CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 2-10-2014 10:33 AM | Show all posts
ALWAYSREDA posted on 2-10-2014 10:27 AM
runtun kalbu, sebak dada..tanpa disedari..bagai tangisan tanpa suara, dengan perlahannya lelehan lin ...

Kihkihkihkih... ni ayat novel ni ... @ALWAYSREDA  kene wat novel gak ni.. haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2014 11:51 AM | Show all posts
next?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 12:01 PM | Show all posts
sebak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 02:14 PM | Show all posts
AisyDani13 posted on 2-10-2014 11:51 AM
next?

hehe.. ok.. ikuti sambungannye ye..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 02:14 PM | Show all posts
~BAB 3~

"Mamaa... nak ikut" rengek Qina.

"ok.. boleh.. tapi janji jangan nakal-nakal tau" balas Hani. Memang kebiasaan ibu Hani akan berniaga setiap pagi di simpang utama kampung mereka. Ramai pelanggan ibunya dan kadang-kadang pelanggan akan menempah makanan. Tempoh seminggu ini Hani berjanji akan menolong ibunya di gerai itu.

"Ok mama.. Qina janji" kata Qina sambil duduk melihat Hani tekun memasukkan kuih ke dalam bekas untuk dijual. Terliur Qina apabila melihat bermacam macam kuih seperti karipap, lepat pisang, lepat ubi, burgar malaysia, ketayap dan kuih kegemarannya, keria.

~~~

Ramai yang hairan Hani membantu ibunya, kerana sudah masuk tiga hari bekerja. Namun jawapan yang sama telah diberikan kepada orang kampung, 'dapat cuti panjang' dan tidak lupa juga orang kampung sibuk bertanyakan hal Adam. Rata-rata nya hairan dengan ketiadaan Adam.
Biasalah orang kampung, memang tak sah kalau tak bercakap pasal orang, itu yang difikirkan Hani.

"Hmmm.. bukan boleh tutup mulut orang pun" kata Hani merengus.

"mulut sapa yang tak boleh tutup", sapa seorang lelaki yang nampak macam dikenali. Hani sangat malu kerana tidak menyangka yang lelaki itu mendengar kata-kata spontannya. Hani pun tidak menyangka yang dia telah melepaskan kata-kata itu, sedangkan dia hanya mengelamun.

"eh.. takda mulut sapa-sapa pun.." sambil menarik senyum yang manis.

"tak kenal eh?" sapa lelaki tinggi lagi tegap itu.

"emmm.." Hani cuba mengingati lelaki itu, namun susah untuk dia ingat. Kalau kata tak kenal, nanti terasa pulak lelaki ni, Hani bertindak mendiamkan diri.

"Saya la.. Afiq.. dulu kita pernah satu kelas masa form 5, Hani mungkin tak kenal saya sebab saya setahun ja sekolah kat situ, lepas tu habis sekolah" tegur Afiq untuk mengingatkan Hani.

"Oooh, sorry.. mana boleh lupa, emm.. awak yang pendiam tu kan.. hehe", balas Hani yang malu sebenarnya kerana tak dapat mengingati lelaki itu. Selepas diperkenalkan, baru dia ingat yang Afiq adalah pelajar yang dikira cemerlang dan baik, masakan dia boleh lupa lelaki itu. Mungkin betul apa yang diperkatakan bahawa Afiq merupakan budak baru di sekolah itu dan form 5 adalah tahun akhir mereka bersekolah menyebabkan Hani susah untuk mengingati.

"Hani, bukan kerja kat KL ke?" tambah Afiq.

"Aaa.. A'ah.. ye kerja kat KL. Kenapa?" balas Hani

"Ooo.. sekarang tengah cuti ye?" Afiq bertanya lagi.

"Iye" balas Hani pendek.

"Saya dapat kerja di KL, kalau saya tak tau jalan, boleh la saya contact Hani" kata Afiq

"eer.. ok2.. boleh je", balas Hani endah tak endah.

"Boleh saya ambil nombor Hani?" minta Afiq dengan penuh sopan.

