CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Jonah

Franchise -- Trading business

[Copy link]
kakn This user has been deleted
Post time 16-9-2004 01:00 PM | Show all posts
Kebaikan perniagaaan francais kepada francaisi:
1. Risiko perniagaan yang lebih rendah
2. Peluang memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima ramai
3. Faedah ekonomi bidangan (economy of scale)
4. Bimbingan pengurusan perniagaan yang cekap
5. Khidmat sokongan yang berterusan daripada francaisor, agensi kerajaan dan institusi kewangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


kakn This user has been deleted
Post time 16-9-2004 01:05 PM | Show all posts
Khidmat sokongan tu tak tau la betul ke tak.. kalau daripada agensi kerajaan ye, tapi kalau daripada francaisor.. ada yg ok, ada yang tak.. pandai2 a pilih perniagaan. Kalau institusi kewangan plak, die org mmg susah nak bagi pinjaman pada perniagaan franchise sebab byk yg gagal dari yang berjaya.. (bukan nak takutkan org yang nak amik franchise tapi fakta..)

Pasal kebaikan yang lain2 tu, kira ok la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 03:22 PM | Show all posts
kakn nak bukak francais ape... bagus gak tu.. tapi modal besar gak kan... ade francais ok ker
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
Post time 16-9-2004 04:34 PM | Show all posts
francais apa ek? tunggu la.. kakn dah sign agreement ngan franchisor tapi tak start lagi. Nanti opening kedai kakn jemput suma org dlm porum ni ye...
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
Post time 16-9-2004 06:21 PM | Show all posts
Keburukan perniagaan francais ni plak kakn bagi yan ni dulu ye, sebab dalam buku KPUN tu tak de nak letak keburukan. Tapi, ni la antaranya:

1. Takleh nak buat ikut suka ati.. design kena ikut design yang dah disediakan.
2. Kena ikut peraturan franchisor.
3. Kena melalui satu tempoh yang lama. Suka tak suka, ikut la dalam agreement tu.. ada dlm agreement 5 tahun ada 10 tahun ada lagi lama dari tu. (kakn 5 tahun.. tu pun rasa nak kuar dah.. lom bukak kedai lagi..) fikir baik2 kalau nak amik francais..
4. kena bayar royalti, fees (tapi berbaloi kalau dapat franchisor bagus)
5. sentiasa dimonitor (bagus tapi yang tak best sebab kita takleh buat sukati).
6. Franchisor tanak ngaku salah die.. janji byk tapi sekadar cakap kosong.. hati hati.
7. Undang2 ada tapi setakat mana perlaksanaan akta francais tersebut? (tak penah lagi ada kes yang dibawa ke court-suma selesai luar court sebab franchisor malu/takut org takmo amik franchise die..)

ni la dulu takat ni.. kakn nak balik.. penat berporum sehari..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2004 09:24 PM | Show all posts
semuga berjaya kakn
Reply

Use magic Report

Follow Us
kakn This user has been deleted
Post time 16-9-2004 11:54 PM | Show all posts
nanti kakn sambung cite pasal franchise ni lagi ye. takde ke sesapa berminat nak tau pasal mana2 franchise? kakn lebih suka franchise malaysia.. grown in malaysia.. ada byk produk... meh la kongsi2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2004 03:36 PM | Show all posts
Ape kata kalau kakn try in sms biz, lagi senang generate duit .

already reply you email .

wasalam
bakri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


kakn This user has been deleted
Post time 17-9-2004 05:48 PM | Show all posts
TQ.. saya dah sign agreement ngan franchisor.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2004 07:30 PM | Show all posts
kalau gitu , teruskan je lah .
Bukan ape rasanya kalau ada capital , sms biz 10 time better dari franchisor tu .
tapi bukan bermakna francias tak bagus m baguuuss. tapi 4 tahun dulu I pernah nak bukan MacD , cost dia lebih kurang RM800K . tapi tak jadi , takut tak jalan .
nanti tangung hutang sampai ke mati .

sebab tu lah i change tu software development ni , dan our own product is SMS biz .

