CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ISTRIMITHALI

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

[Copy link]
Post time 22-12-2014 11:18 AM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 19-12-2014 05:48 PM
hehe... nti sy update lg ye.. tp bukan hr ni.. hehe

xpa.. ite setia menunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 12:12 PM | Show all posts
Sabar menanti sambungan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 05:42 PM | Show all posts
Edited by ISTRIMITHALI at 29-12-2014 09:47 AM

~~ BAB 40 ~~

Hani bergegas pulang setelah jam menunjukkan pukul 5 petang. Dia telah berjanji dengan Qina untuk ke KLCC malam itu untuk melihat pemandangan malam di sana. Sebaik tiba di kawasan parkir pejabatnya, kedengaran bunyi tapak kaki sedang mengekorinya. Meremang bulu romanya. Dia menoleh ke belakang, kelibat wanita yang amat dikenalinya, Mila!

"Hai!" Hani melemparkan senyum. Namun, senyuman itu dibalas pandangan yang tajam.

"Eeerr, Mila. Apa kau buat dekat sini?" Hani mula serius apabila Mila memberikan reaksi sebegitu.

"Tanya lagi? Aku nak jumpa kau la!" keras Mila menjawab.

"Kenapa marah sangat ni Mila? Apa salah saya?" Hani mengerutkan dahinya.

"Kau dah hancurkan hidup aku dengan Adam! Apa yang kau dah buat dekat Adam sampai dia tergila-gilakan kau ha! Aku ni isteri dia" Mila meluahkan.

"Hah?! Apa yang saya dah buat? Abang Adam dalam penjara, saya tak pernah jumpa dia sejak dia di sana." Hani menegakkan kebenaran.

"Kalau kau tak pernah jumpa dia kat sana, kenapa dia asyik sebut je nama kau? Aku ni apa? Tunggul kayu? Aku yang tolong dia bayar mahkamah, kenapa dia tak nampak akuuu!! Kenapa dia suka kau!" Mila sedikit menjerit.

"Betul Mila. Saya tak pernah melawat Abang Adam. Saya pun dah tak mau jumpa dia lagi." jelas Hani jujur.

"AAaaarrrgggghh!! Kau tipu!" Mila menjerit. Setelah puas menjerit, anak matanya memandang Hani dengan tajam.

"Ha ha ha ha ha.. kau tau aku nak buat apa?" Mila ketawa sambil melangkah perlahan-lahan lalu mencapai pisau lipat di dalam kocek seluarnya. Dia menghulur pisau itu ke arah Hani. Perlahan-lahan Hani mengundur ke belakang sehingga anggota badannya dapat merasakan tiang yang membataskannya untuk bergerak.

"Mila.. sabar Mila.. istighfar banyak-banyak. Kau tak dapat apa-apa kalau buat macam ni. Jangan jadi macam Abang Adam" nasihat Hani dengan niat untuk membuatkan Mila berfikir secara rasional. Tentu syaitan sedang menguasainya sekarang.

"Kau jangan sebut nama tu!! Aku benci!!" luah Mila keras.

Mila mula menghalakan pisau itu ke arah wajahnya sendiri lalu menoreh pipi sebelah kanannya.

"Milaaa!! kau buat apa?!" Hani cuba mengambil pisau itu daripada Mila dengan memegang lengan Mila. Dia bergelut untuk mendapatkan pisau itu.

"Heeyy!, kau orang buat apa ni?" Dari jauh Afiq menjerit dan terus berlari ke arah mereka.

Mila terus menjatuhkan pisaunya. "Encik, Encik! Tolong saya!" Mila menyorok di belakang Afiq. "Encik! dia  cuba cederakan saya. Tengok ni." Mila menunjukkan pipinya yang sudah bercalar dan berlumuran darah.

"Mila.. tak..saya takkan buat macam tu!" Hani mempertahankan dirinya.

"Kau nak nafikan lagi? Tengok ni! Apa yang kau dah buat pada aku? Kau toreh muka aku! Encik, tengok ni, takkan saya nak toreh muka saya sendiri?!" Mila menunjuk-nunjuk wajahnya kepada Afiq.

Afiq berbelah bagi, namun ada betulnya kata-kata Mila. Dia juga tidak menyangka Hani akan berkelakuan begitu.

"Hani? Betul ke?" Afiq bertanya inginkan kepastian.

"Saya tak buat semua tu!" Hani meninggikan suaranya.

"Kau jangan nak berlakon la Hani!" Mila menjerit.

