CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
Post time 10-12-2014 04:39 PM | Show all posts
Aiyookk AFIQ!!! Hani dah merajuk...

pujuk pujuk


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2014 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 10-12-2014 08:00 AM
~~ BAB 37 ~~

Awal pagi itu, Afiq sudah memanggil Hani masuk ke biliknya. Dia mahu agenda mesyuara ...

Awal pagi itu, Afiq sudah memanggil
Hani masuk ke biliknya. <<Awal pagi itu, Afiq memanggil Hani ke biliknya.

setelah habis
perbincangan mereka.<<< setelah perbincangan mereka SELESAI

"Eerr, boleh" ter agak-agak Hani
menjawab ajakan itu.<<  "Err, boleh." teragak-agak Hani MEMBERI RESPON.  Kalau tidak kerana Qina, tidak ingin dia menerima ajakan Afiq.

tutur Afiq
gembira setelah Hani tidak menolak<< tutur Afiq, gembira .

Dia baru sahaja
menyimpan lagu itu jika ibunya yang
memanggil.<<< tak penting, takyah tulis.

di talian<< di HUJUNG/DALAM talian

Bagaimana dia harus memberitahu
Hani<< bagaimana dia HENDAK memberitahu Hani

Dia berniat
ingin memberitahu Hani << tak payah berniat. Just taip DIA INGIN MEMAKLUMKAN

Bro!", terdengar suara Azrul dari
belakang sambil merasakan bahunya
ditepuk. << salah

"Bro!"sapa Azrul seraya menepuk bahu Afiq. Anak mata mereka bertembung sebaik Afiq berpaling.

Sambil means awak LAKUKAN dua perkara pada waktu yang sama. Afiq dengar suara Azrul dan merasa .MERASA BUKAN PERBUATAN(Lainlah kalau merasa minuman tu tapi situasi ni berlainan)

Aku nak mintak tolong
kau angkat barang-barang dalam
kereta aku, boleh?" ajak Azrul. << dialog ni macam lebih meminta.  Letak ajak macam pelik.


"Eh Azrul", terkejut apabila melihat
Azrul muncul di belakangnya.<< Salah.

"Eh Azrul!" ucap Afiq dalam nada TERKEJUT. or ucap Afiq, terkejut.

Para pekerja suka
dengan dodol yang dibuat oleh
isterinya, kerana rasanya yang sedap.
"Ye, banyak. Tapi kalau kau ada kerja,
takpa lah", Azrul dapat lihat Afiq
sebenarnya tidak selesa dengan ajakan
itu. << Actully, before dialog Azrul, harus kena terang perasaan afiq.

"Oh, ada banyak tempahan ke?", Afiq
sebenarnya baru teringat yang Azrul
menjalankan perniagaan dodol secara
kecil-kecilan. Para pekerja suka
dengan dodol yang dibuat oleh
isterinya, kerana rasanya yang sedap.

Entah kenapa hatinya ragu-ragu untuk menolong rakan baiknya itu. Azrul yang perasan riak sangsi pada wajah Afiq terus menyahut

"Banyak. Kalau kau tak nak tolong aku. Takpe ar "  dalam nada melirih.

SEE THE DIFFERENT?


"Eh, takpa la, aku tolong kau. Mana
kereta kau", tidak sampai hati pula dia
menolak ajakan Azrul. Terus dia
bersetuju untuk menolong Azrul.
"Ok, jom ikut aku", Azrul menepuk bahu
Afiq sambil membawa Afiq ke
keretanya.<<< why tanda titik or tanda soal takde?

"Eh tak apalah. Meh aku tolong kau. Mana kereta mu?" Afiq tiba-tiba rasa serba salah mendengar respon Azrul. Apalah salahnya jika dia menolong Azrul sekejap sebelum pulang ke rumah?
Langsung Azrul mengajak Afiq ke tempat keretanya.



