View: 6034|Reply: 3
|
TEUKU ZAKARIA BIN TEUKU NYAK PUTEH
[Copy link]
|
|
Memandangkan Biopic kisah Arwah P Ramlaee dan Arwah Saloma sedang hangat di pertontonkan, marilah kita menyedekah pahala Al fatihah, kepada roh2
arwah2 ini dan juga semua pelakon2 veteran yang telah dulu meninggalkan kita. Kisah pahit maung penderitaan dan pengorbanan mereka kepada
negara, walaupun industri ini kurang baiknya di sisi agama, namun itu cara mereka mencari rezeki. Apa salahnya dari mencungkil balik kisah silam yang lebih pada mengaibkan mereka marilah kita mendoakan keamanan dan kententeraman roh mereka di sana. Agar Allah menempat mereka dikalangan orang orang yang soleh serta soleha, memberi mereka peluang menjadi ahli syurgaNYA, di terangkan kubur mereka ...
Boleh dikatakan pendekatan mereka (artis2 veteran ) dulu2 kurang ke arah keagamaan, kerana kurang individual atau organasasi yang hendak
membimbing mereka ke arah diri dan kehidupan yang lebih baik dunia serta akhirat. Bayaran yang tidak semewah mana mereka perolehi menjadikan mereka mangsa keadaan. Kebanyakkan hidup kemiskinan dan hari tua mereka tiada pembelaan dari sesiapa mahupun peruntukkan khas dari kerajaan. Lebih kepada pingat, Pangkat
Dato' or Datin yang tak menjanjikan apa apa.Wang saguhati pun tak lepas untuk rawatan sakit ketika tua.
Namun belum terlambat untuk kita yang hidup ini memanjangkan pahala di sedekahkan pada mereka, kalau kita kata suka filem mereka,
.. tambahan lagi duit kutipan atau apa2 saja bentuk royalti yang di perolehi hasil keringat mereka (lebih lebih lagi anak cucu atau sedara mara mereka),
keluarga2 terdekat mereka ramai, tak payahlah gaduhkan tentang perkara2 yang silam ...
buatkan haji, umrah, sedekah Al Quran, anak2 yatim atau apa saja kebaikkan atas nama mereka ..(wallahua'lam)
Daripada ramai yang memberi komen puji, dan tak kurang mencela ...kesianilah mereka dan kematian kita belum tentu lagi macamnana
pengakhirannya, doakan yang terbaik untuk semua.
Tinggal kenangan,"
Inilah makam P. Ramlee seniman besar tanahair tahun 1960an. Nama sebenar beliau adalah Teuku Zakaria. Gelaran Teuku menandakan beliau berdarah bangsawan Aceh.
Hukum Orang Mati yang Belum Sempat Menunaikan Haji
Apabila haji telah wajib kepada seseorang (kerena sudah mampu) tetapi dia melewatkan perlaksanaannya dan tidak menunaikannya sehingga dia mati, maka dia mati dalam keadaan berdosa dan wajib memerintahkan orang melakukan haji bagi pihaknya. Perbelanjaan hendaklah diambil daripada harta si mati. Ia dianggap sebagai hutang dan harta pusaka tidak boleh dibahagikan kecuali selepas hutang dilunaskan.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a :
Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata : “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya, tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan”.
Hadith di atas menunjukkan bahawa menggantikan haji bagi orang yang telah meninggal dunia hukumnya adalah wajib, sama ada telah diwasiatkan oleh si mati atau tidak. Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Syafie.
maaf jika ada kesilapan ...
Last edited by tension080808 on 30-9-2014 10:30 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
X sangka ada darah kerabat bangsawan. Hasil seni tiada tolok bandingnya merentasi zaman..Allah memberi ilham kpd arwah..saya bangga dgn beliau.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|