View: 5731|Reply: 42
|
[Dunia]
Kahwin Dengan Diri Sendiri Ikut Lagu Bjork
[Copy link]
|
|
London: Seorang wanita yang bosan berpacaran dan hidup membujang, menjadi orang pertama berkahwin dengan dirinya sendiri.
Grace Gelder berkata, dia melamar dirinya di bangku sebuah taman dan akhirnya mengadakan majlis perkahwinan dengan dihadiri 50 tetamu.
Grace, yang bekerja sebagai jurugambar berkata, selepas enam tahun membujang, dia ‘menjalinkan hubungan dengan dirinya.’
Menurutnya, ia lebih mudah dan selesa daripada menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Terdorong dengan lagu oleh penyanyi Björk berjudul Isobel, yang senikatanya antara lain berbunyi ‘My name’s Isobel, married to myself’ (Nama saya Isobel, berkahwin dengan diri saya), Grace yang menetap di London berkata, lirik itu sesuai dengan dirinya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dirinya sendiri.
Bermula dengan melamar dirinya di atas bangku di taman Bukit Parlimen, London November lalu, hingga majlis perkahwinan itu baru-baru ini, Grace berkata, kisah cintanya berjalan lancar.
Seperti pengantin lain, dia membeli baju, cincin dan menyatakan ikrar taat setia kepada pasangannya. Grace akhirnya berkahwin di sebuah ladang di Devon, dengan kehadiran kakak dan rakannya.
Dia mengakhiri upacara perkahwinan itu dengan mengucup cermin.
Bercakap kepada wartawan mengenai perkahwinannya, Grace berkata, memang ada yang berkata dia gila.
“Tetapi saya tidak kisah kerana saya bahagia dengan pasangan saya yang juga diri saya,” katanya.
Dia dikahwinkan oleh rakannya, Tiu, yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.
“Saya yakin Grace akan menjalani kehidupan lebih bahagia selepas ini,” kata Tiu.
Menurut Grace, sebulan sebelum majlis perkahwinannya, dia menghadapi masalah sehingga terpaksa diyakinkan bahawa apa yang dilakukannya itu tepat.
Meskipun undang-undang tidak mengiktiraf perkahwinan seumpama itu, Grace berkata, dia bangga kerana tidak lagi membujang.- Agensi
Sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bjork ini kaka Changa suka. |
|
|
|
|
|
|
|
"Meskipun undang-undang tidak mengiktiraf perkahwinan seumpama itu, Grace berkata, dia bangga kerana tidak lagi membujang"
mesti beliau amat tertekan setelah membaca posting ipan di CARI ...
|
|
|
|
|
|
|
|
"Isobel"
in a forrest pitch-dark
glowed the tiniest spark
it burst into flame
like me
like me
my name isobel
married to myself
my love isobel
living by herself
in a heart full of dust
lives a creature called lust
it surprises and scares
like me
like me
my name isobel
married to myself
my love isobel
living by herself
when she does it she means to
moth delivers her message
unexplaind on your collar
crawling in silence
a simple excuse
nana na nana
nana na nana
in a tower of steel
nature forges a deal
to raise wonderful hell
like me
like me
my name isobel
married to myself
my love isobel
living by herself
when she does it she means to
moth delivers her message
unexplaind on your collar
crawling in silence
a simple excuse
nana na nana
nana na nana
nana na nana
nana na nana
Credit:http://www.azlyrics.com/lyrics/bjork/isobel.html
|
|
|
|
|
|
|
|
jengkoil posted on 7-10-2014 12:11 AM
"Meskipun undang-undang tidak mengiktiraf perkahwinan seumpama itu, Grace berkata, dia bangga kerana ...
hahhahaahahahahhahh
u make my day
yes make Ifan proud
awat laaaa minah ni
tak der keje sungguh
lantak lahhh asalkan bahagia
hahahahahahahahhaahhahaah
rasanya minah ni ada banyakkkk masa ya Allah ...ade tu effort sanggup kahwin diri sendiri, walhal M&S tu dok iklan shopping 50 % offs dah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
masa stadi dulu, ada pompuan prnah tanya aku "ada niat nak kawin tak?"
aku ckp "ada, saya kawin dgn diri sendiri"
tak sangka kenyataan tu betul2 wujud di dunia nyata |
|
|
|
|
|
|
|
masa dia proposed tu..adakah dia propose ala-ala smeagol bercakap dengan diri sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
Artis fevret changa.
P/s kawin dgn diri still dikira lgbtq ke sis? |
|
|
|
|
|
|
|
so kiranya 1st nite dia....main dgn diri sendrik la kan
mcm2 manusia pelik dlm donia ni |
|
|
|
|
|
|
|
baguslah kak, kurang masalah rumahtangga disepak suami atau ditampar isteri |
|
|
|
|
|
|
|
dia saje nk popular ler..
psl kerjayanye tk popular.tk ramai customer.
saje create bnda bodo..
mu tgkla gmba2 yg dia amik, nama je photographer, tapi gmba, cm amateur sungguh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk airr..... |
|
|
|
|
|
|
|
sue sylvester dlm glee pun kawin dgn diri sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
jgn mati bunuh diri lps ni sudah sbb kesunyian...
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin dia dah bosan dgn jantan2 kokesen yg lebih gemar menutuh dari berkahwin dan berkeluarga...
tapi ai rasa tindakan dia ni cam agak dungu... |
|
|
|
|
|
|
|
makin ramai manusia saiko dlm dunia ni skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya mampu tersenyum sinis saje. |
|
|
|
|
|
|
| |
|