CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14290|Reply: 52

KONGSI PENGALAMAN UNTUK PENGHASILAN NOVEL

[Copy link]
Post time 19-10-2014 04:38 AM | Show all posts |Read mode
Salam,

Saya tengok di sini memang ramai yang punyai bakat dalam bidang penulisan dan cerpen-cerpen di sini kebanyakannya memang menarik.
Ada sesiapa kat sini yang dah pernah publish kan hasil karya dalam bentuk buku? Kalau ada sesiapa yang dah pernah publish kan hasil karyanya, silalah share bagaimana korang start untuk hasilkan cerita,step2 atau proses dalam penghasilan buku atau macam mana korang nak yakinkan publisher untuk terbitkan karya2 korang dan yang self publish pun boleh juga share pengalaman.

Saya berminat nak hasilkan novel saya sendiri untuk dibuku dan dipasarkan. Saya perlukan guide dari mereka2 yang pakar dalam bidang penulisan dan penerbitan. Harap anda boleh membantu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 11:44 AM | Show all posts
Saya akan bagi tips.

1. Karya anda hendaklah mengikut apa yang pihak publisher nak. Antaranya ialah,
    font, saiz font, spacingnya.

2. Rajin-rajinlah membelek halaman publisher, ambil tahu akan syarat-syarat dan tema yang mereka mahukan.

3. Gaya bahasa, jaga gaya bahasa kita.

4. Cerita, kalau boleh ciptakan cerita yang menarik dan lain sikit. Kalau boleh 'adegan-adegan ringan'
    yang semakin berleluasa sekarang hingga menjadi isu yang sangat hangat didebatkan di kalangan
    penulis sila tiadakan dalam karya anda.

5. Apabila siap, carilah seorang yang berbakat dalam penulisan, semak tatabahasa dan kesalahan ejaan sebelum dihantar ke publisher.

~Bukan senang nak jadi penulis. KESABARAN yang tinggi sangat diperlukan.~
Selamat Maju jaya ya.  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:52 AM | Show all posts
Puan Wipers81 dah bagi tips tu. No point nak ulang benda yang sama.

Cuma...nak pesan...

Bro Meklen, jangan lupa hapdet Ali, Awek & Kapucino tu ek...

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 01:23 PM | Show all posts
Betul cakap akok wiper81..


cuma satu je..


plot mesti MENARIK.

Baru laku novel..

contoh novel best seller- perogol itu suamiku. Pernah diadaptasi ke slot akasia..hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:05 PM | Show all posts
Nak jwb soalan ini....
macam mana korang nak yakinkan publisher untuk terbitkan karya2 korang 

kalau cerita bagus, x payah yakinkan publusher pun. Hantar manuskrip melalui email. Derang suka, derang suka, derang akan publish. Cuma pilih penerbit yg bersesuaian dgn genre cerita kita.

kalau cerita cinta gedik2, geli2 mcm perogol itu suami aku, hantar kat PTS or Jemari Seni confirm kena reject.
Kalau cerita ganas, mengesek dgn mayat or sesama jantina, PTS, Jemari Seni pun akan tolak juga tp boleh try Fixi or penerbitan @Ipo







Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 04:09 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 20-10-2014 04:05 PM
Nak jwb soalan ini....
macam mana korang nak yakinkan publisher untuk terbitkan karya2 korang  ...

Pedas2



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2014 04:15 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 20-10-2014 04:05 PM
Nak jwb soalan ini....
macam mana korang nak yakinkan publisher untuk terbitkan karya2 korang  ...

Betul cakap akak ladyFinger12 tu.

Kalau hantar karya ganas tahap melampau dan kelucahan melebih hantar dekat jemari seni ke, karya Seni ke... memang awal-awal kena tolak.

Pilih publisher yang betul. Soal diterima atau tidak, tolak tepi.

Kalau ditolak, ambil semula. Olah bagi jadi yang terbaik. Jangan putus asa. Nak lebih lanjut, tanya akak lady kita yang dah keluar beberapa buku. Akak lady lagi banyak pengalaman.
Last edited by wipers81 on 20-10-2014 04:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 11:26 PM | Show all posts
fyi.perogol itu suamiku tajuk alternatif bagi  tajuk novel wedding breaker..hahaha..ada lak jtuh cinta ngn perogol. tpi best cter tu.


Yup. Fixi trima cerita unsur2  psiko dan lgbt contoh kelabu.

.haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 11:52 PM | Show all posts
Kalau untuk Fixi, cuba hantar ke ROMAN. Setahu saya ROMAN banyak karya fixi.

@Esmiria, pastikan sebelum hantar, edit balik manuskrip adik. Olah semula bahasa bagi cantik dan hantar ke ROMAn.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
wipers81 posted on 20-10-2014 03:52 PM
Kalau untuk Fixi, cuba hantar ke ROMAN. Setahu saya ROMAN banyak karya fixi.

@Esmiria, pastikan s ...

Akak, saya tak nak hantar.. penulisan2u tak lepas, apatah lagi roman..haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:35 AM | Show all posts
Esmiria posted on 21-10-2014 07:43 AM
Akak, saya tak nak hantar.. penulisan2u tak lepas, apatah lagi roman..haha

kenapa tak nak cuba? Roman memang banyak keluarkan karya yang bergenre FIxi.

Cuba aje. Jangan takut, ditolak... buat penambahbaikan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:46 AM | Show all posts
kalu genre cinta remaja agak2 publisher mana yg berkenan ek...?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 10:57 AM | Show all posts
wipers81 posted on 21-10-2014 10:35 AM
kenapa tak nak cuba? Roman memang banyak keluarkan karya yang bergenre FIxi.

Cuba aje. Jangan t ...

@Esmiria

Nak menyampuk gak.

Kalau genre mcm cerita Es tu, mungkin lebih sesuai dengan Lejen Press. Try lah. Lejen Press memang ada buku kompilasi cerpen.

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:03 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-10-2014 02:57 AM
@Esmiria

Nak menyampuk gak.


malas nak buat novel.hihi Last edited by Esmiria on 21-10-2014 03:10 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:07 AM | Show all posts
wipers81 posted on 21-10-2014 02:35 AM
kenapa tak nak cuba? Roman memang banyak keluarkan karya yang bergenre FIxi.

Cuba aje. Jangan t ...

hmm..ok .
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 11:41 AM | Show all posts
sellie003 posted on 21-10-2014 10:46 AM
kalu genre cinta remaja agak2 publisher mana yg berkenan ek...?

Teenagers ke? Bleh try PTS, buku prima... kaki novel boleh kut. Karyaseni x pasti. Tp budak2 punya cerita derangnmmg x ambik. Lady pernah tanya. Dato muz sarankan buku prima. Manuskrip dah dekat sethn tertangguh. Dok berkurun kat muka surat 35. Huhu..


Hasil pertanyaan pacit google...


Ingin Jadi Penulis? -Senarai Penerbit Buku di Malaysia (13 penerbit buku popular di Malaysia)

Industri penerbitan dan penulisan tanah air semakin pesat berkembang. Ramai yang bercita-cita ingin menjadi penulis. Namun, ramai yang tidak tahu bagaimana untuk melihat karya-karya mereka diterbitkan dan berada di pasaran. di sini, saya sertakan senarai penerbit buku yang mungkin mahu menerbitkan karya-karya anda.

1.   Alaf21 Sdn Bhd.                                       http://www.alaf21.com.my/
2.   Telaga Biru.                                              http://www.telagabiru.net.my/v2/
3.   KarnaDya Solutions Sdn Bhd.                http://www.karnadya.com.my/v2/
4.   Karangkraft Sdn Bhd.                              http://www.karangkraf.com/
5.   Kaki Novel Sdn Bhd.                                http://www.kakinovel.com/
6.   Dewan Bahasa dan Pustaka.                 http://prpm.dbp.gov.my/
7.   Pustaka Hidayah Sdn Bhd.                     http://www.hidayah.com.my/
8.   Utusan Publications Sdn Bhd.                http://www.utusangroup.com.my/services/publishing
9.   PTS Publications Sdn Bhd.                     http://pts.com.my/
10. DAWAMA                                                 http://www.dawama.com/
11. Karya Seni                                                http://www.karyaseni.my/
12. Jemari Seni                                               http://www.jemariseni.com/
13. Buku Prima                                                http://www.bukuprima.com.my/







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 11:45 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 21-10-2014 11:41 AM
Teenagers ke? Bleh try PTS, buku prima... kaki novel boleh kut. Karyaseni x pasti. Tp budak2 punya ...

banyak publisher sekrg nih sampai x tau mana satu... tp novel sedia ada tak gak edit2... asal nak ada komitmen jek...ada yg mengacau... kekadg writer block...adehai...nih paling payh...

