CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
Post time 16-10-2014 04:53 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 16-10-2014 04:52 PM
hahahahaha

suka TT yer..
gelak evil nampak..
haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2014 04:54 PM | Show all posts
AisyDani13 posted on 16-10-2014 08:52 AM
takpe TT...
bakat u tu dah ada..

hehehe.. terima kasih ye.. kwn2.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 04:54 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 16-10-2014 04:39 PM
kontot sikit sambungannya ya TT... nanti free sambung lg ya... chaiyokkkkk...

sabarlah...
erghhhhhhhhhhhhhhhh

===============================================

heheh gurau yer awk
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 04:55 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 16-10-2014 04:54 PM
hehehe.. terima kasih ye.. kwn2.. hehe

sama sama kasih
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita semua ok je bab2 baca ni..cuma skrg ni ramai yg tengah angau cinta adam n hawa kat sebelah.. Kalo tt leh buat kami semua angau kat sini gak amat la bgs.. Dibuai2 kami jdnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 04:36 PM | Show all posts
poyohabis posted on 16-10-2014 09:11 AM
Kita semua ok je bab2 baca ni..cuma skrg ni ramai yg tengah angau cinta adam n hawa kat sebelah.. Ka ...

Itu lah.. saya ada baca sikit, tapi baru page ke3.. hihihi... jadi bercelaru pulak fikiran sbb nak menyiapkan cite ni same.
last2 stop baca cite tu kjp.. huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2014 04:49 PM | Show all posts
~~ BAB 18 ~~

"Catatkan semua butir-butir mesyuarat tadi ya. Saya taknak ada satu pun yang terlepas", pesan Afiq kepada Hani selepas mesyuarat yang diadakan di Hotel May Tower itu. Afiq sengaja memilih hotel itu untuk mengadakan mesyuarat bersama 'client' terbaru mereka untuk projek terbaru syarikat itu kerana ingin menimbulkan mesyuarat yang santai dan tidak terlalu formal.

"Baiklah En. Afiq", jawab Hani.

Tak semena-mena,

"Aduuuhh!!", Hani mengeluarkan suara yang agak tinggi sambil menggosok-gosok bahunya yang telah dilanggar oleh seorang perempuan. Hani terus menoleh ke arah perempuan itu dan melihat sepasang kekasih yang dikenalinya, Adam dan Mila!

"Oh, maaf..", jawab Mila dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Hani tidak pasti adakah  dia tidak sengaja dengan kejadian itu.

"Bro!!", panggil Afiq dan terus menuju ke arah Adam. Afiq terus menghulurkan salam dan seperti biasa melagakan sedikit dada mereka tanda mereka sangat rapat. Sebenarnya Afiq rindukan persahabatan mereka di universiti dahulu. Tetapi Adam seperti tidak teruja dengan pertemuan mereka.

"Kau buat apa kat sini?, Berbulan madu ye?", tanya Afiq tanpa segan silu, mana taknya Adam merupakan sahabat karibnya.

"Tak kuasa lah aku nak berbulan madu kat sini, tengah-tengah bandar ni, aku bawak bini aku saja makan-makan kat sini, yang kau orang buat apa kat sini?, tengah dating ke?", balas Adam.

"Oh, kitorang ada mesyuarat kat sini Dam.. ", jawab Afiq.

"Oooo.. kerja sekali la ni", tanya Adam dengan sedikit perasaan lega. Selepas majlis pernikahannya tempoh hari, setiap hari Adam mempersoalkan hubungan Hani dan Afiq. Adakah Hani dan Afiq sedang dilamun cinta? seperti terlalu cepat Hani melupakannya. Adam tidak menyangka, namun persoalan itu sudah terjawab.

"Oooh.. Hani ni setiausaha aku", tambah Afiq lagi tanpa menghiraukan Hani yang sedang kaku tidak mampu berkata apa.

"Abang.. jom la makan. Lapar ni", rengek Mila manja tanpa ada rasa hormat tentang perbualan Adam dan Afiq.

"Oh.. boleh sayang, Jom lah makan dengan kitorang", balas Adam seterusnya mengajak mereka untuk makan bersama.

Mila terus mencuit tangan Adam dari belakang tanda tidak setuju mengajak mereka makan bersama. Hani perasan reaksi Mila itu walaupun Mila melakukan isyarat itu secara sorok-sorok.

