CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
Post time 17-12-2014 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
kenarihitam posted on 16-12-2014 10:14 AM
Ala..knapa mest ada linda dlm hbgn afiq n hani..huhuhh

benci betul. Baru nak sweet2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 10:50 AM | Show all posts
Esmiria posted on 17-12-2014 10:28 AM
tt sibukkkk..jgn hrp dia nk update.

wah.. TT dh ada PA.. hehe..
TT sibuk watpe tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
AisyDani13 posted on 17-12-2014 02:50 AM
wah.. TT dh ada PA.. hehe..
TT sibuk watpe tu

TT kerja. Nk lyn somi lagi. Sementara tunggu tt update, lyn nvel yg lain dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 01:48 PM | Show all posts
NK N3 LAGI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 04:23 PM | Show all posts
Afiq menjamah makanan sebaik sahaja makanan yang dipesan sampai. Tidak banyak kata yang mereka bualkan kerana fikiran Afiq ketika itu diselubungi wajah Hani.

"Eeermm, Afiq.. tak sedap ke?", Linda menegur. Nasi goreng USA yang dijamah hanya luak sedikit sahaja. Linda dapat merasakan yang Afiq tidak selesa dengan pertemuan mereka tengah hari itu. Tentu ada hal yang Afiq harus uruskan.

"Maaf la menganggu awak, Afiq. Saya faham, saya datang tak diundang, sepatutnya saya bagitahu dulu, kan?" tutur Linda penuh sopan.

"Eh, takpe la", rajukan Linda memecah bayangan Hani.

"Awak makan la..", jemput Afiq.

