CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 31-10-2014 05:03 PM | Show all posts
fatimz posted on 31-10-2014 12:49 AM
selamat pagi semua....setia menunggu n3 terbaru....

olololo.... btul2 setia ni.. hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2014 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Wawawawa otak aku fah berkecamuk baca citer ni lps tu cari adam n hawa lak.. Otak2 tolong center balik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2014 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
poyohabis posted on 31-10-2014 11:10 AM
Wawawawa otak aku fah berkecamuk baca citer ni lps tu cari adam n hawa lak.. Otak2 tolong center bal ...

hihihi.. dh centre ke blom.. kikii..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2014 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 1-11-2014 04:23 PM
hihihi.. dh centre ke blom.. kikii..

Bertambah2 x Center ni duk berwatsap gan kawan2 sekolah yg sama2 otak senget.. Dah la mlm ni phg vs jdt...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 11:52 AM | Show all posts
Belum ada sambunganya lagi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 12:02 PM | Show all posts
~~ BAB 24 ~~

"Assalamualaikum, Hani", kata Puan Mariam memberi salam.

"Waalaikummussalam, ibu", jawab Hani.

"Kak ngah, bila nak balik ni?", tanya Puan Mariam.

"Oh mak, memang cadang nak balik hujung minggu ni. Qina asyik cakap ja rindu dengan nenek", kata Hani.

"Ha, elok la tu, cepat sikit balik", kata Puan Mariam.

"Kenapa bu?", tanya Hani kehairanan. Biasanya Puan Mariam tidak kisah dengan kepulangan mereka. Tentu
ada hal yang penting.

"Ada orang masuk minang kak ngah ni", kata Puan Mariam.

"Hah!", Hani terkejut dengan kata-kata ibunya itu.

"Ye Hani, balik lah. Ibu tak tahu nak cakap macam mana dengan orang tu. Ibu tak pasti nak terima pinangan
tu ataupun tak", jawab Puan Mariam.

"Siapa ibu?", tanya Hani.

"Entah, ibu tak kenal. Orang tu siap bawak cincin dalam hantaran. Betul-betul bersungguh. Mak dan ayah dia datang sekali hari tu", kata Puan Mariam.

"Hmm.. takpa, kak ngah balik dulu, nanti kita bincang ya?", kata Hani.

"Yelah. Kau orang nak bertolak nanti bagitahu ye. Ibu dah rindu sangat dengan cucu ibu yang sorang tu"
kata Puan Mariam yang hanya mempunyai seorang anak sahaja iaitu Hani.

Hani mempunyai seorang kakak tetapi kakaknya telah meninggal dunia selepas Puan Mariam melahirkan. Hani merupakan satu-satunya zuriat Puan Mariam bersama Pak Ahmad yang masih hidup. Tidak hairanlah Hani selalu pulang ke kampung kerana dia merupakan anak tunggal ibu dan ayahnya, dia merasakan perlu untuknya membahagiakan mereka walaupun sekejap.

Setelah meletakkan telefon bimbitnya, Hani tertanya-tanya siapakah gerangan orang yang meminangnya.
Hani tahu tentu heboh satu kampung yang dia sudah bercerai. Siapa yang berani melamar janda? Tambah
pula ibunya tidak mengenali gerangan lelaki yang meminangnya. Siapakah dia? Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:07 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-11-2014 12:03 PM | Show all posts
fatimz posted on 3-11-2014 03:52 AM
Belum ada sambunganya lagi.....

hihi.. sorry ye.. sikit sambungannye...hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 12:04 PM | Show all posts
poyohabis posted on 1-11-2014 08:36 AM
Bertambah2 x Center ni duk berwatsap gan kawan2 sekolah yg sama2 otak senget.. Dah la mlm ni phg v ...

hihihi... suke nyeeee.. pahang menang.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2014 01:01 PM | Show all posts
cikitnya.....

nak lagi...

Pahang dah menang, mesti byk idea kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2014 01:38 PM | Show all posts
TT jangan amik masa sangat nak karang, ni cit tgh hot ramai follow ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 03:41 PM | Show all posts
~~ BAB 25 ~~

'Hmmm... siapa ya?', ngomel Hani dalam hati. Dia mengelamun dan tertanya-tanya lelaki manakah yang berani menghantar pinangan sejak dari rumah tadi sehingga sampai ke pejabat.

