CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6215|Reply: 10

Ahli Kumpulan Senario yang terawal

[Copy link]
Post time 25-9-2014 11:25 AM | Show all posts |Read mode
Ahli Kumpulan Senario yang terawal




Kumpulan Senario ialah sebuah kumpulan penyanyi dan pelakon yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini juga terkenal sebagai sebuah kumpulan lawak.

Ahli awal
  • Wahid
  • Lan Pet Pet
  • Azlee Jaafar
  • Farouk Hussein
  • Shamsul Ghau Ghau
  • Ilya
  • Hamdan
  • Saiful Apek
  • Yassin Yahya

Ahli kini
  • Wahid
  • Lan Pet Pet
  • Azlee

Kumpulan ini dicungkil bakat mereka dalam rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995,[1] di mana pada tahun itu Shamsul Ghau-Ghau menjadi juara dan Mazlan Pet-Pet menjadi naib juara. Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk, Wahid, Ilya, Hamdan, Azlee dan Mazlan. Tidak lama selepas itu, Farouk dan Shamsul keluar dari Senario dan mereka bergerak berlima hinggalah Illya dan Hamdan turut mengundur diri. Kemudian Senario menjadi empat dengan kemasukan Saiful Apek dan kemudian berlima dengan kehadiran Yassin.[2]

Hamdan dan Ilya seterusnya menubuhkan kumpulan lawak yang diberi nama Aku Kaya bersama Yassin yang juga pernah menganggotai Senario. Senario paling terkenal ketika berlima, dengan dianggotai oleh Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, Yassin dan Saiful Apek. Namun yang tinggal kini hanyalah Azlee, Wahid dan Mazlan.


Sejarah

Kumpulan Senario ditubuhkan pada 1996 hasil gabungan 7 peserta Sinaran Pasport Kegemilangan. Nama Senario diambil dari idea Farouk yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan "senang riuh" dan akhirnya menjadi Senario. Mereka diberi kepercayaan menjayakan program TV sendiri, juga bernama "Senario" pada Jun 1996 dengan empat episod pengenalan. Ternyata sitkom itu mendapat sambutan dan mereka diambil sebagai kakitangan TV3.

Pada 1999, kumpulan ini mengembangkan sayap ke layar perak dengan pengeluaran filem pertama mereka Senario The Movie.

Senarai album

  • Senario
  • Senario 2
  • Senario 3 - Seantero
  • Senario 4
  • Senario 5


Senarai filem

  • Senario The Movie (1999)
  • Senario Lagi (2000)
  • Lagi-Lagi Senario (2001)
  • Senario Sekali Lagi (2002)
  • Lang Buana (2003)
  • Senario XX (2005)
  • Senario Pemburu Emas Yamashita (2006)
  • Senario The Movie : Episod 1 (2008)
  • Senario The Movie : Episod 2 - Beach Boys (2009)
  • Senario Asam Garam (2010)
  • Senario The Movie Ops Pocot (2011)







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2014 11:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2014 11:26 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 03:22 PM | Show all posts
hari2 ak tgk senario yg tebar roti canai tuh mse cte tu pemes..wardina bcinta dgn si wahid. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 07:22 PM | Show all posts
dia org ni legend jugak la kiranya..dari 90 an sampai sekarang....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 10:37 PM | Show all posts
kumpulan senario paling hebat di malaysia ni sebab

ahli dari juara realiti tv (sinaran passpot kegemilangan)

ada sitcom sendiri (masa sekolah dulu tak pernah miss nak tengok)

ada filem sendiri (semua layan)

ada lagu sendiri siap masuk ajl lagi (hari2 nyanyi tak pernah jemu)

kira legend diorang ni

boleh berlakon, menyanyi, melawak, mengacara...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-10-2014 11:29 AM | Show all posts
winterwhite39 posted on 9-10-2014 10:37 PM
kumpulan senario paling hebat di malaysia ni sebab

ahli dari juara realiti tv (sinaran passpot ke ...

Senario rumah hantu mmg best! (the movie)
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2015 08:54 PM | Show all posts
senario zmn apek ngn yasin still ngn dorg paling mantp aku rase *hi gua dr masa hadapan. hai org tahun 2014
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2015 07:05 PM | Show all posts
suka ilya ni dulu, pelopor bangla
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2015 09:33 AM | Show all posts
suka senario masa zaman hamdan, ilya........masa zaman saiful apek dgn yassin pun best........
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2015 01:32 AM | Show all posts
ha'ah, senario lama tu yg paling besh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.110376 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list