View: 3218|Reply: 15
|
[Dunia]
Di China, konsep 'restoran senyap' dapat sambutan luarbiasa
[Copy link]
|
|
Sebuah restoran unik yang mengenengahkan konsep senyap milik seorang wanita pekak dan bisu di Shanxi mendapat reaksi luar biasa daripada pelanggan kerana perkhimatannya yang cukup memuaskan.
Ia dipanggil ‘Restoran senyap’ kerana kira-kira 80 peratus pekerja di situ terdiri daripada orang kelainan upaya yang tidak boleh mendengar mahupun bercakap.
Sekali pandang, restoran berkenaan kelihatan sama seperti restoran lain.
Sebaik melangkah masuk, pengunjung akan dapat melihat pelayan restoran menggunakan bahasa tubuh dan isyarat untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
Ketua restoran, Gao Cuiping memberitahu media, restoran berkenaan adalah yang pertama seumpamanya.
Dikalangan 30 pekerja di restoran berkenaan, 22 daripadanya pekak dan bisu.
Pada mulanya pekerja bimbang mengenai halangan komunikasi antara mereka dengan pelanggan, namun sehingga kini, segalanya berjalan lancar dan majoriti pelanggan berpuas hati.
Pengurus, Liu Yanxia juga orang kelainan upaya.
Pengalamannya bekerja di sebuah hotel sebelum ini memberikannya peluang melatih rakan sekerjanya untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Individu yang bertanggungjawab melabur kepada pembukaan restoran berkenaan, Zhang Pingsheng berkata tujuan asalnya membuka restoran berkenaan adalah untuk membantu anak lelakinya yang juga pekak dan bisu serta mereka yang sama senasib dengan anaknya untuk mencari kerja.
Menurutnya, idea berkenaan timbul dua tahun lalu dan setakat ini dilihat berjaya.
Pelanggan tidak mempunyai masalah untuk memesan makanan dan jika memerlukan bantuan.
Mereka hanya perlu menekan loceng yang berada di atas meja serta menulis apa yang mereka mahukan.
Pelayan kemudiannya akan tiba untuk membantu mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
kfc sentul tu kn staf die oku.gune bhse isyarat je |
|
|
|
|
|
|
|
kat Sydney, train dia ada koc senyap.
sebab konsepnya OZ ni memang suka memekak....
|
|
|
|
|
|
|
|
parah aku nak msuk rest ni... |
|
|
|
|
|
|
|
masa aku kat kuching pun pernah makan kat kfc bisu |
|
|
|
|
|
|
|
ku pikir derang makan senyap2... |
|
|
|
|
|
|
|
igtkan semua org kena makan senyap2, xleh bcakap. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
ku pun pikir makan dlm keadaan sunyi sepi |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Mesia dah lama buat, konsep sama, tapi berbeza disability.... Dining In The dark.. basically ko makan dalam gelap.. tak nampak hapa2...
http://dininginthedarkkl.com/
Di mana waiter & Waitresses are buta.
"Our service staff consists of visually impaired and blind persons who lead their daily life without or with minimal light. Why do you think we call them “experts”?" |
|
|
|
|
|
|
|
obelisk posted on 30-9-2014 09:24 AM
masa aku kat kuching pun pernah makan kat kfc bisu
ha'ah..aku penah juga. yg dekat dgn padang merdeka tu kan? semua OKU yg pekak & bisu keja kat situ..
|
|
|
|
|
|
|
|
pekerja senyap. sbb berdasarkan restoran2 babi guling dan bak kut teh di msia, mmg set2 pelahap nye makan bingit mcm babi kene sembelih...so sgt la mustahil kalau pengunjung yg senyap |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus gak ada restaurant sebegini memberi peluang pekerjaan utk golongan oku untuk cari nafkah. |
|
|
|
|
|
|
|
judicata posted on 30-9-2014 10:50 AM
ha'ah..aku penah juga. yg dekat dgn padang merdeka tu kan? semua OKU yg pekak & bisu keja kat situ ...
yup rasanya... tak jauh berdepan balai polis
|
|
|
|
|
|
|
|
KFC Tanjung Aru KK pun senyap jugak
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ak&pg=wb_01.htm
KOTA KINABALU 25 Ogos - Bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC), Tanjung Aru mungkin berasa agak hairan kerana tiada sapaan 'selamat datang' daripada jurujual yang bertugas.
Setiap kedatangan pelanggan di restoran itu hanya akan disambut dengan isyarat tangan selain senyuman manis yang begitu menyentuh perasaan.
Begitulah senario di restoran yang terletak di Pekan Lama Tanjung Aru itu kerana semua pekerjanya adalah terdiri daripada orang kurang upaya (OKU).
Kesemua mereka dilahirkan dengan kecacatan sama ada pekak atau bisu kecuali seorang pengurus restoran yang akan bertindak sebagai penterjemah jika ada sesuatu keperluan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... 1.htm#ixzz3Eld9YhFV
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo makan dengan srnyap musti depa paling menggelupur
Mana tak..nak sembang time makan pon kene kuat..gelak kuat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku klau mkn dgn kwn cina rimas sbb org duk mkn duk tnya mcm2...tesedak kdg2 tu...tensen tui |
|
|
|
|
|
|
| |
|