tolong.

dengan selamba fafa nenek kata, "aku dari tadi kat depan ni. takda pulak aku pegi belakang." gulp.

mak berkeras kata dia NAMPAK nenek. tapi bila mak ingat ingat balik, betul lah kot bukan nenek. sebab nenek cikX ni orangnya tinggi. nenek yang mak nampak ni kecik kecik ja orangya. bersanggul pulak tu. nenek cikX rambut pendek.

kau rase? kalau kau, kau tak seram ke knowing the fact yang takda orang dalam rumah tu yang berphysical macam yang kau nampak? abis tu, tu siapa? jeng jeng jeng. siang buta tau.

mak pun buat buat tak tau lah. kot dia yang berkhayal ke penat ke apa kan? cerita habis tang situ ja, AKAN TETAPI..

ENCOUNTER 2 : CERITA ADIK PEREMPUAN

masa ni adik cikX tinggal sorang ja kat rumah. laki dia macam biasa pi kerja. mak bapak cikX pulak hantar adik kecik pegi sekolah. adik lelaki cikX pun ada keja kat luar. memang macam ni lah kehidupan dia seharian. dia fulltime housewife. belum ada anak lagi. sebab tu laki dia belikan dia kucings.

so seperti kebiasaannya, adik cikX ni akan uruskan makan minum kucing kucing dia. sementara kucing kucing tu semua menyantap, dia akan cuci cage. cage kucing terletak kat belakang rumah. cage jenis dua tingkat. besar. kalau kita tunduk, memang boleh duduk dalam tu. budak kecik pun boleh lepak main main dalam tu haa.

so hari tu, kucing kucing dah siap makan, cage pun dah siap cuci, tetiba mata adik ni tertangkap kelibat "nenek" kat bilik belakang tu. sama macam kes mak. nenek tu keluar masuk bilik. adik cikX, dengan waras akal dia, dia tau dia duk rumah tu sorang. lagipun mana ada orang tua duk rumah kitorang. nenek cikX pun jarang sangat datang sebab dia duduk dengan pakcik cikX.

panik punya pasal kau tau apa adik cikX buat? zasss dia masuk dalam cage kucing dia. HAHAHA! nasib lah dah bersihkan buang tahik bagai. lama jugak dia duduk dalam tu. bukan apa oi, dia kat area belakang rumah, nak pegi area living room bagai kena lalu bilik "nenek" tu. kau gila?? cikX pun akan buat benda sama kot.

tak pasti bila masa dia keluar dari cage. mungkin bila adik lelaki cikX balik. sebab kalau nak tunggu parents cikX atau laki dia, memang lambat diorang sampai rumah.

kesian sangat bila cikX dapat tau cerita adik cikX ni. dia ni dah lah lemah lembut orangnya. jauh sangat beza perangai dengan cikX.

oh ya, masa kejadian yang menimpa adik cikX ni, mak belum pun cerita kat sesiapa kes hari tu. bila diorang start bukak mulut borak, baru terkeluar cerita masing masing pasal "nenek" ni. so takda istilah yang adik cikX terbawa bawa cerita mak ke apa. memang diorang experience masing masing. watak entiti yang sama, lokasi sama, cuma hari dan waktu yang berbeza.

so far "nenek" tu tidaklah extreme menganggu, tapi, kalau kau duduk sorang dan kau tau rumah kau cuma ada kau ja, tetiba muncul penghuni extra, tak tercirit?

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 07:35 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2016 03:20 PM | Show all posts
Edited by cikX87 at 2-11-2016 03:25 PM

assalamualaikum korengsss. maaf lama tak update. spam hari hari hauk ni buat hilang mood nak menaip.

HANTU LIFT...LAGI

CERITA 1

ni ada satu cerita pasal kejadian lift baru baru ni. masa tu cikX dan kakak baru balik. its late. so park kat basement, tekan lift nak naik atas. tingkat 11. usually time time macam tu da takde da orang keluar. sebabnya kebanyakkan family with kids. so bila tekan button, maka tiga tiga lift yang ada pun berduyun turun. TINGGG! kami masuk lift pertama yang bukak.

masuk dalam, tekan aras 11, tekan button close. pintu lift pun tertutup. tapi tak sampai habis, dia terbukak balik. sampai tiga kali jadi, tengok button aras 11 pun da tak nyala. cikX da rasa something fishy da ni. terus ajak kakak blah dari situ.

kitorang keluar je dari lift, ZUPPP helokk je pintu lift tu tertutup dan lift tu terus naik ke aras berapa tah cikX tak ingat. like, if guna logic akal, lift takkan kemana mana kalau takde yang menekan button kat dalam atau orang di aras aras tertentu tekan sebab nak turun.

and it was in the middle of the night. dah memang sah sah takkan ada orang nak pi mana mana.

kitorang pandang je display tingkat kat lift tu. memang dia stop kat aras tu lama sangat (tak ingat) tapi tak turun turun balik. kalau betul ada yang tekan nak turun, kenapa lift langsung tak gerak?

masa kitorang sampai aras 11 (guna lif lain) bila keluar dari lif, tengok display level kat "lift puaka" tu da terpampang aras 11!! TINGKAT KITORANG WEH!! watdehelll memain dohhh!!

apa lagi, lelaju lah jalan ke rumah. nasib pintu lift tu tak terbukak. tah apa lah dalam tu agaknya kan?

ada satu kemungkinan. masa naik lif tu, DIA pun ada sama dalam tu. and heshe takmo share lift dengan kitorang sebab tu tiga kali jugak lift asyik tak dapat nak tutup rapat. terbukak balik. macam kena tahan dengan tangan tu haa. agak agak cctv dapat tak capture pape? huhu.