Hani masih tidak percaya dengan hal itu, mana taknya, siapalah dia. Dia hanya seorang janda, masih ada lagikah yang berminat dengannya. Lagipun, seperti terlalu cepat untuknya mendirikan rumah tangga. Namun dia faham, Qina memerlukan kasih seorang ayah, adakah Qina dapat menerima ayah baru? Dan paling penting, adalah dia dapat menerima orang baru dalam hidupnya? Dia buntu.

"Aduh", kata Hani sedikit meninggi suara apabila terlanggar seorang lelaki tegap yang tiba-tiba berada di hadapannya setelah keluar dari lif pejabatnya.

Hani mengangkat kepalanya.

'Aduuhhh, kenapa aku mengelamun ni, kan dah malu tak pandang depan bila berjalan', ngomel Hani dalam hati.

"Eeerr.. boss", kata Hani sedikit teragak agak.

"Awak terpegun dengan kekacakan saya ke?", kata Afiq.

"Eeerr, tak lah", Hani tidak faham apa yang dimaksudkan Afiq.

"So, saya rasa lebih baik awak alihkan tangan awak dari saya, nanti awak jatuh hati pulak", kata Afiq

Sepantas kilat Hani lihat tangannya sudah berada di dada Afiq. 'Ah, malunya.. macam mana boleh jadi macam ni!', terus Hani melarikan tangannya dari Afiq.

Afiq lihat Hani sudah merah padam tertunduk malu.

"Maaf boss!", Hani terus menuju ke mejanya untuk memulakan kerja. Malunya tidak keruan.

Afiq hanya tersenyum melihat Hani seperti cacing kepanasan. Afiq terus berlalu untuk berjumpa Dato' Halim.

"Oi, aku nampak macam ada kejadian 18sx je tadi?" usik Maya sambil tersenyum selepas melihat adegan yang ala-ala romantik itu.

"18sx eh?", kata Hani yang masih lagi merah padam.

"Ye lah. Muka kau tadi, kelakar la..", seloroh Maya sambil gelak besar. Dia geli hati sebenarnya melihat Hani yang tak keruan.

"Kau suka kan mengenakan aku. Malu weh!", jawab Hani tidak puas hati dengan Maya yang sedang gelak besar.

"Kau mengelamun apa tadi sampai jadi macam tu kau tak perasan?", tanya Maya sambil gelak-gelak kecil.

"Ada orang masuk minang aku", jawab Hani untuk menghentikan sindiran Maya.

"Hah!", terdiam dan terkejut Maya sebentar mendengar berita itu.

"Ya", jawab Hani ringkas dan puas hati apabila melihat Maya sedang tercengang menanti cerita darinya.

"Kau biar betul Hani. Siapa yang masuk minang kau ni?", tanya Maya.

"Tu yang aku nak balik kampung hujung minggu ni. Aku nak dengar sendiri dari ibu dan ayah aku", kata Hani.

"Jangan Adam sudah lah", kata Maya dengan mimik muka yang tidak puas hati dengan Adam.

"Eh, tak lah. Ibu aku cakap tak kenal orang ni", kata Hani.

"Pelik. Siapa?", tanya Maya sambil memandang atas memikirkan rakannya itu sedang berkawan dengan lelaki selain Adam. Dia tidak dapat memikirkan siapakah gerangan lelaki mana. Biasanya, dia orang pertama yang tahu Hani berkawan dengan lelaki lain.

"Entah", jawab Hani sambil mengangkat bahu.

"Aku nak tau jugak, boleh aku ikut kau balik kampung tak?", sambil memegang tangan Hani tanda merayu
dan membuat muka comel.

"Hish, kau ni biar betul. Betul-betul ke ni?", kata Hani tidak percaya sambil mengerutkan dahinya memandang Maya.

"Betul la", jawab Maya sambil mengelip-ngelip kan matanya.

"Hiisshh, yela yela", kata Hani

"Terima kasih", kata Maya sambil berlalu pergi. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:07 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 03:45 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 3-11-2014 05:01 AM
cikitnya.....

nak lagi...

