CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6372|Reply: 3

MARILAH KITA KENALI ORANGUTAN

[Copy link]
Post time 8-10-2014 11:43 PM | Show all posts |Read mode


Orang utan ialah sejenis spesies yang istimewa dan haiwan ini mempunyai rupa bentuk seperti manusia tetapi bezanya haiwan ini mempunyai bulu yang panjang yang berwarna c
oklat keperang-perangan dan mempunyai tangan yang panjang. Nama lain bagi orang utan adalah mawas ,orang utang, orang hutan dan maias. Haiwan ini adalah seekor haiwan yang sangat cerdek dan mempunyai sifat umpama manusia seperti sedih ,gembira ,marah dan sebagainya. Haiwan ini juga mempunyai 96 peratus DNA manusia. Orang utan jantan dewasa yang berumur 15 tahun ke atas boleh berdiri setinggi 1.4 meter dan mempunyai berat 50-100kg. Manakala orang utan betina pula mempunyai berat diantara 34-40kg. Seekor orang utan betina boleh beranak sekurang-kurangnya 3-4 kali dengan purata seekor anak dalam setahun.

ADAKAH ANDA TAHU DI MANA ORANGUTAN INI BERADA SEKARANG ???



Kawasan yang masih wujudnya orangutan
adalah di Indonesia , seperti di Kalimantan , Sumatera dan di Kepulauan Jawa.Selain itu di negara kita juga masih ada lagi orangutan seperti di Semenanjung Malaysia ,Sabah dan Sarawak. Antara kawasan yang memelihara orang utan ini di negara kita adalah di Sepilok ,Sabah dan di pergunungan Kinabalu.

ADAKAH ANDA TAHU ORANG UTAN MAKAN APA???

Orang utan tergolong dalam kalangan haiwan omnivor.Oleh itu, makanan kesukaan orang-utan adalah buah-buahan.Mereka turut makan:
1.Daun-daunan
2.Biji-bijian
3.Kulit kayu
4.Tunas tanaman (yang lunak)
5.Bunga-bungaan  

6.Serangga dan haiwan-haiwan kecil.
Orang-Utan tidak perlu meninggalkan pohon iaitu habitat mereka jika ingin minum kerana biasanya mereka meminum air yang terkumpul di lubang-lubang di antara cabang pohon.

Tetapi sejak kebelakangan ini kepupusan orang utan sangat membimbangkan semua pihak, pelbagai aspek yang menyebabkan kepupusan tersebut yang kebanyakannya disebabkan faktor manusia itu sendiri. Pelbagai kempen telah dilakukan sejak tahun 2009 lagi untuk menyedarkan masyarakat pentingnya menjaga habitat yang amat bernilai ini.
Fakta sebenar tentang Orang-Utan pada masa sekarang baca disini

Last edited by pfiza on 8-10-2014 11:48 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2014 03:03 AM | Show all posts
orang utan nak pupus

sedih dengor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2014 10:23 AM | Show all posts
masing2 duk nak tebang hutan besar besaran untuk dapat kekayaan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:04 AM | Show all posts
besornye nganga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.059423 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list