CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3791|Reply: 11

[Tempatan] Buddha Muslim bernama Benz Ali

[Copy link]
Post time 10-10-2014 10:49 AM | Show all posts |Read mode
Buddha Muslim bernama Benz Ali

XIFU NASER
10 Oktober 2014

INI
artikel siri satu: Pada Aidiladha, saya diberi pilihan sama ada membaca buku Benz yang bertajuk Antithesis atau buku Ustaz Ismail Kamus yang bertajuk Indahnya Hidup Bersyariat.

        Frasa indahnya hidup melalaikan saya. Keluarga Cina saya selalu memberi penekanan pada survival. Harga petrol baru naik 20 sen seliter!

        Tetapi mengapa saya perlu baca buku Benz? Pemuda yang tiada kelayakan, cap halal dari universiti. Miskin. Kononnya ber-‘usrah buku’ di kedai mamak.

        Ramai pendakwah tidak menghiraukan suara hati orang muda. Dakwah adalah monolog. Orang tua bercerita, orang muda wala’ (taat).

        Tiba-tiba terbayang anak perempuan saya yang sebaya dan lebih muda daripada Benz berkata, “papa hanya baca kitab-kitab ulama. Ini diari dari hati saya. Kalau papa tak nak baca, campakkan saja  ke tong sampah.”

Naluri sebagai seorang ayah memanggil saya membuka bab Kata Mula dalam buku atau diari Antithesis dan meletakkan kitab ustaz ke tepi.

        Benz menulis, “Nak jadi anak yang baik, nak jadi Muslim yang baik, tapi susah sangat kenapa? Kenapa Tuhan?”

Benz menyimpulkan, “Anak-anak muda, kalau kau rasa dah depresi, paling teruk, paling buruk, aku dah rasa. Lama. Dan aku sudah berfikir untuk masuk dan tidur di dalam neraka, sebelum kau tengah ragu memegang buhul tali yang menjerut tengkuk kau.”

Gambaran depresi yang diberi Benz mengingatkan saya tentang perjuangan Siddharta, pengasas agama Buddha. Siddharta melihat hidup sebagai duka. Setiap insan, walaupun putera raja seperti  Siddharta, pasti menemui sakit, tua dan ajal.

        Kalau Siddharta tanya mengapa ada sakit, tua dan mati, Benz tanya mengapa ada miskin, tertindas dan tercicir daripada sistem pendidikan. Wacana stereotaip ialah kamu tercicir kerana kamu memang bodoh sebagaimana kamu sakit kerana kamu memang berpenyakit. Aku masuk universiti kerana aku memang pandai. Aku sihat kerana aku putera raja.

        Manusia dibodohkan untuk berpegang kepada tesis: sihat lawannya sakit, alim lawannya bodoh. Kalau yang alim takkan jadi bodoh seolah-olah yang sihat takkan jadi sakit. Ayah Siddharta tidak mahu anaknya keluar dari istana. Dia tidak mahu anaknya melihat depresi dalam kalangan rakyat jelata. Dia mahu anaknya kekal bodoh supaya bahagia.

        Siddharta dan Benz memilih menjadi antithesis kepada konspirasi ‘pembodohan’ ini. Kedua anak muda ini ditakdirkan untuk keluar daripada “indahnya hidup bersyariat” dan melihat kesengsaraan rakyat serta buruh hasil daripada sistem kasta agama (bagi Siddharta) dan sistem kelas kapitalis (bagi Benz).

        Antithesis ialah: yang dilabel bodoh bukan kerana dia itu bodoh tetapi dia dibodohkan oleh yang alim. Siddharta menentang sistem birokrasi kasta di mana manusia diklasifikasikan sedemikian rupa sehingga kasta pariah tidak mungkin menjadi lebih mulia daripada kasta Brahmin dan sistem kasta ini diasaskan oleh Brahmin.

        Bagi Siddharta, setiap rakyat mampu mencapai nirwana selagi dia rajin  lawan nafsu. Kerajinan mampu tewaskan kasta agama.

       Bagi Benz, dia menentang sistem birokrasi kapitalis di mana manusia diklasifikasikan sedemikian rupa sehingga kasta yang tiada kelulusan universiti tidak mungkin menjadi lebih bijak daripada kasta berkelulusan universiti dan ini diperakui oleh brahmin universiti.

“Aku anti universiti,” Benz mencabar. “Dan anti banyak lepasan Pengajian Islam. Bagi aku, kebanyakan lepasan Pengajian Islam sangat malas.”

Bagi Benz, setiap rakyat boleh mencapai nirwana kebijaksanaan kalau dia rajin. Kerajinan mampu mengatasi kesarjanaan dan mampu tewaskan kasta birokrasi ilmu. Ini adalah kerana mahasiswa membaca buku untuk siapkan assignment demi kemewahan tetapi beliau membaca buku untuk mendapat ilmu dan berfikir. Berfikir bagaimana menghapuskan kemiskinan, penindasan dan pembodohan.

        Benz adalah pemuda yang rajin membaca dan berfikir. Bukan sekadar membaca, tetapi berfikir. Bukan sekadar berfikir, tetapi membaca. Bukan sekadar membaca dan berfikir tetapi mencabar.

        Tetapi sejauh mana dunia Brahmin dan ulama sudi dengar kebodohan orang muda seperti Benz dan Siddharta? Tetapi inilah suara generasi yang akan datang sebagai antithesis kepada fikrah dakwah lama.

