CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1676|Reply: 1

[Tempatan] Garis panduan ibadah korban

[Copy link]
Post time 1-10-2014 05:35 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan garis panduan mengenai pelaksanaan ibadah korban bagi membantu umat Islam di negara ini melakukan ibadah itu dengan ilmu yang tepat serta menepati tuntutan syarak.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata penerbitan garis panduan itu boleh didapati menerusi laman sesawang http://www.islam.gov.my/garis-panduan-pelaksanaan-ibadah-qurban.

"Disebabkan amalan Korban ini adalah perkara ibadah, setiap perkara ibadah akan melibatkan kaedah dan peraturan khusus. Kedua-dua perkara tersebut membangkitkan aspek hukum yang memberi kesan kepada sah atau sebaliknya ibadah yang dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, garis panduan itu juga telah disemak dan mendapat pengiktirafan Panel Pakar Syariah yang dilantik oleh Jakim. Othman berkata, bahagian pertama garis panduan yang terbahagi kepada dua bahagian itu adalah berkenaan tatacara pelaksanaan ibadah Korban iaitu menjurus kepada konsep ibadah berkenaan.

"Antara yang terkandung dalam bahagian satu ialah status hukum daging Korban, syarat sah haiwan ternakan untuk Korban, syarat penyembelih haiwan Korban dan perkara sunat serta makruh ketika Korban," katanya.

Bahagian kedua pula berkaitan pengurusan ibadah Korban iaitu menjurus kepada pelaksanaan pengurusan ibadah itu termasuk mengurus haiwan ternakan untuk dijadikan korban, katanya.

"Bahagian ini menjelaskan lafaz niat mewakilkan, perkara umum yang perlu diketahui sebelum mewakilkan urusan Korban dan syarat bagi pengurus ibadah Korban di luar negara," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2014 05:16 AM | Show all posts
abih kalu itu lembu...maso nak keno semblih... meronte ajo....macang bulih ke....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.094813 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list