CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
Post time 8-10-2014 12:29 PM | Show all posts
TERBAIK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2014 12:48 PM | Show all posts
AisyDani13 posted on 8-10-2014 12:29 PM
TERBAIK

hihihi hihihi hihihi tq2
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 02:06 PM | Show all posts
sambung lg...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2014 02:46 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 8-10-2014 12:48 PM
hihihi hihihi hihihi tq2

Next pls
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 8-10-2014 12:48 PM
hihihi hihihi hihihi tq2

Thumbs up TT
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 07:42 AM | Show all posts
Assalamualaikum & selamat pagi semua... dh nak habis minggu baru dh... rasa mcm sekejap je... apa2pun TT... jgn pernah berhenti masukkan entry baru ya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2014 11:59 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 9-10-2014 07:42 AM
Assalamualaikum & selamat pagi semua... dh nak habis minggu baru dh... rasa mcm sekejap je... apa2pu ...

waalaikumsalam

betul tu TT @ISTRIMITHALI ....


NEXT :
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2014 04:59 PM | Show all posts
~~ BAB 11 ~~

"Assalamualaikum, ibu.." kata Afiq memberi salam. Dato' Halim, Hani dan Qina sudah tercegat di depan pintu rumah sewa Puan Rahimah itu.

"Waalaikummussalam.." jawab Puan Rahimah sambil membuka pintu.

"Eh.. nii... anak Pak Mad ni.. ingatkan tetamu mana la tadi, ha jemput masuk. Kerja sekali dengan Fiq ke?" sapa Puan Rahimah kepada Hani. Puan Rahimah selalu juga membeli kuih di simpang kampung mereka suatu ketika dahulu. Memang Hani sentiasa menolong ibunya di gerai itu semasa alam persekolahan dahulu, membuatkan Hani telah biasa dengan Puan Rahimah.

"Acik Mah, dah lama tak jumpa. Encik Afiq ni boss saya, jadi saya kena panggil Puan la ni" sahut Hani memberikan idea dengan bersungguh sungguh. Terasa malu pula jika melayan Puan Rahimah seperti di kampung dahulu memandangkan Afiq bukan lagi rakan sekelasnya dahulu.

"Eh, tak payah mengada ngada. Panggil ja macam biasa. Acik tak suka la macam ni", jawab Puan Rahimah bersungguh sungguh.

Hani hanya tersenyum jika itulah kehendak Puan Rahimah. Dari sudut ruang tamu, Dato' Halim hanya memandang gelagat Hani bersama isteri keduanya itu. Mereka seperti sudah lama kenal, namun Dato' Halim jadi kaku untuk memulakan bicara dan berlakon seperti biasa.

Puan Rahimah memandang Dato Halim dari jauh.

"Duduk dulu ya, sebentar saya siapkan makanan. Tapi, dah nak maghrib ni, kita solat dulu nanti kita makan sama-sama" kata Puan Rahimah sambil memandang semua orang.

"Ni, yang kecik ni nak solat pun acik ada telekung budak kat atas tu. Hani, bawa anak tu naik atas pergi solat ya", kata Puan Rahimah. Puan Rahimah memang sengaja menyediakan telekung budak di rumahnya memandangkan ramai saudara mara selalu bertandang di rumah.

Dato' Halim kaku tidak tahu ingin menggerakkan langkah kemana. Sudah lama dia tinggalkan suruhanNya. Dato' Halim sentiasa mengagumi Puan Rahimah kerana keramahannya, serta taat kepada perintah Allah. Cuma peristiwa lalu yang tidak mudah untuk dimaafkan memaksa Puan Rahimah lari dari realiti kehidupan.

"Fiq, bawak ayah kamu tu solat sekali", kata Puan Rahimah sedikit menjerit. Puan Rahimah kenal sangat suaminya itu , tentu sudah lama tidak solat, masakan tidaknya semasa mereka bersama, puas disuruhnya setiap kali tiba waktunya.

"Baik bu.." jawab Afiq lembut dan terus memandang Hani sekilas 'kantoi!'

'OOoo, baru faham..', fikir Hani. Dari tadi dia berteka-teki hubungan mereka dengan Dato' Halim. Patut lah Dato' Halim boleh 'relax' ja semasa mesyuarat ingin memperkenal kan Afiq sebelum ini. Anak nya sendiri, manakan tidak dia mahu memarahi anak nya sendiri. Dan, Hani sedikit musykil
kerana semasa mereka bersekolah, dia tidak pernah pula melihat Dato' Halim di kampung mereka.

Satu lagi tanda tanya. Last edited by ISTRIMITHALI on 28-11-2014 09:50 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2014 05:14 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 9-10-2014 07:16 AM
Thumbs up TT

ok tq2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2014 05:15 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 9-10-2014 07:42 AM
Assalamualaikum & selamat pagi semua... dh nak habis minggu baru dh... rasa mcm sekejap je... apa2pu ...

Insya Allah, saya akan cepat2 habiskan cerita ni, mcm panjang lagi.. macam x.. hihihi..

tq sbb sudi membaca.. sorry, esok i cuti la yunk..huhu..

boleh sambung Isnin ni je lah..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2014 05:16 PM | Show all posts
AisyDani13 posted on 9-10-2014 11:59 AM
waalaikumsalam

betul tu TT @ISTRIMITHALI ....

hihi.. selamat membaca.. sorry lambat sikit, hari ni bz sket.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2014 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
baiklah TT... berita faham... roger n out
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2014 03:36 PM | Show all posts
Tak sabar tunggu sambungan !! TT: best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
tq semua yerrrrrrrrrr Last edited by ISTRIMITHALI on 12-10-2014 05:31 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 12:35 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 11-10-2014 08:07 AM
tq semua yerrrrrrrrrr

Welcome sis!!! cepatlah hapdateeeeeeeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 12:43 PM | Show all posts
Nice story, keep it up.

