CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Jenayah] Kes Bunuh Syaleza:Ibu Kesal Sikap Menantu UPDATE Pg5

[Copy link]
Post time 16-10-2014 10:51 PM | Show all posts
ade terbaca kesah syaleza ni, sebab kawan saya kerja tempat sama n baik la dgn dia.
kesahnye mcm husband ade skandel kat luar, n slalu gaduh dgn bini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
melzal posted on 16-10-2014 08:23 AM
Terpikir jgk...kalu nmpk org tergantung kita selamatkn org dulu ke...atau buang masa buka simpulan i ...

Kalau org tu org kesygn kita, mesti kita bukak ikatan dia...kalo ikot logik la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 12:33 AM | Show all posts
reza_hard posted on 16-10-2014 10:51 PM
ade terbaca kesah syaleza ni, sebab kawan saya kerja tempat sama n baik la dgn dia.
kesahnye mcm h ...

bunuh bini sebab skandal??last2 tercerok masuk penjara..kesian anak kecik hilang mak ayah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 07:38 AM | Show all posts
norazman ni memang betul2 tak mengaku dia bunuh bini dia..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 07:46 AM | Show all posts
Al fatihah tuk arwah.


Err..
Nape.rs tajuk cm x sesuai je.

Emm..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 07:55 AM | Show all posts
kesian la anak dia....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-10-2014 08:47 AM | Show all posts
kukulangau posted on 16-10-2014 06:17 PM
wow you sound like dalam cerita ibu mertua ku

of cos la
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian anaknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2014 09:18 AM | Show all posts
arwah syaleza schoolmate aku
sampai skang aku still x caya kalu org kata dia bunuh diri

apa yg aku tau, dr awal kahwin lg mmg mcm ada masalah
katanya, mak mertua x setuju pilihan anak lelaki
anak peneroka je kan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
nolya posted on 16-10-2014 09:57 PM
dah dok sorang2 dlm sel tentulah timbul rasa rindu kat anak.  Coba kalau dia bebas, dah kawen lain,  ...

Yep..btul tu..klu dia bebas dh tentu kawen ngn skndl..dh dpt ank baru ngn bini baru xdenya nk trgt kt ank bsama arwah..dh kne tahan br myesal n trgt kt ank...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
SeriBunga posted on 17-10-2014 09:18 AM
arwah syaleza schoolmate aku
sampai skang aku still x caya kalu org kata dia bunuh diri


Hmm..ksian arwah..aku pun xpcaya dia bunuh diri..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
suriamir posted on 16-10-2014 10:08 PM
Agaknya macamana la keadaan pempuan 3rd party tu ye... Hidup tenang ke agaknye... Hmmmm

Prmpn 3rd party tu ntah2 da slmt kawen ngn org len...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 11:31 AM | Show all posts
suami org ni memang sanggup membunuh klau ada skandal...
x caye...sesiapa suami yg ada skandal ni...
rerajinlah ungkit2 kaw2 pasal skandal pas tu  buruk2kan skandal..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 11:52 AM | Show all posts
sedeh kenangkan anak kecik tu.. mak mati bapak pulak mungkin kne hukum gantung nt..
moga2 ade ahli keluarga yg nk jage dgn baik..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 01:11 PM | Show all posts
Memang confirm ke dia yg bunuh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 01:36 PM | Show all posts
reporter pun tak payah la nak buat citer tu sedih sangat...nyampah pulak aku baca. Si jahanam ni dah dah menjahanamkan hidup anak dia, yg kau reporter bodoh dah kenapa nak promo citer sedih2 sampai camtu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2014 01:41 PM | Show all posts
kesian sgt kat anaknye...moga Allah melindunginya...
Aminn.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 01:43 PM | Show all posts

Polis: Mangsa tidak gantung diri
Wartawan Sinar Harian
October 17, 2014
Kes Bunuh Syaleza
Kes Bunuh Syaleza

SHAH ALAM - Siasatan polis mendedahkan bahawa dakwaan tertuduh Norazman Bashah Ahmad Azam yang mengatakan isterinya, Nur Syaleza Jaafar menggantungkan diri pada kipas syiling dua tahun lalu adalah tidak berlaku.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Asisten Superintendan Mazli Jusoh semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari kedua perbicaraan kes bunuh Nur Syaleza, 31, semalam.

“Terdapat lima faktor menyokong hasil siasatan tersebut iaitu keadaan kipas berada dalam keadaan baik serta kesan habuk pada permukaan atasnya tidak terusik,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pada kedua-dua penghujung cadar yang dikatakan digunakan Nur Syaleza menggantungkan diri, tidak mempunyai sebarang kesan seperti simpulan.

Menurutnya, kesan potongan cadar yang kononnya dipotong dengan menggunakan pisau pemotong daging oleh tertuduh bagi membantu menurunkan isterinya adalah selari dan bersih.

“Penggunaan bangku kecil adalah tidak sesuai kerana ia tidak stabil berada di atas tilam,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.

Mazli, saksi pendakwaan kelapan memberitahu, keadaan cermin yang terdapat pada meja solek tidak pecah walaupun terjatuh.

“Tertuduh mengatakan isterinya naik ke meja solek untuk membunuh diri, namun setelah disapu serbuk cap jari tiada kesan sebarang kesan bentuk tapak kaki ditemui, malah habuk juga tidak terusik,” katanya.

Menurutnya, ‘baby walker’ yang tersandar di dinding juga berada dalam keadaan baik sedangkan kedudukannya adalah arah kemungkinan jatuhan meja solek.

