View: 18975|Reply: 150
|
Dosa ke derma untukbangun gereja?
[Copy link]
|
|
Salam,
nak Tanya skit ..... kalau Ada hamba Allah yang terang terang menderma untuk
bangun kan gereja atau kuil etc. bila dia mati, Ada kah dosa dia berterusan
di sebab kan orang ugama lain masih lagi beribadat di rumah ibadah itu?
terima kasih.
|
|
|
|
|
|
|
|
TT, saya seorang Buddha tapi benarkan saya jawab dari sudut seorang bukan Muslim ya?
Saya pernah menderma kepada masjid dan juga kuil Hindu walaupun saya bukan penganut agama tersebut. Dan saya tak rasa berdosa kepada agama saya sebab saya fikir wang yang diderma saya tu adalah untuk tujuan keagamaan dan kebaikkan.
Lainlah kalau saya derma kepada pengganas, tu lain cerita. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 24-9-2014 01:13 AM
TT, saya seorang Buddha tapi benarkan saya jawab dari sudut seorang bukan Muslim ya?
Saya pernah me ...
Trima kasih atas jwban spiderman.
Menderma untuk selain dari Tujuan ugama , saya rasa ok la.
tapi yg beragama islam , membantu org lain mensyirik kan Allah......
kenalan saya ni tinggal di Indonesia, orang kaya ...derma buat gereja/ masjid etc
semata mata nak di kenal dermawan. Mohon pencerahan Dari perpestif islam
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
nak Tanya skit ..... kalau Ada hamba Allah yang terang terang menderma untuk
bangun kan gereja atau kuil etc. bila dia mati, Ada kah dosa dia berterusan
di sebab kan orang ugama lain masih lagi beribadat di rumah ibadah itu?
terima kasih.
Salam
Apa tujuan derma tu?
kenalan saya ni tinggal di Indonesia, orang kaya ...derma buat gereja/ masjid etc
semata mata nak di kenal dermawan. Mohon pencerahan Dari perpestif islam
Dari perspektif Islam, ada hadith yang sebut 3 jenis orang yang akan diseret masuk dalam neraka:
1. Orang yang mati dalam medan perang, dengan niat semata-mata terkenal dipanggil sebagai wira
2. Orang Alim yang belajar ilmu agama dengan niat semata-mata terkenal untuk dipanggil Alim Ulama
3. Orang kaya yang banyak menderma semata-mata dengan niat untuk digelar DERMAWAN
Dari hadith ni, kita tahu perbuatan itu merupakan DOSA sehingga si pelaku akan diheret masuk neraka. Apa yang kita boleh buat, dengan hikmah dan bijaksana, nasihat lah dia supaya dia derma dengan ikhlas (kerana Allah), dan mohon ampun atas segala perbuatannya yang salah.
Derma untuk bina gereja TIDAK termasuk dalam perkara ikhlas sebab gereja menyekutukan Allah
WAllahu a'lam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagi yang bukan Islam mengikut perspektif Islam, segala perbuatan baik orang bukan Islam akan dibalas baik oleh Allah di dunia...
Untuk orang Islam, mana-mana perbuatan baik samada akan dibalas di dunia, ataupun akan dikurniakan ganjaran di akhirat (tak semestinya dibalas baik di dunia). Apabila melihat ganjaran yang begitu besar di akhirat, orang Islam mengharap segala kebaikannya akan dibalas di akhirat...
WAllahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 24-9-2014 09:11 AM
Bagi yang bukan Islam mengikut perspektif Islam, segala perbuatan baik orang bukan Islam akan dibala ...
Salam mod...
terima kasih atas jwb tuan mod.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah dengan sengaja kamu memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu mendermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan menganbil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji." Al Baqarah 267
"Tidak engkau diwajibkan (wahai Muhammad ) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat pertunjuk, (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan pertunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dihendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya ). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apa jua kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan." Al Baqarah 272
"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terang-terang, maka mereka beroleh pahala di sisi tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." Al Baqarah 274
A
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Ayat ayat tersebut di atas, Allah tujukan pada orang orang yg 'beriman' iaitu tidak semestinya pada orang islam. Dan Allah juga tidak ada halangan jelas, harta yg dibelanjakan itu tidak boleh didermakan pada yg seperti tt sebutkan.
Waulohua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Mana-mana ayat Allah yang ditujukan kepada orang yang beriman, bermakna ditujukan kepada orang Islam yang berstatus beriman kepada Allah.
Syarat untuk jadi orang yang beriman, kena Islam dulu. Bukan semua yang Islam berstatus orang yang beriman, walaupun setiap orang Islam itu sudah tentu ada Iman.
قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلَٰكِن قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Berkata orang-orang A'raab (Arab pedalaman/Badwi): "Kami telah beriman". Katakanlah (kepada mereka) kamu belum beriman, tetapi katakanlah "kami telah Islam", kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu, dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
(Al-Hujurat, 14) Last edited by mnm77 on 25-9-2014 05:41 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik dengan mereka. (tetapi) di antara mereka yang beriman, dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik." Ali Imran 110 |
|
|
|
|
|
|
|
Ali Imran 199
"Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah, dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahala di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitung hisabNya."
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 26-9-2014 10:38 AM

Benar, ada di antara Ahli Kitab yang beriman kepada Allah....
فَلَمَّا أَحَسَّ عِيسَىٰ مِنْهُمُ الْكُفْرَ قَالَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ ۖ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَارُ اللَّهِ آمَنَّا بِاللَّهِ وَاشْهَدْ بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
Maka tatkala Isa mengetahui keengkaran mereka (Bani lsrael) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Muslim (yang berserah diri).
(Aali 'Imran, 52)
Sebelum syariat Nabi Muhammad SAW, mana-mana Ahli Kitab yang beriman kepada Allah juga adalah MUSLIM... seperti pengikut Nabi Isa AS, pengikut Nabi Musa AS dan pengikut nabi-nabi dari kalangan Bani Israel yang lain...
Ada juga Ahli Kitab yang KAFIR dan tak beriman kepada Allah, contohnya:
لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ مُنفَكِّينَ حَتَّىٰ تَأْتِيَهُمُ الْبَيِّنَةُ
Orang-orang kafir dari kalangan Ahli Kitab dan orang-orang musyrik tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata
(Al-Bayyinah, 1)
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 26-9-2014 11:35 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 25-9-2014 03:09 PM
Dan Allah juga tidak ada halangan jelas, harta yg dibelanjakan itu tidak boleh didermakan pada yg seperti tt sebutkan.
Membantu dengan memberi sumbangan membina gereja merupakan satu kesalahan, kerana termasuk dalam perkara tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran, bukannya termasuk dalam kebajikan dan taqwa (kerana gereja mensyirikkan Allah)
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya.
(Al-Maaidah, 2)
Untuk perkara yang tidak termasuk dosa dan melanggar syariat, tiada halangan dan bukan jadi kesalahan untuk bantu-membantu orang lain termasuklah orang yang bukan Islam.
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 26-9-2014 11:56 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Benar sekali, bagaimanapun ayat 52 tersebut Allah tujukan pada ahli kitab di zaman Nabi Isa, manakala ayat 199 Allah tujukan pada ahli kitab di zaman Nabi Muhammad. Ahli kitab dizaman nabi Muhammad seperti yg dinyatakan tersebut bukanlah muslim, tetapi mereka beriman juga. |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 26-9-2014 12:10 PM Benar sekali, bagaimanapun ayat 52 tersebut Allah tujukan pada ahli kitab di zaman Nabi Isa, manakala ayat 199 Allah tujukan pada ahli kitab di zaman Nabi Muhammad. Ahli kitab dizaman nabi Muhammad seperti yg dinyatakan tersebut bukanlah muslim, tetapi mereka beriman juga.
Terdapat salah faham yang perlu dijelaskan. Jika bukan Muslim, bukanlah termasuk dalam kalangan orang yang beriman, tak kira pada zaman mana pun. Orang bukan Islam, jika mengaku beriman pun, keimanan mereka tidak diterima pakai, maka mereka tidak boleh disebut orang yang beriman (kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Kiamat, Qada & Qadar).
Seorang Muslim ialah seorang yang bersyahadah/bersaksi akan Allah itu Rabbnya, dan seorang Muslim ialah orang berserah diri pada Allah. Bagi Ahli Kitab pada zaman Nabi Muhammad SAW, bila jelas kerasulan Nabi Muhammad SAW itu pada mereka sedang mereka engkar untuk ikut syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, maka iman mereka terbatal dan jadilah mereka bukan Islam.
Ahli Kitab yang betul-betul beriman kepada Allah, bila bertemu Rasul (Nabi Muhammad SAW), maka dia terus beriman dengan Rasul itu (Nabi Muhammad). Contoh Abdulllah bin Salam RA, yang merupakan salah seorang rabbi (yang berilmu agama) dari kalangan Yahudi pada zaman Nabi.
Salah satu rukun Iman ialah beriman kepada Rasul. Bila tolak salah seorang rasul, iman terbatal. Bila terbatal iman, maka terkeluarlah dari Islam. Pada zaman Nabi Isa, rasul ketika itu Nabi Isa, maka orang yang ikut syariat Nabi Isa merupakan orang Islam. Pada zaman Nabi Muhammad bila kerasulan Nabi Muhammad telah nyata, mana-mana Ahli Kitab yang engkar dan tak mahu ikut seruan Nabi Muhammad, secara otomatik mereka jadi bukan Islam (kafir).
