CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

*~{NOVEL}~*: CINTA ini, tak seindah biasa. (U) Bab 13... OH YEAH

[Copy link]
Post time 7-11-2014 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 6-11-2014 09:36 PM
Ambil dulu sikit ni sebagai pengubat rindu.

nantikan bab 13 pula.

sikit pun sikitlah sis... at least ada sambungan... kesian plk si mira ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2014 07:22 PM | Show all posts

Bab 13... part 1


Safa Hawani melangkah masuk ke dalam rumah. Rumah yang sudah lama tidak dikunjunginya. Rumah kampung yang sering menggamit kedamaian datang menghampiri. Betapa damai jiwa apabila setiap kali bertandang ke situ. Langkahnya melaju ke dapur, mencari kelibat emak. Puas dia memerhati ke sekeliling namun tiada. Sejak dia masuk, tidak seorang dari ahli keluarganya yang kelihatan. Hatinya, dijerut kuat dengan rasa hairan. Ke mana pula mereka semua menghilang? Dahi Safa Hawani sudah berlapis-lapis, berkerut.

“Mak, ayah.” Panggilnya namun senyap.

“Fakrul, Nazrul...” nama adik-adiknya pula dilaung. Masih begitu, sepi lagi.

“Ke mana semua orang ni?” Dia merungut kemudian nafas dihela. Punggungnya sudah dihenyak ke atas kerusi di meja makan. Tudung yang dipakai, dikibas-kibas. Hangat pula cuaca hari ini.   

“Safa,” panggil suara itu.

Safa Hawani pantas menoleh. “Mak, mana pergi semua orang ni? Penat Safa panggil,” sungutan diluah. Matanya menjelajah ke seluruh wajah emak yang amat dirindui. Sungguh, sudah lama dia tidak pulang ke kampung halaman. Beban rindu sudah tidak tergalas di bahu.

“Safa sihat sayang?”

Safa Hawani menggangguk. Emak yang berdiri hampir dengannya didakap itupun di bahagian perut. Ah...betapa dia rindukan emak.

“Safa rindu kat mak... kat semua orang,” Safa Hawani sudah mula sebak. Lagi erat emak didakap. Benar-benar melunaskan rindunya pada emak.

“Ya, kami pun rindukan Safa.” Puan Rohaya memandang muka Safa Hawani. Muka Safa Hawani ditatap... lama.

Mata Safa Hawani kini bersatu dengan emak. Sambil merenung wajah emak, kerutan di keningnya jelas kelihatan. Aneh benar mainan perasaannya. Sesuatu... ada satu rasa yang terkandung di dalam renungan emaknya itu. Satu rasa yang dia tidak mampu ungkapkan dengan kata. Semuanya terbenam kemas jauh ke lubuk hatinya.

“Safa macam mana sekarang?”

Last edited by wipers81 on 26-11-2014 02:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Lor sikit bangat?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 07:43 AM | Show all posts
wipers81 posted on 7-11-2014 07:22 PM
Safa Hawani melangkah masuk ke dalam rumah. Rumah kampung yang sering menggamit kedamaian mengha ...

safa ni mimpi ke betul2... takkanlah familinya ditimpa kecelakaan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 03:04 PM | Show all posts
mesti ada berita buruk nk jadi...

    
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 07:37 AM | Show all posts
Assalamualaikum sis & selamat pagi sis... Ada perkembangan terbaru pasal novel satu lagi tu? Just anxious to read...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2014 07:38 AM | Show all posts
Novel yg ni bila nak ada entry baru... I'm out of reading sources...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-11-2014 07:37 AM
Assalamualaikum sis & selamat pagi sis... Ada perkembangan terbaru pasal novel satu lagi tu? Just an ...

Tengah follow up dengan penerbit. Tak lama dah katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2014 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-11-2014 07:38 AM
Novel yg ni bila nak ada entry baru... I'm out of reading sources...

Insya Allah nanti Sis sambung. Demam ni.  
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 10:00 AM | Show all posts
wipers81 posted on 11-11-2014 09:11 AM
Insya Allah nanti Sis sambung. Demam ni.

I'm so sorry to her that sis... jaga diri elok2...jangan lupa makan ubat... minum air masak banyak sikit... kalau boleh minum 100plus atau ribena in case demam tak kebah... banyak kes demam denggi skang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 10:01 AM | Show all posts
wipers81 posted on 11-11-2014 09:10 AM
Tengah follow up dengan penerbit. Tak lama dah katanya.

tak sabar nak tau ending cite tu sis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-11-2014 10:00 AM
I'm so sorry to her that sis... jaga diri elok2...jangan lupa makan ubat... minum air masak banyak ...

