CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4957|Reply: 38

[Tempatan] Bajet 2015: RON95 dikecualikan GST

[Copy link]
Post time 30-9-2014 09:00 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan kos hidup rakyat di dalam Bajet 2015 yang akan dibentangkan pada 10 Oktober nanti.

Antara beberapa langkah itu termasuklah kenaikan paras gaji minimum, pengecualian cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ke atas petrol RON95 dan diesel, serta pengumuman pemberian bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan kewangan khas RM250 kepada golongan pencen.

Menurut HLIB Research, kerajaan dijangka membelanjakan RM2.6 bilion untuk tujuan pemberian bonus kakitangan awam dan bantuan khas kewangan kepada golongan pencen itu.

Jelas bank penyelidikan itu, fokus Bajet 2015 adalah lebih sebagai persediaan kepada rakyat untuk menghadapi kesan kenaikan barang akibat pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 serta pengenalan skim subsidi petrol baharu.

Hasil pengenalan skim subsidi petrol baharu, kerajaan dijangka dapat mengurangkan perbelanjaan operasi sebanyak RM9.8 bilion, sekali gus dapat menampung perbelanjaan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta perbelanjaan lain untuk tujuan pembayaran gaji, pembekalan dan perkhidmatan,kata HLIB Research lagi.

"Kami turut menjangka beberapa kandungan di dalam bajet kali ini adalah sebahagian daripada Manifesto Barisan Nasional (BN) semasa Pilihanraya Umum Ke-13 lalu," jelas bank itu dalam nota kajiannya di sini hari ini.

Dalam pada itu juga, bagi mengawal kenaikan harga rumah, beberapa pendekatan sebelum ini yang telah diperkenalkan dijangka terus kekal. Antaranya seperti Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT), kelulusan pemberian pinjaman perumahan yang ketat serta harga rumah minimum RM1 juta kepada warga asing.

Kata HLIB Research lagi, kerajaan juga akan memperuntukkan lebih banyak tanah untuk pembangunan rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), pengenalan konsep perumahan Youth City untuk kelompok berumur bawah 40 tahun.

Mengenai kenaikan paras gaji minimum, bank itu menjangka beberapa sektor seperti pembinaan, perladangan dan hartanah akan menerima kesan besar akibat penggunaan tenaga buruh yang ramai.

"Bagaimanapun, keadaan itu tidak akan menjejaskan keuntungan syarikat-syarikat terlibat memandangkan mereka akan mengalihkan kenaikan kos itu kepada harga produk masing-masing," jelas bank itu lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 09:06 AM | Show all posts
persediaan kepada rakyat untuk menghadapi kesan kenaikan barang akibat pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 serta pengenalan skim subsidi petrol baharu.

* apa ni, maslan jawa cakap GST akan menurunkan harga barang....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 09:50 AM | Show all posts
Wey ron97 mcm mana  
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:18 AM | Show all posts


rakyat didahulukan gst

tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:19 AM | Show all posts
comeynye ahkak kene suap
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:19 AM | Show all posts
mohon macai pakatan masuk dan memaki hamun.....

aku tau korang dahagakn isu umno tuk maki hamun......dah lame sangat simpan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2014 10:26 AM | Show all posts
Alhamdulillah GST bakal kurangkan harga barang
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:28 AM | Show all posts
macai umno  tgh  keluh kesah..
ye la bajet lari... mai gst pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangka hlb.jgn x jangka
Lil eh lol
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:43 AM | Show all posts
bonus setengah bulan
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
lostnfaun posted on 30-9-2014 10:43 AM
bonus setengah bulan

Jgn PM ttiba buat uturn ckp bantuan khas rm500 sudah lah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:00 AM | Show all posts
Melainkan kome pakai Lambo atau Aston Martin,
pakai 95 sudae,
BMW pun lepas 95
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 10:10 AM | Show all posts
macai umno mane boleh pikir. diorg tau jilat je. skang hadap la. 'alaaa 20 jepon', kata macai bin bodoh!
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 02:45 PM | Show all posts
Tiada GST heheh.
Sblm ni harga RM2.10. Kalau kena GST 6% = RM2.226 (0.126 GST)
Semalam dah naik 20 sen dah jadi RM2.3

