CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah91

Novel : Takdir Yang Tertulis (U)

[Copy link]
Post time 17-10-2014 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
menyampah plk dgn si linda ni TT... mcm nak lempang jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2014 10:01 AM | Show all posts
indah91 posted on 16-10-2014 08:25 PM
Aiyoyo camne bole typo tuu?? Ai is silap. Hehee
Nanti kite edit balek yg tuuu.. maapppp
...

Okey




Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 10:07 AM | Show all posts
indah91 posted on 17-10-2014 01:40 AM
Ingat nak update banyak tadi... tapi bz sikit. Ni da update lagi. Ngeh3

Hihi terbaik..
mengadanya awk linda..
hurm


TT : nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 11:00 AM | Show all posts
EEeeeeee jahatnya.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:49 PM | Show all posts
wahh byk dh TT update..

next pls..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 06:44 PM | Show all posts
Maya tersenyum nipis sebaik saja melihat Linda duduk berhadapan dengannya di sebuah meja di sebuah kafe mewah. Dalam perkiraanya sudah hampir sebulan dia tak bertemu dengan perempuan itu, baik di kelab malam ataupun di shopping complex. Sebelum ini boleh dikatakan setiap malam Linda berada di kelab malam favourite mereka berdua.

" Haii babe ! Rindu I tak?? " soal Linda memulakan perbualan. Dia tahu pasti rakannya marah dengan dirinya kerana sudah lama mereka tidak berjumpa.

" Ahh you ni..menyampah I..dah nak dekat sebulan baru ajak I jumpa..mana you hilang entah? Bosan I kat kelab tunggu you tak muncul-muncul tau" Maya memuncungkan mulutnya. Dia sedar Linda sudah berstatus isteri orang tapi takkan sibuk memanjang hingga tiada masa untuk ke kelab seperti sebelum ini.

"Amboi banyaknya soalan you nii..bagi I tarik nafas dulu before jawab soalan you ni boleh tak?" ujar Linda sebelum gelak tawanya kedengaran. Sebelum datang berjumpa dengan Maya, dia sudah agak mesti bertubi-tubi soalan yang akan keluar dari mulut minah ini.

Maya menghirup jus epal sambil membuat isyarat tangan untuk Linda meneruskan penjelasannya.

" Babe..morning sickness yang buat I tak larat nak keluar rumah. Sekarang ni baru better sikit" jawab Linda selamba. Saja buat suprise untuk Maya.

"Morning...wait.. babe, are you pregnant??! Omg !!!" Maya betul-betul terkejut. Keliru pun ada.

"Bukan dulu you yang taknak semua ni ke" soal Maya semula.

Senyuman nakal mula terzahir di wajah Linda. Dia memandang wajah Maya dengan penuh makna.

"I think dengan cara ni je I akan dapat Zafril sepenuhnya. You bayangkan nanti kalau anak ni lahir nanti..confirm Zaf melekat dengan I..Zara nesti dia buang punya"  jelas Linda panjang lebar.

Maya mengangguk perlahan-lahan. Cuba mencerna rasional di sebalik kata-lata wanita itu. Ada betulnya tapi...

"But pregnant is leceh babe..how you nak pergi kelab kalau dah macamni?" Maya menyatakan kegusarannya. Kalau dia berseorangan ke kelab tanpa Linda mesti bosan. Tak happening !

"Hey hey relaxlah babe..takde halangan untuk ke kelab okay" balas Linda pula. Takde apa boleh halang dia untuk buat apa yang dia suka.

Maya kembali tersenyum.

"After this kite enjoyyy ! Wuhhuuuu" ujar Maya sambil melagakan gelas minuman mereka berdua tanda meraikan kegembiraan mereka.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2014 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 17-10-2014 05:41 AM
menyampah plk dgn si linda ni TT... mcm nak lempang jer...

Sabar ye sabar..gediksss kan dia haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
AisyDani13 posted on 17-10-2014 10:07 AM
Hihi terbaik..
mengadanya awk linda..
hurm

Linda ni gedikss kan. TT pon rasa nak sepak2 muka dia

Malam nanti TT update banyak2 yeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2014 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cegitu posted on 17-10-2014 11:00 AM
EEeeeeee jahatnya.....

