Aliff Aziz, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura didapati bersalah mencuri 2 telefon bimbit. Aliff Aziz dikenakan denda $2000 dan jika gagal membayar denda, boleh dipenjara 20 hari. Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila Aliff Aziz mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.
Berikut ialah keratan akhbar Singapura yang melaporkan berita ini:-
[img]https://ci3.googleusercontent.com/proxy/-j38AR94iRQ-nYFia_-KF2yGsKhgKlSScvcD9uZQ_gauhNwhWSH-6qSEMtp3EkJRTVo4PJ4pFFqzYf62SQ9TDGlOIPw_LEQWRECrSUWHRC-qsiAV-r7VbWom0zGUE3NmWYDioAgSPg=s0-d-e1-ft# http://i386.photobucket.com/albu ... ulnara012/aliff.jpg[/img]
Sebelum ini Aliff Aziz selalu menimbulkan kontroversi dan masalah kepada mereka yang mendapatkan khidmatnya setelah sering hilang daripada lokasi penggambaran. Perkembangan ini pastinya menjawab tanda tanya kehilangan Aliff Aziz baru-baru ini. Sama-sama kita nantikan reaksi daripada penyanyi ini kelak.
kredit: BN
|