CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
Post time 3-10-2014 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sambung lg TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2014 03:27 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 3-10-2014 03:00 PM
sambung lg TT

hari ni ade class english intensive, xde mood sgt nak karang hari ni,..kikikiii

hehe.. xde lah.. nnti saye sambong yer.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 3-10-2014 03:27 PM
hari ni ade class english intensive, xde mood sgt nak karang hari ni,..kikikiii

hehe.. xde l ...

baik boss...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2014 05:54 PM | Show all posts
~~ BAB 6 ~~

"Encik Afiq, lepas ni Encik Afiq ada mesyuarat dengan kontraktor untuk projek terbaru mereka di Johor" kata Hani mengingatkan Afiq.

"Oh ok, terima kasih. Satu lagi, jangan ber encik-encik dengan saya ya?" balas Afiq.

"Saya rasa tak boleh, sebab ni tempat kerja, saya kena hormat Encik Afiq sebagai boss saya" balas Hani.

Afiq terdiam dengan kata-kata itu. Ada benar nya kata-kata Hani tu, kadang-kadang panggilan itu lah yang buatkan orang hormat dengan kita walaupun kawan. Lebih baik begini, tetapi Afiq tidak kisah sekiranya orang bawahannya ingin memangilnya hanya dengan nama Afiq apabila di luar waktu kerja.

"Ada apa-apa lagi yang perlu saya bantu En Afiq?" tambah Hani.

"Oh, takda apa-apa" balas Afiq.

"Kalau macam tu saya pergi dulu. Jangan lambat ke mesyuarat tu ya" pesan Hani sambil beredar

'Amboi... perli aku ke apa tu', fikir Afiq. Afiq hanya memandang kelibat Hani dari belakang.

~~

Kehadiran Adam bersama Mila semalam masih terngiang ngiang di ingatan Hani. Adam datang ke rumah untuk menjemput Hani datang ke majlis pernikahan mereka sambil menyerahkan borang perceraian untuk ditandatangani Hani. Hani terpaksa menyerahkan borang tersebut di mahkamah syariah. Setelah itu, mereka akan diberi sedikit kaunseling berkenaan perceraian, terang Adam, dan kemudian mereka akan sah bercerai jika itu adalah jalan yang terbaik buat mereka.

"Bii.. cepat laa.. kita nak pergi beli barang hantaran pulak ni, nanti tak sempat" gesa Mila.

"Mila, sekejap. Boleh tunggu bi dalam kereta tak?, ada hal sikit bi nak cakap dgn Hani" minta Adam.

"Hiisshhhyyy.." rengus Mila.

Mila tidak berpuas hati kerana Adam tidak mahu berkongsi dengannya hal yang ingin diperkatakan Adam kepada Hani. Namun, dia turuti kata Adam.

Adam terus masuk ke ruang tamu rumah dan memandang Hani dengan penuh rasa sayu dan sebak.

Sambil memegang kedua dua tangan Hani, Adam bersuara " Hani,, abang minta maaf..  Hani tidak ada kurang nya bagi abang, tapi abang mengaku yang syaitan dah menguasai abang" kata Adam.

"Tapi, Hani tak faham, macam mana Mila boleh muncul dalam hidup abang." tegas Hani.

"Salah abang.. Mila juga sebelum ini adalah seorang isteri tapi dia dah bercerai, memang abang lah penyebab nya. Mila selalu ceritakan hal dia kepada abang.. dan abang tak pasti bila abang dah terpaut pada dia. Abang rasa bersalah dgn suami Mila dan Hani.. sebab tu abang redha apa pun keputusan Hani. Tapi, abang masih sayangkan Hani, kalau boleh Hani balik pada abang macam biasa" luah Adam.

Hani terdiam kerana sedikit rasa benci mula timbul kepada Adam, mana tak nya.. semua dia nak.. dia faham lelaki boleh berkongsi kasih sayang, tapi Hani tak dapat menerima jika inilah keadaan bagaimana dia mengetahui perhubungan sulit mereka. Ada cara berhemah yang Adam patut sampaikan hal hubungan sulit mereka.

"Maaf aabang.. saya tak boleh.." jawab Hani sambil melepaskan genggaman tangan mereka. Semenjak hal itu terjadi, Hani tidak lagi membahasakan diri sebagai sayang kepada Adam.