"Emm.. apa kata awak check google maps nanti, tak pun awak tgk GPS, saya takut nanti tak sempat nak angkat call, sebab saya kat tempat kerja dah tak sempat nak tengok telefon" balas Hani.

"OOooh, takpa lah kalau macam tu.." balas Afiq hampa.

"Afiq nak kuih ape ye?" tanya Hani, tidak mahu memanjangkan perbualan mereka.

"Bagi lepat pisang rm10" sengaja Afiq memesan banyak kerana rumah nya sekarang ada tetamu.

Hani mengangguk gembira kerana itu merupakan rezeki ibunya. Kalau dapat habiskan semua kuih itu lagi bagus, fikir Hani. Disebabkan gerai itu dibuka sehingga pukul 10 pagi sahaja, Hani akan terus pulang walaupun ada kuih yang belum habis dijual, namun, kuih yang tidak habis
dijual, akan disedekahkan kepada jiran tetangga.

"Mama mama.. Qina nak kuih gula-gula tu.." jerit Qina sambil keluar dari pondok yang dibina khas oleh ibu Hani untuk membuka gerai di simpang itu.

"ok-ok.. nah.. ambil ni. makan duduk tau" balas Afiq.

"Ok ma" balas Qina lembut.

"Eh, Hani dah ade anak ye?.. tak tau pun dah kahwin." tanya Afiq, kerana tidak mengetahui apa-apa pasal Hani sedangkan dia ada menaruh hati semasa persekolahan dahulu.

"Iye, ni anak saya, nama dia Nur Shakinah" balas Hani.

"Ooo.. yeke? kenapa tak cakap awal-awal" balas Afiq

Namun, Hani mampu tersenyum, masakan tidak nya, kenapa dia harus menceritakan semua itu sebelum perbualan mereka? fikir Hani. Hani tak mahu ambil endah hal itu, terus Hani memberikan kuih yang dipesan Afiq.

"Ok, terima kasih Hani, kalau ada jodoh kita akan jumpa lagi nanti ye" kata Afiq sebelum beredar pulang.
Last edited by ISTRIMITHALI on 28-11-2014 09:23 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 02:24 PM | Show all posts
-electrifying- posted on 2-10-2014 12:01 PM
sebak

sebak je ke? hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-10-2014 03:09 PM | Show all posts
ya ALLAH sedihnya.. xtahu kalau ditempat aku mcmna nak hadapi semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 04:47 PM | Show all posts
sambung TT...
sambung panjaaaang-panjaaang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2014 05:04 PM | Show all posts


Yeaaa...
konflik di awal penceritaan! menarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2014 05:17 PM | Show all posts
~~ BAB 4 ~~

"Uncle Afiiqq... !!" terdengar hilai tawa Qina. Sejak tempoh hari, Afiq selalu bertandang membeli kuih di gerai mereka. Afiq lah yang membawa penyeri kepada Qina semenjak berpisah dengan ayah nya seminggu yang lepas. Hari ini adalah hari terakhir Hani dan Qina di kampung. Begitu juga Afiq, esok dia akan mulakan kerja di tempat barunya di Kuala Lumpur.

Tepat pukul 10 pagi, Hani berangkat pulang bersama kuih yang berbaki. Namun Hani menghadiahkan kuih tersebut kepada Afiq kerana melayan kerenah Qina. Hani beredar pulang bersama Qina yang keriangan diusik Afiq.

Sesampainya Hani di rumah, Hani kehairanan kerana melihat kenderaan yang macam dikenalinya. Semakin hampir Hani kepada kenderaan itu, semakin hatinya ditusuk pilu kerana ini PROTON PERSONA silver milik Adam, suaminya.

"Abaahhh... Qina rindu abaahh" jerit Qina sambil memeluk ayah nya setelah masuk ke dalam rumah neneknya.

Adam terus membalas pelukan Qina dengan penuh kasih sayang serta sedikit linangan air mata. Namun, Hani tersentak apabila melihat ibu dan ayah nya kebingungan.