'Huh, banyak betul dodol dia.
Alhamdulillah rezeki dia', ngomel Afiq
dalam hati. Dilihatnya jam di
tangannya sudah menunjukkan jam 5
petang. Dia harus pulang segera.
Afiq berlari-lari anak menuju ke parkir
keretanya. Tentu banyak barang yang
perlu dibelinya jika sudah dipesan
awal-awal oleh ibunya. Tergesa-gesa
Afiq memandu kenderaannya. Mujurlah
hari itu hari Jumaat, tidak banyak
kereta di jalanan. Mungkin juga ramai
yang pulang ke kampung
memandangkan Isnin ini merupakan
cuti umum.
Afiq memakirkan keretanya di ruang
parkir rumahnya sebaik sahaja
sampai. Di muka pintu terjembul Puan
Rahimah dengan kertas yang telah
disenaraikan dengan barang yang
harus dibeli. Mujurlah Afiq sudah pun
menunaikan solat Asar memandangkan
waktu solat masuk awal.
Segera Afiq mencapai kunci Motor LC
nya di almari kunci dan terus
mengambil senarai barang dari ibunya.
"Hati-hati ya", pesan Puan Rahimah.
Afiq hanya mengangguk dengan
pesanan itu.<<< babak ni tak payah. Tak penting. Ia hanya scene Afiq ambik senarai barang.  PEMBACA TAHU APA AFIQ BUAT LEPAS ANGKAT BARANG BECAUSE DI AWAL PERENGGAN ADA BERITAHU AFIQ PERLU BELI BARANG.


Afiq boleh melihat
keluarga itu menitik berat adab
semasa makan. <<< tak payah.

Makan malam bersama keluarga Dato'
Zul sangat tertib. Afiq boleh melihat
keluarga itu menitik berat adab
semasa makan. Terlihat Linda seperti
malu-malu apabila memandangnya.
Hairan juga Afiq melihat gelagat Linda,
namun dia tidak ambil endah akan hal
itu.<<< tak kemas tapi boleh faham.


Merah padam wajah Linda setelah
mendengar jawapan dari Puan
Rahimah. Hatinya berbunga-bunga
pada saat itu.<< Merah padam wajah Linda mendengar jawapan Puan Rahimah.

di buat<< typo

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2014 05:50 PM | Show all posts
Esmiria posted on 10-12-2014 09:32 AM
Awal pagi itu, Afiq sudah memanggil
Hani masuk ke biliknya.

byk nye salah ku... hehe... tq @Esmiria..
dh dpt blaja sket2 nak gune ayt tu... hehe... biase pakai taip je apa yang nak kuar... hahaha
tp akn ambil masa utk sesuai kan bahasa tu sbb dh biase gune ayt2 pening...
hehe.. akn improve de hari ke hari.. thanks
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 10-12-2014 09:50 AM
byk nye salah ku... hehe... tq @Esmiria..
dh dpt blaja sket2 nak gune ayt tu... hehe... biase pak ...

Some perenggan akak guna banyak dia and itu buat macam uhuk uhuk.

Jangan guna banyak nya.

Satu lagi, takyahlah beritahu sesuatu milik watak macam rumahnya dan biliknya. I mean memang penting tapi tengok situasi.

Afiq berlari-lari anak menuju ke parkir
keretanya. Tentu banyak barang yang
perlu dibelinya jika sudah dipesan
awal-awal oleh ibunya. Tergesa-gesa
Afiq memandu kenderaannya. << dah berapa kali nya ni?

Just taip, Afiq berlari-lari anak menuju ke ruang parking. Tentu banyak barang yang perlu dibeli.

Dia plus kata kerja>>

Dia makan.

Dimakan
Dipandang


Kena pandai guna nya. Kalo silap, memang tak sedaplah ayat tu.

contoh pengunaan nya yang banyak

"Munirah duduk di kerusi sofanya seraya menekan suis kipasnya kerana rasa panas. Jam tanganya ditatapnya sekejap. Sudah pukul 2.30 petang. Teringat yang dia perlu beli Kotex demi menampung darah haidnya. "

Ini yang saya maksudkan jangan taip benda itu milik watak. Watak masuk rumah sendiri, of course pembaca tahu semua benda hak milik watak tu kan?


Satu lagi, kalau nak kemas, gunakan di plus kata kerja + adjektif >> tengok situasi.

Kalo scene Afiq depan pintu kan..

Dia berdehem kecil sebelum pintu diketuk.
See?

Kalo style berterabur mesti macam ni.
Afiq berdehem kecil. Dia ketuk pintu..errr..maaf taw.


Some perkataan tak kena macam sambil,sudah dan harus. Nak sambung lagi ni. jap.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 06:54 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 10-12-2014 09:50 AM
byk nye salah ku... hehe... tq @Esmiria..
dh dpt blaja sket2 nak gune ayt tu... hehe... biase pak ...

Mostly novel taip perkara/anggota badan/perasaan /benda as awal ayat.

Tergaman Adrene.< ayat ni tak salah ler, mcm nk sedapkanlah.
Cawan berisikan air longkang dicapai. << see?
Dress merah dipakai << hihi..
Kakinya melangkah ke kelab gay.<< see?

Di+ kata kerja mmng cara untuk kemaskan ayat.

