CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

[Contest Deepavali] Main Tumse Pyar Karta Hoon~ TamaT 26/10/2014

[Copy link]
 Author| Post time 23-10-2014 03:47 PM | Show all posts
Kawan2...thanks sudi baca kisah ni yea...

nanti malam akak sambung, sbb nak tepek video lagu2 hindustan...dan kat opis nih pepahm ajelah kena block...baru betul2 terasa citer ni ala2 malaywood...miahahahah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 03:53 PM | Show all posts
blh la mlm nti sesame berguling2...
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 04:24 PM | Show all posts
merahsilver2U posted on 23-10-2014 03:53 PM
blh la mlm nti sesame berguling2...

kan, kan, kan....kita berhindustani malam nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 10:14 PM | Show all posts
Dalam Hatiku Ada Kamu

Di bilik mesyuarat pagi itu, Asyraf diperkenalkan kepada staff-staff sebagai Pengurus Kanan Projek merangkap pembantu kepada CEO Haniff. Selaku Pengarah, Datuk Syed Hashim mahukan kedua anak lelakinya saling memberi komitmen dalam tugas-tugas yang diamanahkan bagi memajukan lagi perniagaan syarikat keluarga mereka.

Semua staf-staff teruja dan gembira menerima ketua baru mereka. Paling tak menahan desas-desus staff-staff wanita mengenai perihal Asyraf menjadi buah mulut serta usikan nakal ingin berdamping dengan lelaki tampan itu. Kalau nak bandingkan Haniff ketika mula-mula masuk dalam syarikat pun tidak kalah menjadi buah mulut staff-staffnya. Namun, perawakan Haniff yang kurang bercakap hanya bila perlu, membuatkan staff-staff wanita kurang bergosip dan memperkatakan perihalnya.

Lain pula halnya Asyraf. Pemuda lepasan Master itu begitu ramah dan mudah tersenyum membuatkan semua staff terutama wanita tersenyum-senyum sendiri hingga terbawa-bawa ke tempat kerja masing-masing. Senyuman Asyraf menawan kalbu menyentuh hati setiap wanita.

“Va, va…Sasha, Pretty. Itu Mr. Raf so handsome.”

“Betul tu Prema, dah rasa…Kuch, Kuch Hota Hai hati I ni…”

Sasha dan Prema menyambung angan mereka sehingga dari tadi kerja mereka tidak berusik.

Pap!

"Am'mā ninkal recnik…"

“Opocot mak hang.”

Sasha dan Prema melatah dikejutkan bunyi hempas fail dari meja Pretty.

“Ayoyo, Pretty what happen to you? Banyak terkejut I punya jantung.”

“Yelah kau ni Pretty. Tiba-tiba puting beliung datang, apa hal? Ee..shh…”

Sasha mengurut-urut dada.

“Siapa lagi yang buat I hangin kalau tak Encik Haniff tu. Suka-suka nak aku ikut dia jumpa client.”

“Eh, itu kan kerja Kak Zu. Kenapa kau pulak yang kena pergi?”

“Tu pasallah aku tengah hangin ni. Dia kata Kak Zu MC hari ni. So, dia ajak aku. Aku minta postpone, katanya client tu esok dah berlepas ke Jepun. Lepas tu aku minta dia cari korang ke? Tak nak. Dia nak aku jugak yang kena teman dia ni. Geram sangat ni tau. Aku malaslah nak keluar-keluar pejabat. Kan ke kerja-kerja aku kat dalam office ni je.”

Sasha dan Prema saling bersiut-siut mengumpat kecil-kecilan. Dari tadi Pretty hanya mendengar sosek-sosek diorang berdua yang duduk sebelah-menyebelah.

“Hamboiii…korang, seronok ke mengumpat aku tadi.”

“Bukanlah Pretty, aku musykil dengan cerita kau ni. Memang betul apa yang Prema cakap ni.”

Pretty menongkat pelipisnya di atas meja.

“Prema, tell me the truth. What do you think about my problem just now?”

“I think aa… itu Mr. Haniff suka kat you lah Pretty.”

“What? Suka kat I? Oh please.”

