CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Jenayah] Kes Bunuh Syaleza:Ibu Kesal Sikap Menantu UPDATE Pg5

[Copy link]
Post time 20-12-2014 12:11 PM | Show all posts
tomatome posted on 20-12-2014 12:08 PM
apartment saujana

apa yg mistiknya uols...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking posted on 19-12-2014 04:54 PM
lagi baghal kalau gf yang dingeseksnya tuh kawin jugak dengan si saiko nih

Gf tu balik indon kan ghost....
Sbb tu dia terlepas sbb saksi utama tak de...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:14 PM | Show all posts
zila_hakimie posted on 20-12-2014 12:11 PM
apa yg mistiknya uols...

xde lak mistik.. aku duk dpn apartment saujana ni tgk aman2 je penghuni saujana ni.. xde lak dgr bnd pelik2.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda posted on 19-12-2014 04:41 PM
tak lepas kot.. tp mayb persidangan mahkamah tu ditangguhkan sbb tak cukup bukti n saksi.

Dah lepas lah dikk....

Gf indon dia yg mgesek tu dah balik indon...so tak de saksi...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu posted on 19-12-2014 05:25 PM
agak-agak pernah tak arwah membuka thread di bod masalah rumah tangga? kerana ada sesetengah thread  ...

Cuba hang check2 kot ada laa....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:24 PM | Show all posts
pmpn skrg jangan jadi bodoh.. belajar tinggi2 pn bodoh lagi..
klu dh slalu kerap dipukul, wat pe pendam? rekodla pakai spycam ke apa.
bitau kt kwn rapat/  waris ka apa. ni balik2 guna ayat kiasan dlm social website. luah kt forum, guna nama samaran, apa dpt markah ka wat cmtu?

balik2 diamkan, kata tk elok buka aib somi..syurga bwh tapak kaki somi lah..

pstu diam smpai mati , tk pikir kt anak sndiri., nyusahkn semo orang nk siasat..


aku bukan nk bela si somi tu, tapi si somi tu klu dh mmg dajal, gile, sakit mental , mmgla dajal akan msuk neraka, tapi kamu tu ada peluang tuk hidup, pstu belaja tinggi, pi pendam buat apa?, mau je aku bagi pelempang, cubala melawan dgn akal.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2014 12:40 PM | Show all posts
dalam kes camni, anak la yang paling kasihan, hilang sudah tempat bermanja.. bertabahlah
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana posted on 20-12-2014 12:24 PM
pmpn skrg jangan jadi bodoh.. belajar tinggi2 pn bodoh lagi..
klu dh slalu kerap dipukul, wat pe pe ...

Betul tu.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
awanearisu posted on 19-12-2014 05:25 PM
agak-agak pernah tak arwah membuka thread di bod masalah rumah tangga? kerana ada sesetengah thread  ...

Tula. ...selalu hilang macam tu ja....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda posted on 19-12-2014 04:46 PM
apela perasaan lawyer yg membela suami si arwah ni ha? bangga ke sbb suspek hukum bunuh terbebas k ...

I tolong "aammiinn" kan....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 01:48 PM | Show all posts
aku tak ingat la tp dulu ade kes staf petronas pun mati kene bunuh ngan suami, tp suami lepas sbb declare giler. tp time harta nk diserahkan kt anak2 bleh plak die ckp die waras. sape ingat kes ni ye?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 02:43 PM | Show all posts
annehuda posted on 20-12-2014 01:48 PM
aku tak ingat la tp dulu ade kes staf petronas pun mati kene bunuh ngan suami, tp suami lepas sbb de ...

rasanya dia tak dapat reta arwah bini dia tu, sbb mertua dia tentang habis habisan...tp mmg muka tak malu la, lepas dia bunuh kawan tu reta kawan tu nak pulak dia ambik...

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 02:44 PM | Show all posts
jazaa posted on 20-12-2014 12:15 PM
Dah lepas lah dikk....