Adam faham dengan kehendak Hani, namun dia tak berapa pasti dengan perasaannya  kali ini. Dia tak mahu dicop gila talak apabila merayu rayu kepada Hani. Dia telah membuat kesilapan yang sangat besar, masakan tidak Hani tidak sanggup menerimanya. Dia menyesal dengan perbuatan nya.

"Abah.. mama.. " terdengar suara Qina yang keluar dari bilik sambil menggosok mata, tanda dia baru sahaja bangun dari tidur.

Adam sebak dan terus memeluk Qina. Sebak kerana tidak sanggup meninggalkan Qina.  Memang dia dibenarkan melihat Qina, tetapi Qina takkan mendapat kasih sayang yang sepatutnya jika mereka berpisah. Memandangkan hak penjagaan selepas ini, mahkamah akan memberatkan penjagaan di bawah ibu, Adam menerima seadanya dan berjanji akan memberi nafkah yang sepatutnya kepada Hani dan Qina.

"Biii... kenapa lambat sangat ni?" jerit Mila dengan penuh perasaan marah. Mana tak nya, sudah lama dia menunggu.

Semua terkejut dengan jeritan itu. Qina terus memeluk Hani tanda takut dengan jeritan itu.

"Mama, kenapa dengan aunty tu?", kata Qina. Hani terus mendukung Qina.

Adam terus menghulur tangan tanda ingin bersalaman dengan Hani.

"Qina, salam abah", kata Hani dan Qina terus menuruti katanya. Hani jadi serba tak kena untuk bersalaman dengan Adam kerana tak lama lagi, Adam bukan halal untuknya. Namun, dia turut bersalam tanda hormat kepada Adam kerana Adam masih suaminya.

"Hey Hani!, jom.. ko ni asyik berangan je sekarang ni" sapa Maya memecah imbasan Hani perkara semalam. Maya merupakan kawan karibnya di pejabat, bergosip bersama, makan bersama. Namun, Hani belum sempat menceritakan hal pahit itu kepada Maya. Jika Maya
tahu, tentu bermacam macam soalan nya.

"Jom makan" ajak Maya.

"Yelah-yelah", terus Hani mengambil dompetnya dan terus menuruti Maya. Last edited by ISTRIMITHALI on 28-11-2014 09:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 06:14 PM | Show all posts
Mila??

hurm.. bertabahlah Hani
tak sabar tunggu sambungan..

TT : SALAM AIDILADHA
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 06:18 PM | Show all posts
Sambil memegang kedua dua tangan Hani, Adam bersuara " Mila, abang minta maaf.. Hani tidak
ada kurang nya bagi abg, tapi abg mengaku yang syaitan dah menguasai abang" kata Adam.


Dialog ni macam pelik je..

Mila ke hani??

sorry..ipo menghayati watak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2014 06:21 PM | Show all posts
Ipo posted on 3-10-2014 06:18 PM
Sambil memegang kedua dua tangan Hani, Adam bersuara " Mila, abang minta maaf.. Hani tidak[/backcolo ...

aah la @Ipo ...
TT: @ISTRIMITHALI typo kot ..

heheh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 3-10-2014 06:18 PM
Sambil memegang kedua dua tangan Hani, Adam bersuara " Mila, abang minta maaf.. Hani tidak[/backcolo ...

Hehehe.. Terperasan jugak nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2014 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 3-10-2014 06:18 PM
Sambil memegang kedua dua tangan Hani, Adam bersuara " Mila, abang minta maaf.. Hani tidak[/backcolo ...

Hehe.. sorry.. hani la..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2014 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
pen_biru posted on 3-10-2014 07:32 PM
Hehehe.. Terperasan jugak nih

Huhu.. ok.. baru perasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2014 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
AisyDani13 posted on 3-10-2014 06:21 PM
aah la @Ipo ...
TT: @ISTRIMITHALI typo kot ..


Tq semua.. nti sy edit k
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2014 10:41 AM | Show all posts
~~ BAB 7 ~~

'Hmm.. kenapa dengan Hani ya?' fikir Afiq. Sejak Afiq bekerja di syarikat itu, dia sentiasa melihat Hani mengelamun. Dia ingin tahu fikiran Hani namun dia menahan diri memandangkan Hani adalah isteri orang. Dia tidak mahu menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga orang lain memandangkan dia memang menyimpan hati terhadap Hani.