Tak boleh kata Ahli Kitab ada yang termasuk dalam orang beriman sedangkan dia bukan Islam disebabkan tolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Menolak kerasulan Nabi Muhammad itu membatalkan iman, mana mungkin boleh jadi orang yang beriman!
Last edited by mnm77 on 26-9-2014 03:29 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 26-9-2014 03:25 PM
Terdapat salah faham yang perlu dijelaskan. Jika bukan Muslim, bukanlah termasuk dalam kalangan or ... Tak boleh kata Ahli Kitab ada yang termasuk dalam orang beriman sedangkan dia bukan Islam disebabkan tolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Menolak kerasulan Nabi Muhammad itu membatalkan iman, mana mungkin boleh jadi orang yang beriman! Kenyataan tuan berlawanan dengan firman Allah;
"Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah, dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahala di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitung hisabNya." Ali Imran 199
Orang islam dizaman Rasullullah adakah digelar ahli kitab?? Siapa ahli kitab??? siapa pula muslim?? dan siapa pula ahli kitab yg muslim??
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 26-9-2014 03:48 PM
Kenyataan tuan berlawanan dengan firman Allah;
"Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah, dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahala di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitung hisabNya." Ali Imran 199
Harap tolong jelaskan bahagian mana yang tuan kata berlawanan?
Ayat di atas tu merujuk kepada ada Ahli Kitab yang beriman, dan saya membenarkan ada Ahli Kitab yang beriman. Ayat di atas tak sebut pun Ahli Kitab yang beriman tu bukan Islam! ... Yang mana tuan kata Ahli Kitab pada masa tu bukan Islam tapi mereka beriman? Itu yang saya kata ada salah faham, dan saya cuba jelaskan.
Orang islam dizaman Rasullullah adakah digelar ahli kitab?? Siapa ahli kitab??? siapa pula muslim?? dan siapa pula ahli kitab yg muslim??
'Muslim' atau 'orang Islam' saya dah jelaskan kat atas tu. Orang Islam pada zaman Nabi Muhammad ialah orang yang berserah diri pada Allah serta bersaksi akan kerasulan Nabi Muhammad. Ringkasnya kita kata beriman pada Allah dan Rasul, tetapi istilah yang lebih tepat, bersyahadah pada Allah dan Rasul itu menjadikan kita sebagai orang Islam. Ini belum tentu masuk kategori orang-orang yang beriman... bersyahadah baru Islam.
Ahli Kitab secara ringkasnya golongan Yahudi dan Nasrani, kerana mereka diberikan Kitab (Taurat, Zabur, Injil). Dari kalangan Ahli Kitab, ada yang beriman ada yang tak beriman atau kafir. Yang kafir tu sudah tentu lah bukan Islam, bukan Muslim. Yang beriman tu sudah tentulah Islam.
Ahli Kitab yang Islam, yang ikut seruan Rasul, tak tukar ayat-ayat Allah, ikut perintah Allah.... Mana-mana Ahli Kitab yang bersaksikan kerasulan Nabi Muhammad dan IKUT SERUAN Nabi Muhammad SAW, maka mereka itulah Ahli Kitab yang Islam pada zaman Nabi Muhammad.... dan bila keimanan mereka diterima serta mereka memenuhi syarat rukun Iman, maka mereka juga boleh termasuk dalam kategori orang-orang beriman.
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 26-9-2014 04:13 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mnm77 posted on 26-9-2014 03:59 PM
Harap tolong jelaskan bahagian mana yang tuan kata berlawanan?
Ayat di atas tu merujuk kepada ... Kenyataan tuan berlawanan dengan firman Allah;

Ayat Allah tersebut secara jelas nyata menyatakan ada dikalangan 'ahli kitab' yg beriman, dan ada yg kafir, Allah tak sebutpun Ahli kitab yg beriman mestilah islam. Sedangkan islam tak semestinya beriman, dan beriman tak semestinya islam. Ahli kitab yg telah memeluk islam tak lagi dipanggil ahli kitab beriman, tetapi dipanggil muslim. Ahli kitab adalah merujuk sesiapa saja yg ahli dalam kitab Allah yg dianutinya.
Adakah kita dibenarkan memakan daging sembelihan ahli kitab??? jawabnya ya, tapi adakah ahli kitab tersebut muslim??? tentunya tidak! sebab tu mereka digelar ahli kitab.