Kesian sangat2 kat zara kannnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ctiez83 posted on 17-10-2014 12:49 PM
wahh byk dh TT update..

next pls..

Dah updateee. Jemput baca yee
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dh siap baca... sambung lg TT
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
La awat sikit sangat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2014 01:37 AM | Show all posts
Zara membelek beberapa helai dress panjang yang berkenan di hatinya. Dia berjalan menunju ke almari lain untuk melihat baju keluaran terbaru keluaran butik berjenama  Mango.

Kebetulan hujung minggu itu Zafril ada mesyuarat penting dengan pelanggan syarikat lelaki itu, Zara mengambil kesempatan untuk keluar membeli belah. Kalau pergi dengan abang nanti kena complain lama sangat shopping.

"Zara !!"

Zara menoleh ke arah jeritan suara itu. Setelah dikenal pasti pemilik suara itu, dia terus berlari menuju ke arah empunya suara tersebut. Kelihatan seorang pemuda dan seorang perempuan tersenyum manis ke arah Zara.

" ya Allah..rindunya aku kat kau" ujar Zara sambil memeluk Bella.

"Aku pun weh..rindu gila tau" balas Bella pula. Pelukan mereka dileraikan. Bella memperkenalkan lelaki di sebelahnya.

" Eh by the way this is Faris..tunang aku..and Faris, ni Zara kawan U Bella dulu" ujar Bella lagi.

Zara dan Faris serentak tersenyum dan bersalaman. Beberapa minit kemudian, mereka tergelak. Reaksi mereka membuatkan Bella tertanya-tanya. Dah kenapa gelak tiba-tiba diorang ni?

"Faris kenal sangat Zara ni..dia wife member Faris lah" ujar Faris pula sambil tersenyum. Kadang-kadang Zafril akan datang bersama Zara kalau Faris dan Zafril berjumpa.

"Laa dah kenal la ni ye? Kecik rupanya dunia ni kan" kali ni Bella pula tergelak. Tak sangka pula tunangnya mengenali teman rapatnya itu.

"Eh Faris balik dulu la kalau macam tu..kasi chance kawan lama nak jejak kasih kan.." Faris meminta izin untuk pulang awal. Perempuan mesti nak bergosip lama. Takut dia akan jadi pasu bunga pula nanti.

"Okay Faris..nanti Bella call ye. Take care tau" sempat Bella memesan kepada tunangnya sebelum lelaki itu hilang dari pandangan.

Mereka berdua berbual sehingga tiba di sebuah kafe. Tanpa membuang masa mereka terus masuk ke dalam untuk meneruskan sesi jejak kasih mereka.

"Since family kau pindah Melaka and kau futher study kat Australia..rasanya dah 5 tahun kita tak jumpa kan?" Zara bersuara lagi selepas mereka memesan minuman di kafe itu.

"Itulah pasal..ni pun aku baru je balik sini dalam tahun lepas..wedding kau pun aku tak dapat nak datang..sorry sangat-sangat" balas Bella sambil meminta maaf. Kebetulan waktu kenduri kahwin rakannya itu, dia sedang menjawab peperiksaan tahun akhir. Kalau ikutkan hati memang dia mahu turut sama berkongsi detik bahagia Zara.

"Ni buat aku nak merajuk ni..sampai hati tak datang tau" Zara buat-buat merajuk. Sengaja mahu Bella berasa serba salah. Namun dia tak ambil hati tentang perkara itu kerana temannya itu memang tak dapat hadirkan diri semasa hari perkahwinannya.

" Eleh tak payah nak merajuk sangat lah..now tell me dah berapa orang anak dah kau sekarang?" tanya Bella. Kek coklat dihadapannya dijamah perlahan.

Zara terkedu. Soalan itu memang selalu diajukan kepadanya jika bertemu dengan kawan-kawan lama.

Zara menceritakan segalanya kepada Bella tanpa rasa segan. Dalam situasi begini, dia sangat memerlukan pendengar yang setia seperti Bella untuk luahan hatinya. Lega terasa apabila apa yang tersimpan didalam hati dapat dilepaskan.