“Saya dapati ‘baby walker’ tersebut begitu sensitif, walaupun terkena sedikit sentuhan ia akan menggelongsor jatuh,” katanya.

Menjawab soalan Rosidah, Mazli berkata, jika diambil kira berat mangsa iaitu 56 kilogram, sepatutnya terdapat lebih regangan yang berlaku pada kipas itu.

“Ini kerana tarikan graviti dan bebanan yang perlu ditampung oleh kipas berkenaan,” katanya.

Terdahulu, peguam bela Shahrizan Abdul Manan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menilai semula pertuduhan yang dikenakan terhadap anak guamnya berdasarkan keterangan oleh Pakar Forensik Patalogi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, 55, kelmarin.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membenarkan permohonan tersebut dan memaklumkan perbicaraan akan diteruskan sehingga keputusan representasi diperoleh.

Mahkamah juga membenarkan permohonan peguam bela untuk membuat lawatan ke lokasi tersebut agar situasi sebenar dapat digambarkan.

“Lawatan ini akan disertai oleh mahkamah, TPR (timbalan pendakwa raya), peguam bela serta Mazli pada Isnin depan jam 2.30 petang dan prosiding hari ini (semalam) ditangguhkan,” katanya.

Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza di kediaman mereka di No 115, Tingkat 1 Blok O, Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.

Bekas Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat Syarikat Gas dan Minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2014 01:51 PM | Show all posts
Orange1 posted on 16-10-2014 06:32 PM
Takde ke forumer CI yg berjiran dgn mamat ni blh bagitahu dia selalu ulang alik gi surau ke tak? Kal ...

kan sis?
mahkamah akak2 sendu hanya akan lehat orang itu pakai kopiah dan pergi surau jah, kalau positive itu maka terus innocent.
kantoi bunuh diri pun boleh baut fitnah ada orang bunuh. janji tetap nak nampak syumul walau gimana sekali pun.

sanggup buat dosa fitnah semata2 nak cover perangai setan masing2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2014 03:45 PM | Show all posts
Polis: Mangsa tidak gantung diri
Kes Bunuh Syaleza

        SHAH ALAM - Siasatan polis mendedahkan bahawa dakwaan tertuduh Norazman Bashah Ahmad Azam yang mengatakan isterinya, Nur Syaleza Jaafar menggantungkan diri pada kipas syiling dua tahun lalu adalah tidak berlaku.
        Perkara itu dimaklumkan oleh Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Kontinjen Selangor, Asisten Superintendan Mazli Jusoh semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada hari kedua perbicaraan kes bunuh Nur Syaleza, 31, semalam.

Terdapat lima faktor menyokong hasil siasatan tersebut iaitu keadaan kipas berada dalam keadaan baik serta kesan habuk pada permukaan atasnya tidak terusik,” katanya.

        Selain itu, beliau berkata, pada kedua-dua penghujung cadar yang dikatakan digunakan Nur Syaleza menggantungkan diri, tidak mempunyai sebarang kesan seperti simpulan.

        Menurutnya, kesan potongan cadar yang kononnya dipotong dengan menggunakan pisau pemotong daging oleh tertuduh bagi membantu menurunkan isterinya adalah selari dan bersih.

“Penggunaan bangku kecil adalah tidak sesuai kerana ia tidak stabil berada di atas tilam,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.

        Mazli, saksi pendakwaan kelapan memberitahu, keadaan cermin yang terdapat pada meja solek tidak pecah walaupun terjatuh.

“Tertuduh mengatakan isterinya naik ke meja solek untuk membunuh diri, namun setelah disapu serbuk cap jari tiada kesan sebarang kesan bentuk tapak kaki ditemui, malah habuk juga tidak terusik,” katanya.
        Menurutnya, ‘baby walker’ yang tersandar di dinding juga berada dalam keadaan baik sedangkan kedudukannya adalah arah kemungkinan jatuhan meja solek.

“Saya dapati ‘baby walker’ tersebut begitu sensitif, walaupun terkena sedikit sentuhan ia akan menggelongsor jatuh,” katanya.

        Menjawab soalan Rosidah, Mazli berkata, jika diambil kira berat mangsa iaitu 56 kilogram, sepatutnya terdapat lebih regangan yang berlaku pada kipas itu.

“Ini kerana tarikan graviti dan bebanan yang perlu ditampung oleh kipas berkenaan,” katanya.

        Terdahulu, peguam bela Shahrizan Abdul Manan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara untuk menilai semula pertuduhan yang dikenakan terhadap anak guamnya berdasarkan keterangan oleh Pakar Forensik Patalogi Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, 55, kelmarin.

        Hakim Datuk Abdul Halim Aman membenarkan permohonan tersebut dan memaklumkan perbicaraan akan diteruskan sehingga keputusan representasi diperoleh.
        Mahkamah juga membenarkan permohonan peguam bela untuk membuat lawatan ke lokasi tersebut agar situasi sebenar dapat digambarkan.

“Lawatan ini akan disertai oleh mahkamah, TPR (timbalan pendakwa raya), peguam bela serta Mazli pada Isnin depan jam 2.30 petang dan prosiding hari ini (semalam) ditangguhkan,” katanya.

        Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza di kediaman mereka di No 115, Tingkat 1 Blok O, Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai 2012.

        Bekas Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat Syarikat Gas dan Minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.



Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-mangsa-tidak-gantung-diri-1.324960


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.215713 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list