CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2572|Reply: 7

9 Siti Patut Dicontohi Wanita Kini

[Copy link]
Post time 16-10-2014 12:46 PM | Show all posts |Read mode

Ada “Siti” yang lebih afdal untuk dijadikan idola dalam menjalani kehidupan seharian yang kadang-kala menguji keimanan para wanita muslimah seperti kita. Siapa 9 Siti itu?
Siti KhadijahMerupakan isteri Rasulullah s.a.w yang melahirkan anak-anak baginda. Setia dan begitu kuat menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, serta sanggup menghantar makanan kepada baginda ketika beribadat di Gua Hira’.

Siti FatimahPuteri Rasulullah s.a.w yang amat tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya, Saidina Ali Karamallahu wajhah. Walaupun Ali miskin sehingga tidur berkongsikan satu bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali, namun Siti Fatimah tidak pernah merungut. Rasulullah pernah berkata, “Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehingga Ali memaafkan kamu.”

Siti AisyahAdalah isteri Rasulullah s.a.w yang paling romantik. Sanggup berkongsikan bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana saja baginda minum, di situlah Siti Aisyah akan minum dengan menggunakan bekas yang sama.

Siti HajarIsteri Nabi Ibrahim a.s yang amat patuh kepada suami dan suruhan Allah S.W.T. Sanggup ditinggalkan suami atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail a.s (pengorbanan ibu mithali).

Siti MariamWanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah S.W.T untuk mengandungkan Nabi Isa a.s, meskipun begitu kuat tohmahan dan fitnah yang diterimanya.

Siti AsiyahIsteri Firaun yang begitu tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun laknatullah.

Siti AminahWanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasulullah s.a.w. Mendidik baginda menjadi insan mulia dan tidak pernah gentar dengan ujian.

Siti Muti’ahBeliau adalah lambang isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah S.W.T syurga untuknya kerana sifat setianya kepada suami yang sanggup menjaga makan minum. Setiap hari dia menyediakan TONGKAT untuk dipukul suami jika layananya tidak memuaskan. Berhias dengan cantik dan kemas hanya untuk tatapan suami sahaja.

Siti ZubaidahWanita kaya lagi dermawan menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan bagi kegunaan orang ramai dengan niat hanya kerana Allah S.W.T.

http://atiya.my/pekerti-9-siti-patut-dicontohi-wanita-kini/

Dipetik drp website http://atiya.my/

Ada penambahan Siti yang korang tahu lagi? (selain Siti Nurhaliza)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2014 03:10 PM | Show all posts
Ada “Siti” yang lebih afdal untuk dijadikan idola dalam menjalani kehidupan seharian yang kadang-kala menguji keimanan para wanita muslimah seperti kita

Tujuan bebenang ni cukup baik, tapi saya nak komen sikit tentang istilah yang digunakan...

1. Perkataan 'idola' tu kurang sesuai untuk dijadikan istilah sebagai contoh dalam Islam... 'idola' tu dari 'idol', yang istilah biasa digunakan merujuk kepada 'patung berhala'

2. "Siti" dalam bahasa Melayu dianggap sebagai nama, akan tetapi asalnya merupakan panggilan terhormat, bukannya nama. Asalnya dari "Sayidati" (English: my lady) macam kita sebut 'tuanku' untuk wanita, analogi "Puan" atau "Cik" dengan panggilan terhormat...

Ada penambahan Siti yang korang tahu lagi? (selain Siti Nurhaliza)

Semua ummahatul mukminin, isteri Nabi Muhammad SAW boleh juga disebut dengan panggilan terhormat 'siti' sekiranya tidak digunakan nama gelaran, contohnya:
Siti 'Aisyah, Siti Hafsah, Siti Saudah..

Begitu juga untuk para Nabi yang lain:
Isteri Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Siti Sarah

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2014 07:53 PM | Show all posts
ohh siti tu my lady rupernyer huhu...
my fair lady...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 08:50 PM | Show all posts
mnm77 posted on 16-10-2014 08:10 AM
Tujuan bebenang ni cukup baik, tapi saya nak komen sikit tentang istilah yang digunakan...

1. P ...

oh bagus info ni....kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 06:51 AM | Show all posts
Info yg bagus..
terima kasih...
baru tau siti tu maksudnya my lady.. hehe

Boleh lah tambah siti gak depan nama saya..
siti manganini... huahuahua
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 03:45 PM | Show all posts
salam



Aiya Cik Siti perempuan banyak muda
Ana banyak susah jalan tutup mata
Wang dan ringgit ana dah tak heran
Ente tutup mata ana tak tentu jalan


wassalam





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2014 02:10 AM | Show all posts
Tak dapat contohi semua ciri-ciri yang ada, ambil lah mana yang mampu.
InsyaAllah ada ganjarannya
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2014 01:34 AM | Show all posts
there must be something about A'isyah  RA ...yg Rasulullah SAW kasih kat dia ..si pipi merah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.172323 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list