Tapi...kalau boleh, (kalau bolehlah...tak paksa pun... )

Elakkan guna singkatan apa2 / jalan2 dan etc. Guna perkataan penuh. Kalau dalam buku pun, memang tak digalakkan buat macam tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-10-2014 02:42 PM | Show all posts
~~ BAB 12 ~~

Setelah siap solat, Hani dan Qina cepat-cepat ke dapur untuk mambantu Puan Rahimah.

"Cik Mah, siakap ni angkat ke ruang makan ke?", tanya Hani setelah melihat Siakap Tiga Rasa yang sudah terhidang cantik di atas meja dapur.

"Ha ya.. Tak pa lah Hani, nanti Cik Mah buat, Hani tu tetamu", jawab Puan Rahimah.

"Eh, tak pa lah Cik Mah dah banyak Cik Mah masak ni. Ni pun saya rasa dah menyusahkan banyak sangat. Saya sebenarnya tak sangka dapat datang sini. Lagipun saya tolong sikit ja ni.. Ha, Qina pergi duduk di ruang tamu tu" arah Hani sambil mengangkat hidangan siakap yang menyelerakan itu ke ruang makan.

"Tak payah la Hani fikir menyusahkan ke apa. Cik Mah lagi suka orang datang rumah. Lagipun murah rezeki kalau banyak tetamu bertandang di rumah", jawab Puan Rahimah lembut. Puan Rahimah memang terkenal dengan kelembutan dan keramahannya semasa di kampung dahulu. Baik sangat orangnya.

"Banyak hidangan makanan yang Cik Mah masak ni. Pukul berapa Cik Mah mula masak ni?", tanya Hani dengan serba salah kerana datang tak diundang.

"Cik Mah siapkan bahan tadi lepas Asar. Memang Cik Mah saja masak banyak. Si Afiq tu kuat makan, nampak ja kurus tu. Sapa lah bininya tu. Kena pandai masak lah jawabnya" kata Puan Rahimah sambil sedikit ketawa.

Hani berasa terusik dengan percakapan Puan Rahimah, namun dia buat tak tahu dengan perasaanya itu.

Dari jauh, Afiq hanya tersenyum melihat kemesraan ibunya bersama Hani. Tetapi adakah ibunya dapat menerima Hani jika mendapat tahu status Hani nanti. 'Aduh, jauh nya aku fikir. Belum tentu lagi Hani tu suka kan aku', fikir Afiq. Terseyum seorang bila memikirkannya.

"Ha, Afiq. Tersenyum sorang sorang tu kenapa?" tergur Dato' Halim.

"Tak ada apa-apa lah Dato' ", jawab Afiq. Afiq bercadang untuk mengintai perbualan Hani bersama ibunya.

~~

"Kamu selalu balik kampung kan?. Cik Mah rindu pulak di kampung tu. Cik Mah memang tak pernah balik lagi semenjak Afiq bekerja di sini. Mak kamu apa khabar?" tanya Puan Rahimah.

"OOooh.. alhamdulillah.. ibu saya ok di kampung", sambil tersenyum dan memotong daun sup yang tinggal sedikit sahaja lagi yang perlu dihabiskan.

"Cik Mah tengok kamu selalu balik kampung bersama anak kamu tu. Tapi jarang nampak suami kamu. Dia sibuk ya?' tanya Puan Rahimah kerana sudah lama dia ingin tahu jawapannya. Keadaan itu juga sering menjadi buah mulut orang kampung. Ada juga yang mulut  celupar mengatakan sikap Hani mungkin membuatkan suaminya tidak mahu balik ke kampung. Namun, Puan Rahimah tidak suka percaya bulat-bulat apa yang orang
kampung kata kerana dia melihat Hani seorang perempuan yang baik, sopan dan lemah  lembut. Dia lebih suka menyiasat sebelum menerima apa yang orang kata. Terasa juga diri ini menyibuk tetapi Puan Rahimah terlalu ingin tahu.

"Eeerrr.. buu.. dah siap ke? Lapar lah", Afiq sengaja masuk campur kerana dia mendengar  apa yang mereka bincangkan. Tentu Hani tidak tentu arah untuk menjawab pertanyaan ibunya. Namun, dia juga seperti ibunya. Ada perasaan ingin tahu. Cuma yang lainnya, Afiq sudah mengetahui Hani sudah bercerai dengan suaminya, hanya ingin tahu mengapa mereka bercerai.

'Huh, terima kasih Afiq', fikir Hani. Tidak tahu bagaimana untuk mengelak pertanyaan Puan Rahimah.

"Oooh.. semua orang dah lapar ya", cepat-cepat Puan Rahimah menyedok nasi ke dalam mangkuk nasi dan terus membawanya di ruang makan. Begitu juga Hani terus meletakkan daun sup ke dalam bekas setelah siap memotong.

Mereka menjamu selera tepat pukul 8malam dan bersembahyang isyak jemaah bersama setelah selesai makan.
Last edited by ISTRIMITHALI on 28-11-2014 09:55 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 02:42 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 13-10-2014 12:43 PM
Nice story, keep it up.

Tapi...kalau boleh, (kalau bolehlah...tak paksa pun... )

OK terima kasih untuk nasihatmu itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2014 03:15 PM | Show all posts
AisyDani13 posted on 13-10-2014 12:35 PM
Welcome sis!!! cepatlah hapdateeeeeeeeeeeee

ok dah hapdatee... hihi...
namun cukuplah untuk hari ni..hih
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 03:22 PM | Show all posts
Nasib Afiq menyampuk..
Sian Hani.. susah untuk dia terangkan situasi sebenar status diri dia..
beratabahlah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.392835 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list