CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

*~{NOVEL}~*: CINTA ini, tak seindah biasa. (U) Bab 13... OH YEAH

[Copy link]
 Author| Post time 25-11-2014 05:43 PM | Show all posts
Ala, janganlah marah.
Kejap ya, idea ada, masa yang tak cukup.
Tenaga pun kurang. Tunggu ea
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 07:28 AM | Show all posts
wipers81 posted on 25-11-2014 05:43 PM
Ala, janganlah marah.
Kejap ya, idea ada, masa yang tak cukup.
Tenaga pun kurang. Tunggu ea

Asslamualaikum & selamat pagi sis... of coz to all readers also... sis still not feeling well ya... nampaknya lambat lagilah updatenya ya...  get well soon sis...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Lol. Takde hapdet. Iqbal dah jadi gurl ke? haha

Tertunggu2 mana Iqbal ni haa
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 25-11-2014 11:28 PM
Asslamualaikum & selamat pagi sis... of coz to all readers also... sis still not feeling well ya.. ...

SelAmat pagi Zam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 10:50 AM | Show all posts
Esmiria posted on 26-11-2014 08:12 AM
SelAmat pagi Zam.

Selamat pagi Es...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 02:14 PM | Show all posts

Bab 13... part 3


“Safa, jangan macam ni. Sabar sayang,” Salbiah cuba memujuk. Adik sepupunya semakin dirapati. Tubuh yang sedang membongkok itu, dirangkul dan kini elok saja kepala Safa Hawani terlentok di bahu kanannya. Salbiah juga turut menumpahkan air mata.

“Kak, kenapa diorang tinggalkan Safa sendiri? Kenapa tak bawa Safa sama kak?” Safa Hawani sudah mula merepek. Luka empat tahun lalu kembali berdarah. Kenangan silam yang berlaku ke atasnya semakin bertukar menjadi jadam hingga dia tidak mampu mahu menelan. Semakin ditelan, semakin pahit terasa di tekaknya.

“Safa, jangan cakap macam orang hilang pedoman dik. Allah SWT, dah atur elok perjalanan hidup Safa. Mak su dan pak su dah selamat kat ‘sana’. Fakrul dengan Nazrul pun sama. Tugas Safa, doakan untuk mereka, ya sayang. Tak baik Safa meratap teruk macam ni. Yang dah tak ada, kita kenanglah mereka. Kenang semua memori bersama mereka. Hidup kita, kena teruskan juga selangi nafas terhela,”

Salbiah juga dipalit sebak hingga apa yang mahu ditutur lagi menjadi kelu. Mengenang permergian arwah mak su dan pak su serta dua lagi anak lelaki mereka sangat meruntun jiwanya. Salbiah memandang wajah mulus Safa Hawani. Empat tahun, dia menjadi penjaga Safa Hawani dan selama itu jugalah dia melihat Safa Hawani membesar menjadi seorang gadis yang cekal hati. Gadis yang sangat pandai menyorok kepiluan sendiri.

“Kak, Safa sedih sangat. Patutnya, Safa ada sama dengan mereka masa tu. Kenapa Safa tertinggal kak? Kenapa masa tu mak dengan ayah tak bawa Safa sama? Kenapa kak?” Safa Hawani kembali merepek. Pemergian kedua orang tua bersama dua adik lelaki yang tersayang sekaligus, ternyata benar-benar terkesan ke jiwanya.

“Safa, menangislah puas-puas sekarang. Lepas ni, ambil wudhuk, sembahyang Sunat Tahajud. Baca Yassin, lepas tu tidur balik. Akak nak, Safa bangun pagi esok dengan satu semangat baru. Tak salah kalau kita nak bersedih sekali-sekala, dik.”

“Kak, hati Safa ni kak. Ya Allah, Safa tak tahu nak cakap macam mana lagi. Kadang-kadang Safa rasa, nak ikut aje mak dengan ayah. Buat apa Safa aje yang hidup,”

“Safa, tak naklah cakap yang merepek macam ni. Sudahlah tu sayang. Akak tak nak dengar Safa cakap macam tu lagi.”

Safa Hawani menangis semahu-mahunya. Habis dihambur tangisan ke bahu Salbiah yang menjadi tunjangnya selama ini. Kalau Kak Salbiah tidak ada di sisi... Safa Hawani tidak tahu apa akan jadi padanya. Perlahan-lahan dia mengangkat muka, menatap wajah kakak sepupunya dengan linangan air mata. Tangan kemudian diangkat, diseka air mata itu.

Last edited by wipers81 on 26-11-2014 02:17 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2014 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 26-11-2014 06:14 AM
“Safa, jangan macam ni. Sabar sayang,” Salbiah cuba memujuk. Adik sepupunya semakin dirapati. Tu ...

nantilah bca. nk edit cter jap.hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 05:38 PM | Show all posts

Bab 13... part 4



“Kak, terima kasih sebab selalu ada kat sisi Safa. Safa janji, takkan susahkan akak lagi. Safa selalu buat macam ni, bersedih tak kira masa. Akak pula tak pernah jemu pujuk Safa.”

“Safa dah macam adik akak sendiri. Akak dah janji dengan umi dan abah akak, nak jaga Safa. Kita, tetap bersaudara sayang. Safa sedih, akak pun sama. Dah, cukuplah ‘drama’ sedih kita malam ni. Bangun, jom buat apa yang akak suruh tadi,” Salbiah kini sudah berdiri dan tangan kanan dihulur, menanti Safa Hawani menyambut.

“Yalah kak,” Safa Hawani juga bingkas bediri. Tangan kakak sepupunya disambut. Langkah dipacu menuju ke bilik air.

