CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3210|Reply: 4

Kawasan bebas cukai Tasik Kenyir operasi 2015

[Copy link]
Post time 24-9-2014 12:53 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Kawasan bebas cukai di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu yang kini lebih 40 peratus siap dijangka akan beroperasi pada akhir tahun depan atau selewat-lewatnya awal 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mohd Jidin Shafee berkata projek berkenaan yang dimulakan pada 21 Sept 2010 itu dijangka siap sepenuhnya pada September atau Oktober tahun hadapan.

"Projek itu bermula setelah kerajaan negeri mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan secara bersyarat iaitu di bawah Seksyen 3 Akta Zon Bebas Cukai 1990.

"Kementerian juga meminta kita menyediakan segala infrastruktur yang lengkap untuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan seterusnya mengemukakan pelan warta kepada JKDM,"

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) yang ingin tahu status kawasan bebas cukai Tasik Kenyir pada Persidngan Dewan Undangan Negeri Terengganu di sini hari ini.

Mohd Jidin berkata sehingga ini kerajaan negeri telah membelanjakan RM108,428,97.00 daripada kos keseluruhan membangun kawasan itu yang berjumlah kira-kira RM266,694,524.19.

Mengenai beberapa syarikat yang akan melabur di kawasan bebas cukai berkenaan, Mohd Jidin berkata ia melibatkan tiga syarikat tempatan dan sebuah dari China dan Lubnan. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 10:51 AM | Show all posts
biar betul tasyik kenyir pun jadi kawasan bebas cukai ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2014 12:40 PM | Show all posts
Kita tunggu macamana perlaksanaan bila dah siap sepenuhnya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 11:32 AM | Show all posts
berjanggut nunggu boh huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2017 03:04 PM | Show all posts
Cuti Deepavali hari tu pegi Tasik Kenyir. Kedai Bebas Cukai pun baru bukak dalam dua deret kedai. Harga coklat mcm Daim RM16.90..bolehla...Peppero pun ade, tapi banyak lagi brand coklat yg takde macam Whittaker. Kedai pinggan mangkuk pun ada tapi tak survey la, sebab dah plan nak ke Langkawi.
Orang yg pergi Tasik Kenyir kalau minat dengan adventure, alam semulajadi memang seronok...sebab takde lagi tempat lain nak main dengan beratus ikan kelah yg jinak-jinak belake.
Pendek kata, orang Malaysia, paling kurang biarlah dapat pergi sekali ke sini. Memang lain dari yang lain. Satu ketenangan dan kedamaian bersatu dalam alam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.198654 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list