Memang byk idea tp nak olah ayat je call masuk, nak olah je call masuk.. ups mengantoikan diri plak..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-11-2014 03:46 PM | Show all posts
yipun_78 posted on 3-11-2014 05:38 AM
TT jangan amik masa sangat nak karang, ni cit tgh hot ramai follow ni..

Insya Allah.. hihihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 11:24 AM | Show all posts
Petang itu, Maya sudah pun berada di rumah Hani. Selepas habis waktu bekerja, Maya terus pulang ke rumah untuk mengambil beg yang sudah dikemas siap untuk ke kampung Hani. Dia terus menuju ke rumah Hani setelah selesai menyiapkan diri.

'Ting tong', menandakan Maya sedang menunggu di pintu rumah Hani.

Hani terus keluar membukakan pintu untuk Maya.

"Eh , awal betul kau sampai ni, kita nak bertolak malam ni la", kata Hani sambil tersenyum.

"La, nanti kau tinggal aku. Macam aku tak tau kau tu, aku betul-betul nak tau siapa lelaki tu", kata Maya.

"Kau ni, betul-betul suka kalau bab ni kan", kata Hani.

"Ha, kau jangan nak cakap aku ni suka jaga tepi kain orang ye. Aku suka jaga tepi kain kau je. Lagipun
kain batik kau cantik", kata Maya sambil tersenyum simpul.

"Yelah yelah, kau kan suka ambil berat pasal aku, takpe takpe, aku suka", kata Hani

"Aunty aunty..", jerit Qina sambil keluar dari rumah dan memeluk Maya.

"Waah, dah besar dah Qina ye, dah lama aunty tak jumpa Qina", kata Maya sambil mendukung Qina.

"Yela, dah lama aunty tak beli aiskrim untuk Qina", rengek Qina.

Maya hanya memandang sambil tersenyum ke arah Qina. Maya memang tak makan saman apabila Hani telah mengingatkannya untuk tidak selalu memanjakan Qina dengan makanan yang tidak sihat. Alasannya, sekali sekala. Tetapi, biasanya Hani lah yang akan selalu di tanya, bila mama akan membelikan aiskrim untuknya lagi.

"Ok, nanti aunty belikan untuk Qina ye, kita sorok-sorok dari mama ye", kata Maya sambil mengangkat tangan tanda ingin Qina menyambut tangannya.

"Yeay!, sayang aunty!", kata Qina sambil menyambut tangan dan memeluk Maya.

"Ha dah, nak malam dah ni, jom masuk kita solat dulu, lepas isyak kita bertolak ye", kata Hani.

~~~

Terlihat Pak Mad dan Puan Mariam setia menunggu di beranda rumah mereka menanti kepulangan Hani dan Qina. Sudah lama rasanya tidak bersua muka dengan anak dan cucu mereka itu walaupun baru tiga minggu lepas mereka bermalam di sana. Terasa rindu mereka kian kuat setelah Hani menjadi ibu tunggal. Kasihan juga mereka terhadap Hani kerana terpaksa menjaga Qina sendirian. Setiap hari Puan Mariam bertanyakan hal Hani kepada Pak Mad walaupun Pak Mad juga tidak mengetahui keadaan mereka. Namun, mereka bertindak untuk tidak terlalu risau kerana tidak mahu Hani berkecamuk memikirkan mereka pula. Hani perlukan ketenangan sebenarnya.

"Assalamualaikum", Hani memberi salam setelah keluar dari kenderaannya.

"Waalaikummussalam", jawab Pak Mad dan terus menuju ke bonet kereta mereka untuk mengangkat barang.

"Ha, dah lama makcik tak nampak kamu", kata Puan Mariam.

"Tu lah, makcik. Saya selalu nak ikut tapi Hani ni suka sangat tinggal saya", ngadu Maya kepada Puan Mariam.

"Eh eh kau ni, ibu.. dia yang selalu lambat nak datang rumah, memang kena tinggal lah. Hari ni cepat
pulak dia datang rumah", kata Hani menerangkan hal yang berlaku.

Maya hanya tersenyum simpul mendengarkan penerangan Hani itu. Tentu Hani fikir Maya 'busy body', tapi
dia benar-benar ingin tahu gerangan lelaki itu.

"Ha, dah dah, semua naik atas. Nak dekat pukul 12 ni, nanti ayah tolong angkat Qina tu", kata Pak Mad
sambil memandang Qina yang sedang tidur lena.

