CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
Post time 20-1-2015 09:48 AM | Show all posts
AisyDani13 replied at 20-1-2015 01:38 AM
weewwwiittt dh berbalas cinta

terbaiklah..

tt bz LOL.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2015 10:02 AM | Show all posts

ok sorry PA tt
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2015 10:05 AM | Show all posts
ermmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2015 04:26 PM | Show all posts
Deruman enjin kereta kedengaran di cuping telinga Qina membuatkan Qina berlari pantas ke hadapan rumah Puan Rahimah.

"Yey yey.. mama dah balik." Qina berlari memeluk Hani. Hani mendukung Qina gembira sambil mencium anak tercintanya itu.

"Ha, masuk masuk. Ibu ada masakkan sesuatu. Jom makan." jemput Puan Rahimah.

Mereka hanya menuruti kata-kata Puan Rahimah. Perut Hani juga sudah berkeroncong kerana seharian makan makanan yang tiada rasa. Namun, dia bersyukur, sekurang-kurangnya pihak penjara menyediakan makanan. Sudah lama rasanya tidak merasa makanan hasil tangan Puan Rahimah.

Sebaik habis menikmati makanan,Hani terus membantu Puan Rahimah di dapur.

"Hani ok?" Puan Rahimah mengambil berat bertanya.

"Ok. Alhamdulillah. Cik Mah, terima kasih sebab jaga anak saya. Tak tahu macam mana nak balas jasa Cik Mah dengan Afiq. Keluarga ni terlalu baik." Hani berterus terang. Malu rasanya kerana sudah banyak menyusahkan keluarga itu.

"Eh. Tak ada apa lah. Lagipun, kita kan satu kampung. Apa salahnya kite berbaik baik. Kalau acik susah nanti, Hani pulak tolong acik." Puan Rahimah membalas berbudi bahasa.

"Terima kasih sangat." hanya itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh Hani.

"Sama-sama." jawab Puan Rahimah.

Puan Rahimah semakin berkenan dengan Hani. Dia kagum dengan ketabahan hati Hani. Teringat kisahnya pada masa dahulu. Bagaimana peritnya dia menanggung Afiq di kampung. Mujurlah dia hidup di kampung yang rata-ratanya suka membantu sesama jiran. Namun, hatinya berbelah bagi juga ingin bermenantukan Linda kerana Linda pandai mengambil hatinya. Namun, itu semua terpulang kepada anak terunanya. Dia tidak mahu memaksa. Biarlah anaknya itu memilih calonnya sendiri.

Setelah siap mengemas dapur dan membasuh pinggan, Hani terus menuju ke ruang tamu rumah itu. Terdengar hilai tawa anaknya diikuti suara gurauan dari Afiq. Bahagia seketika apabila melihat gelagat mereka. Fikirannya sering mengingati Adam sejak kebelakangan ini. Entah mengapa. Adakah hanya sebuah naluri apabila melihat Qina kurang kasih sayang seorang ayah?

"Mama.. mama.. mama.." jerit Qina gembira setelah bergurau dengan Afiq.

Hani senyum melihat gelagat mereka.

"Qina, jom balik." ajak Hani. Dia berniat tidak mahu menganggu Puan Rahimah untuk melayan tetamu lama-lama. Lagi pun, ada sahaja hidangan yang akan disediakan jika dia masih di rumah itu. Terasa segan pula dengan kebaikan Puan Rahimah. Lagipun, Afiq kerja separuh hari. Tentu destinasinya ke tempat kerja selepas menghantarnya.

"Eh, jangan la macam tu. Hani duduk sini. Nanti Afiq balik kerja, Afiq hantar ye. Qina baru bangun tidur, acik
tak puas lagi main dengan dia." Puan Rahimah memujuk.

"Eee..rr.." tidak tahu bagaimana ingin menolak.

"Saya tak nak hantar sekarang. Balik nanti saya hantar, ok?" Afiq memberi cadangan dengan tegas.

Lambat Hani melemparkan senyuman.