Lagi..
Kelegaan menjengah ke ruang hati sebaik suamimya masuk kubur.<<perasaan?

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Entry kat mana? Entry entry kat mana? Aku tertanya-tanya lagi. Entry kat mana? ..


miss u.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2014 12:36 PM | Show all posts
tt nak n3 pls
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2014 05:32 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 10-12-2014 04:00 PM
hehehe.. tq sudi baca

sama-sam sbb sudi mengarang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2014 12:14 PM | Show all posts
~~ BAB 38 ~~

Pada pagi Selasa itu, Afiq tekad mahu bercakap mengenai makan malam tempoh hari. Afiq diselubungi rasa serba salah apabila tiga hari bercuti tanpa balasan pesanan ringkas dari Hani.

Sebaik keluar dari lif, dilihatnya Hani sedang sibuk melakukan tugasnya walaupun masih awal pagi. Afiq memberanikan diri menegur Hani.

"Assalamualaikum", sayup suara itu masuk ke gegendang telinga Hani.

"Waalaikummusalam Encik Afiq", Hani menyahut salamnya.

"Eerr, Hani.. tengah hari ni saya nak ajak awak makan sekali, boleh?", teragak-agak Afiq menyuarakan hasratnya itu.

"Eemm, betul ke ni, nanti tak jadi pulak", Hani perli sambil memandang Afiq dengan tajam.

"Hehe, iye, betul ni", Afiq buat-buat selamba walaupun sebenarnya lemah dengan pandangan tajam Hani. Dia faham Hani masih marah padanya.

"Ok", Hani menjawab sepatah. Teringin juga dia mendengar penjelasan dari Afiq. Teringat dia pada Qina yang beria menunggu Uncle Afiq sehingga tertidur anaknya kerana letih menunggu. Keesokannya pun Qina masih menyebut hal itu. Tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Qina ketika itu.