~~~

Suasana pagi itu sungguh menyenangkan Hani, terasa sudah lama tidak menghirup udara bersih di kampung. Terdengar bunyi pisau ibunya tanda ibunya sedang meracik sesuatu untuk sarapan pagi itu. Hani terus melipat kain sembahyangnya setelah selesai solat Subuh dan menuju ke dapur untuk membantu ibunya.

"Ibu, nak masak apa ni?", tanya Hani.

"Ibu nak masak mee goreng je. Kak ngah tolong potong daun sup tu", arah Puan Mariam. Puan Mariam selalu menggunakan daun sup untuk ditabur di atas mee goreng nanti.

"Ibu, memang ibu tak kenal ye orang yang masuk minang kak ngah hari tu?", tanya Hani sambil meracik halus daun sup itu.

"Memang ibu tak kenal", jawab Puan Mariam bersungguh sungguh.

'Hmm, kalau la Afiq yang masuk minang',fikir Hani, namun seperti tiada kemungkinannya kerana
ibu tidak kenal lelaki itu serta ibu dan ayah lelaki itu. Takkan ibu tak kenal Puan Rahimah. 'Aduh, jauhnya
aku fikir, ada hati dengan Afiq ke?' ngomel Hani di dalam hati sambil sedikit mengeluh.

"Eh, yang kamu mengeluh ni kenapa?, dah ada orang lain ke dalam hati tu?", teka Puan Mariam sambil tersenyum.

"Eh, mana ada bu..", kata Hani yang sebanarnya tidak pasti dengan perasaannya dan ingin tahu isi hati Afiq.

"Ha, bersembang lama ni, kamu dah gerak kawan kamu tu solat?", tanya Puan Mariam.

"Dia cuti la hari ni bu, biarlah dia tidur lama sikit, semalam pun dia yang bawak kereta. Penat tu" kata Hani menerangkan keadaan Maya kepada ibunya.

"Oh, tak pa lah macam tu", kata Puan Mariam.

Namun, Hani masih lagi tidak berpuas hati dengan penerangan ibunya. Adakah ibunya bersetuju dengan pinangan itu?, Ibunya pernah menerangkan yang dia tidak pasti ingin menerima pinangan itu ataupun tidak tetapi tidak pula Hani bertanyakan Puan Mariam terima ataupun tidak.

"Buu, ibu cakap apa ya kat orang tu?, Ibu terima atau tak?", tanya Hani terus terang.

"Itu lah, ayah kamu pn tak tahu nak cakap macam mana dengan orang tu. Ibu cakap bagi masa sebulan untuk ibu tanya Hani. Kalau Hani bersetuju, ibu kena bagitahu mereka. Mereka dah tinggalkan nombor telefon tu", terang Puan Mariam.

"Ooo.., itu keputusan yang sangan baik bu, saya pun tak kenal orang tu macam mana nak jadi suami saya?", kata Hani sambil mengerutkan dahinya.

"Nama dia Awie, kak ngah kenal tak?", kata Puan Mariam.

"Awie?, macam tak kenal bu. Siapa ni?", tanya Hani.

"Kalau kamu tak kenal, ibu lagi tak kenal", kata Puan Mariam.

"Ibu, kak ngah rasa, dia silap orang. Entah-entah dia nak hantar pinangan dekat orang sebelah kot. Ha, Safiah sebelah rumah tu anak dara lagi, mana tau", teka Hani.

"Hish kamu ni, takkan tersalah orang, siap sebut nama kamu lagi tu", terang Puan Mariam.

"Dia ada pesan, kalai nak jumpa dia, dia dah bagi nombor dia dah", tambah Puan Mariam.

'Hish, takkan pinang orang main redah je ni?', fikir Hani kerana dia tidak mengingati langsung yang dia pernah berkawan dengan lelaki bernama Awie.

