CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39126|Reply: 107

Penampakan 26 objek aneh di langit pada 26 Julai 1992

  [Copy link]
Post time 24-9-2014 05:39 PM | Show all posts |Read mode
26 Julai 1992 telah berlaku satu fenomena yang sangat aneh, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit.

Objek aneh tersebut adalah gambaran 26 imej yang kelihatan di langit. Fenomena objek di langit ini telah mengemparkan Malaysia pada tahun 1992. Pelbagai spekulasi dan teori telah dibentangkan.


Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.



Ekoran dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan. Gambar-gambar objek di langit mula dijual. Malah ada juga kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang.
Ekoran dari itu, pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan.

Info dari blog gambar hantu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 08:05 PM | Show all posts
yang aku ingat,

1. kalimah Allah
2. org semayang membelakangi kaabah
3. map malaysia terbalik, singapore kat belah atas
4. mayat berkapan
5. pompuan kepala khinzir
6. org kepala anjing
7. botol arak
8. mata besar
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 10:00 PM | Show all posts
Yang ni ke?





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:02 AM | Show all posts
dulu2 ayah me pun siap photostat benda ni.mase tu viral la benda ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:23 PM | Show all posts
time tu umo 5 tahun......still ignore ape2 yg berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 12:44 PM | Show all posts
mase ni kalo ikut artikel tu aku masih darjah 2....mmg kecoh tapi satu hapah pon aku tak tau n tak tgk pon bentuk2 yg dilukis ni....ekceli sekumpulan 200 pelajar tu kat mane?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2014 01:34 PM | Show all posts
kalau tak silap bukan kejadian ni berlaku di terengganu ker?saya masa ni br 6tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 02:24 PM | Show all posts
macam tanda kiamat kecil gituh dan perkara yg mmg berlaku pun di malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 03:36 PM | Show all posts
Ada yang sampai pengsan pengsan dengar nya kan lepas tengok tu?
Tapi bukan ada yang keluar lepas tu kata itu cuma rekaan ke?
Ke tu  cerita yang lain?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:23 PM | Show all posts
kejadian tu jadi kat skolah mak aku... sek agama tinggi hisamuddin klang. masa tu aku baru darjah 6. tapi memang mak aku cerita budak2 yang tengok tu menangis2. and untuk rekod,.. sekolah agama hisamuddin tu antara sekolah yang baik ranking nye.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 06:09 PM | Show all posts
yeah, i also remember this, time tu darjah empat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2014 02:08 PM | Show all posts
ice_sky92 posted on 24-9-2014 10:00 PM
Yang ni ke?

Yer betul..parent sayapun simpan semua ni. Masa tu mmg manjadi viral dan heboh satu Malaysia. Masa itu juga, tak salah di negeri Terengganu, ada penampakan manusia kerdil juga. Waktu tu macam2 kejadian berlaku. Thanks for your posting.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2014 02:09 PM | Show all posts
talapia posted on 25-9-2014 04:23 PM
kejadian tu jadi kat skolah mak aku... sek agama tinggi hisamuddin klang. masa tu aku baru darjah 6. ...

Oh. Sekolah di Kelang yer. ingt2 lupa dah. waktu tu darjah 4.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2014 02:25 PM | Show all posts
Dari blog dakskema88. Huraian mengenai penampakan 26 object tersebut

Oleh Nasron Sira Rahim
Kejadian misteri menyebabkan ramai umat Islam di negara ini bingung, takut

LAPORAN akhbar pada 11 Oktober 1992 sememangnya menggemparkan penduduk negara ini. Malah, kejadian misteri yang dilaporkan itu menyebabkan ramai umat Islam ketika itu kebingungan dan ketakutan.

Dilaporkan, pada 26 Julai sebelum itu, ketika jarum jam mula menganjak menghampiri tengah malam, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit.

Kumpulan pelajar terbabit melihat objek itu ketika mereka dalam perjalanan pulang ke asrama selepas menghadiri kelas mengulang kaji pelajaran. Objek itu jelas kelihatan dengan berlatarbelakangkan merah walaupun ketika itu langit gelap tanpa bulan dan bintang.

Ia muncul secara berturutan hampir empat jam bermula 11.30 malam sehingga membuatkan pelajar itu kebingungan dan ketakutan berhari lamanya.

Ketika kebingungan pelajar sekolah yang melihat objek itu masih belum reda, kejadian itu muncul sekali lagi seminggu kemudian dan disaksikan guru dan pelajar sekolah agama di Jeram. Seminggu selepas itu, ia muncul untuk kali ketiga disaksikan guru dan pelajar sekolah agama di Kuala Langat.

