CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
 Author| Post time 5-1-2015 10:18 AM | Show all posts
Esmiria replied at 4-1-2015 01:32 AM
Haluuu..entri mana entri?

hai.. belum lg cik Es.. thanx sudi baca cite ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2015 12:06 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 5-1-2015 02:18 AM
hai.. belum lg cik Es.. thanx sudi baca cite ni..

Welkam..patutnya kna ucap thanks dari hari tuuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2015 04:14 PM | Show all posts
Esmiria replied at 5-1-2015 04:06 AM
Welkam..patutnya kna ucap thanks dari hari tuuu

kikii.. tu dr hati leeerrr ttuuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 03:58 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 31-12-2014 09:54 AM
ha ah... kesian kt dia.. Allah akan bg dugaan kpd org yang mampu menerima ujian tu..
klau sy pun  ...

Betul tu... Inshallah Hani kuat   
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 03:59 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 29-12-2014 05:42 PM
~~ BAB 40 ~~

Hani bergegas pulang setelah jam menunjukkan pukul 5 petang. Dia telah berjanji deng ...

we want more..
hahaha

selamat tahun baru  
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2015 10:35 PM | Show all posts
entri mana entri?dah sembuh dah kaki ni menunggu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2015 03:42 PM | Show all posts
tt takda sambungan lg ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2015 05:11 PM | Show all posts
~~BAB 41~~

"Unclee, mama pergi mana?", rengek Qina semasa Afiq mengambilnya di rumah Mak Munah.

"Mama ada kerja sikit." Afiq membalas soalan itu sambil mendukung Qina. Tidak tahu jawapan apakah yang harus diberikan. Adakah patutdia memberitahu perkara sebenar? Tentu Qina sedih jika mengetahuinya. Lebih baik dia rahsiakan terlebih dahulu.

"Mak Munah, esok Hani bagi cuti. Mak Munah rehat ye." kata Afiq.

"Terima kasih. Nanti kirim salam pada Hani ye." Mak Munah ingin tahu sangat khabar berita Hani. Dia tahu Hani sekarang dipenjarakan, namun tidak mahu bercakap hal itu di hadapan Qina. Mak Munah percaya Hani tidak akan membuat perkara bukan-bukan.

"Baiklah Mak Munah." Afiq terus beredar. Afiq membuat keputusan sendiri apabila memberi cuti kepada Mak Munah. Hani pun belum lagi mengetahui hal itu, namun dia yakin Hani bersetuju kerana Puan Rahimah yang menawarkan diri untuk menjaga Qina, esok. Sudah lama Puan Rahimah tidak bermaain dan mendengar hilai tawa budak kecil di rumahnya. Terasa rindu untuk bergurau senda dengan kanak-kanak, disebabkan itulah, dia menggesa Afiq mencari calon menantunya.

~~~

"Saya dah dapat siapa yang menipu sekarang." Inspektor Shahrul berbincang mengenai kes Hani dan Mila bersama Sarjan
Malik.

"Ye, betul-betul pandai menipu budak ni." balas Sarjan Malik.

"Bebaskan Hani." Inspektor Shahrul mengarahkan Sarjan Malik dan serta merta Sarjan Malik mengikut arahan.

'Kenapa lah ada orang macam ni. Jangan ingat polis ni tak tau buat kerja.' ngomel Inspektor Shashrul. Mujur CCTV di kawasan parkir bangunan tempat kerja Hani berfungsi dengan elok dan pengurusan bangunan itu bekerjasama dengan baik membantu kes itu selesai.

~~~

"Alhamdulillah." Afiq mengucap syukur semasa memutuskan talian bersama Hani. Hani memanggil dari balai polis.

"Macam mana?" langsung Puan Rahimah bertanya. Dia tahu, itu tentu panggilan dari Hani.

"Ye, bu.. Hani dah boleh keluar. Saya pergi sekarang ye?" Afiq meminta izin.

"Boleh, nanti ibu masakkan sesuatu. Tentu tak sedap makanan di sana kan? Nanti ibu masakkan. Fiq jangan ke mana-mana ye, terus balik rumah." Puan Rahimah mengambil berat. Dia tahu Hani bukan seperti yang didakwa. Dia menyukai Hani, namun anaknya seperti endah tak endah apabila dia selalu bertanyakan mengenai Hani. Disebabkan itu lah dia berusaha merapatkan hubungan anaknya itu dengan Linda. Mereka kelihatan secocok di matanya.

"Yelah bu. Nanti nak saya belikan apa-apa tak?" Afiq membalas.

"Takpe, dah banyak barang dapur di rumah ni. Pergi cepat. Nanti Qina bangun, nak ikut pulak Uncle Afiq kesayangan dia tu." gesa Puan Rahimah.