"Eh takpelah, lagipun tadi saya dan En Afiq dah makan dengan client tadi", jawab Hani laju mengelak ajakan Adam.

"Ha, takpe la.. Tak nak la ganggu pasangan baru berkahwin ni kan..", kata Afiq yang sebenarnya lupa Adam merupakan bekas suami Hani. Semua terkelu seketika dan menyedarkan Afiq berkenaan hal itu.

'Aduh, Hani.. aku salah cakap ke?, maaf', fikir Afiq.

"Hani, jom saya hantar awak balik!", ajak Afiq dan terus memberi isyarat ingin  beredar kepada Adam dan terus bersalaman dengan Adam.

Mereka terus beredar dari situ dan Adam hanya memandang mereka dari jauh tanpa berkelip sehingga di sergah Mila.

~~~

"Hani, maaf...", kata Afiq. Mereka menuju ke pejabat setelah beredar dari hotel
itu.

"Kenapa?, saya tak faham", jawab Hani. Hani sengaja buat tak endah dengan perkara itu. Sebenarnya, Hani sedikit terusik dengan kejadian itu kerana baginya terlalu cepat Adam telah memiliki seseorang. Dia tidak mampu lagi melupakan Adam setelah segala suka dan susah dikongsi bersama Adam selama empat tahun perkahwinan mereka. Terasa terlalu cepat masa berlalu dan tidak menyangka mereka sebenarnya tiada jodoh. Hani berada di awang-awangan sepanjang berada di dalam kenderaan Afiq menuju ke pejabat.

Afiq hanya diam membisu setelah mendengar jawapan Hani menunjukkan Hani tidak ambil endah perkara itu.

~~~

Jam telah menunjukkan pukul 6:00 petang. Setelah menyiapkan segala laporan yang perlu disiapkan, Afiq terus menuju ke surau, 'lambat lagi aku hari ni', fikir Afiq kerana tidak perasan masa berlalu begitu cepat sehingga melewatkan waktu solatnya.

Fikiran Afiq hanya terfikirkan Hani ketika itu. Dia cukup angau dengan wanita itu.

'Inii.. dompet Hani ni', kata Afiq dalam hati setelah melihat dompet wanita di dalam keretanya. 'Tentu Hani perlukan duit ni pagi esok', Afiq mula menelefon Hani tetapi tidak berjawab. Afiq membuat keputusan untuk ke rumah Hani.