Objek yang muncul di dada langit itu adalah kalimah Allah, manusia berkepala anjing,

batu nisan, janin, manusia, mayat dibungkus, sebiji mata warna merah (seperti orang ketika marah), lidah panjang, lidah dipotong dan disambung semula (ditayangkan tiga kali).

Rambut perempuan yang sedang berlari ditarik, sayap burung berkibar, perempuan berwajah bab*, kala jengking, dua orang bergaduh kemudian bersalaman, lelaki berserban sujud ke arah Kaabah dan yang lain membelakangi Kaabah dan sujud ke arah belakang Kaabah.

Peta Malaysia terbalik, Singapura terletak sebelah atas, botol arak, salib bertukar menjadi kubah, ayam, seekor ikan, peta negara Arab, mayat berkapan, burung, orang berdoa dan tangan ingin mencapai sesuatu tetapi gagal dan di tapak tangannya ada tanda bulat.

Kejadian aneh itu mula meninggalkan kesan psikologi yang mendalam terhadap kumpulan pelajar berkenaan. Mereka ketakutan sehingga tiada lagi selera makan, asyik menangis dan beribadat dengan membaca al-Quran, berpuasa dan solat.

Peristiwa itu akhirnya sampai ke pengetahuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan mula melakukan siasatan. Mereka mengumpul maklumat dengan menemubual 11 pelajar serta empat guru dalam kejadian pertama dan mendapati keterangan semua saksi adalah sama serta tidak bercanggah.

Sehubungan itu, Jais pada sidang media 10 Oktober 1991 mengumumkan bahawa dakwaan kemunculan 26 objek aneh di langit seperti disaksikan 200 pelajar dan beberapa guru itu adalah benar dan bukannya rekaan.

Pengumuman menggemparkan itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan penduduk. Kalangan ahli agama berpendapat bahawa kejadian objek di langit itu tidak mustahil berlaku dengan kekuasaan Allah.

Malah, Allah sudah menurunkan peringatan kepada umat Islam sejak dulu lagi seperti menurunkan bala di zaman nabi malah banyak perkara ghaib yang tidak dapat dijelaskan logik, boleh berlaku.

Objek di langit itu juga dikatakan berupa amaran daripada Tuhan supaya umat Islam kembali mengamalkan ajaran agama yang sebelum ini semakin diabaikan sebahagian penduduk negara ini.

Objek berkenaan yang disaksikan guru dan pelajar dari sekolah agama, menambahkan lagi keyakinan masyarakat.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 04:52 PM | Show all posts
aku sendiri pun ada nampak. tapi aku bukan sekolah kat klang tapi kat gombak. that day semua pakat duk tunjuk kat langit. awan2 mcm membentuk pelbagai bentuk yg menakutkan. yg aku ingat cuma awan berbentuk perempuan, mcm rambut mengurai, then kepala terputus. then kepala tuh tukar jadi binatang BaB1. dan awan berbentuk mayat. sampai cikgu terpaksa buat annoucement suruh masuk kelas dgn segera. kejadian adalah waktu rehat sekolah ptg.

mmg takut giler...mcm mana awan boleh bentuk begitu?
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 06:08 PM | Show all posts
masa ni berlaku juga tragedi pembersihan etnik Muslim di Bosnia-Herzegovinia..
dok asrama mengigil bila tau kes kalimah di langit ni... dah nak kiamat ke..
risau tak sempat jumpa mak dan abah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 08:27 PM | Show all posts
sebenarnya ada 28 kesemuanya..yg dilaporkan di sokkabarr dan majalah adalah sebanyak 26 [ dua puluh enam ] objek sahaja..yg lagi 2 lagik korang search sendiri..tp gov ...cuba kawal keadaan sbb takut berlaku anarchy dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan. gambar2 objek di langit mula dijual. Malah ada juga kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2014 11:43 AM | Show all posts
26/7/1992? x dapat tengok sebab baru 2 hari lahir kat dunia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2014 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
lompatikam posted on 26-9-2014 04:52 PM
aku sendiri pun ada nampak. tapi aku bukan sekolah kat klang tapi kat gombak. that day semua pakat d ...

Waktu ni u darjah berapa? Mmg jelas kelihatan ke? Beruntungla dpt lihat. Tpi berita ni diam mcm tu shj selepas itu. Tkde pulak liputan dr negara luar berkenaan peristiwa ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2014 02:57 AM From the mobile phone | Show all posts
bluezink posted on 26-9-2014 08:27 PM
sebenarnya ada 28 kesemuanya..yg dilaporkan di sokkabarr dan majalah adalah sebanyak 26 [ dua puluh  ...

Bina kapal kerana dipercayai banjid besar atau mereka terikut dgn peristiwa bahtera nabi nuh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.075365 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list