CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Novel : Takdir Yang Tertulis (U)

[Copy link]
 Author| Post time 22-12-2014 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
cegitu posted on 18-12-2014 09:28 PM
Awat sikit sangat?

Busy sikit lately. Maaf yee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 05:36 PM | Show all posts
Ambik kau!!!!...kan dah kena cerai....padan muka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
"Amar ! Amar !"

Datin Sofea menjerit lagi. Dia bermimpi tentang arwah suaminya lagi.

Jeritan Datin Sofea dapat didengar oleh Zara dari dapur. Dia mahu menyediakan bubur nasi untuk ibu mertuanya itu. Mereka baru sahaja pulang dari hospital sejam yang lalu.

Zara mempercepatkan langkahnya menuju ke bilik Datin Sofea yang sudah berpindah ke bahagian bawah banglo tersebut.

"Mama..kenapa mama?" Zara bersuara sambil menghampiri wanita tua itu. Dia cuba menenangkan Datin Sofea.

"I taknak you..Linda..Linda..tolong mama"

Datin Sofea menolak kasar tubuh Zara. Walaupun dirinya sudah lumpuh, dia tetap ego dan tidak membenarkan Zara menjaga dirinya. Hanya Linda sahaja yang diharapkan.

"Aduh !" Zara menjerit kesakitan apabila tubuhnya terhentak pada dinding.

Zafril yang kebetulan mahu menjenguk keadaan Datin Sofea terus meluru masuk mendapatkan Zara yang sedikit tersandar ke dinding apabila ditolak Datin Sofea.

"Apa ni ma? Zara is pregnant ma !" bentak Zafril. Dia berang apabila Datin Sofea memperlakukan sedemikian kepada isterinya. Keadaan Datin Sofea yang masih lumpuh tidak dipedulikan lagi.

Zara terus memegang perutnya yang semakin membesar. Terasa senak sedikit di perut apabila tubuhnya terhentak ke dinding.

Datin Sofea memandang tepat wajah Zafril apabila mendengar perkataan pregnant itu keluar dari mulut anaknya itu. Pandangannya terus beralih ke arah Zara seterusnya kepada perut perempuan itu. Dia terlampau memikirkan Datuk Amar sehinggakan dia tidak perasan perubahan pada diri Zara.

"Abang..sayang okay..abang jangan marah mama ye..mama tak sihat abang" perlahan-lahan Zara mengatur langkah menghampiri Zafril. Dia memujuk lelaki itu agar kemarahannya dapat diredakan.

"Sayang tak apa-apa? Betul ni sayang?" suara Zafril mula kendur. Dia memeriksa keadaan Zara untuk memastikan isterinya itu benar-benar okay.

Timbul rasa bersalah dalam diri Datin Sofea. Akibat egonya tadi, dia telah membahayakan bakal cucunya yang akan lahir tidak lama lagi.

"Mama..i'm sorry to say this dalam keadaan mama macam ni. Untuk pengetahuan mama, menantu kesayangan mama tu curang dengan Zaf..and cucu mama juga dah keguguran disebabkan perangai Linda yang kaki rokok dab kaki mabuk tu!" jelas Zafril panjang lebar. Entah kenapa dia rasa dia patut beritahu Datin sofea tentang Linda walaupun Datin Sofea belum sembuh sepenuhnya.

Sekali lagi Datin Sofea tergamam. Dia tidak sangka perangai Linda yang sebenarnya. Dia terlalu memuji perempuan ini sehingga dia buta menilai permata yang sebenar-benarnya.

"Abang..dah la tuu..bagi mama rehat abang.." ujar Zara. Masa ini tidak sesuai untuk Zafril menceritakan tentang semua ini.

"Mama rehat ye.." Zara tidak menghiraukan tentang penerimaan Datin Sofea kepada dirinya. Dia membaringkan semula wanita tua itu supaya mertuanya itu kembali berehat.

Datin Sofea kaku. Dia menurut sahaja apa yang Zara sedang buat. Dia keliru. Apakah dia patut terima Zara sebagai menantu dengan ikhlas.

Zafril mengeluh perlahan. Dia tidak faham kenapa perempuan sebaik Zara tidak dapat diterima mamanya. Bagi dirinya, Zara memiliki pakej yang sempurna. Di sebalik wajah yang jelita, perempuan itu mempunyai akhlak yang bagus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2014 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
cegitu posted on 22-12-2014 05:36 PM
Ambik kau!!!!...kan dah kena cerai....padan muka.

Hihi. Suka tak Linda dah kena cerai..tulaa perangai teruk sangat kan
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Best la citer ni tt..ksian kt zara n mymph kt linda..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 07:13 AM | Show all posts
matikan terus Linda tu...takyah nak balas dendam segala..
happy kan je Zaf dgn Zara...cukuplah dgn gangguan luar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2014 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Imran bingkas bangun menyambut kedatangan Linda di cafe yang berkonsepkan makanan western itu. Dia terus menarik kerusi untuk Linda tanpa disuruh. Kemudia dia duduk berhadapan dengan wanita itu.