Gf indon dia yg mgesek tu dah balik indon...so tak de saksi...

kalau tak salah pompuan yg dia ngesek tuh org malaysia dan saksi tuh org indon, org gaji depa....

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 02:49 PM | Show all posts
kesian nya wanita2 yg teraniaya..tapi sometimes nyampah sebab mereka tak kesiankan diri sendiri. cinta la konon...bersabar lah....muhasabah diri kengkonon sebab salah dia la suami main kasar...ekkk suami/boyfren etc etc yg mengasari pasangan secara fizikal atau mental adalah sick and need to be taught a lesson. start by leaving
boring tau bila report polis pastu tarik balik...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 02:51 PM | Show all posts
dah jumpa @jazaa

    SHAH ALAM 29 Nov. - Seorang saksi dalam kes pembunuhan eksekutif wanita, Fazlina Ahmad mengaku mengadakan hubungan seks dengan tertuduh, Mohafri Mohamed ketika mayat mangsa masih berada di dalam almari berhampiran, pada hari kejadian.

    Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, semasa memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini berkata, mereka melakukan hubungan intim di atas katil di bilik tidur utama di rumah kekasihnya itu kira-kira pukul 5.30 petang, 30 Disember 2009.

    Kata saksi pendakwaan kelima itu, kejadian tersebut berlaku beberapa jam sebelum mereka berdua menaiki kereta api di KL Sentral menuju ke Perlis untuk berkahwin lari di Thailand.

    ''Selepas keluar dari bilik air, Mohafri masuk ke bilik air. Dia kemudian mengajak saya melakukan hubungan seks. Mulanya saya tidak mahu tetapi dia kata sekejap sahaja.

    ''Dia tolak saya ke atas katil dalam keadaan mengadap ke bilik air. Kami ada menggunakan kondom pada masa itu,'' katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar.

    Dalam kes ini, bekas pengurus syarikat katering, Mohafri, 38, didakwa membunuh isterinya, Fazlina, 39, di rumah No. 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, Ampang antara pukul 5 pagi dan 10.30 pagi, 30 Disember 2009.

    Dia dibicara mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

    Menurut Nazatul Annis, dia berkenalan dengan Mohafri yang mengaku sudah bercerai semasa sama-sama bekerja di Pusat Perubatan Tropicana pada tahun lalu dan merancang untuk berkahwin di Thailand apabila hubungan mereka tidak direstui ibu bapanya.

     Pada hari kejadian, wanita itu mendakwa menaiki bas dari Parit Buntar, Perak pada pukul 1 tengah hari dan tiba di Perhentian Jalan Duta, Kuala Lumpur pada pukul 5 petang sebelum dijemput Mohafri dan dibawa ke rumahnya di Pinggiran Ukay, Ampang.

    ''Saya tanya kereta Toyota Vios siapa ada di hadapan rumah. Mohafri kata ia kepunyaan sepupunya yang pergi ke Kuantan. Saya juga tanya di mana anak-anak dan pembantu rumah. Dia kata Fazlina bawa mereka ke Pulau Pinang.

    ''Semasa saya di ruang tamu, dia kerap berulang-alik naik turun tangga dari tingkat atas rumah. Ketika di bilik tidur utama, dia sentiasa berada di laluan sebelah kiri saya seolah-olah cuba menghalang saya daripada melihat sesuatu. Saya juga tidak nampak jelas kerana tidak memakai cermin mata,'' jelasnya.

    Menurut saksi, selepas mengadakan hubungan seks, dia terdengar bunyi loceng rumah dan diberitahu oleh Mohafri ada seorang polis wanita datang untuk berjumpa pembantu rumahnya, Yayok.

    Mohafri bagaimanapun enggan membuka pintu rumah kerana Yayok didakwa tidak memiliki pasport dan tidak lama selepas itu, lelaki tersebut menyuruh kekasihnya itu menaiki kereta bersama abangnya, Hanafi.Mereka kemudian menuju ke KL Sentral dan menaiki kereta api ke Perlis pada pukul 8.15 malam sebelum turun di Rawang kira-kira 45 minit kemudian.