Apapun Thanks cik lady...gigh senarai... Last edited by sellie003 on 21-10-2014 11:46 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:21 PM | Show all posts
Dunia penulisan banyak cabaran. Tak seindah yang disangka. Jika olahan bahasa contohnya banyak menggunakan BMT, alaf21, Karangkraf adalah sesuai.

Bagi gaya santai Kaki Novel, Karya Seni... banyak gaya bahasa begitu untuk kedua-dua penerbit itu.

Intens Idea Fauziah Ashari, October Love antara penerbit yang baru dan desas desus mengatakan kedua-duanya okey.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:39 PM | Show all posts
Suka lady nak ingatkan, apabila kita menghantar manuskrip, hantar kepada satu penerbit saja at one time bg mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. Ada berlaku kes, dua penerbit mahu mencetakkan manuskrip yg sama.

Yes, sebagai penulis kita akan merasakan hak kita utk memilih siapa yg offer paling bagus tapi dunia penerbitan di malaysia tak lah sebesar mana. Pusing2 penerbit bertembung juga. Derang akan tahu. Plus ini satu perkara yg melanggar etika seorang penulis. Sebab itu most penerbit menetapkan syarat manuskrip tidak dihantar ke mana2 penerbit sebelum ini. Meaning, dioranglah yg satu2nya dapat. Unless bila derang confirm tolak baru kita hantar ke publisher yg lain bg keputusan.

Cabaran atau kontra kpd penulis pula, terpaksa menunggu. Masa jawaban/keputusan samada manuskrip diterima atau tidak 1-3 bulan. Imagine bila manuskrip kita ditolak... Tunggu lagi 3 bulan.

So, bukan senang nak jadi penulis. To me, selain dari bakat, semuanya bergantung kpd rezeki. Jika rezeki murah, selepas sebulan, novel berada di pasaran.

Ada org bakatnya excellent tp rezeki menjadi penulis bagaikan tersekat. Terpaksa melalui liku2 perjalanan yg panjang. Ada org, perjalanan menjadi penulis mudah saja walau pun kita baca ceritanya biasa2 saja...

Lady is one of the lucky ones... Bakat tak tara mana pun tapi rezeki itu telah tertulis...   So, u guys out there, selain mengasah bakat dgn memperbanyakkan penulisan, tingkatkan usaha utk memurahkan rezeki juga...

Jaga solat di awal waktu kerana salah satu dpd ganjarannya ialah Allah murahkan rezeki. Tambah dgn solat dhuha. Amalkan ayat seribu dinar dan baca surah waqiah di antara solat maghrib dan Isya. Lakukan secara istiqamah. Insya Allah rezeki menjadi novelis akan tiba.

Berusaha!

Sekian tazkirah dr setazah sempena awal muharram. Last edited by ladyFinger12 on 21-10-2014 12:42 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:43 PM | Show all posts
Betul macam kata Kak lady.

Saya pernah hantar ke Kaki Novel karya saya tu, enam bulan lamanya saya kena tunggu lepas tu kena tolak. Tak apa, saya olah semula. Buat betul-betl dan hantar ke satu publisher lain... ditolak. Mungkin atas kesilapan saya juga. Tapi nasib baik ditolak, dengar-dengar kawan saya kena hentam teruk juga sebab ada seorang penulis yang juga jadi editor di sana kata macam-macam dan alih-alih, novel dia yang keluar bawah publisher tu sampai dua pula tu. Dan sekarang... dengar-dengar dia tengah membodek bos karya seni nak keluarkan novel dia pula.

Apa pun, nak jadi penulis HARGA SEBUAH KESABARAN memang tidak dapat dinilai. Terlalu mahal. Saya dah nak masuk tiga tahun berkecimpung dalam dunia penulisan namun nama masih belum bertapak kukuh, ada juga penulis senior yang mengenali diri ini. Betapa mahal ilmu yang dapat saya kutip, berguru dengan para senior.

Seperti kata akak lady, ya kita perlu muhasabah diri. Jangan kecewa jika rezeki yang kita idami tidak mahu menyinggah, aturan ALLAH SWT itu sangatlah indah. Manalah tahu rezeki di belakang hari lebih tinggi nilainya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:24 AM GMT+8 , Processed in 0.094539 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list