CERITA 2

haa cerita hat ni jadi wayyy before cerita satu. pendek je. pun balik malam jugak. macam biasalah masuk lift tekan aras 11. TINGGG! pintu lift pun terbukak. jalan je lah ke arah rumah. tapi keadaan tu lain. depan rumah kitorang bersih. takda rak kasut ke apa ke. yang ni, mak aih. banyaknya benda. macam kotor gila depan rumah dia. macam rumah kena tinggal pun ada.

tak puas hati, patah balik ke lift, tengok tengok kat dinding tulis TINGKAT 14. zasss tekan lift turun ke aras 11. serius memang kitorang tekan 11 macam biasa tapi di bawaknya ke tingkat 14.

masa nak masuk lift tu sebenarnya dengar sayup sayup suara gelak kecil. pernah tengok cerita hantu yang effect gelak kecil tapi bergema tu? haa. tapi tak berani cakap kat kakak. sebab sendiri pun seram. HAHA.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Gulpppp. I like the way you write. Kipidap!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2016 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Hotatei replied at 4-11-2016 04:59 PM
Gulpppp. I like the way you write. Kipidap!!!

zengkiu! kita tak reti guna ayat cantik. main taram sajok!  
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2016 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Hi tt.. Kite c.in...
Nak share gak cite pasal lif..

Masa pero darjah 2 kejadian ni..
Masa tu hari jumaat,ingat lagi, sebab lengang je kawasan rumah masa tu.. Pero naik lif sorang2 nak ke tingkat 16 rumah pero. Lif tu yg jenis besar, lif bomba kot nama nya.. Lif tu memang untuk angkut jenazah @ orang sakit terlantar.. Muat katil masuk..
Kebetulan masa tu pero sorang je kat ground floor tu.. Tekan2 lif.. Dapat lah lif yg besar tu.. Lif tengah.. Dan kebetulan jugak pagi tu ade orang meninggal.. Jadi memang angkut jenazah dari rumah guna lif tu lah.. Masa pero naik lif tu.. Lepas pintu tutup, terus pero dengar suara perempuan gelak2, pero pandang belakang, tak da sapa.. Pero pusing depan. Dengar lagi bunyi gelak tu, gelak yang jahat macam orang saiko tu, siap panggil2 nama pero.. Di selang seli dengan gelak.. Tau la kan lif flat ni mcm mana.. Lembap.. Sementara nak sampai tingkat 16 tu dia sakat pero budak kecik 8 taun. Mau tak gigil dalam tu.. Dalam lif pero tak nangis, bukak je pintu lif terus pero berlari sambil meraung2 pangil mak pero.. Hahahaha (silly sgt bila ingat balik) sampai kan jiran2 termasuk yang cina pon keluar umah nak tau kenapa pero menjerit.. Tersedu2 pero menangis.. Cina yg dengar cite tu haram je reaksi dia.. "Aiyaa"" pastu terus masuk umah hahaha lepas tu lif tu pon kalau sape nak naik mmg akan naik kalau berteman.. Sebab lepas pero kene.. Orang lain lak kena..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2016 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekut_pepero replied at 6-11-2016 01:29 PM
Hi tt.. Kite c.in...
Nak share gak cite pasal lif..


jahat dia usik budak kecik.  :

tapi memang benda tu suka sakat dan dia tau ja sapa boleh dengar, sapa boleh nampak.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
cikX87 replied at 7-11-2016 05:29 PM
jahat dia usik budak kecik.  :

tapi memang benda tu suka sakat dan dia tau ja sapa boleh ...

Nasib baik lah sekali tu je kene.. Lepas tu memang berteman lah kan.. Dua taun lepas tu pero pindah umah bawah pulak.. Takde dah naik lif.. Kalau tak memang skeri. Sbb lif umah flat tau je lah kan.. Kadang2 lif takde lampu   .. Kalau tutup pintu memang bergelap la lif tu...

Pero dulu kecik2 memang lemah semangat, selalu nampak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2016 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
@cikX87 nak cite baru...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 09:08 AM | Show all posts
cikX87 replied at 2-11-2016 03:20 PM
assalamualaikum korengsss. maaf lama tak update. spam hari hari hauk ni buat hilang mood nak menaip. ...

cerita no. 2 tu...isk isk isk...dimainkan ko yer cikX
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.082542 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list