"Takpe takpe. Aku akan bawak kau orang ke balai. Mari ikut aku." cadang Afiq dan terus membawa mereka ke balai.

~~~

Sebaik tiba di balai, kedua-duanya memberikan keterangan menafikan perkara yang terjadi. Kenyataan yang bercanggah itu memaksa Inspektor Shahrul menahan mereka di balai. Mereka ditahan reman untuk siasatan. Situasi itu agak bahaya jika mereka tidak mencari penyebab kejadian kerana salah seorang mungkin akan cedera lagi.

"Inspektor, saya tak salah, saya nak balik." Hani merayu dari dalam bilik yang dikhaskan untuk pesalah.

"Saya akan bagi awak balik hingga siasatan selesai." Inspektor Shahrul terus berlalu tanpa menghiraukan rayuan dari Hani.

Dari jauh, Afiq menuju ke lokap yang menempatkan Hani di situ. Terduduk Hani apabila menyedari yang dia ditangkap kerana kecederaan yang bukan dilakukan oleh nya. Menitis air matanya apabila memikirkan ada yang sanggup menganiayanya seperti itu. 'Allah akan memberi petunjuk pada kau, Mila. Aku yakin Allah menjagaku.' doa Hani untuk Mila.

"Hani." Afiq menyapa.

Hani tidak menghiraukan panggilan itu. Dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun.

"Aku tahu kau takkan buat macam tu." Afiq sayu melihat orang yang dicintainya bersedih, namun hanya itu sahaja jalan untuk membongkar hal yang sebenar. Afiq tidak mahu lagi melihat Hani bersedih, namun dia masih mengingati perkataan yang diluah Hani ketika dia menelefon Hani tempoh hari. Dia syak, tentu Hani ada sebab yang menyebabkan dia mengeluarkan perkataan itu.

Hani mula memandang Afiq. Dia berdiri menghadap Afiq. "Terima kasih sebab percaya saya. Afiq, tolong tengokkan Qina ye." Hani mula menitiskan air mata apabila teringatkan Qina. Perkara sebeginilah yang dia mahu elak, namun ini adalah takdir dan kejadian yang dia sendiri tidak boleh elak. Dia tidak mahu Qina bersendirian, Qina hanya ada Hani untuk mengadu.

"Jangan risau. Saya akan ambil Qina di rumah Mak Munah. Boleh ye, saya bawa Qina tidur di rumah?" Afiq meminta izin.

"Boleh. Terima kasih." kata Hani sambil angguk.

"Aduuhh... tak payah nak drama kat sini la Hani." kedengaran suara sumbang Mila dari sel sebelah.

Tersentak Hani mendengar suara itu. Tidak sangka perbualannya bersama Afiq didengari oleh Mila. Hani hanya membuat isyarat pergi kepada Afiq.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 05:50 PM | Show all posts
fatimz replied at 20-12-2014 01:54 AM
cepatlah sambung tt kesian kat hani...

hehe... dh sambung.. dpt sikit la.. dgn banjir ni.. terkenang kenang je nasib rakan2 kt pantai timur..
so.. dpt sikit je lah..huhuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 05:51 PM | Show all posts

time kasih sbb sedia menunggu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2014 05:52 PM | Show all posts
poyohabis replied at 20-12-2014 05:26 AM
Rs mcm nak tampar je si hani n nak terajang je si afiq... Hehehe

hehehe.. saba2..huhuu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-12-2014 05:53 PM | Show all posts

Es.. cite Es mcm dh tukar tajuk.. baru perasan.. sbb baru bukak cari.. huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2014 06:04 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI replied at 29-12-2014 09:53 AM
Es.. cite Es mcm dh tukar tajuk.. baru perasan.. sbb baru bukak cari.. huhuu

Ah’ah..Harap tahanlah kegelian itu dan open minded. Karya es ada mcm senget straight gila.

Hmm, updatelah yer.

Cari wat hal..hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-12-2014 09:27 AM | Show all posts
Esmiria replied at 29-12-2014 10:04 AM
Ah’ah..Harap tahanlah kegelian itu dan open minded. Karya es ada mcm senget straight gila.

Hmm ...

akk ok je ape2 genre pun.. orait je.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2014 05:30 PM | Show all posts
mila ni dah gila...kesian hani jadi mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 08:23 AM | Show all posts
Kesian Hani...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 09:13 AM | Show all posts
Selamat pagi semua......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 09:54 AM | Show all posts
fatimz replied at 30-12-2014 09:30 AM
mila ni dah gila...kesian hani jadi mangsa...

ha ah... kesian kt dia.. Allah akan bg dugaan kpd org yang mampu menerima ujian tu..
klau sy pun x pasti dpt hadapi ke x ujian mcm ni..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 09:55 AM | Show all posts

... nanti die akn temu jugak bhagia nye.. hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 09:55 AM | Show all posts
cegitu replied at 31-12-2014 01:13 AM
Selamat pagi semua......

ye.. selamat pagi...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 11:45 AM | Show all posts
Bila nak hapdettt?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2014 12:46 PM | Show all posts
bila nk update ye tt...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 12:46 PM | Show all posts

kehkehkeh.... cik Es... blum ade idea lg nak update.. jgn marah eh... nak rehat n
baca 'bunuh demi dendam'... dh habis baca sane bru nk update.. kehkeh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2014 01:20 PM | Show all posts

xtau lg bile nk update... sorry.. hrp setia dgn cite ni.. thanx sbb sudi baca..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2015 09:32 AM | Show all posts
Haluuu..entri mana entri?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.100265 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list