“Betullah Pretty. Aku pun fikir macam tu jugak. Kenapa kau yang diajak beriya-iya? Sedangkan kami ni pun sedia berkhidmat untuk dia. Melainkan, Encik Haniff tangkap cintan kat kau. Nak kau selalu dekat kat dia. Kau saja yang menafikan perasaan dia kat kau. Kami berdua nampak jelas tau cara dia pandang kau, cara dia bercakap dengan kau…macam, something…tak berkelip. Lepas tu mata dia…bling-bling, bersinar-sinar bila nampak kau…”

“Ehhh…stop, stop, stop. Jangan nak berhindustan sangat boleh tak. Pandai ek korang buat cerita. Nak sangat jadi penulis novel ke? Tulislah mana tau boleh kaboom…laris kat pasaran. Lepas tu boleh buat drama kan…”

“Ayooo…Pretty, ini betul punya love story. You tak tau, kami selalu nampak Mr. Haniff stalk you tau, dari itu mirror in his room. Your dancing, you sing a Hindustan song. He stalks you everyday okey.”

Terkebil-kebil Pretty mendengar cerita yang padanya dongeng itu. Takkanlah. Mustahillah Encik Haniff suka kat aku. Impossible.

“Korang ni, jangan takut-takutkan aku boleh tak. Tak sukalah gurau-garau kasar macam tu. Aku tak percaya. Impossible. No, kabbhi nehi.”

“Tak payah nak kabhi-kabhi sangatlah Pretty. Percayalah cakap kami. Sebelum kau berangkat temankan dia pergi jumpa client dia tu, cuba kau renung-renungkan dan…selamat beramal. Hehehe…”

Sasha dan Prema mengekek ketawa dan kembali menyambung kerja mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 10:24 PM | Show all posts
Eh, Encik Haniff tak naik kereta ke?

Kelam-kelibut Pretty mengekori langkah panjang Haniff menuju ke… Stesen LRT?

“Hari ni kita naik LRT saja.”

Seakan-akan tahu Pretty bersoal jawab dalam hati.

Pretty mengikut sahaja tanpa bantahan. Okey jugak naik LRT dari pejabat mereka ke Ampang Park. Senang dan tak perlu bersesak-sesak atas jalanraya.

Mereka berdua menanti dan tak sampai 3 minit menunggu LRT pun sampai ke terminal. Pintu dibuka lalu sama-sama melangkah masuk ke perut LRT. Tempat duduk banyak yang kosong memandangkan waktu pejabat dan masih awal pagi, tak perlu bersesak mencari tempat duduk. Mereka berdua duduk sebelah-menyebelah dan LRT mula meluncur laju atas landasan.

Pretty melihat-lihat sekeliling bagi menghilangkan bosan. Pelbagai ragam penumpang di dalamnya. Terdapat penumpang dari pelbagai bangsa dan peringkat umur.

Perlahan-lahan Pretty mencuri-curi pandang bossnya. Berkemeja rona biru muda dan bertali leher biru, jalur putih dan, berseluar slack warna biru gelap. Smartnya boss aku hari ini.

Pretty sedikit berkerut melihatkan Haniff lebih tertumpu memandang kosong ruang dalam LRT dan…mulut lelaki itu seolah-olah seperti meratib. Perlahan-lahan Pretty mendekati Haniff. Cuba diamati apa yang sedang diratibkan oleh Haniff.

Aik, dia menyanyi? Lagu apa?

“Awak nak dengar saya nyanyi ke?”

Tersentak Pretty ditegur drastik Encik Haniff. Nasib aku tak menjerit tadi. Kus semangat. Suka sangat Encik Haniff ni terperanjatkan aku.

“Lagu apa tu?”

Perasaan ingin tahu Pretty diluahkan jua. Tak salah bertanya kan.

“Awak rasa?”

“Manalah saya tau. Bukan dengar sangat pun.”

“Okey, tiba-tiba teringat ada lagu ni. Bila naik train teringat lagu ni.”



Chal Chaiyya Chaiyya Chaiyya Chaiyya…
Chal Chaiyya Chaiyya Chaiyya Chaiyya…


Pretty terpegun. Di ruang layar mata dan mindanya gambaran suasana seperti filem Hindustan. Haniff tiba-tiba berpakaian seperti Shah Rukh Khan sedang rancak menari mengikut rentak. Manakala penumpang yang ada bertukar ke pakaian penuh warna-warni saling menghiburkan hati, menyanyi sambil menari.

“Hahahah….” Meletus ketawa Pretty memenuhi ruang. Seronok melihat suasana khayalannya tadi.

Haniff termasuk para penumpang pelik melihat kerenah Pretty. Tiba-tiba ketawa tak tentu pasal. Haniff menggaris senyum. Dia mengeluarkan smartphone lalu, merakam adegan indah dimata membawa kehatinya.

