View: 8879|Reply: 78
|
[Tempatan]
MPV Rempuh Trailer: Wanita Maut 5 Kanak-Kanak Cedera
[Copy link]
|
|
Bidor: Seorang wanita maut manakala enam lagi cedera termasuk lima kanak-kanak apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 367 Lebuhraya PLUS arah selatan, pagi tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, anggota bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Bidor menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati wanita berkenaan yang juga penumpang MPV sudah meninggal dunia manakala enam lagi yang cedera sudah dihantar ke hospital berdekatan oleh orang awam.
Menurutnya, pihaknya mengeluarkan mayat mangsa dari kenderaan itu sebelum menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Akibat kemalangan itu kenderaan yang dinaiki mangsa mengalami kerosakan di bahagian depan," katanya.
KEADAAN kenderaan dinaiki mangsa. FOTO ihsan Bomba
Tambahnya, operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Nasir Mohd Noor tamat jam 3.02 pagi.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Nampak macam Vellfire jer, berdasarkan grill depan tu... |
|
|
|
|
|
|
|
mpv apa tu... Alphard ka? |
|
|
|
|
|
|
|
matdue77 posted on 8-10-2014 05:12 AM
Nampak macam Vellfire jer, berdasarkan grill depan tu...
Betul tu matdue:
Wanita maut, suami dan lima anak cedera dalam kemalangan
IPOH 8 Okt. - Seorang wanita maut manakala suami dan lima anaknya cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 366.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah ke selatan, di sini hari ini.
Nahas kira-kira pukul 2 pagi itu menyebabkan Wan Markiyah Wan Hamid, 35, yang tersepit dalam kenderaan jenis Toyota Vellfire, maut di tempat kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, A. Ravi berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan dinaiki tujuh sekeluarga itu melanggar belakang sebuah treler yang sedang bergerak di lorong kanan.
Katanya, mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20141008/dn_24/Wanita-maut-suami-dan-lima-anak-cedera-dalam-kemalangan#ixzz3FWmpJg43
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenderaan berat kat lorong kanan? |
|
|
|
|
|
|
|
velfire ni kerap dipandu laju... |
|
|
|
|
|
|
|
Dan mpv tu rasanya mcm laju sgt
treler tu nak memotong |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke lane kanan tu kenderaan berat tak boleh guna? |
|
|
|
|
|
|
|
inalillah...mengantuk mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin satu kesalahan lori bawak lorong kanan.tapi kalau mpv tu bawak kurang laju dan peka terhadap apa yg ada didepan.lori tu kan besar.mungkin kemalangan maut dpt dielakkan |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki posted on 8-10-2014 05:21 AM
Bukan ke lane kanan tu kenderaan berat tak boleh guna?
Tapi selalu je guna.Kalau nak potong pun jenis mendadak.Teman gamaknya pulak tengah laju |
|
|
|
|
|
|
|
Kwn sekolah dulu... Wife meninggal... Mayat bawa blik ke perlis |
|
|
|
|
|
|
|
treler di lorong kanan.. alphard pulak terlalu laju...
mungkin treler nak masuk kiri .. x sempat sbb laju sgt terlanggar treler dr side penumpang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut pg2 td dpt berita ni.... Innalillah ... Al fatehah |
|
|
|
|
|
|
|
mikasa posted on 8-10-2014 01:23 PM
Mungkin satu kesalahan lori bawak lorong kanan.tapi kalau mpv tu bawak kurang laju dan peka terhada ...
Driver vellfire engantuk...lamp belakang treler malap....contributary factors |
|
|
|
|
|
|
|
lori kat hiway memang laju sama macam bas eksress... dorang ni slalu aja motong line kanan... dia main masuk aja dia fikir dia besar seme orang mesti bagi laluan... kesian anak2 tuh hilang mak... anak ramai n kecik2 lagi tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Mpv memg laju..hiway sgt gelap memalam..ada area yg gelap sampai kalau lori ka apa rosak kat tepi memg xnampak punya lah..
tawakal ja la yg bwk moto mlm2 ikut hiway tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
lampu belakang lori berfungsi ke tak ye? |
|
|
|
|
|
|
| |
|