Safa Hawani mengerjakan solat sunat yang disaran oleh Kak Salbiah dengan khusyuk. Usai, dia mengambil senaskah surah Yassin lalu membacanya. Tersedu-sedu, Safa Hawani menangis. Hatinya sayu, membaca bait-bait di dalam surah itu. Rutin itu, selalu dia lakukan dengan niat semoga roh keluarganya ‘di sana’ dicucuri oleh rahmat-Nya. Tidak pernah dia melupakan doa itu setiap kali selepas solat. Safa Hawani kian tenggelam di hanyut oleh arus yang membuak-buak kenangan pahit di dalamnya. Ingatannya menerawang...

“Akak nak bawa Safa ke mana ni?” Dadanya, berdegup kencang saat Salbiah menyuruhnya bersiap. Gesaan Salbiah, terpaksa dia turuti.

“Safa ikut aje.”

“Kenapa ni kak? Ada hal penting apa yang sampai suruh orang ikut tengah-tengah malam ni?” Safa Hawani masih tidak berpuas hati.

Salbiah mendiamkan diri. Mahu menjawab pertanyaan Safa Hawani... bagai sepasang tangan sedang mencekik batang lehernya hingga dia mahu tercekik. Sebak, cuba dikawal sebaik mungkin. Mahu mengkhabarkan berita buruk kepada Safa Hawani mengenai apa yang telah menimpa keluarga gadis itu, dia tidak sampai hati. Genangan air mata, cuba ditahan dari tumpah. Dia menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Hatinya perlu dicekalkan.

“Akak, kenapa bawa Safa datang sini?” Dahinya semakin berlapis-lapis. Memandang sekitar perkarangan yang diwartakan wad kecemasan itu
semakin melajukan degupan jantung.

“Akak harap Safa sabar,”

“Sabar apa pula kak? Apa hal ni kak? Cuba cerita kat Safa apa sebenarnya yang terjadi?”

“Sebenarnya Safa... mak su, paksu diorang...”

“Kak, cakap ajelah kenapa?” Safa Hawani resah. Nadanya kedengaran sangat mendesak.

“Safa, mak dengan ayah Safa kemalangan. Diorang semua,” Salbiah sudah menangis.

“Akak cakap apa ni?” Desahan nafasnya tidak menentu.

Last edited by wipers81 on 28-11-2014 05:52 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 05:59 PM | Show all posts
sedihnya sis... kenangan yg sangat pahit utk ditelan & sangat pedih utk diluahkan... sambung lagi sis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 07:39 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 28-11-2014 05:59 PM
sedihnya sis... kenangan yg sangat pahit utk ditelan & sangat pedih utk diluahkan... sambung lagi si ...

Tahu kenapa lama tak update Zam?
Huhuhu, nak cari mood sedih tu yang lama. Nak garap kisah sedih yang mampu mengalirkan air mata memang agak susah.
Idea ada tapi bila on pc, sentuh keyboard... lain jadinya. Layan Fb pula yang lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 28-11-2014 11:39 AM
Tahu kenapa lama tak update Zam?
Huhuhu, nak cari mood sedih tu yang lama. Nak garap kisah sedih  ...

Eceh.  sy reply, tk bls pun dlm thread ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 28-11-2014 09:59 AM
sedihnya sis... kenangan yg sangat pahit utk ditelan & sangat pedih utk diluahkan... sambung lagi si ...

rilek zam..rilek brader.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 posted on 26-11-2014 02:50 AM
Selamat pagi Es...

dah sembahyang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 07:50 PM | Show all posts
Esmiria posted on 26-11-2014 04:00 PM
nantilah bca. nk edit cter jap.hihi

Eh, jemputlah baca Es
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 28-11-2014 11:50 AM
Eh, jemputlah baca Es

Nk bca la ni akak syg.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 5-11-2014 01:55 PM
pergh... 'bernafsu' betul ko komen akak punya karya Esmiria.

Ea.es tak pasan lak komen ni.

Bernafsu? es lau bca novel dlm ni, setiap bab nk hayati. Bernafsu cmne tu? hihi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2014 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 6-11-2014 01:31 PM
“Apa maksud Atira?” Salbiah pantas menoleh, memandang gadis itu.
“Dah lama Tira simpan rahsi ...

“Arwah Abang Zakri simpan gambar
Kak Mira yang... "<< cheap girls is everywhere LOL !
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 11-11-2014 04:30 AM
Safa Hawani yang sedikit tersentak dengan pertannyaan itu perlahan-lahan mengukir senyum. Sekali l ...

tanya empunya
tubuh yang menjerit tadi.<< dehel is this? tak phm. -_-
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
cegitu posted on 25-11-2014 09:01 AM
Kesian cegitu tunggu lama dah....hehehehe

kena sabar. Hakak wiper selalu update lambt.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 26-11-2014 06:14 AM
“Safa, jangan macam ni. Sabar sayang,” Salbiah cuba memujuk. Adik sepupunya semakin dirapati. Tu ...

“Kak, hati Safa ni kak. Ya Allah, Safa
tak tahu nak cakap macam mana lagi.
Kadang-kadang Safa rasa, nak ikut aje
mak dengan ayah. Buat apa Safa aje
yang hidup,”<< woi! menyampah betul dgn safa. Comr onlah, ayah aku meninggal masa aku kecil. , tak merepek gini bila dah besar. Ada byk ujian bear LOL. SATU FAMILY kena tuba 24 jam, ko mampu? Grrrrrrr. -_-
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.069658 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list