CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4030|Reply: 0

Tunku Ismail Dilantik Penasihat Presiden FAM

[Copy link]
Post time 3-10-2014 10:50 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) bersama Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) selepas Mesyuarat Pengurus Pasukan Bola Sepak Negara pada Jumaat.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilantik sebagai penasihat kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Jumaat.  

Tengku Abdullah bertitah pelantikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu bertujuan untuk membantu FAM dalam memantapkan lagi keseluruhan pasukan senior dan junior kebangsaan.

Tunku Ismail sebelum ini terkenal dengan kelantangan baginda dalam menyuarakan pendapat bagi memastikan mutu bola sepak negara terus diperjuangkan.

Tunku Ismail ketika ditanya mengenai pelantikan tersebut, baginda bertitah akan memberikan cadangan serta perancangan terbaik ke arah mencapai visi dan misi FAM dalam mewujudkan satu pasukan kebangsaan yang kompetitif.

"Penekanan penting dalam displin pasukan, visi dan misi, sasaran pasukan kebangsaan dan juga usaha menaik taraf Liga Malaysia yang sangat penting dalam membantu menaikkan taraf skuad kebangsaan.

"Saya mahu melihat kemajuan pasukan kebangsaan dalam semua aspek, bukan sahaja kualiti liga, tetapi pencapaian pasukan kebangsaan kita. Tetapi saya tahu hasil bukan boleh dapat dalam setahun atau dua tahun, kalau kita mula melakukan perkara yang betul sekarang, dalam beberapa tahun akan datang kita akan dapat satu pencapaian," titah Tunku Ismail.

Baginda bertitah demikian selepas menghadiri mesyuarat jawatankuasa pasukan kebangsaan yang dipengerusikan oleh Tengku Abdullah di Hotel Royal Chulan disini.

Mesyuarat itu turut dihadiri ketua jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh dan jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee serta pegawai tertinggi FAM.

Sementara itu dalam mempersiapkan skuad Harimau Malaya menghadapi Piala AFFSuzuki 2014, Tengku Abdullah bertitah pasukan kendalian Dollah akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Filipina, Syria dan Vietnam.

Tarikh ketiga-tiga perlawanan persahabatan itu akan dimaklumkan kemudian.

Berikutan itu, tarikh final Piala Malaysia ditukar kepada 1 November ini, sekaligus melibatkan perubahan tarikh bagi suku akhir kedua (10-11 Okt) dan separuh akhir pertama (17-18 Okt) dan separuh akhir kedua (24-25 Okt) bagi memastikanpemain yang beraksi di Piala AFF Suzuki dapat membuat persiapan terbaik.

Piala AFF Suzuki 2014 akan diadakan di Singapura dan Vietnam bermula 22 November-20 Disember ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.391025 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list