"Kak ngah, ibu tak faham.. apa yang dah berlaku ni? Apa penyelesaian yang Adam nak bagitau ibu ni? Kak ngah pun tak pernah cerita hal kau orang, macam mana ibu nak jawab soalan Adam ni?"

"Ha.. kamu jangan nak jadi budak kecik pulak dalam hal rumahtangga ni.. Apa yang kau orang gaduhkan ni, jangan panjang-panjang kan", sahut ayahnya.

Hani bertekad untuk menyatakan hasrat nya "Abang, ibu, ayah.. Hani nak minta cerai dengan abang Adam, maaf..  Hani dah maafkan abang Adam atas kesalahan yang dia buat, tapi Hani dah tak sanggup berdepan dengan abang Adam setiap hari., sebab setiap kali Hani lihat muka abang Adam, Hani akan ingat peristiwa tu"

"Pasal apa ni yang kau orang tak nak bagitau niii" kata ibu sedikit meninggi suara kerana tersangat ingin tahu peristiwa yang terjadi antara menantunya dan anak nya.

"Ibu, ayah.. kalau boleh, saya nak Hani kembali kepada saya, tapi kalau ini lah keputusannya, saya redha. Dan saya ingin bagitahu yang tak lama lagi saya akan berkahwin dengan pilihan hati saya. Saya mengaku kesalahan yang saya buat sangat besar dan tak mungkin Hani boleh maafkan saya
dan saya tak mahu menanggung dosa kerana zina. Sebab tu saya buat keputusan ni. Saya faham, ini keputusan terburu buru tapi saya rasa inilah yang terbaik" balas Adam.

Luluh hati Hani mendengar hasrat hati Adam. Dia tidak dapat meneka apakah salah nya sehingga Adam mencari yang lain. Tentu pahit rasanya jika tahu kebenaran. Seingat Hani, dia selalu ingin menjadi yang terbaik dan selalu memperbaiki diri untuk suaminya kerana dia faham walaupun sudah
berkahwin lama, sebenarnya kita masih belum mengenali pasangan kita sepenuh nya. Manusia boleh berubah, begitu juga hati, dan itulah yang terjadi antara Hani dan Adam.

"Adam, kenapa Adam jadi macam ni? Ayah tak faham, apa kurangnya Hani?" tanya ayah dengan penuh tanda tanya kerana ayahnya melihat mereka memang tiada masalah dalam perhubungan rumahtangga.

"Bukan jodoh Hani dgn abang Adam, ayah." ringkas Hani menjawab.

Semua terdiam membisu,

"Abah.. Qina tak faham.. Abah datang nak ambil Qina dengan mama kan?, Mama kata nak balik malam ni.." rengek Qina. Namun, Adam kaku tidak tahu bagaimana untuk memberi penjelasan.

"Ok, Qina dengan mama balik dengan abah" jelas Adam.

"Eh, xpa.. Qina balik dengan ibu tau , nanti abah balik sendiri.. Kita kena balik dengan  kereta ibu sebab ibu nak pergi kerja" kata Hani

"Alaa.. Qina nak jugak balik sekali dengan abah" rengek Qina.

"Ok, Qina naik dengan abah ye, mama bawak kereta sendiri" cadang Adam sambil melihat Hani. Hani sedih mengenangkan Qina yang rindukan abah nya, dengan berat hati dia mengangguk.

Bertolaklah mereka menuju Sri Gombak pada malam itu. Last edited by ISTRIMITHALI on 28-11-2014 09:26 AM

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 05:37 PM | Show all posts
check in

tidak!!!!!!!!!!! kenapa sampai bercerai berai ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2014 06:01 PM | Show all posts
oh..citer ni sedih la...adam curang depan mata..

*adam lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 09:41 AM | Show all posts
wah... sedey betul cite ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 09:42 AM | Show all posts
Ipo posted on 2-10-2014 06:01 PM
oh..citer ni sedih la...adam curang depan mata..

*adam lagi..

adam mmg pilihan
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 09:48 AM | Show all posts
Ipo posted on 2-10-2014 06:01 PM
oh..citer ni sedih la...adam curang depan mata..