Setelah selesai solat maghrib di masjid, Afiq terus menuju ke rumah Hani untuk menghantar beg duit itu. Panggilan dibuat sekali lagi juga masih tidak berjawab.

~~~

Setelah tiba di rumah Hani, Afiq terus menuju ke pintu pagar rumah itu. Namun dilihatnya pintu pagar rumahnya terbuka luas, seperti Hani mungkin baru pulang ke rumah dan terlupa untuk menutup pintu pagar rumahnya.

"Ahhhh.. Argghh...!!", tiba-tiba terdengar jeritan dari ruang tamu rumah itu. Afiq cepat-cepat berlari masuk ke dalam rumah. Meliar mata Afiq mencar Hani. "Hani! Hani!", jerit Afiq.

"Aku tak sangka aku ada kawan macam ni!", jerit Afiq dan terus mamaut leher Adam setelah melihat Hani meronta diserang Adam. Terlihat baju yang dipakai Hani sedikit terkoyak di bahagian lengan. Afiq terus menumbuk Adam setelah melihat Hani dalam kesakitan dan menangis teresak-esak.

"Mama.. mama..", terdengar halus suara Qina sedang mnggosok mata tanda baru bangun dari tidur. Terganggu tidurnya setelah mendengar bunyi bising di ruang  tamu. Qina terus menuju dan memeluk Hani yang dalam kesakitan. Hani terus memeluk erat anaknya itu sambil menangis ter esak-esak.

Afiq berhenti dari memukul Adam kerana tidak mahu dilihat Qina keganasan di dalam rumah itu.

"Ke..lu..ar.. ke..lu..ar", terdengar sayup dan tersekat-sekat suara Hani menyuruh mereka keluar dari rumahnya.

Hani mengambil kekuatan untuk bangun dan menolak perlahan Afiq dan Adam keluar dari rumah tersebut.

"Hani taknak tengok lagi muka abang", kata Hani dengan kekuatan sangat lemah dan memandang tepat ke muka Adam.

"Hani.. apa yang Adam dah buat?", tanya Afiq tidak berpuas hati.

Hani memandang ke atas, keadaan sekeliling dirasakan berpusing dan kelam. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 08:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 05:08 PM | Show all posts
Alahai... sambungan pulak..
tgh syok baca ni TT...
hehehe

anyway TERBAIK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2014 05:23 PM | Show all posts
kurang ajar pulak si adam yg gila talak ni... dh cerai pun tak sedar diri lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 05:45 PM | Show all posts
AisyDani13 posted on 17-10-2014 09:08 AM
Alahai... sambungan pulak..
tgh syok baca ni TT...
hehehe

huhu.. kekangan kerja memaksaku update sikit2.. hikhik,... pasni nak kene karang smpai berhari - hari lah. ha.. sekali post 2page.
ok x??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 05:46 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 17-10-2014 09:23 AM
kurang ajar pulak si adam yg gila talak ni... dh cerai pun tak sedar diri lg

hihihi.. mcm dh boleh agak je ape yg dah jadi kan.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Isss nak kene sepak adam ni.. Dia dah curang sampai ke katil ms kawingan hani skrg dia nak jeles lak pe hal..bab2 keganasan rumah tangga ni aku mmg pantang.. Nak je sepak2 jantan x guna mcm ni walaupun bdn aku ter amat la halusnya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 17-10-2014 05:46 PM
hihihi.. mcm dh boleh agak je ape yg dah jadi kan.. hehe

tak aspect si adam ni gila sangat sampai nak pukul si hani tu TT... haishh... kejam sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni dah kes rogol....kuang jaq Adam...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 09:30 AM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 17-10-2014 05:45 PM
huhu.. kekangan kerja memaksaku update sikit2.. hikhik,... pasni nak kene karang smpai berhari - h ...

hihi xpa TT ai paham..
pelan2 kayuh..

asalkan ada ENDING ok
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 12:50 PM | Show all posts
poyohabis posted on 17-10-2014 10:23 AM
Isss nak kene sepak adam ni.. Dia dah curang sampai ke katil ms kawingan hani skrg dia nak jeles lak ...

hihihi.. sabar eh.. tp betol tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-10-2014 12:52 PM | Show all posts
AisyDani13 posted on 20-10-2014 01:30 AM
hihi xpa TT ai paham..
pelan2 kayuh..

thank u 4 ur support dear.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 12:57 PM | Show all posts
~~ BAB 19 ~~

Setelah selesai solat Maghrib, Hani terus menidurkan Qina. Pengasuhnya membawa Qina keluar ke taman petang tadi membuatkan Qina letih dan mahu tidur awal.

Dijenguknya telefon bimbit yang sejak tadi berdering. Tidak tahu apa yang dikehendaki Adam setelah terserempak di hotel tadi. Hani sengaja tidak menjawab panggilan Adam kerana dirasakan tidak perlu baginya untuk berbual kosong bersama Adam. Selalunya Adam hanya akan memberi pesanan ringkas mengatakan dia sudah 'bank in' sejumlah wang untuk nafkahnya bersama Qina sahaja, tidak lebih dari itu.