"Ibu, saya pergi dulu." Afiq menghulur salam, mencium tangan ibunya dan terus beredar dari situ.

Seketika kemudian, nada pesanan ringkas berbunyi dari telefon bimbit Hani.

Hani, saya sayang awak. pesanan dari Afiq.

Sayang awak jugak. pantas Hani menjawab.

Hati mereka berbunga-bunga selepas tahu isi hati masing-masing.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2015 04:45 PM | Show all posts
Edited by ISTRIMITHALI at 23-1-2015 08:48 AM

~~BAB 42~~

Sejak dua hari lepas, hidup Hani terasa sangat bahagia. Kehadiran Afiq dalam hatinya benar-benar memberinya semangat untuk terus hidup dengan aura positif. Sejak Afiq meluahkan hatinya, hampir setiap masa mereka berbalas pesanan ringkas walau sepatah perkataan.

Hari ni kita makan sama-sama ok. Afiq menghantar pesanan WhatsApp dari biliknya. Afiq semakin bersemangat melakukan kerja di pejabat selepas luahan hatinya terhadap Hani tempoh hari. Pekerja bawahan juga hairan dengan perubahan sikap majikan mereka itu.

Okey. jawab Hani ringkas. Hari itu adalah hari kedua mereka makan tengah hari bersama, namun mereka memilih destinasi makan jauh dari tempat kerja. Hubungan mereka perlu dirahsiakan terlebih dahulu. Hani belum bersedia untuk mewar-warkan hubungan mereka.

"Hey. kau sekarang... asyik dengan hand phone je kan." sergah Maya dari belakang.

"Hish. Terkejut aku. Kau niii..." rengek Hani. Cepat-cepat Hani sorokkan telefonnya. Bimbang Maya akan membelek telefonnya.

"Kau nak bagitahu aku ke tak ni?" Maya bertanya.

"Pasal apa ni? Aku tak faham." Hani berpura-pura tak tahu.

"Aku dah kenal kau lama tau, Hani. Kau tak boleh tipu aku. Aku faham perubahan pada kau. Kalau kau happy, sedih, semua aku tau. Cuma aku je yang nak kena tanya kau pasal apa, kalau nak harap kau cerita dulu, jangan harap lah." tutur Hani.

"Erk?? Nanti lah aku cerita. Dah pukul 1. Nak gi makan." jawab Hani. Dia segera mengemas mejanya dan bergegas ke pintu lif. Dia terpaksa menunggu Afiq di perhentian bas untuk mengelak dari dilihat oleh rakan sepejabat. Namun, dia tahu perkara itu akan terbongkar juga.