"Yelah yelah." Afiq bergegas untuk mengambil Hani.

~~~

Dari jauh, Hani melihat Afiq dengan Vios nya. Sungguh segak lelaki ini. Untung siapa yang dapat bersuamikan Afiq. Seketika lamunan Hani mengenai Afiq. 'Kenapa dia begitu baik? Adakah sebab aku janda?' persoalan ini sentiasa bermain di mindanya kerana dia tahu status dirinya tidak mengizinkannya untuk terlalu rapat dengan jejaka itu. Lagi-lagi, lelaki ini sudah pun berpunya. Dia tidak mahu merosakkan hubungan dara dan teruna.

"Hani ok?" tanya Afiq sebaik sahaja Hani melabuhkan punggung dalam kenderaannya.

"Ok, alhamdulillah." sepatah Hani menjawab. Senyap seketika.

"Terima kasih Afiq." ucap Hani.

"Terima kasih untuk apa ye, Hani?" tutur Afiq.

"Sebab banyak sangat tolong saya. Saya dah terhutang budi dengan Afiq." kata Hani.

"Eh, takpe. Saya memang nak tolong awak. Saya tak minta balasan pun. Awak jangan rasa terhutang budi ye." Afiq menerangkan untuk Hani tahu yang dia ikhlas menolongnya selama ini.

"Eerr, saya tanya ni, harap Afiq jawab jujur ye." Hani memberanikan diri untuk bertanya.

"Ye, apa dia." Afiq juga berdebar-debar menanti soalan itu.

"Eeerr, Afiq tolong saya sebab saya ni ibu tunggal ke? sebab saya tak nak sape sape simpati dengan saya." lega hatinya apabila dapat mengeluarkan soalan itu.

"Eh, awak jangan fikir macam tu. Sebenarnya.." Afiq mengambil kekuatan untuk melafazkan isi hatinya.

"Saya suka awak, Hani." berkocak hatinya apabila melafazkan ayat itu. Bimbang untuknya mengetahui isi hati Hani. Adakah Hani juga sepertinya?

"Eeerr, awak dengan ... Linda?" spontan Hani bertanya.

"Eh, saya dengan Linda tak ada apa-apa. Saya rapat dengan dia sebab kemalangan hari tu, dia lah mangsanya. Saya serba salah dengan dia. Nasib kesihatan dia ok.", terang Afiq dengan panjang lebar.

Tak semena-mena, pipi Hani meninggi. Dia tidak dapat mengawal kegembiraan pada masa itu.

Sekilas Afiq memandang Hani. Dia tahu jawapan Hani apabila melihat reaksinya. Senyum Afiq melihat reaksi itu. Mereka melayan perasaan sepanjang perjalanan. Tiada patah perkataan sehingga sampai di rumah Afiq.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2015 05:15 PM | Show all posts
fatimz replied at 8-1-2015 07:42 AM
tt takda sambungan lg ke???

ok... dh ade sambungan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2015 05:15 PM | Show all posts
Esmiria replied at 7-1-2015 02:35 PM
entri mana entri?dah sembuh dah kaki ni menunggu.

Cik Esmiria sakit kaki??dh sambung ni ha..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2015 05:16 PM | Show all posts

yee... selamat tahun baru @AisyDani13

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 05:35 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 16-1-2015 09:11 AM
~~BAB 41~~

"Unclee, mama pergi mana?", rengek Qina semasa Afiq mengambilnya di rumah Mak Munah.

fainelliiin terasa suci cinta afiq pada Hani . teringat arwah ayoh.ayoh bujang time lamar mak aku yg janda..hmm..sawitttttttt!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2015 05:49 PM | Show all posts
Esmiria replied at 16-1-2015 09:35 AM
fainelliiin terasa suci cinta afiq pada Hani . teringat arwah ayoh.ayoh bujang time lamar mak aku  ...

hikhikhik.. amboi ayt fainelliiiin tu yg x tahan tu.... oowwhh, pernah ade pengalaman ye.. sbb pengalaman jgk Es byk idea menulis kan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2015 06:28 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 16-1-2015 09:49 AM
hikhikhik.. amboi ayt fainelliiiin tu yg x tahan tu.... oowwhh, pernah ade pengalaman ye.. :loveli ...


Keinginan jugak.
Sy ank ayoh kak. Akak create ar moment sweet antara afiq dan hani. Bio hati ini rasa nk berkapel saja.Gatal.haha
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 08:45 AM | Show all posts
thank tt for the n3...suka
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2015 05:35 PM | Show all posts
tt kat mana itewww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2015 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat sikit sangat?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2015 03:38 PM | Show all posts
nk n3 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2015 09:38 AM | Show all posts
weewwwiittt dh berbalas cinta

terbaiklah..
sambung TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2015 09:46 AM | Show all posts
Esmiria replied at 16-1-2015 10:28 AM
Keinginan jugak.
Sy ank ayoh kak. Akak create ar moment sweet antara afiq dan hani. Bio hati  ...

OOooww.. gitu rupenye.. hehe...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.378486 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list