"Hani, masuk bilik saya", arah Afiq. Hani terus menuruti arahan selepas menerima panggilan dari Afiq melalui talian tetap pejabatnya.

"Ya, bos" jawab Hani sambil memandang Afiq ingin tahu hal yang ingin di perkatakan Afiq.

"Minggu depan, hari Isnin dan Selasa, saya akan menghadiri mesyuarat di Kulai Jaya untuk projek perumahan di sana. Saya akan bawa awak ke sana " kata Afiq memberi arahan.

Hani mula gelisah kerana dia baru sahaja ingin mengambil cuti Isnin ini untuk menguruskan perceraiannya bersama Adam. Isnin ini Hani bakal sah menjadi 'janda'. Dia bersedia dengan tohmahan orang lain yang selalunya menganggap perempuan yang buat hal. Dia perlu tabah menghadapi dugaan itu.

"Emm, maaf En Afiq, saya nak minta cuti sebenarnya hari Isnin ini" jawab Hani.

Afiq tidak berpuas hati dan rasa ingin marah kerana pekerjanya tidak mahu mengikut arahannya. Dia sudah mengagak dari dulu 'mentang2-mentang lah aku ni satu kampung dengan dia, dia ingat boleh buat sesuka hati' fikir Afiq. Dia sudah berasa pekerjanya ini sudah pandai tidak hormatnya lagi.

"Ini adalah arahan saya!. Hal apa yang lebih penting dari projek berjuta-juta ringgit tu?" tanya Afiq sambil sedikit meninggi suara kerana tidak mampu menahan marahnya.

Hani perasan dengan perubahan nada Afiq. Dia berbelah bagi untuk membongkarkan hal itu, kerana malu dengan statusnya selepas ini. Namun, Hani menguatkan hati.

"Isnin ni saya perlu ke mahkamah untuk urusan perceraian saya", kata Hani yang terpaksa memberitahu hal pahit itu kepada bossnya.

Afiq terkejut dengan berita itu dan rasa serba salah kerana tidak soal siasat dahulu sebelum marah tak tentu pasal. Serba salah dengan Hani, kerana tentu Hani terpaksa menceritakan hal itu, tentu bergolak hati Hani kerana itu.

"Oh, maaf.." jawab Afiq dan terdiam untuk beberapa saat.

"Kalau macam tu, saya akan ajak Maya, kerana saya memang perlukan pembantu disana. Banyak yang perlu direkodkan di sana. Tolong panggil Maya ke sini", arah Afiq.

"Ok, ada apa-apa lagi yang saya perlu bantu Encik Afiq?" tanya Hani lembut.

"Tak ada apa, panggilkan Maya sahaja", jawab Afiq tegas. Hani beredar pulang.

"Maaf!" terdengar sayup suara Afiq meminta maaf kepada Hani sebelum Hani menutup pintu bilik Afiq.

Hani memandang Afiq sambil mengangguk sebelum menutup pintu bilik itu. Afiq berasa sayu dan barangkali sedikit gembira kerana bolehlah dia 'kacau daun', fikir Afiq. Namun, cepat-cepat dia menepis perasaan itu kerana rasa terlalu jahat baginya memandangkan Hani bersedih, sepatutnya
dia turut bersimpati dan membantu Hani. Last edited by ISTRIMITHALI on 28-11-2014 09:41 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 11:23 AM | Show all posts
ada canlah Afiq nak masuk jarum...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2014 01:37 PM | Show all posts
~~ BAB 8 ~~

"Saya, Mohd Adam Bin Abd Malek menceraikan Nur Hanani Bt Ahmad dengan talak satu", lafaz Adam sambil berdiri di kandang tertuduh.

Ber ombak dada Hani setelah mendengar lafaz itu. Mengaku yang dia masih menyayangi dan mengingati detik manis mereka, Hani menitiskan air mata tanpa sedar. Namun dia harus tabah kerana itu adalah kehendak nya sendiri. Terlihat kelibat Mila di belakang sana sambil memerhatikan
prosedur mahkamah itu.

Mahkamah juga telah menasihatkan pasangan ini rujuk kembali dalam tempoh edah jika ingin bersama kembali.