Rasa bersalah timbul dalam hati Bella kerana mengajukan soalan tadi. Kalau dia tahu semua ini, pasti dia takkan membuka soal anak dihadapan Zara.

" Sorry..aku tak tahu semua tu..tapi mak mertua kau tak patut. Korang baru kahwin dua tahun..sabar jelah dulu..rezeki belum nak sampai" Bella melampiaskan rasa tak puas hatinya apabila mendengar cerita Zara.

Zara hanya mengeluh. Dia juga tak tahu kenapa dugaan seperti ini hadir dalam hidupnya.

"Hmm dah nasib aku Bella..nak buat lagu mana...eh kau dengan Faris bila nak langsungnya?" Zara sengaja mengubah topik perbualan.

" Plan dalam dua tahun lagi kot..lambat lagi weh.. aku baru nak cari kerja..so langsungnya lambat lagi lah"  jawab Bella. Dia perasan yang Zara mengubah topik perbualan mereka tetapi hanya mengikut rentak Zara. Biarlah apa-apa pun Zara sendiri yang mahu bercerita. Dia sebagai teman hanya perlu memberikan sokongan kepada perempuan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2014 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 17-10-2014 07:26 PM
dh siap baca... sambung lg TT

Teruskan baca kisah selanjutnya heheee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2014 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
cegitu posted on 17-10-2014 09:15 PM
La awat sikit sangat?

Idea tak beqapa nak mai tadi haha
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2014 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
dh habis baca TT... makin menarik TT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2014 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lg please....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2014 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Usai makan malam bersama, seperti biasa Zara akan ke dapur untuk mengemas apa yang patut. Pinggan dan cawan yang telah digunakan sebentar tadi siap dibasuh. Dapur pula dilap untuk menghilangkan minyak yang ada ketika dia memasak lauk untuk santapan mereka sekeluarga malam itu.

Ketika Zara sedang sibuk menyediakan kopi panas untuk Zafril dan bapa mertuanya, kelihatan Linda masuk ke ruang dapur. Perempuan itu terus melangkah ke arah peti ais. Air kotak susu dicapai dan diminum.

Tanpa Zara sedar, matanya tidak sengaja memerhatikan perut Linda yang sudah mula buncit. Jauh di sudut hatinya dia cemburu dengan madunya itu. Dia teringin untuk merasai apa yang dirasakan wanita itu sekarang. Mengandungkan zuriat untuk suami tercinta merupakan impian setiap insan yang bergelar isteri.

Linda yang sedang menikmati minumannya itu sedar yang Zara sedang memerhatikan gerak gerinya.

"Apa pandang-pandang hah?" soal Linda dengan suara yang agak tegas. Matanya tepat memandang ke wajah Zara.

Zara tersentak. Dia kembali semula ke dunia nyata.

"Sorry..Zara mintak maaf..Zara tak sengaja.." balas Zara dan menundukkan wajahnya. Dia kembali mengacau kopi di dalam teko.

"Oohh I rasa I tahu..you jealous kan sebab I tak lama lagi akan lahirkan zuriat Zaf sedangkan you tak boleh..betul tak" ujar Linda dengan angkuhnya. Dia sengaja mengambil peluang ini untuk menyakitkan hati perempuan yang ada di hadapannya.

Zara terdiam. Memang tepat sekali apa yang dikatakan oleh Linda. Dia menahan sebak yang mula muncul apabila soal ini dibangkitkan semula.

"Emm..Zara nak bagi kopi kat abang Zafril dengan papa.." tanpa memandang muka Linda, Zara terus berlalu dari dapur bersama kopi panas untuk dihidangkan kepada suami dan bapa mertuanya. Air mata yang mahu gugur cuba ditahan. Dia tak boleh kelihatan lemah di depan madunya itu.

Sementara itu, Linda tersenyum sendirian. Puas hatinya apabila dapat mengenakan isteri kesayangan suaminya itu.

"Padan muka kau perempuan!"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2014 02:00 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 18-10-2014 02:52 AM
dh habis baca TT... makin menarik TT...

Tenkiuuu teruskan baca yee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2014 02:01 AM | Show all posts
cegitu posted on 18-10-2014 01:55 PM
Sambung lg please....

Update utk arini sikit je..gigi iolls sakit pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.070560 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list