CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18771|Reply: 89

Faizal Tahir kini semakin kurus

[Copy link]
Post time 26-9-2014 09:55 AM | Show all posts |Read mode
Faizal Tahir Kurus Kerana Anak Terlalu Aktif
[size=0.688em]Diterbitkan: Jumaat, 26 September 2014 12:33 AM


[size=0.75em]Faizal Tahir akui kurus kerana sibuk urus anak.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mendedahkan punca dia semakin kurus adalah disebabkan sibuk dengan tanggung jawab sebagai bapa kepada lima orang cahaya mata.
[size=0.98em]Faizal berkata, kesemua anaknya sangat aktif sehingga membuatkan dia tidak boleh duduk diam membiarkan mereka bersendirian.
[size=0.98em]"Saya kurus bukan sebab sakit tetapi kerana sibuk dengan anak-anak, maklumlah anak saya sudah masuk enam orang dan semuanya hyper active.
[size=0.98em]"Boleh dikatakan setiap hari saya berlari-lari mengejar mereka, lebih lagi kalau kami keluar ke pusat beli-belah berhampiran sehingga pekerja di situ tahu muka saya akan kejar anak-anak," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran album Faizul AF 2013, di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Lima cahaya mata Faizal iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 9, Siti Raudhah Nur Iman, 7, dan Ahmad Rifa’ie Zidane, 6, Siti Rawdha Nur Jannah, 3,  dan Siti Nawar Malaeka, 1,  hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.

Tambah Faizal, dia tidak pernah mengambil tahu tentang berat badan sebenarnya kini, bagaimanapun mengakui tentang kesusutan.

Faizal berkata, tekanan kerja bertambah selepas dia menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Faithful Music sejak awal tahun lalu.

"Hidup saya hanya tumpu pada kerja dan anak-anak sahaja, selepas wujudnya Faithful Music tekanan kerja lebih bertambah. Namun saya gembira kerana kami sudah ada tiga orang artis iaitu Hanie Soraya, Aziz Harun dan Elizabeth Tan.

"Disebabkan terlalu sibuk juga saya sering lupa untuk makan, seperti semalam seingat saya, saya hanya makan sekeping sandwich sahaja," ujarnya.



[size=0.98em]Sementara itu, ditanya, tentang kerjaya nyanyiannya, Faizal berkata, dia hanya akan menyanyi jika mendapat sebuah karya berbeza daripada yang pernah dibuat sebelum ini.
[size=0.98em]Bagaimanapun, Faizal mengakui rindu untuk membuat persembahan di hadapan peminat-peminatnya.

"Buat masa ini memang belum ada rancangan untuk menyanyi, Insya-Allah saya akan menyanyi jika ada lagu yang bagus dan lain daripada yang pernah saya bawakan sebelum ini.

"Kalau diikutkan memang ada rasa rindu sangat untuk buat persembahan seperti dahulu, ramai juga peminat saya yang bertanya bila saya buat persembahan seperti dahulu, tapi buat masa ini belum lagi ada perancangan untuk itu," ujarnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 09:59 AM | Show all posts
PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mendedahkan punca dia semakin kurus adalah disebabkan sibuk dengan tanggung jawab sebagai bapa kepada lima orang cahaya mata.
Faizal berkata, kesemua anaknya sangat aktif sehingga membuatkan dia tidak boleh duduk diam membiarkan mereka bersendirian.

"Saya kurus bukan sebab sakit tetapi kerana sibuk dengan anak-anak, maklumlah anak saya sudah masuk enam orang dan semuanya hyper active.

"Boleh dikatakan setiap hari saya berlari-lari mengejar mereka, lebih lagi kalau kami keluar ke pusat beli-belah berhampiran sehingga pekerja di situ tahu muka saya akan kejar anak-anak," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran album Faizul AF 2013, di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Lima cahaya mata Faizal iaitu Ahmad Mikaeel Zidane, 9, Siti Raudhah Nur Iman, 7, dan Ahmad Rifa’ie Zidane, 6, Siti Rawdha Nur Jannah, 3,  dan Siti Nawar Malaeka, 1,  hasil perkahwinannya dengan isteri, Siti Raihanim Noran.

jadahnya kejap lima kejap enam

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
brp ank faizal nih ye, kejap 5 kejap 6
rasanya baru 5 kan
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:04 AM | Show all posts
tp tak dinafikan menguruskan anak mmg buat kita letih dan kebarangkalian nk kurus tu mmg ada...nak2 klau anak2 tu aktif sesangat......
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
mgkn binik heols ngandung lg kot tu yg kira 6 hi hi
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:07 AM | Show all posts
yg no 6 dlm perut kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-9-2014 10:08 AM | Show all posts
anak ramai kena la berkorban...kurus btl..
dh lama x nmpk dia perform..
xde masa...sibuk dgn anak2 jek
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:09 AM | Show all posts
rosmahisham posted on 26-9-2014 10:06 AM
mgkn binik heols ngandung lg kot tu yg kira 6 hi hi

maklumlah anak saya sudah masuk enam orang dan semuanya hyper active.


yg dalam perut pun kuat menendang. tp perut bini dia bukan dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 10:10 AM | Show all posts
dia kata nk masuk 6.. bukan anak 6 orang.. salute la..boleh kurus..aku ni x kurus2..makin naik la plak:
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:13 AM | Show all posts
maxim posted on 26-9-2014 09:59 AM
jadahnya kejap lima kejap enam

ada baby dalam perut kot.

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:18 AM | Show all posts
aku suke laki yg ramai anak...

ehhh

aku suke FT
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:28 AM | Show all posts
suka kat dia niiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:29 AM | Show all posts
wah tabik aku kat dia... ramai anak... susah nak cari lelaki yang nak anak ramai... moga2 berkekalan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeke sebab anak2. Tak kot. Mesti ade diet.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:34 AM | Show all posts
kurus yensem la plop -okbaii
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:34 AM | Show all posts
wow ..6... boleh lah ... banyak duit... kalu kita org biaasa.. ibu pun keje.. duit gaji abis kat pengasuh jer lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 10:35 AM | Show all posts
mesti berabuk anak2 FT speaking..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:37 AM | Show all posts
Laki kurus Sgt tak elok la rupanya.....
Elok gi gym besarkan APA yg patut....
Mesti merembes FT bila body dah cantik kann
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:38 AM | Show all posts
suami aku minat gila ngan FT.lagu FT yg mcm sampah pun dia kata sedap.tapi x bermakna suami aku sesuatu..heee
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Vocal FT dlm lagu Faith ciptaan dia & Mike Chan utk MH370 tu best...feat Jac (Malay version Percaya - Hazama, Dina)

Skang dia lebih fokus blkang tabir w his Faithful Music & Charity for GAZA

Tak gila glamour
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.074828 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list