Hani hanya hadir bersendirian, tidak sesuai untuknya membawa Qina bersamanya kerana dia tidak tahu apa itu perceraian. Dan Hani sudah pun menjelaskan kepada Qina bahawa mereka tidak lagi akan tinggal bersama. Berkali kali Qina bertanyakan mengapa mereka akan jadi begitu, namun Hani tidak mampu menjelaskan kepada Qina, 'bila Qina besar nanti Qina akan tahu', hanya ayat ini sahaja yang selalu Hani gunakan untuk menjelaskan perkara itu kepada Qina.

Hani hanya memerhatikan Adam bersama Mila dari jauh setelah prosedur mahkamah itu selesai.  Sebenarnya, hal itu telah membuat nya lebih kuat dan tabah dengan dugaan dari Allah, dia bertekad akan membesarkan anak nya dengan penuh kasih sayang darinya yang sepatutnya.
Dia faham, tidak sama kasih sayang yang akan diterima oleh Qina kerana tidak lagi mendapat kasih sayang ayah yang sepatut nya, namun dia akan memberikan yang terbaik untuk anak nya itu.

"Haniii.." terdengar jeritan Adam memanggil Hani.

Hani berpaling dan melihat Adam sudah pun berada di belakangnya. 'Kenapa?' hanya pandangan yang menampakkan soalan itu dari wajahnya.

"Ni, nafkah untuk bulan ni" Adam menghulurkan empat ratus ringgit kepada Hani.

Hani terus mengambil duit itu kerana itu adalah nafkah untuk nya dan Qina, dia tidak menolak kerana itulah wang yang wajib diberikan kepadanya. Namun, Adam berjanji akan memberikan bakinya pada setiap tengah bulan memandangkan Adam menerima gaji dua kali setiap bulan. Dan Hani memang memahami keadaan itu.

Mila hanya memandang dari jauh.

"Terima Kasih Abang", terasa kekok apabila melafazkan perkataan abang kepada Adam, kerana mereka sudah sah bercerai. Hani terus meminta izin untuk beredar kerana tidak mahu lama berdepan dengan Adam, memandangkan Mila tidak suka menunggu. Adam hanya mengangguk dan melihat kelibat Hani berlalu dari situ. Last edited by ISTRIMITHALI on 28-11-2014 09:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2014 02:01 PM | Show all posts
sedihlah plk...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 10:10 AM | Show all posts
  Bertabahlah hani ..
ada hikmah disebalik apa yang terjadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2014 10:22 AM | Show all posts
~~ BAB 9 ~~

"Dato', saya rasa belum masanya lagi" jawab Afiq. Afiq masih tidak biasa Dato' Halim tidak berputus asa mengajak Afiq tinggal di rumahnya. Namun, Afiq ingin menjaga hati ibunya kerana ibunya masih tidak dapat melupakan hal lalu. Afiq menerima tawaran Dato' Halim di syarikatnya pun, ibunya tidak berapa merestui. Inikan pula tinggal bersama.

Lagipun, kesemua adik beradik di sebelah Dato' Halim adalah perempuan kesemuanya, tentu susah untuk menyesuaikan diri. Lebih baik mereka tinggal berasingan tapi masih berhubung. Dato' Halim  memang berusaha mencari isteri keduanya dan anak nya yang seorang itu sekian lama kerana dia  sendiri tidak mempunyai anak lelaki bersama isteri pertamanya, memandangkan Dato' Halim inginkan waris dari darah dagingnya sendiri. Afiq sendiri tidak mengetahui yang Dato' Halim ingin mewariskan hartanya kepada Afiq. Dato' Halim cuma menyatakan hasratnya untuk menawarkan pekerjaan bagi menebus kesalahannya sahaja. Dato' Halim takut Afiq tidak bersetuju dan berniat hanya akan memberitahu Afiq satu hari nanti. Dato' Halim juga ingin membiasakan Afiq dengan dunia korporat.

"Malam ni, ayah nak singgah rumah boleh? Dah lama ayah tak makan masakan ibu kamu" pandang  Dato' Halim kepada anak lelaki tunggalnya.