*adam lagi..

Adam femeslah @Ipo
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 09:49 AM | Show all posts
mesti ada salah faham ni..
hurm....

TT:NEXT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2014 10:40 AM | Show all posts
bolehla..hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2014 10:52 AM | Show all posts
~~ BAB 5 ~~

Setelah menghantar Qina ke rumah pengasuh yang hanya selang dua buah rumah dari rumahnya, Hani terus menuju ke tempat kerja nya. Memandangkan Hani bekerja dari lapan pagi sehingga lima petang, pengasuh di rumah nya itu hanya mengambil upah sebanyak rm250. Hani tidak rasa terbeban walaupun sebelum ini segala bill dan apa yang patut dibayarnya telah dikongsi bersama Adam.

Aduh.. nasib baik sempat, fikir Hani. Pagi itu, tepat pukul lapan pagi Hani terpaksa menghadiri mesyuarat memperkenalkan boss baru.

Semua pekerja di dalam bilik mesyuarat itu tertunggu tunggu penolong pengarah baru mereka. Jam sudah menunjukkan pukul 9:30 pagi dan semua sedang merungut walaupun pengarah, Dato' Halim pun berada dalam bilik yang sama. Dato' Halim merupakan orang yang paling disegani dan tidak suka menunggu. Pada hari itu, Dato' Halim  berniat untuk memperkenalkan orang bawahan nya itu, namun kali ini Dato' Halim seperti  tidak berapa marah seperti biasa dengan penolong pengarah yang baru ini. Jika tidak, sudah pasti akan nampak dengan perubahan wajahnya.

Tepat 9:35pagi, pintu bilik mesyuarat dikuak pantas, "Sorry, saya lambat!, saya sesat", kata lelaki itu. Hani terkaku dan tergamam kerana lelaki itu dikenalinya.

Afiq!!

Ini bermakna, Afiq adalah boss nya, disebabkan Hani sudah sebulan tidak menguruskan sesiapa. Dia hanya membantu rakan-rakannya, walaupun itu bukan kerjanya, memandangkan dia adalah seorang setiausaha. Disebabkan itu dia dibenarkan untuk mengambil cuti lama. Hani tidak sangka yang Afiq adalah boss yang di tunggu tunggu selama sebulan ini.

"Ok tak pa, hari ini saya akan memperkenalkan penolong pengarah yang baru. Hani, awak akan uruskan segala jadual nya dan bantu dia dalam kerja ni ya?" kata Dato' Halim sambil memandang Hani.

Afiq dengan perasaan yang serba salah kerana lambat dan terkejut dengan berita yang baru di dengarnya tadi.

'Hani!'

Terasa jantung berdegup sangat laju. Bagaimana dia harus bekerja dengan orang yang disukainya  itu sedangkan orang itu sudah berpunya dan mempunyai anak. Namun, Afiq menguatkan hati kerana ini adalah amanah dari Dato' Halim.

Dato' Halim sebenarnya merupakan ayah nya sendiri tetapi dia baru mengenali ayahnya. Saat dia tahu bahawa ayahnya masih hidup dan ibunya adalah isteri kedua ayahnya, hidup nya terus berubah. Dato' Halim sudah lama mencari Afiq dan ibunya tapi tidak ditemui kerana mereka sering berpindah. Tidak pasti apakah konflik antara ayahnya, Dato' Halim dan ibunya kerana ibunya tidak pernah menceritakan hal itu. Dato' Halim ingin menebus kesalahannya kepada Afiq dengan menawarkan kerja itu. Afiq menerima dengan hati terbuka kerana dapat melihat kesungguhan Dato' Halim walaupun ibunya masih tidak dapat melupakan hal yang lalu.

"Ok , kita teruskan dengan agenda mesyuarat kita.." kata Dato' Halim sambil memecah fikiran Afiq yang dalam lamunan sejak dari tadi. Last edited by ISTRIMITHALI on 28-11-2014 09:38 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 11:12 AM | Show all posts
cerita makin menarik....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 11:23 AM | Show all posts
Afiq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.064491 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list