Maya hanya memerhati Hani dari jauh sambil menggeleng kepala. Dia tahu rakannya itu sedang gembira. Tidak sabar untuk tahu perkara yang mengembirakan dari rakannya itu.

~~~

"Jangan la pandang macam tu. Tak boleh makan nanti." luah Hani. Tidak selesa dengan pandangan dari Afiq.

"Awak cantik. Kena pandang lama-lama." Afiq bersuara.

"Eerr, tak biasa la macam ni." merah padam muka Hani mendengarkan ayat Afiq.

"Ok ok." tersenyum Afiq dengan buah hatinya itu. Dia terus mengalih pandangan ke arah lain. Sekilas pandangannya dialih ke kanan.

Kelibat seorang gadis yang sangat dikenalinya. Linda!

Linda datang ke arah mereka sebaik perasan itu adalah Afiq.

"Hai." Linda menyapa sambil melemparkan senyum manis.

"Hai." Afiq membalas.

Suasana senyap sesaat.

"Perkenalkan, ni Hani." Afiq menunjuk ke arah Hani lalu Hani menghulur salam.

"Ooo.. ni pembantu you ye?" Linda meneka dan yakin itu adalah pekerja Afiq.

"Iye.. dan kami.." Afiq berniat untuk berterus terang dengan Linda.

"Eer, kami ada mesyuarat di sini. Pukul 2 nanti start." cepat-cepat Hani menyampuk kata Afiq. Dia tidak mahu hubungannya dengan Afiq didedahkan lagi. Jika benar Afiq adalah jodohnya, dia mahu me war-warkan hubungannya apabila benar-benar mereka akan berkahwin nanti. Itu yang lebih baik dan lebih afdhal dari segi agama.

"Oooh.. ok lah tu. Sorry ya, i nak cepat. Nanti kita jumpa lagi ye Afiq." dengan pantas Linda menyentuh lengan Afiq seperti mereka sudah lama kenal dan terus berlalu dari situ.

"Kenapa tak nak terus terang?" Afiq berteka teki di dalam hati. Dia tidak mahu Hani tidak ikhlas menerimanya.

"Tak ada apa-apa. Belum tentu awak jadi milik saya." Hani berterus terang.

"Saya serius dengan awak." Afiq meyakinkan Hani.

Hani hanya memberi senyuman mendengarkan ayat itu. Namun, Afiq tidak berpuas hati kerana tidak faham maksud di sebalik ayat itu.

"Tak pe, nanti Afiq akan faham. Jom makan." jemput Hani.

Afiq memandang dengan rasa bingung, namun hanya menurut dengan ajakan Hani kerana masa makan hampir suntuk. Mereka  perlu masuk kerja sebelum 2petang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2015 05:00 PM | Show all posts
fatimz replied at 17-1-2015 12:45 AM
thank tt for the n3...suka

tq sbb suka dengan karya yg x seberapa ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-1-2015 05:02 PM | Show all posts

kikii... sorry.. sket jek dpt n3 nye..huh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2015 05:03 PM | Show all posts

ok... dh ade n3 sket..hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2015 05:04 PM | Show all posts

kehkehkeh... mmg bz sentiasa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2015 05:05 PM | Show all posts

hihihi... mane ade PA la cik puan @AisyDani13
untung nye klau ade.. nak PA free punye... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 05:47 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 23-1-2015 08:45 AM
~~BAB 42~~

Sejak dua hari lepas, hidup Hani terasa sangat bahagia. Kehadiran Afiq dalam hatinya b ...

Baru baca.best. Saya rasa saya Hani(ferst caku rasa gini.ohoho.)

Hmm..Watak saya benci. Linda dan Adam. Klo dua watak ni mati dibunuh Hani, it will be awesooooooooooooooommmmmmmmmmeeeeeeeeeee!

Eh, ni bkn cter aku? kehkehkeh.

Afiq hot.nama tipikal.errr.-_-

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 07:28 PM | Show all posts
Selamat petang semua....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2015 07:53 PM | Show all posts
cegitu replied at 27-1-2015 11:28 AM
Selamat petang semua....

selamat mlm semuaa..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2015 04:26 PM | Show all posts
kakak mna..............awok awok kat mna? I post you tak reply. Aku tertanya2 lgi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 09:14 AM | Show all posts
Esmiria replied at 26-1-2015 09:47 AM
Baru baca.best. Saya rasa saya Hani(ferst caku rasa gini.ohoho.)

Hmm..Watak saya benci. Linda d ...

hahaha... knp benci Linda..??
klau Adam tu ye lah, akk pun geram ngn die.. hehe
akk ade jer kt cni... x online sgt jer.. hehee

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2015 09:14 AM | Show all posts
cegitu replied at 27-1-2015 11:28 AM
Selamat petang semua....

hai @cegitu.. slmt pagi.. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2015 09:33 AM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 29-1-2015 01:14 AM
hahaha... knp benci Linda..??
klau Adam tu ye lah, akk pun geram ngn die.. hehe
akk ade jer kt c ...

linda kaki penyibok.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2015 11:19 AM | Show all posts
Dugaan bg Hani n Afiq...update pls...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 01:09 PM | Show all posts
TT, next pls..
hehehe semangat ku ini
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 02:02 PM | Show all posts
AisyDani13 replied at 5-2-2015 05:09 AM
TT, next pls..
hehehe semangat ku ini

Aritu dah kata nak hapdet but tt kata yg dia jarang online. HAHAHAHA.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.071033 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list