"Emm.. ok, saya akan bagitau ibu nanti", jawab Afiq. Afiq tidak pasti adakah ibunya akan mengalu alukan kedatangan Dato' Halim. Mereka sudah berpindah di Wangsa Maju kerana kemudahan Afiq berulang dari rumah ke syarikat ayahnya. Itu pun puas Afiq memujuk ibunya tinggal bersama.
Oleh kerana Afiq sudah biasa berpindah randah, dia tidak kisah jika ingin menukar tempat tinggal sekali lagi tetapi dengan syarat akan tinggal bersama ibunya. Dia tidak boleh bayangkan ibunya tinggal seorang terutama jika dia akan berumahtangga satu hari nanti. Cuma, ibunya sudah
menyatakan hasrat Afiq harus ada 'privacy' jika dia sudah berumahtangga kelak. Ibunya bersedia untuk itu, cuma ibunya berharap Afiq akan tinggal berdekatan dengan rumahnya apabila sudah ber isteri nanti.

Cepat-cepat Afiq menelefon ibunya untuk memberitahu bahawa dia akan pulang bersama Dato' Halim nanti.

Telefon bimbit ibunya berdering,
"Assalamualaikum ibu.." kata Afiq memberi salam.

"Waalaikummussalam.." jawab Puan Rahimah.

"Ibu buat apa tu?" tanya Afiq

"Ni, tengah sidai kain kat luar ni, kenapa ni Fiq?" tanya Puan Rahimah kehairanan kerana tak sempat- sempat anak nya itu nak bersembang. Macam tak balik ja hari ni.

"Eeerr.. kalau Fiq cakap, ibu jangan marah tau. Afiq ajak ayah makan malam di rumah", kata Afiq. Dia sengaja mengubah situasi bahawa dia yang mengajak supaya ibunya tidak berasa yang ayahnya yang mempelawa diri untuk makan di rumahnya.

"Hmm.. kalau Afiq dah ajak, silakan. Ibu ok ja, cuma nanti Afiq kena beli kopi serbuk nanti. Ayah Afiq tu suka kopi , kat rumah takda kopi. Kopi serbuk tau, jangan yang uncang pulak" sahut ibunya, macam sedikit gembira barangkali. Tidak pasti apakah yang berlaku di antara ibunya dengan ayahnya.

'Eh, siap suruh beli kopi lagi ni', bisik hati Afiq.

"Ok ibu, nanti Afiq belikan ya", jawab Afiq. Last edited by ISTRIMITHALI on 28-11-2014 09:43 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Cite ni mula pun dah sedih... Emosi betul bila baca suami bawak awek balik umah tuk buat keje haram.. Kesetiaan dibalascurang.. Sedih den
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 11:09 AM | Show all posts
poyohabis posted on 8-10-2014 10:48 AM
Cite ni mula pun dah sedih... Emosi betul bila baca suami bawak awek balik umah tuk buat keje haram. ...

hihihi.. selamat mambaca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2014 12:27 PM | Show all posts
~~ BAB 10 ~~

"Mama, kereta mama berasap?", tanya Qina cemas. Hani baru sahaja mangambil Qina dari rumah pengasuhnya dan berjanji untuk membawa Qina ber jalan-jalan di Wangsa Walk memandangkan esok adalah hari cuti. Namun, tiba-tiba sahaja Satria Neonya buat hal.

Hani terus berhenti di tepi jalan untuk memeriksa kenderaannya. Dia membuka hud kenderaannya untuk menyejukkan enjinnya sebelum dia memeriksa bahagian depan keretanya.

"Qina jangan keluar, duduk ja dalam kereta , mama nak check", arah Hani.

Qina menuruti kata Hani. 'Aduh', rungut Hani di dalam hati kerana sudah lama tidak spot check kereta kesayangannya itu, dia sibuk dengan urusan kerja di tambah perceraiannya.

Hani terus memeriksa air kaburatornya setelah yakin bahagian depan keretanya itu sudah mula sejuk. Namun, setelah diperiksa, air kaburatornya tidak menjadi masalah, masih di paras yang sepatutnya.Kemudian dia memeriksa pula minyak hitamnya dan dia dapati minyak hitam itu kering.

Kebetulan pula kejadian itu berlaku berhampiran perhentian bas. Puas Hani mencari nombor telefon towing ataupun pomen yang mungkin dilekatkan disitu,  mujurlah terdapat nombor towing yang boleh dihubungi di situ. Hani terus menghubungi towing untuk mengambil keretanya ke bengkel berdekatan.