Linda terus menikmati makanan di hadapannya. Nasi Goreng Pataya dan jus oren dinikmati perlahan. Reaksi gembira yang diharapkan dari Afiq, musnah dalam bayangannya. Banyak yang ingin diperkatakan pada pertemuan mereka ketika itu namun terhenti setelah melihat reaksi Afiq yang hambar itu. Adakah dia sudah ada yang punya? Tetapi, Puan Rahimah menjelaskan bahawa Afiq belum mempunyai siapa-siapa yang istimewa di hatinya. Namun, perkara itu bukan keluar dari mulut Afiq sendiri.

~~~


Keadaan di dalam bilik pantry itu sangat sunyi. Semua staff syarikat itu biasanya akan makan di luar termasuk Maya, rakan karibnya. Sejak Maya sudah pun berpunya, dia akan hilang dari pandangan setiap pukul 1. Hani faham, Maya sedang dilamun cinta, dia tidak mahu menganggu pertemuan mereka walaupun Maya selalu mengajak untuk makan bersama mereka. Mujurlah ada biskut yang dibekalkan dari rumah, malas rasanya untuk membeli makanan pada hari itu.

Telefon bimbitnya berdering. Nombor panggilan yang tidak dikenali tertera di skrin telefonnya.

'Hish, sape pulak ni.. Nombor ni lagi', ngomel Hani dalam hati. Nombor itu selalu menghantar pesanan ringkas berbunyi 'Kau tunggu hari kau nanti'. Setiap hari dia akan menerima pesanan yang sama, namun diendahkan perkara itu. Tiada siapa mengetahui perkara itu. Hani memandang skrin telefonnya lama, berbelah bagi untuk mengangkat ataupun tidak. Perlahan-lahan dia mencapai telefon bimbitnya.

"Hello", Hani memulakan bicara.

"Hello!, kau bersedia!", kedengaran suara perempuan yang agak kasar. Siapa gerangan perempuan itu?

Tut...tut...tut... talian dimatikan. Dadanya berdegup kencang. Siapa yang mahu menganggunya? Seingatnya, dia tidak mencari pasal dengan sesiapa pun. Kenapa ada yang mahu menganggunya?

Sedang asyik dia memikirkan hal itu sambil menghulur minuman ke mulutnya,

Hani!

Aahhh!, terperanjat Hani sehingga tertumpahkan air yang diminum ke atas tudungnya.

Serta merta Hani menoleh ke arah suara itu.

"Maya!", Hani sedikit menjerit apabila melihat Maya di pintu bilik pantry.

"Kau ni!, terkejut aku.. aduh.. macam mana ni?" luah Hani sambil memandang tudungnya yang habis kotor dek air milo yang dibancuhnya.

Maya tersenyum melihat gelagat rakannya itu.

"Mayaa...", Hani mencebik dan terus ke singki pantry untuk membasuh kotoran itu.

"Hani, kau ikut aku. Jom", Maya terus menarik tangan Hani ke bilik air. Dia sukarela untuk membasuh tudung itu. Sebaik tiba di bilik air, Maya meminta Hani membuka tudungnya serta merta memandangkan waktu pejabat hampir bermula.

"Eh, kau ni, tak sabar pulak", Hani membuka tudungnya dan melepaskan rambutnya yang berkilat dan ikal mayang itu.

'Aduh, Maya ni.. kenapa tak tutup pintu', ngomel Hani dalam hati sambil menutup pintu bilik air itu.

Ups!

Rupa-rupanya ada yang memerhati sedari tadi. Afiq tercengang dengan kecantikan Hani. Tidak berkelip dia menatap wajah itu. Pernah Afiq melihat aurat Hani, itu pun dalam keadaan yang kusut dan tidak bermaya di atas katil hospital dan semasa hampir dinodai Adam.

"Eeerrr...", Hani terus menutup pintu dengan hati yang berdegup kencang. 'Kenapa dengan Afiq?", Hani berfikir sambil meletakkan tapak tangan ke pipinya. Sejuk tangannya dirasai.

"Ok, dah siap. Aku dah siap keringkan ha", Maya menghulur tudung itu kepada Hani setelah siap mengeringkan tudung itu menggunakan mesin pengering tangan di bilik air itu.

"Hani... kau mengelamun apa ni?", Maya menyergah.
"Oh, sorry", Hani menyambut tudung yang dihulur oleh Maya. Bayangan Afiq benar-benar sedang berlegar di benak fikirannya ketika itu. Perasaan yang sukar digambarkan.

Last edited by ISTRIMITHALI on 17-12-2014 09:48 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 04:27 PM | Show all posts
Makcu posted on 16-12-2014 07:10 AM
Cepat le sambung

ok.. dh sambung...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2014 04:28 PM | Show all posts
AisyDani13 posted on 17-12-2014 02:16 AM
Assalamualaikum
Good Morning

waalaikummussalam... selamat petang..kikiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 04:29 PM | Show all posts
fatimz posted on 17-12-2014 05:48 AM
NK N3 LAGI

ok... dh ade n3 @fatimz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2014 04:30 PM | Show all posts
Esmiria posted on 17-12-2014 02:29 AM
benci betul. Baru nak sweet2.

spoil je kan... hehehe

cmner.. ade improvement x dr segi bahasaku.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 04:34 PM | Show all posts
makin bes. lagi lagi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 05:27 PM | Show all posts
lmbat lagilah nak sweet2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 05:37 PM | Show all posts
kenarihitam posted on 16-12-2014 10:14 AM
Ala..knapa mest ada linda dlm hbgn afiq n hani..huhuhh

kene ade Linda baru la sweet.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 05:39 PM | Show all posts
shahrinas posted on 17-12-2014 09:27 AM
lmbat lagilah nak sweet2...

yer.. memang nak bg lambat yg sweet2..  nti bg idea sket yg sweet2 tu.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 05:41 PM | Show all posts
Esmiria posted on 17-12-2014 12:23 PM
TT kerja. Nk lyn somi lagi. Sementara tunggu tt update, lyn nvel yg lain dulu.

mmg ite tgh layan karya awk ...
best .. Badanku , Badanmu Jua
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 05:42 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 17-12-2014 04:28 PM
waalaikummussalam... selamat petang..kikiii

tq  jawab salam ite.. Even dah petang


hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 05:52 PM | Show all posts
Walaweii... ikal berkilatnya rambut Hani

best best..
nk lg TT  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
AisyDani13 posted on 17-12-2014 09:41 AM
mmg ite tgh layan karya awk ...
best .. Badanku , Badanmu Jua

wait2. karya mna satu ni? yg badanku? dah lama habis-siot punya penulisan saya time tu. Yg bru ni lbih detail.

Puteri Khalesya is so fucking hot!

Badanku ada unsur lgbt.HAHA.

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
AisyDani13 posted on 17-12-2014 09:52 AM
Walaweii... ikal berkilatnya rambut Hani

best best..

bertambahlah sayang Afiq pada Hani..geram dgn TT yg lmbtkn babak sweet!
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcu posted on 17-12-2014 08:34 AM
makin bes. lagi lagi

perghh..berseri2...lambat woo tt nk update
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 17-12-2014 08:23 AM
Afiq menjamah makanan sebaik sahaja makanan yang dipesan sampai. Tidak banyak kata yang mereka bualk ...

Siapa gerangan perempuan itu?-siapakah?

Sedang asyik dia memikirkan hal itu
sambil menghulur minuman ke
mulutnya,<< errk, tk pernah jumpa ayat mcm  ni. Tak patut.

"Eh, kau ni, tak sabar pulak", Hani
membuka tudungnya dan melepaskan
rambutnya yang berkilat dan ikal
mayang itu.
'Aduh, Maya ni.. kenapa tak tutup
pintu', ngomel Hani dalam hati sambil
menutup pintu bilik air itu.<< betul dah tapi before Hani kata dlm hati.

Actually, before perenggan Hani omel fasal kena tutup pintu bilik air. Kna mention fasal pintu terbuka.



"Eh, kau ni, tak sabar pulak", Hani
membuka tudungnya. Terserlah rambut panjangnya yang hitam.  DIA PERASAN PINTU BILIK AIR BELUM DITUTUP OLEH MAYA.

'Aduh, Maya ni.. kenapa tak tutup
pintu', ngomel Hani dalam hati.

Alangkah terperanjatnya dia saat tangannya mencapai selak pintu. Sepasang mata sedang merenungnya tanpa berkelip.

sambil
menutup pintu bilik air itu.< tk ptut ada.

Coz.. Kan maknanya TUTUP ..KALO DAH TUTUP, MNA BLH NMPAK.

I mean, kena tambah saat hendak menutup pintu, Afiq bla bla.

'Kenapa dengan Afiq?", Hani berfikir
sambil meletakkan tapak tangan ke
pipinya. Sejuk tangannya dirasai.

Terfikir sambil? Ni weird sis. Tak pernah baca novel ada ayat ni klo tak silap es.

Maya menghulur tudung itu
kepada Hani setelah siap
mengeringkan tudung itu menggunakan
mesin pengering tangan di bilik air itu<< err..

Asal takde noktah dlm dialog? waaaaaa

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.069618 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list