Awal2 dah ambik GST
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 02:58 PM | Show all posts
Jelas bank penyelidikan itu, fokus Bajet 2015 adalah lebih sebagai persediaan kepada rakyat untuk menghadapi kesan kenaikan barang akibat pelaksanaan GST berkuat kuasa 1 April 2015 serta pengenalan skim subsidi petrol baharu.


tak caya aku
kan mat maslan kata rega barang akan turun bila ada GST

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 03:07 PM | Show all posts
kononla takda gst... konar baring nmpak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2014 03:14 PM | Show all posts
GST... Baguss...  Bila rasa boleh Mamposs...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 06:37 PM | Show all posts
nice troll Jibby, try harder scrub....we ain't that stupid.
kenapa? x percaya? check this out noob:

Kadar GST = 6%
Kadar minyak sblom naik ni = RM2.10

maka, 6% x 2.10 = 12.6sen (rd)= 13sen (rd)= 10sen


Tapi smlm uncle jibby naik 20sen.....mana lagi terangkat?
impose GST lagi better drpd naik smlm.




ps: tp bagi aku baik jgn impose langsung...sbb mmg rakyat dah terkena. darah pun dah naik ni~!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 10:52 PM | Show all posts

'GST, harga minyak jadikan 2015 tahun dahsyat'

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap  2015 sebagai tahun "amat dahsyat" bagi rakyat marhaen yang menetap di bandar dengan pendapatan rendah dan pertengahan.

Katanya, hal demikian disebabkan kenaikan harga barang dan inflasi susulan kenaikan harga minyak semalam, ditambah pula dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April depan.

"Kerajaan usahlah perbodohkan rakyat lagi dengan langkah-langkah mendenda bagi menghalang peruncit, pemborong dan pengusaha restoran untuk menaikkan harga.

"Impak kepada inflasi akibat kenaikan RM0.20 ini bakal dirasai sepenuhnya dalam jangka tiga bulan.

"Perkara ini akan diburukkan lagi apabila GST dilaksana pada bulan April," katanya.

Beliau mengulas langkah kerajaan merasionalisasi subsidi petrol,  menyebabkan kenaikan petrol RON95 dan diesel sebanyak RM0.20, demi memastikan kedudukan kewangan negara kukuh.

Bagi mengukuhkan hujahnya, Tuan Ibrahim memetik laporan "2H2014 Economic Outlook: External Positives Amidst Domestic Challenges”, yang menyebut bahawa inflasi bakal meningkat mendadak dalam dua tahun pertama cukai itu dilaksanakan.

Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata Malaysia "tidak akan terlepas" untuk berdepan kenaikan inflasi seperti yang dialami Australia, Singapura dan China selepas dua tahun pertama cukai itu dilaksanakan.

Katanya, di Australia, sebelum GST dilaksanakan, kadar inflasinya hanya 1.8 peratus tetapi melonjak kepada enam peratus selepas GST dilaksanakan, tetapi menurun kepada 2.9 peratus selepas dua tahun dilaksanakan.

"Tetapi masih sekali ganda lebih tinggi daripada sebelum GST terlaksana.

"Begitu juga di Singapura dan China. Sebelum GST dilaksanakan, (masing-masing) inflasi hanya sekadar 0.8 peratus dan 10.5 peratus.

"Pada tahun GST dilaksanakan, inflasi di Singapura melonjak ke 5.4 peratus manakala China 24.2 peratus sebelum turun ke 2.3 peratus bagi Singapura dan 12.7 peratus bagi China selepas dua tahun," katanya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi perkara itu dan menegaskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,000 - purata  RM83.33 sebulan - tidak dapat membantu rakyat marhaen menghadapi inflasi.

"Ditambah pula dengan kesan inflasi akibat kenaikan harga minyak sekarang, tahun 2015 dijangka menjadi sangat dahsyat kepada rakyat marhaen," katanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina posted on 30-9-2014 09:50 AM
Wey ron97 mcm mana

2.9 + 6% GST
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 1.023707 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list