View: 2242|Reply: 7
|
[Jenayah]
Sebaran wanita dibunuh, ditikam sekitar KL adalah palsu
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan insiden beberapa wanita dirompak dan ditikam sehingga mendatangkan kematian di Pudu Sentral, Bukit Bintang dan KLCC oleh satu kumpulan sindiket yang disiarkan Channel News Asia (CNA) selain disebarkan melalui WhatsApp dan media sosial adalah tidak benar.
Perkara itu ditegaskan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Datin Asmawati Ahmad yang menyatakan tiada kes sedemikian dilaporkan berlaku di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Menurutnya, maklumat palsu itu pernah disebarkan pada bulan Julai 2012 dan Julai 2014.
"Kini ia kembali dihebahkan bertujuan untuk mendatangkan ketakutan kepada orang ramai. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai berita sensasi yang disebarkan melalui media sosial yang tidak dapat dipastikan kesahihannya," katanya dalam kenyataan ringkas kepada Harian Metro di sini.
Katanya, sekiranya berlaku sebarang kecemasan, sila hubungi talian hotline PDRM di 03-2031 9999, 03-2266 3333 atau 999.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Sebaranwanitadibunuh_ditikamsekitarKLadalahpalsu/Article?mutakhir
|
|
|
|
|
|
|
|
jahat betul
angin tak ada, pokok pulak boleh bergoyang goyang |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang bom bom pun dah melanda KL ... Setakat tikam2 ne apalah sangat |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 posted on 10-10-2014 03:41 PM
Ngaku je la kalau betul.
Ini satu fitnah besar kalau pembunuhan tu adalah rekaan semata-mata. Kesian kerajaan BN. |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 posted on 10-10-2014 03:41 PM
Sekarang bom bom pun dah melanda KL ... Setakat tikam2 ne apalah sangat
Jangan bimbang, serangan bom di Malaysia masih rendah berbanding dengan Thailand, Indonesia, Kemboja dan Afghanistan. |
|
|
|
|
|
|
|
naper nk sebarkan berita palsu....jht la |
|
|
|
|
|
|
|
revolusi_30 posted on 10-10-2014 03:41 PM
Ngaku je la kalau betul.
kalau betul banyak dah mati...dah kluar online la
use ur brain la...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|