"Hani, hani, hani!!", panggil Adam sedikit menjerit.

Hani menjenguk di luar pagar, 'aduuhh..lupe pulak nak kunci pintu pagar tu', kata Hani dalam hati.

Dilihatnya Adam terus melulu masuk ke hadapan pintu rumahnya.

"Hani, hani, hani", panggil Adam.

Hani terus mencapai tudung yang digantung di belakang pintu itu dan terus mamakainya kerana Adam bukan lagi suaminya. Dia wajib menjaga auratnya di hadapan Adam.

"Kenapa abang?", jawab Hani sambil membuka pintu rumahnya dengan wajah yang berkerut kerana tidak pernah melihat Adam seperti itu. Adam seperti sudah berubah, tidak seperti Adam yang dikenalinya dahulu.

Adam terus masuk ke rumah dengan tiada pelawaan dari Hani.

"Abang nak tau apa hubungan Hani dengan Afiq?", tanya Adam sambil mundar mandir di ruang tamu rumahnya.

"Kenapa abang ni?!", tanya Hani kehairanan. Tidak pernah dia melihat Adam begitu marah.

"Jawab je lah!!", kata Adam sedikit meninggi suara dan memandang Hani dengan perasaan yang tidak puas hati.

"Hani takda apa-apa lah dengan Afiq", jawab Hani.

"Betul ke? Abang tengok kau bukan main mesra lagi dengan dia?, dia pun nampak macam suka dengan kau?", tanya Adam tidak berpuas hati.

"Abang.. apa ni??, kita dah tak ada apa-apa. Kalau Hani bercinta dengan Afiq sekalipun, itu hak Hani", jawab Hani mempertahankan apa yang patut walaupun dia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Afiq.

Tak semena-mena, Adam terus mendekatkan diri dengan Hani dengan nafas yang laju.

"Abang tak boleh Hani dengan orang lain!", kata Adam dengan nafas yang tercungap-cungap dan cuba dikawal.

"Abang.. mengucap abang.. ", nasihat Hani sambil sedikit mengundur kerana takut dengan keadaan seperti itu. Hani semakin mengundur sehingga ke bahagian tangga naik ke atas bahagian atas. Dia terjatuh di situ dan melihat Adam tidak dapt mengawal dirinya.

Adam terus menarik lengan Hani tetapi Hani menolak dengan sekuat hati kerana Adam memegang lengannya dengan begitu kuat. Adam menarik lagi lengannya sehingga dapat memaut bajunya menyebabkan bajunya terkoyak.

"Aaarrggghhh.. Aaarrrggghhh", Hani terjaga dari mimpi benar nya.

"Aku kat mana ni?", tanya Hani kehairanan kerana seperti dia bukan di rumah nya.

"Mama..mama..mama..", panggil Qina dan terus menuju ke arah Hani.

"Qina..", Hani masih lagi kehairanan kerana tidak mengingati langsung apa yang terjadi selepas Adam datang ke rumahnya.

"Mama dekat hospital ni. Mama pengsan tadi. Doktor masukkan air tadi kat mama", jawab Qina. Qina terus mencapai tudung ibunya dan menghulurkan kepada Hani.

"Pandainya anak mama ni", kata Hani sambil menyarung tudungnya. Qina lah tempatnya untuk menghilangkan segala tekanan yang dihadapi. Nampaknya anaknya itu sentiasa menuruti apa yang diajar selama ini.

"Awak macam mana?" tiba-tiba terpacul Afiq di hadapannya.

"Eerr.. dah ok", jawab Hani.

"Ok, doktor cakap, kalau dah ok, dah boleh balik tapi doktor suruh rehat dalam dua jam", terang Afiq.

"En. Afiq..", panggil Hani.

"Terima kasih", Hani berkata, dia tidak tahu bagaimana ingin membalas budi Afiq. Jika Afiq tidak ada semasa kejadian semalam, dia tidak tahu apa yang akan terjadi kepadanya.

"Tak apa. Saya dah minta Adam balik, tentu awak tak nak berjumpa dengan dia kan?, esok awak cuti ja, dah pukul 3pagi ni. Awak rehat dulu. Qina ikut uncle ye?, nanti subuh kita datang ambil mama ya, boleh kan Hani?", Afiq bercadang untuk membawa Qina pulang ke rumahnya dahulu sementara doktor membenarkan Hani pulang. Lagipun, Qina akan lebih selesa berada di rumahnya memandangkan Colombia Setapak Hospital berdekatan dengan rumahnya sahaja.

"Ok, boleh", Hani bersetuju kerana kasihan melihat anaknya itu seperti kurang tidur.

"Qina.. Qina ikut uncle Afiq ya, jangan nakal-nakal tau", tambah Hani lembut sambil memesan Qina.

"Baik mama.. Nanti Qina datang ambil mama ya", kata Qina.

Hani hanya tersenyum melihat telatah anaknya. Sudah besar anaknya. Tidak pasti adakah Qina faham hubungan dia dan Adam. Tidak lagi kedengaran Qina merengek ingin berjumpa dengan abahnya. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:47 PM | Show all posts
adam2... makin meroyan kamu ya... kesiankalah ex bini kamu tu... biarlah dia cari bahgia sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 02:26 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 20-10-2014 12:52 PM
thank u 4 ur support dear.

welcome dear
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.060281 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list