Uppss… Pretty terhenti ketawa apabila menyedari ramai mata yang memandang pelik kepadanya. Dia beralih pandang kepada Haniff. Lelaki itu tersenyum sambil menghala smartphone ke arahnya.

“Encik Haniff buat apa tu?”

“Rakam fenomena indah.”

Fenomena? Pretty tertoleh-toleh melihat fenomena indah yang diperkatakan itu. Tak ada apa-apa pun yang menarik. Banyak ruang kosong ada lah.

“Apa yang indahnya Encik Haniff? Tak ada apa pun?”

Haniff tidak membalas kata. Dia menyimpan smartphone setelah puas merakam pujaan hati yang ‘blur-blur ayam’ itu.

Srett…. Sudah sampai ke detinasi.

“Jom. Dah sampai.”

“Oh, okey.”

Terus Pretty bangun dari duduknya mengekori Haniff yang sudah laju melangkah keluar dari perut LRT. Last edited by sellie003 on 23-10-2014 10:43 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 10:27 PM | Show all posts
Haniff dan Pretty mengambil tempat di sebuah restoran. Selesai pertemuan dengan client dan sudah mencapai kata sepakat, mereka berdua meninggalkan hotel dan mencari mana-mana restoran untuk makan tengahari.

Masing-masing menjamu selera tanpa bual bicara. Usai mengalas perut mereka terus bergerak semula ke terminal pulang ke pejabat. Dan sekali lagi suasana dalam LRT menggamit alunan irama ‘Chaiya, Chaiya’.

Mereka berdua saling menyembunyikan senyuman. Tersirat memori tadi hanya mereka berdua yang tahu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-10-2014 10:32 PM | Show all posts
Dalam lif Syarikat Maju,

Hihihi… bersisa suasana lucu dalam LRT yang direka dalam kotak minda Pretty.

“Apa yang lucu sangat tu?” Haniff tersenyum memandang wajah Pretty yang malu-malu menutup garis senyumnya.

“Tak ada apa. Cuma curious.”

“Apa yang awak nak tau?”

“Encik Haniff, suka lagu Hindustan ke?”

“Saya? Hmmm….suka juga. Kalau melodinya sedap didengar, suka juga saya dengar.”

“Ohh…” Satu perkara yang belum pernah Pretty ambil tahu. Tak sangka Haniff suka juga mendengar lagu Hindustan. Patutlah dia tau lagu Chaiya, Chaiya dari filem Dil Se tu.

“Senyap je. Tak sangka saya suka dengar lagu Hindustan ke?”

Pretty mengukir senyum segan.

“Saya ingat, orang macam Encik ni lebih sukakan lagu-lagu dari barat.”

“Macam saya kata tadi. Kalau melodinya easy listening, saya suka je semua genre lagu. Hatta melayu asli sekalipun.”

“Oh, jadi, Encik pun suka jugalah dengar Radio Klasik.”

“Yup, teringat memori mak dan ayah kita dulu-dulu. Macam manalah diorang bertemu dan bercinta. Kadang-kadang, dari lagulah bagai menceritakan rentak kehidupan kita sehari-hari.”

“Betul tu. Saya suka pendapat Encik.”

“Aik, suka komen saya jek. Orangnya?”

Haih Encik Haniff, selalulah buat aku ‘blushing’ begini. Opp… stop. ‘Blushing?’ No way.

Gruummm…

“Warghh…! Encik Haniff…!”

Melengking Pretty saat lif tiba-tiba ‘blackout’.

“Jangan takut Cik Putri, saya ada kat sini.”

Terasa dakapan kejap kedada Haniff. Cemas menyelimuti jiwa Pretty. Gelap sungguh kat dalam lif ni.

Eh, kuatnya bunyi… dup, dap, dup, dap… tiba-tiba Pretty merasakan tubuhnya bergetar. Baru Pretty jelas keadaan itu.

Encik Haniff sedang menggigil ke?

“Encik Haniff, Encik Haniff. Awak tak apa-apa?”

Suara Pretty mulai cemas. Tubuhnya yang dalam pelukan Haniff tiba-tiba longlai. Sama-sama mereka jatuh melurut terduduk atas lantai lif.

“Cik Putri…” Lemah sungguh suara itu.

“Ya Allah, Encik Haniff, Encik….bawak bertenang. Saya ada kat sini. Ingat Allah Encik, ingat Allah.”