"Hmm.. Qina, kereta ibu rosak, jadi kita naik bas aja pulang ya?, kalau kereta mama dah ok. nanti ibu bawak Qina jalan-jalan ya" kata Hani, takut Qina akan merajuk kerana sudah lama mereka tidak jalan-jalan di Wangsa Walk.

"Takpa mama, ok .. lain kali bawa Qina ya", jawab Qina manja. Towing baru sahaja mengangkut Satria Neo milik Hani lima minit yang lepas, dan pemandu towing memesan Hani menghubungi bengkel yang akan dihantar olehnya nanti. Hani dan Qina terpaksa menunggu bas dari situ untuk pulang.

~~

Dari jauh, Afiq memandang wajah yang macam dikenalinya di perhentian bas itu.

'Hani!!', Afiq terus memberhentikan kenderaannya berhampiran perhentian itu.

"Dato' , sekejap ya", kata Afiq kepada ayahnya. Petang itulah Afiq akan membawa ayahnya makan malam bersama ibunya.

"Hani, buat apa kat sini?" tanya Afiq kehairanan.

Hani terus berpaling dan tidak menyangka akan bertembung dengan Afiq di sini, dan Dato' Halim bersamanya!

"Eeerr.. kereta baru kena bawak towing tadi, minyak hitam kering" jawab Hani, dia malu kerana nampak bahawa dia cuai tidak memeriksa kenderaannya sebelum berjalan. Namun dia menebalkan mukanya.

"Ooo.. mari saya hantarkan pulang.." ajak Afiq

"Ha.. boleh boleh.. Qina nak balik dengan uncle Afiq, mamaaa..." rengek Qina, belum sempat Hani berkata apa apa. Afiq terus mendukung Qina kerana sudah lama tidak bersua muka. Dicium ciumnya Qina sambil terus menuju ke kenderaannya. Hani terpaku dan menurut saja kerana tidak sempat untuk menolak.

"Ok, masuk lah", sambil membuka pintu untuk Hani dan terus mambawa masuk Qina ke tempat duduk belakang. Hani hanya menurut kata Afiq, malu sebenarnya.

"Emm.. Dato'.. kita hantar Hani dan Qina pulang dulu ya, nanti kita balik ya" kata Afiq. Hani hairan kerana mereka nampak bukan seperti hubungan biasa di pejabat. Semacam ada hubungan rapat antara mereka.

"Laa.. kenapa nak balik awal sangat, jom makan sekali di rumah" ajak Dato' Halim. Afiq terkejut dengan ajakan itu. Rasanya belum masanya lagi untuk membawa Hani berjumpa ibunya, 'macam tau tau ja Dato' ni memang aku nak bawa Hani jumpa ibu', fikir Afiq. Berangan ja lebih, Hani pun belum tahu isi hatinya lagi, entah Hani akan menerimanya ataupun tidak. Masih terlalu awal untuknya. Langkah pertama pun belum dimulakan lagi.

Namun, Afiq faham bahawa Dato' Halim ingin berbudi bahasa, mana taknya, mereka sudah pun berada dalam kenderaan bersama mereka.

"Eh takpa lah Dato', ni pun dah menyusahkan tolong hantar" tolak Hani lembut.

"Laa.. takpa la.. ramai sikit baru la meriah. Ha, Afiq, call ibu kamu bagitau nak tambah tetamu ni", arah Dato' Halim kepada Afiq

'Eh, orang tua ni, dia pulak melebih lebih.. tapi ok jugak idea tu, hihi', fikir Afiq. Afiq terus men dail nombor ibunya. Terdengar suara Hani semasa dia men dail nombor ibunya.

"Eh, takpa lah.." Hani malu sebenarnya untuk meminta dibawa pulang, terasa diri tidak layak untuk menyuruh boss-boss nya. Dia tidak meneruskan kata. Qina hanya diam di sisi nya.

"Ibu, Fiq nak tambah tetamu lain tau. Dua orang.." kata Afiq setelah ibunya mengangkat telefon.

"Ok", jawab Afiq setelah mendengar ibunya bersetuju.

"Ok.. kita on the way to Wangsa Maju ya", Afiq terus membawa mereka ke destinasi. Last edited by ISTRIMITHALI on 28-11-2014 09:48 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:44 PM GMT+8 , Processed in 0.086061 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list