"Hey what happen to you? Mana Linda I yang dulu?" Imran memulakan bicara. Dari jauh dia sudah memerhatikan keadaan teman wanitanya itu. Wajahnya kelihatan muram dan tidak ceria seperti biasa. Tambahan pula perutnya yang selalu menjadi tatapan Imran sudah kempis.

"You boleh tak jangan nak naikkan darah I lagi.." suara Linda mulai tinggi. Tak cukup dengan apa yang berlaku antara dia dan Zafril, lelaki di hadapaannya ini menambah lagi rasa pedih di hatinya.

Untuk mengelak keadaan menjadi lebih tegang, dia menghentikan sementara perbualan mereka dengan memesan makanan. Dua pinggan seafood spagetti beserta dua jus oren untuk santapan pada malam itu.

"Sayang relax okay. Take a deep breath and cerita kat I apa masalah you" Imran cuba memancing Linda untuk membuka mulut sekali lagi.

"I dah bercerai..baby I pon dah gugur"

"What?!" Jerit Imran apabila mendengar kata-kata Linda. Hampir semua orang di cafe itu memandang ke arah mereka.

"Opps sorry.." Imran menutup mulutnya apabila Linda memandang tajam ke arahnya tanda marah dengan reaksi spontan dirinya sebentar tadi.

"I takde mood ni Im...I balik tinggalkan you sorang-sorang kat sini baru you tahu" ujar Linda dengan nada yang agak tinggi. Penceraian yang berlaku baru-baru ini membuatkan dia rasa terduduk. Kini impian untuk memiliki Zafril sudah musnah.

"Eh jangan lah sayang. About your baby, I'm sorry for that okay..tapi pasal you dah bercerai..its good for me then..you milik I sepenuhnya sekarang sayang" Imran bersuara lembut. Dia berharap kali ini Linda akan mendengar suara hatinya. Dah lama dia mahukan perempuan ini. Hati perempuan ini masih pada Zafril.

"You taknak tolong I untuk dapatkan dia semula baby?" pujuk Linda dengan  memanggil lelaki itu dengan panggilan manja. Sengaja dia buat tak dengar pengakuan lelaki itu.

Imran mengetap bibir. Apa yang dia dapat jika dia menyatukan peremluan yang dia sayang dengan lelaki lain? Dia hanya berputih mata saja nanti. Pertanyaan Linda dibiar sepi. Dia kembali menyambung makan.

Linda perasan akan reaksi lelaki itu. Dia akan terus memujuk sehingga lelaki itu bersetuju untuk membantu dia dalam mendapatkan Zafril semula.

Tangan kasar milik Imran digenggam Linda lembut.  

"You sayangkan I kan baby?" Soal Linda dengan manja.

"Of course I sayang you tapi why not you lupakan bekas suami you tu then fokus dengan I? I akan happykan you sampai bila-bila sayang" balas Imran panjang. Dia sudah muak mendengar nama Zafril.

Genggaman tangan sebentar tadi dileraikan Linda. Nampaknya Imran betul-betul berdegil dan mengharapkan dia akan terus melupakan lelaki yang sudah lama dia impikan.

"I nak balik!" Linda bingkas bangun dan terus meninggalkan Imran keseorangan. Emosinya tidak menentu buat masa ini.

Imran melepaskan keluhan yang panjang kerana perbuatan Linda sebentar tadi. Bila lah agaknya pintu hati perempuan itu akan menerimanya dengan sepenuh hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 08:38 AM | Show all posts
kenarihitam posted on 23-12-2014 12:28 PM
Best la citer ni tt..ksian kt zara n mymph kt linda..

Sabar ye dengan perangai Linda tuu

Btw teruskan membaca ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2014 08:39 AM | Show all posts
nallepooh posted on 24-12-2014 07:13 AM
matikan terus Linda tu...takyah nak balas dendam segala..
happy kan je Zaf dgn Zara...cukuplah dgn  ...

Hmmm emo nampak. Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 10:00 AM | Show all posts
indah91 posted on 24-12-2014 08:39 AM
Hmmm emo nampak. Hihi

bkn emo...kesian dkt zara dgn zaf..bagilah dia org ruang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa la linda ni..imran ada tp dok thegeh ngn zafril..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 10:57 AM | Show all posts
Kesian ZARA...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 11:30 AM | Show all posts
jahatnya linda...benci betul la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 12:36 PM | Show all posts
Tak ada sambungan ke adik?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 05:32 PM | Show all posts
tt tak hapdet. terjun bngunanla camni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Huuuwwwaaaaa..... x update lg!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2015 08:31 PM | Show all posts
cegitu replied at 17-1-2015 12:08 PM
Huuuwwwaaaaa..... x update lg!!!!!!

mesti  kes perasan tt hapdet coz thread naikkan? kehkehhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 10:11 AM | Show all posts
Esmiria replied at 17-1-2015 08:31 PM
mesti  kes perasan tt hapdet coz thread naikkan? kehkehhhh..

Cegitu tertipu lagi.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 10:03 AM | Show all posts
nk n3 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 01:20 PM | Show all posts
yeayy dah update
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.174728 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list