Thanks Zam. Batuk ni. Demam... dah dekat 3 tahun akak tak rasa demam yang panas. Seram sejuk sampai ke kaki. Selalu orang demam suhu 37.8-39 lebih kurang macam tu tapi akak 35.6. Doktor kata puan ni demam jenis sejuk. Sakit satu badan jadinya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 11:37 AM | Show all posts
wipers81 posted on 11-11-2014 11:26 AM
Thanks Zam. Batuk ni. Demam... dah dekat 3 tahun akak tak rasa demam yang panas. Seram sejuk sampa ...

cuba akak minum madu atau pati delima... zam pun ada rasa nak demam atau batuk ... Alhamdulillah sejak amalkan minum madu kelulut tiap2 hari... demam pn tak hinggap... nasib baik ada kawan office ni... bapak dia pengusaha madu kelulut... so beli madu dgn dialah... try & error sis... good luck... semoga cepat sembuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 12:30 PM | Show all posts

Bab 13... part 2


Safa Hawani yang sedikit tersentak dengan pertannyaan itu perlahan-lahan mengukir senyum. Sekali lagi, emak dirangkul.

“Safa okey mak cuma sibuk sikit sekarang ni. Tu yang tak boleh selalu balik kampung.”

“Safa, dekat tempat orang nanti jaga diri ya nak. Ingat pesan mak ni, perangai tu jaga sikit. Perangai Safa yang ‘keras’ tu ambil buang semua. Mak dengan ayah, bukan boleh selalu ada kat sisi Safa,” nasihat Puan Rohaya sedang tangan mengusap lembut kepala anak daranya itu.

“Mak nak ke mana pula?” Kesebakan telah melandanya.

“Tak ke manalah. Ingat pesan mak ni. Bila mak dah tak ada,”

“Mak, janganlah cakap macam tu. Safa tak sukalah. Safa kalau boleh nak mak dengan ayah selalu aje ada depan mata. Mak, janganlah takutkan Safa.”

“Safa, jangan lupa tau pesan mak. Jaga diri baik-baik. Selalulah doakan untuk mak, ayah dan adik-adik, ya nak. Mak tak boleh lama-lama kat sini sayang. Mak kena pergi.” Puan Rohaya menutur dalam sebak.

“Mak, nak ke mana? Jangan pergi mak. Safa rindu...” terus sahaja emak hilang dari pandangan. Safa Hawani terkedu, memerhati sekeliling, melihat di mana emak namun hampa.

“Mak!” Dia menjerit, memekik nama-nama insan yang sangat disayangi. Satu rumah dia berlari, mencari di mana mereka.

“Mak, ayah!” pekiknya lagi.

“Safa!”

Kerana terkejut dengan panggilan yang oktaf suara itu menjurus kepada menjerit, pantas Safa Hawani bangun duduk. Matanya yang sudah celik, memandang ke sekeliling. Setelah puas mengamati keadaan sekitar, SAH...dia berada di dalam bilik tidurnya. Serta-merta, tangan melekat di dahi yang sedang basah kerana berpeluh.

“Kau kenapa Safa?” tanya empunya tubuh yang menjerit tadi.

“Safa..Safa mimpi kak. Safa mimpi mak,” dek kerana detak jantungnya yang sedang melaju, dia sedikit semput.

“Safa,” Salbiah kemudian merapati Safa Hawani lalu melabuhkan duduk di birai katil gadis itu. Rasa sebak, tiba-tiba meresap ke dalam jiwanya.

“Kak, Safa rindu mak, ayah, adik-adik...” Safa Hawani sudah mula menangis. Lutut sudah diangkat dan kini mukanya disembam ke situ. Dia menghamburkan tangis hingga terhinggut kedua bahu.
Last edited by wipers81 on 26-11-2014 02:12 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 12:33 PM | Show all posts
wipers81 posted on 11-11-2014 09:11 AM
Insya Allah nanti Sis sambung. Demam ni.

Semoga cepat sembuh Puan Azlina....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 12:35 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 11-11-2014 12:33 PM
Semoga cepat sembuh Puan Azlina....

Hehehe. Tq Nicki_Meow. Alhamdulillah, boleh tahan juga ujian sakit kali ni.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2014 12:50 PM | Show all posts
wipers81 posted on 11-11-2014 12:30 PM
“Safa!”
Kerana terkejut dengan panggilan yang oktaf suara itu menjurus kepada menjerit, pant ...

sedihnya sis... kesian safa sebatang kara hidup di dunia ni... nasib baik ada kak sal...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Da 2 mgu ni. Blm ade n3 baru ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:16 PM | Show all posts
kesian SAFA...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 05:01 PM | Show all posts
Kesian cegitu tunggu lama dah....hehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.427188 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list