"Terima kasih Hani", lega hatinya apabila Hani menerima pelawaannya. Tersenyum gembira dia sambil menuju ke biliknya.

~~~

Pada jam 12:30pm , Afiq hanya menunggu masa untuk keluar bersama Hani. Tidak sabar rasanya mahu menatap wajah Hani yang halus gebu itu lama-lama. Sudah lama rasanya tidak makan bersama Hani sejak kemalangan itu. Walaupun setiap hari dia bertemu Hani, namun masa itu masih tidak cukup untuk melepaskan rindunya.

Telefon bimbitnya berdering memecah lamunan wajah Hani seketika.

Tertera "ibuku" di skrin depan telefon bimbitnya.

"Assalamualaikum ibu", Afiq bersuara sebaik sahaja menekan butang menjawab.

"Waalaikummussalam", Puan Rahimah menjawab dengan senyuman yang lebar. Afiq dapat mendengar suara ibunya yang sedang gembira pada masa itu.

"Ibu nak kongsi apa-apa dengan Afiq?, macam seronok sangat ibu ni", kata Afiq terus terang.

"Eeehhh, ibu memang sentiasa macam ni kan? Cuma ibu ada surprise untuk Afiq ni. Ermm, mungkin lagi 5 minit" Puan Rahimah teruja dengan perkara itu.

Afiq mengerutkan dahi.

"Surprise ape ni ibu?", Afiq tidak berpuas hati kerana Puan Rahimah tidak mahu berterus terang.

Seketika kemudian, terdengar bunyi ketukan dari luar.

"Eerr, sekejap ye ibu", Afiq terus menekup speaker telefonnya. "Masuk!", Afiq bersuara kuat.

"Maaf ye Encik Afiq, ada orang nak jumpa Encik Afiq", Hani bersuara di pintu bilik Afiq.

"Siapa?", Afiq mengerutkan dahinya.

Terjembul keluar seorang gadis yang ikal mayang rambutnya. Linda!

"Eeer, ok, masuk", Afiq memperlawa Linda masuk lalu Hani menutup pintu bilik Afiq. Hani tertanya-tanya siapakah gerangan gadis itu.

"Sebentar ye, awak duduk dulu ye", Afiq menunjuk ke arah sofa di biliknya.

"Ibu", Afiq menyambung perbualannya bersama Puan Rahimah.

"Dah ada surprise kan?", Puan Rahimah bersuara gembira.

"Eerr, apa maksud ibu? Linda ke?", Afiq mengerutkan dahi sambil bercakap dengan nada yang perlahan lalu memandang ke arah tingkap biliknya.

"Iye, ibu nak Afiq keluar makan dengan Linda", tercengang Afiq mendengarkan ayat itu.

"Afiq", Puan Rahimah memanggil  kerana tidak mendengar apa-apa respon dari Afiq.

"Ye ye ibu. Ok", tidak tahu bagaimana mahu menyatakan perasaannya ketika itu. Jantungnya berdegup kencang.

"Ok, selamat makan tengah hari ye", ibunya terus menamatkan talian setelah mendengar respon Afiq. Afiq menarik nafas panjang lalu menoleh ke belakang. Dia memaksa wajahnya untuk memberi senyuman ikhlas kepada Linda.

Linda membalas senyuman Afiq. Sungguh segak lelaki itu apabila berpakaian pejabat. Tentu ramai yang menaruh hati terhadap lelaki itu. Dapat keluar makan bersama lelaki itu pun dia sudah cukup bangga dan berpuas hati apatah lagi jika dapat bersuamikan lelaki itu.

"Eeerr, ibu cakap apa kat awak ye?", Afiq mula memulakan bicara sambil duduk berhadapan dengan Linda. Tidak keruan hati Linda apabila berhadapan dengan Afiq namun masih buat selamba.

"Oooh, Puan Rahimah minta saya ke sini. Dia nak saya temankan awak makan tengah hari hari ni. Maaf, saya dah cakap nak bagitahu awak dulu, tapi Puan cakap takpe, dia nak surprise kan awak. Saya ikutkan je. Emm, awak ok ke?", Linda menjelaskan dan dapat melihat wajah Afiq seperti memikirkan sesuatu. Tidak memberi penuh perhatian dengan butir percakapannya.

"Oh, takpe. Emm, awak tunggu sini ya", Afiq terus keluar sambil memandang jam di tangannya. Lagi 10 minit ke pukul 1. Afiq terus menapak ke arah Hani di hadapan biliknya. Afiq menutup pintu biliknya, bimbang jika Linda mendengar perbualannya bersama Hani. Dia menarik nafas dalam menuju ke arah meja Hani yang sedang mengemas barang. Barangkali sedang bersedia untuk makan tengah hari mereka sekejap lagi.

"Eemmm, Hani", Afiq menegur.

"Ye, Encik Afiq", Hani memandang Afiq. Tidak sampai hati Afiq untuk menyatakan ayatnya selepas ini. Sungguh mulus wajah Hani ketika itu.

"Saya tak boleh..", tidak sanggup Afiq meneruskan kata-katanya. Bermakna dia telah melukakan hati Hani lagi. Belum sempat luka sebelum ini sembuh, dia mahu membuat luka baru.

"Takpa, Encik Afiq, saya faham.." sungguh jelas bahawa Afiq akan makan bersama dengan wanita yang baru sahaja masuk ke biliknya sambil melemparkan senyum paksa kepada Afiq.

"Eeerr, maaf", kata itu sahaja yang mampu diucapkan.

"Its ok", Hani senyum sambil menuju ke arah pantry pejabat mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 12:15 PM | Show all posts
Esmiria posted on 14-12-2014 03:55 PM
Entry kat mana? Entry entry kat mana? Aku tertanya-tanya lagi. Entry kat mana? ..

tq sbb sudi menunggu n3..huhuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 12:18 PM | Show all posts
fatimz posted on 15-12-2014 04:36 AM
tt nak n3 pls

ok dh ade n3.. sorry yek lambat..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 12:19 PM | Show all posts
AisyDani13 posted on 15-12-2014 09:32 AM
sama-sam sbb sudi mengarang

ape tu "sama-sam"... kehkehkeh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 16-12-2014 04:14 AM
~~ BAB 38 ~~

Pada pagi Selasa itu, Afiq tekad mahu bercakap mengenai makan malam tempoh hari. Afi ...

bila nak kawen? geram betul!
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 16-12-2014 04:19 AM
ape tu "sama-sam"... kehkehkeh...

dia nk tulis sama2 tapi typo sama-sam..

faham semua ayat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 12:47 PM | Show all posts
tq for the n3....kesian kat hani bertambah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 03:10 PM | Show all posts
Cepat le sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2014 04:15 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 16-12-2014 12:19 PM
ape tu "sama-sam"... kehkehkeh...

Sama-sam tu TT lah.. wat we oll semua muka masam jer dgn kehadiran LINDA
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala..knapa mest ada linda dlm hbgn afiq n hani..huhuhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 10:16 AM | Show all posts
Assalamualaikum
Good Morning



TT update hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
AisyDani13 posted on 17-12-2014 02:16 AM
Assalamualaikum
Good Morning


tt sibukkkk..jgn hrp dia nk update.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.147010 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list