    ''Mohafri beritahu dia perlu buat laporan polis tentang kehilangan Fazlina dan menyuruh saya balik semula ke Kuala Lumpur seorang diri. Saya naik komuter dan menunggu kawan saya, Wan dari Sungai Buloh datang menjemput.

    ''Pada malam itu, Wan bawa saya ke rumah Mohafri untuk mengambil beg pakaian saya. Apabila sampai, rumah telah dikelilingi pihak polis. Wan keluar dari kereta untuk bertanya dan diberitahu ada kes suami bunuh isteri,'' katanya lagi.

    Sementara itu, kakak mangsa, Faizah Ahmad, 47, pula berkata, Fazlina pernah mengadu menghadapi masalah rumah tangga kerana suaminya menjalinkan hubungan dengan orang ketiga dan berhasrat untuk bercerai.

    Dia yang bekerja sebagai pembantu jururawat bercakap dengan mangsa untuk kali terakhir pada pukul 5 pagi hari kejadian apabila Fazlina menghubunginya dan meminta mengambil cuti kecemasan bagi menghantar bapa mereka ke hospital.

    ''Sebelum keluar ke tempat kerja pada pagi itu, saya ada cuba menghubungi Fazlina untuk memberitahu saya tidak dapat hantar bapa, tetapi adik saya akan berbuat demikian. Tetapi dia tidak dapat dihubungi,'' jelasnya.Ketika diminta mengecam gambar-gambar Fazlina, saksi tidak dapat menahan kesedihan. Dia dilihat mengesat air mata menggunakan tisu yang diberikan oleh jurubahasa mahkamah.

    Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung pada 13 Januari ini.

Utusan Online
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lg kt msia nie mahkamah syariah bkn protek pompuan sgt byk kt kaum lelaki sbb tu mls nk ngadu kt mahkamah syariah.kes kwn pompuan aku sndiri, rs nk baling je kasut kt muke hakim..ble igt aku sndiri pun geram..ckp psl agama tp ttkde keadilan..puiii lh mahkamah syariah..mmg low class
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 03:06 PM | Show all posts
musangcomel posted on 19-12-2014 12:53 PM
hadoi sedihnya bila up balik cite ni
sedih kenangkan mati dibunuh laki sndiri
aku harap lelaki2 ka ...

etuju dgn kau...kalau laki tu bunuh bini .bukan nya nak aman pun hidup dia.lebih baik cerai je mungkin kehidupan nya boleh tenang
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
alahai posted on 20-12-2014 02:51 PM
dah jumpa @jazaa

    SHAH ALAM 29 Nov. - Seorang saksi dalam kes pembunuhan eksekutif wanita, Fa ...

TQ alahai.....
Lupa dah kes tu...tapi tu lah, yg tak puashati dia blh lepas....

Dah lah berzina, membunuh pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda posted on 20-12-2014 01:48 PM
aku tak ingat la tp dulu ade kes staf petronas pun mati kene bunuh ngan suami, tp suami lepas sbb de ...

Dia ambik dadah tu....

Dia kejar wife dia dari tingkat atas...wife dia lari masuk bilik air kat bawsh tapi tak sempat kunci....dia tikam dada & muka wife dia byk kali....

Maid nampak,  bawak lari  ank gi rumah jiran...pastu lelaki tu lari tinggalkn rumah....dua tiga hari pastu masuk paper dia eksiden dgn lori tangki petronas masa nk larikn diri balik kg...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
voiletiris posted on 20-12-2014 03:06 PM
etuju dgn kau...kalau laki tu bunuh bini .bukan nya nak aman pun hidup dia.lebih baik cerai je mun ...

Aku teringin nk tau perkembgan anak-ank yg lelaki kerja petronas bunuh wife dia tu....

Dorang tinggak dgn nenek srbelah mak....datuk nenek sebelah lelaki  muka tak tau malu sama-sama tuntut harta....dah lah anak kau bunuh ank org...blh pulak nk tuntut harta...bkn nk mintak maaf....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.293590 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list