* Abdul Naser Abdul Rahman ialah tokoh pendakwah Perak

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/xifu-naser/buddha-muslim-bernama-benz-ali-1.323026

Last edited by GhostWalking on 10-10-2014 04:01 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2014 05:19 AM | Show all posts
topik sesui kat...Forum›Buku & Penulisan›Bakat & Ruangan Penulis
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat mna isunya wahai tt?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 01:48 PM | Show all posts
dulu selalu gak follow benz ali ni

tapi sekarang hujah dia dah bosan dah

sebab aritu dia dah kena sound dengan JAIS

tapi nampak macam budak ni syiah yang tengah bertaqiah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 03:01 PM | Show all posts
tekoyong posted on 11-10-2014 01:48 PM
dulu selalu gak follow benz ali ni

tapi sekarang hujah dia dah bosan dah

bunyi ala2 pengikut karl marx gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 03:03 PM | Show all posts
NURMIMIE posted on 11-10-2014 03:01 PM
bunyi ala2 pengikut karl marx gitu..

dia tak paham beza sosialisme dengan komunisme

dia ingat karl marx tu bawa agenda sosialisme, padahal komunis

akhirnya dia setuju marxisme tak sesuai untuk negara malaysia

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2014 03:29 PM | Show all posts
tekoyong posted on 11-10-2014 03:03 PM
dia tak paham beza sosialisme dengan komunisme

dia ingat karl marx tu bawa agenda sosialisme, p ...

tak pelik bila dia ingat marx tuh pembawa sosialisme.. sebab marx ada kembangkan teori2 perubahan sosial..

dia kan buat antithesis.. haruslah bercanggah dengan thesis2 yang ada..

terang2 karya karl marx tersohor antaranya 'the communist manifesto' itu juga menyokong dan percaya bahawa kapitalisme akan runtuh dari satu fasa ke satu fasa memlalui proses dialetctic..

pemikiran si benz neh agak bertumpu kepada satu2 jenis situasi..

dari segi perubahan konsep kapitalisme memang ada berasas.. begitu juga perubahan dari segi kelas.. namun dia kena ingat, kewujudan malaysia adalah dari proses pengukuhan kewujudan kedua2 unsur itu lagi..

orang ramai akan sukar terima buah fikiran sebegitu..



Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 03:34 PM | Show all posts
tak payah nak bermonolog sangat laaa....bukan boleh beli nasi lemak kat kedai dengan monolog..pergi mampos sama monolog....kau buat rileks kerja cam biasa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2014 03:35 PM | Show all posts
tukar la nama jadi proton ali atau perodua ali..
barula nmpk tempatan sket.


Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 03:43 PM | Show all posts
NURMIMIE posted on 11-10-2014 03:29 PM
tak pelik bila dia ingat marx tuh pembawa sosialisme.. sebab marx ada kembangkan teori2 perubahan  ...

ye, tapi aku tak salahkan benz

dia sorang yang mahu belajar dan hauskan ilmu

pada awalnya dia memang xde idea pasal marxisme, siap dia buat kelas marxisme (aku ada join)

tapi bila dia sedar marxisme ni sebenarnya komunisme dan x sesuai dengan keadaan di malaysia, benz tanpa ego menolak marxisme yang pada awalnya dia perjuangkan

sebelum kena terjah JAIS, aku suka lepak wall benz ni

semua golongan ada kat situ, syiah, wahabi, tarikat, atheist, agnostik, LGBT, komunis, anti hadis bertukar-tukar pendapat

sekarang dah boring dah... dah macam wall ustaz don je sebab skema sangat

nak radikal sikit, takut JAIS ketuk pintu rumah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 03:49 PM | Show all posts
tekoyong posted on 11-10-2014 03:43 PM
ye, tapi aku tak salahkan benz

dia sorang yang mahu belajar dan hauskan ilmu

haruslah kena pantau..

ketuanan raja2 terancam gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2014 04:01 PM | Show all posts
manusia bodohkan diri depa sendiri laa..

tadak sapa bodohkan sesapa lain, so nak dakwa nak keluar dari sistem pembodohan tu meleset

apa mende yang tadak peraturan? ce namakan 1 mende yang tadak peraturan?

oang tak caya wujud tuhan pun kene terima realiti ini bahwa setiap apa jua ada peraturannya

nak tidor pun ada peraturan or ketetapan or syarat or condition or syariat or undang undang

nak bangun pun ada, nak berak kencing mandi batu gunung hutan sungai semut cacing seme tak lepas dari peraturan yang sudah di tentukan

macam mana boleh jadi miskin? ada peraturan dia

macam mana boleh jadi kaya? ada peraturan dia

tak percaya wujud tuhan? ini pun satu kepercayaan gak

so nak kata saya tadak kepercayaan apa apa? tak bolehhhh..ko sebut cam tu, itu dah satu kepercayaan gak..akibat MEMILIH, freewill, freedom of choice

budak muda NAK CARI SENSE OF BELONGING..nak buat sesuatu yang THIS IS ME, yang bukan stail otai

kalo nyamok aedes virus nipah malah kini EBOLA pun kita pantau, nikan plak manusia yang macam aedes  nipah or ebola

yang sedih nya nyamok aedes pun kita TAK MAMPU CONTAIN walo dakwa orang modern so camna nak contain KEJADIAN PALING BAIK DI MUKA BUMI YANG DI CIPTA ALLAH SWT?

tu haa kes ragut..sedap2 makan tepi jalan oang mai ragut..aduhsssssss mesiaa mesiaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.279039 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list