Siapa pun boleh run sms biz ni ,sebab now kat malaysia ada 16 million org guna mobile phone . jadi kita dapat 1% dari sms yang dia org hantar dah cukup dah . satu sms kita charge Rm0.5 cukup laa, kira sendiri lah . in record kat malaysia ada 30million sms sehari . cuba bayangkan ,,, macamana dia buat duit .

I sekadar berkongi je , bukan memaksa nak buat sms biz ni .

wasalam
bakri
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
Post time 17-9-2004 08:05 PM | Show all posts
francais mmg ada baik buruk. ada francaisor yg ok,ada yg tak. Kalau kakn rasa OK, kakn akan cakap OK. Kalau rasa tak, kakn akan kata tak. kakn tade mase nak tipu2.. cover2 francaisor.. even kalau org nak amik francais bis yg kakn amik ni pun.. kakn suh pk byk kali..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2004 08:16 PM | Show all posts
profit , i agree with you .
Sampai masanya kita tak perlu nak simpan2 yang yang tak baik ( loss) dan jangan simpan yang baik ( gain) .
Bagi tau org , ape yang baik dan ape yang tak baik . itu dah kira sedekah .

wasalm
bakri
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2004 08:25 PM | Show all posts
kakn ,  what francias you want  to do ?
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
Post time 17-9-2004 08:31 PM | Show all posts

Skim Pembiayaan Francais (SPF)

Bank-bank perdagangan yang terlibat:

Malayan Banking Berhad
Bumiputra Commerce Bank Berhad
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
Post time 17-9-2004 08:33 PM | Show all posts

Modus Operandi

Peminjam hendaklah berdaftar dengan MECD di bwh program Pembangunan Francais. Setelah mendapat pengesahan dari MECD, permohonan pinjaman boleh dihantar ke Institusi Kewangan untuk penilaian dan kelulusan. Pihak CGC akan mengeluarkan surat jaminan untuk permohonan yang lulus.
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
Post time 17-9-2004 08:37 PM | Show all posts
Pasal pinjaman kakn tak tau sgt.. sori.. kakn tak buat loan... tapi leh tanya member2 yg buat additional loan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2004 08:57 PM | Show all posts
thanks for you information .

see my url http://www.mobilelane.8m.com
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
Post time 17-9-2004 09:00 PM | Show all posts

Program Latihan Francais

Program untuk francaisi:

1. Kursus Asas Perniagaan Francais
Program ini memberi pendedahan mengenai aspek2 asas didlm sistem perniagaan francais dan kaedah2 penilaian daya maju sebagai persediaan mereka untuk menceburi  bidang francais.

2. Kursus Susulan Bagi Bakal francaisi
Sebagai sebahagian dari program match-making, kursus ini terbuka kepada peserta yang telah menyertai kursus asa perniagaan francais. Objektif kursus ini adalah membantu bakal2 francaisi dalam proses mendapatkan hak francais seperti pembangunan rancangan perniagaan, permohonan utk menjadi francaisi dan panduan dalam membantu mendapatkan pembiayaan.

3. Program latihan bagi francaisi
Program ini disediakan bagi para francaisi yang sediada di mana objektif program ini adalah untuk memberi motivasi dan bantuan kpd usahawan dalam meningkatkan operasi perniagaan harian mengikut jadual, keutamaan dan teknik pengurusan secara am.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2004 09:43 PM | Show all posts
sms biz ur own product ker bakrii.. tabik spring laaaa.....
kakn bila nak start francais tu... francais ape yer.... kat mana? hehhee
Reply

Use magic Report

kakn This user has been deleted
Post time 17-9-2004 09:58 PM | Show all posts
maleh tul nak jawab.. nanti ar.. tunggu la bukak kedai tu nanti.. nanti kakn btau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.058612 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list