Ahli kitab yg telah muslim, adakah digelar ahli kitab??? atau digelar muslim??? jawabnya muslim, bukan lagi dipanggil ahli kitab. Adakah mereka tak percaya nabi Muhammad tu nabi??? tentunya depa percaya, tapi adakah mereka menurut ajaran nabi Muhammad? tentunya tidak semestinya, sebab mereka akan lebih percaya dengan kitab yg mereka anuti. Adakah mereka beriman? tentunya ada yg beriman, tapi kebanyakkannya kafir. |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah Allah tuhan sekelian alam, yg kita yakini satu satunya tuhan, tidak sama seperti Allah yg bukan islam(terutama khatolik) yakini???
Bila tanya orang Budha, lu percaya tak tentang adanya tuhan???, depa kata percaya, itu tuhan Allah!!! satu juga!!!tapi ada yg tak percaya langsung!!! |
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 26-9-2014 04:42 PM
Ayat Allah tersebut secara jelas nyata menyatakan ada dikalangan 'ahli kitab' yg beriman, dan ada yg kafir, Allah tak sebutpun Ahli kitab yg beriman mestilah islam.
Memang ayat Allah dah sangat jelas, hanya salah faham yang membawa kekeliruan. Ada tak dalam Al-Quran disebut Ahli Kitab yang beriman bukan Islam? Tak ada kan?
Bila dah beriman, sudah tentu Islam, tak kira lah samada Ahli Kitab, A'raab, Yahudi, Nasrani atau yang lain-lain. Ini dah jelas dan dalilnya pada ayat 14 Surah Al-Hujurat yang diberikan di atas. Jika tuan masih membantah, boleh jelaskan apa yang tuan faham tentang ayat tersebut? Kenapa boleh mengaku Islam, tapi tak boleh mengaku sebagai beriman awal-awal?
Sedangkan islam tak semestinya beriman, dan beriman tak semestinya islam. Ahli kitab yg telah memeluk islam tak lagi dipanggil ahli kitab beriman, tetapi dipanggil muslim. Ahli kitab adalah merujuk sesiapa saja yg ahli dalam kitab Allah yg dianutinya.
Saya perbetul sikit salah faham di atas.
Orang Islam tak semestinya termasuk dalam orang-orang yang beriman, tetapi setiap orang Islam itu ada iman sekurang-kurangnya bersyahadah kepada Allah dan Rasul.
Orang yang beriman itu sudah pasti Islam. Tanpa Islam, iman itu TERBATAL.
Adakah kita dibenarkan memakan daging sembelihan ahli kitab??? jawabnya ya, tapi adakah ahli kitab tersebut muslim??? tentunya tidak! sebab tu mereka digelar ahli kitab.
Ini dah off topic sikit, tapi perlu penjelasan untuk faham. Memang dalam Al-Quran ada disebut sembelihan ahli Kitab boleh dimakan. Syarat sembelihan diterima antaranya dilakukan dengan tasmiyyah (baca basmalah). Kalau orang Islam yang sembelih sekalipun, tapi tak buat tasmiyyah atau orang Islam itu sebut nama tuhan lain ketika sembelih, daging tu tidak jadi halal. Akan tetapi kita tidak diperintahkan untuk selidik setiap sembelihan itu ada dibaca tasmiyyah atau sekurang-kurangnya niat dengan nama Allah, cukup sekadar tahu sembelihan orang Islam, maka dikira halal. Ini keringanan dalam agama yang tidak perlu dipertikaikan.
Begitu juga dengan sembelihan ahli kitab, disebut dalam kitab terdahulu sembelihan perlu disebut nama Allah. Namun, khilaf pendapat berlaku pada zaman sahabat lagi, ada yang meringankan dan terima sembelihan ahli kitab sebagai halal, ada sahabat yang lebih tegas tidak menyukai sembelihan ahli kitab dengan sebab semakin banyak penyelewengan ahli kitab, kecuali dalam darurat.
Ahli kitab yg telah muslim, adakah digelar ahli kitab??? atau digelar muslim??? jawabnya muslim, bukan lagi dipanggil ahli kitab.
Ya mereka Muslim, tetapi mereka juga termasuk dalam kalangan Ahli Kitab sekiranya mereka pernah ikut syariat terdahulu sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW
Adakah mereka tak percaya nabi Muhammad tu nabi??? tentunya depa percaya, tapi adakah mereka menurut ajaran nabi Muhammad? tentunya tidak semestinya, sebab mereka akan lebih percaya dengan kitab yg mereka anuti. Adakah mereka beriman? tentunya ada yg beriman, tapi kebanyakkannya kafir.
Apabila mereka tak ikut syariat Nabi Muhammad SAW, itu bermakna mereka ENGKAR dengan kerasulan, maka iman mereka terbatal dan mereka jadi kafir.
Yang ikut syariat Nabi Muhammad SAW, seperti Abdullah bin Salam RA, maka mereka inilah Ahli Kitab yang Islam...
WAllahu a'lam
Last edited by mnm77 on 29-9-2014 11:37 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|