CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2886|Reply: 7

macam mana jadi rambut kami cantik dgn bahan asli?

[Copy link]
Post time 22-9-2014 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 03:50 PM | Show all posts
tolong kopipes kan....


9 Masker UntukRambut Cantik

Tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak jika anda ingin memiliki rambut yang cantik,lembut dan sihat. Manfaatkan sahaja beberapa bahan yang ada di rumah sendiri.Cubalah 9 masker buatan sendiri ini. Selain mudah dan murah, ia juga berkesan merawat rambut rosak. Mungkin kesannya sedikit perlahan tetapi caranya tidak susah. Cubalah!

1. SMOOTHIE BANANA
Ia kalau dapat dijadikan minuman memang lazat. Tetapi masker ini ternyata mempunyai lebih banyak kebaikan untuk merawat rambut. Antaranya masalah rambut bercabang dan kering di bahagian hujung. Bahan yang digunakan untuk membuat masker ini adalah pisang,sebiji telur,2 sudu madu,3 sudu susu tepung,dan 5 sudu minyak zaitun. Sebatikan kesemua bahan kemudian lumurkan kepada bahagian kepala. Biarkan selama 15 hingga 30 minit. Kemudian bilas.

2. SANTAN
Gunakan 50ml santan pekat dan lumurkan ke seluruh rambut anda. Balut rambut dengan tuala suam. Biarkan selam satu jam. Bilas dengan air suam dan cuci dengan air syampu.Selepas itu, bilas dengan air sejuk.

3. MASKER AVOKADO
Hancurkan sebiji avodado dan campurkan dengan 1 sudu madu dan 2 sudu minyak zaitun. Urut dengan lembut di kepala anda dan biarkan selama 20 minit. Syampu seperti biasa dan bilas hingga bersih.

4. MASKER MADU DAN SUSU
Campurkan 100 gram susu tepung dengan 1 sudu madu. Lumurkan ke seluruh rambut sambil mengenakan urutan lembut. Biar selama 15 minit. Cuci dengan syampu kemudian bilas hingga bersih.

5. YOGURT
Pukul putih telur sehingga berbuih. Campurkan dengan 6 sudu yogurt. Lumurkan ke serata bahagian rambut dan biarkan selama 15-30 minit. Cuci dengan syampu dan bilas hingga bersih ya!

6. MADU DAN MINYAK ZAITUN
Banyak kegunaan minyak zaitun dalam masker rambut rupanya. Boleh juga digunakan bersama madu.Campurkan 3 sudu minyak zaitun bersama 2 sudu madu. Biarkan selama 15 minit dan bungkus dengan shower cap. Cuci dengan syampu dan seperti biasa, bilas hingga bersih.

7. MINYAK ZAITUN
Pukul 2 biji telur dan campurkan dengan 5 sudu minyak zaitun. Lumurkan ke serata rambut dan tutup kepala dengan shower cap. Biar selama 30 minit dan rasakan bagaimana panas tubuh membuat ramuan itu meresap ke dalam setiap rambut. Seperti biasa,cuci rambut dengan syampu dan bilas hingga bersih.

8. TELUR
Pukul 2 biji telur dan campur dengan air panas. Urut ke seluruh kepala. Gunakan hujung jari dan bukan dengan kuku. Biarkan selama 10-15 minit. Basuh dan bilas dengan air sejuk.

9 PISANG DAN MINYAK BADAM
Hancurkan pisang dan titiskan beberapa titis minyak badam. Lumur ke seluruh bahagian rambut dan biar selama 15-30 minit. Akhir sekali cuci dengan syampu dan bilas hingga bersih.

Cuba masker ini dua minggu sekali untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik. Mungkin selepas ini anda akan lebih menghabiskan wang untuk menyediakan bahan-bahan ini dan bukannya menghabiskan wang dan masa anda di Salun. Selamat mencuba ya!
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:18 PM | Show all posts
pernah sekali dua guna santan, rambut jd licin.

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 04:44 PM | Show all posts
great info...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pnh pakai plain..yogurt tp x konsistan..sbb slalu tlupe..tp mmg lmbut la.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 12:07 PM | Show all posts
mane nak cari minyak badam?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2014 02:28 PM | Show all posts
wahh.. mungkin boleh amalkan.
tapi, ikut kerajinan.heheheee
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:01 PM | Show all posts
kecik2 dlu slalu kna lumur dgn minyak kelapa or myk zaitun je..... maid aku pnah buh santan kt kpala dia....

berat kpala lah sbb berminyak2..... smpi nangis2 aku klu kna ltk myk ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.058130 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list