Satu lagi tanda tanya. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:08 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 11:26 AM | Show all posts
TT cepat ckit update ye...  <3 U MUAH2
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:38 PM | Show all posts
awie mana pulok ni?

kang melepas lg afiq... huhuhu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 01:52 PM | Show all posts
awie mana atau afiq yg menyamar???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 01:56 PM | Show all posts
fatimz posted on 4-11-2014 05:52 AM
awie mana atau afiq yg menyamar???

jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 02:00 PM | Show all posts
~~ BAB 26 ~~

"Ada apa-apa yang saya terlepas ke?" tanya Maya yang sudah berdiri di pintu dapur sambil menggosok-gosok matanya tanda baru bangun tidur.

"Tak da apa-apa, marilah... makan dah siap ni. Ibu buat speacial untuk kau tau Maya", kata Hani sambil
tersenyum melihat Maya yang sedang mamai baru bangun tidur.

"Yeke, terima kasih makcik, ni yang sayang makcik ni", kata Maya sambil mencapai tuala kecil miliknya
untuk ke bilik air sebelum menjamah sarapan.

~~~

Maya memandang pemandangan dari dalam rumah Pak Mad dan Puan Mariam, tenang rasanya menikmati pemandangan cantik sebuah kampung.

"Makcik, mesti seronok duduk kat sini kan?, satu hari nanti pun saya teringin sangat nak ada rumah kampung macam ni, sunyi je dan nyaman", kata Maya sambil menjamah sedikit mee goreng yang sudah siap
dihidang Puan Mariam.

"Boleh la Maya. Makcik memang suka suasana di sini tapi orang pejabat macam kamu ni nak ke kerja
ladang macam orang kat kampung ni?", tanya Puan Mariam.

"Saya suka bercucuk tanam kat rumah tu, tapi tak pasti pulak kalau nak buat sumber pendapatan", kata Maya.

Maya sangat mengagumi Puan Mariam kerana sudah berumur pun masih lagi kuat bekerja. Kerja-kerja ladang pulak tu, tak semua orang yang sanggup kerja macam ni. Tapi, jika bermain dengan sawah padi yang menghijau, tentu ramai yang terpikat dengan suasana kampung cuma belum tentu mereka mampu bercucuk tanam seperti orang-orang kampung di sana.

"Sedap mee goreng tu?", tanya Hani yang baru sahaja lepas membersihkan diri.

"Emm, sedap sangat, macam mummy saya masak", kata Maya.

"Ha, tambah-tambah, memang makcik masak banyak tu", kata Puan Mariam.

"Mana pakcik?", tanya Maya.

"Pakcik kamu tu, awal-awal lagi dah berkebun kat belakang tu", kata Puan Mariam.

"Ooo..ha makcik, nak tau la siapa yang masuk minang si Hani ni?", tanya Maya.

Hani hanya menjeling Maya sambil mencedok sedikit mee goreng ke dalam pinggan yang sudah disediakan ibunya.

"Ha, makcik pun tak kenal la, tapi dia ada cakap nama dia Awie", terang Puan Mariam.

Maya berkerut dahinya setelah mendengar nama itu.

"Hani, kau tak ingat ke Awie?", tanya Maya.

"Ish, Awie yang mana ni?", tanya Hani.

"Alaa... dua tahun lepas, owner kedai bunga dekat dengan pejabat kita", kata Maya. Maya memang mempunyai ingatan yang sangat hebat.

"Oh, biar betul", kata Hani yang baru sahaja teringat lelaki itu. Lelaki itu selalu bertanyakan khabar Hani
melalui Maya, namun dia tidak berani bertindak lebih kerana Hani isteri orang. Tetapi Hani musykil dari mana
Awie mengetahui dia sudah pun bergelar janda.

"Ish, pelik pelik. Aku tak puas hati ni. Bila kau nak jumpa dia?", kata Maya dengan sikap terburu-burunya.

"Kau ni lah, nanti la dulu", kata Hani.

Maya hanya tersenyum selepas sedar istilah jaga tepi kain orang itu makin menebal.

"Kau suka kat dia ke tak ni?", tanya Maya.

"Terus terang, aku biasa-biasa je", jawab Hani.

"Dah la tu, serabut pulak aku", tambah Hani.

Mereka menjamah makanan itu sambil melayan perasaan masing-masing. Mereka memikirkan kenapa Awie hadir secara tiba-tiba. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:09 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 02:00 PM | Show all posts


Yang pakai baju putih tu lah, Awie. Amacam? Ensem?

Menjawab bagi pihak....

Tetibaaa....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.075031 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list