Pretty meraba-raba muka Haniff. Merecik-recik peluh di seluruh wajah Haniff. Perasaan trauma dan panik bersatu padu menguasai jiwa Haniff. Malah, sudah lencun kemejanya dibasahi peluh.

Ya Rabbi Encik Haniff. Dia, Achluophobia ke? Kesiannya. Baik aku tenangkan dia.

Pretty mendakap erat tubuh Haniff yang menggigil kuat. Dia menggosok-gosok perlahan belakang tubuh Haniff sambil berzikir di tepi cuping telinga Haniff.

Dah darurat, terpaksalah aku yang tenangkan dia. Aduh, bila nak pulih lif ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2014 11:33 PM | Show all posts
Pretty menghulurkan mug kepada Haniff yang duduk disofa sambil diselimuti kot. Saat hendak menyambut mug itu pun tangannya menggeletar hebat. Atas rasa simpati, Pretty memegang tangan Haniff dan membantu Haniff memegang mug yang dihulurkan.

Haniff memandang sekilas wajah Pretty.

“Thanks.” Perlahan-lahan disisip teh o panas yang dibancuh Pretty di pantry.

Semua staf berasak meninjau-ninjau ke bilik pejabat Haniff. Masing-masing risaukan Haniff yang rupanya mempunyai penyakit ‘fobia terlampau dalam gelap’. Kecoh jugalah apabila berlaku blackout dalam lif tadi. Rata-rata cemas juga apabila diketahui dari CCTV oleh pihak sekuriti yang Haniff dan Pretty terperangkap dalam lif selama hampir setengah jam.

“Ehem, ehem…” Datuk Hasyim berdehem.

Para staff masing-masing berpaling dan menunduk hormat Datuk Hashim serta Asyraf yang baru sahaja tiba hendak menjenguk keadaan Haniff. Masing-masing memberi laluan dan mula bersurai, balik ke tempat kubikel masing-masing.

Datuk Hashim dan Asyraf masuk ke bilik Haniff. Pretty yang sedia tegak berdiri menemani Haniff terus menunduk hormat. Serba-salah hendak keluar saat in atau, kena tunggu kejap lagi. Sempat dia menala pandangan kepada Asyraf dan masing-masing member senyuman mesra.

Datuk Hashim melabuh duduk di sisi Haniff yang kian tenang. Pretty berkira-kira mahu beredar kerana kala ini, dia tidak diperlukan dan memberi ruang buat mereka sesama anak beranak.

“Cik Putri.”

Pretty menghentikan langkah dan berpaling. Terangkat sedikit keningnya seolah bertanyakan Haniff.

“Thanks for the tea and…your help just now.”

“Tiada masalah Encik Haniff. Jaga diri ya, saya…minta diri dulu Encik Haniff, Datuk dan…Encik Asyraf.”

Pretty tidak betah berada lama di bilik Haniff apabila tiga pasang mata galak memandangnya. Wajahnya sudah tidak mampu menahan malu. Naik merah menerpa dikulit wajah. Tebal semacam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2014 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Mati2 ingat Pretty tu indian girl sekali baca Bismillah tu yg pelik sikit

Keep it up TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2014 09:50 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 24-10-2014 08:25 AM
Mati2 ingat Pretty tu indian girl sekali baca Bismillah tu yg pelik sikit  

Keep it up TT

huhu...kiranya pretty ni anak mami...lawo...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa ni dah boleh jd novel laa
dalam fikiran aku kalo cerpen total posting tak lebih dr 4 atau 5..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:41 AM | Show all posts
potong betul la hanif ni..

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 10:42 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 24-10-2014 10:10 AM
Aku rasa ni dah boleh jd novel laa
dalam fikiran aku kalo cerpen total posting tak lebih dr 4 at ...

suka hati dia la
cik sellie, pedulikan conan nih

memang betul la cerpen... sebenarnya hanya 7 ke 8 mukasurat jika kertas A4. Kalau nak hantar ke majalah pun..itu juga syaratnya..itupun font size dah 12..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2014 12:53 PM | Show all posts
aku tarik diri dari contest

SEKIAN TERIMA KASIH
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2014 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sellie003 posted on 25-10-2014 12:53 PM
aku tarik diri dari contest

SEKIAN TERIMA KASIH

knp tarik diri cik @sellie003
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 12:52 AM | Show all posts
ingatkn tolak kredit sebb tak layak masuk kontes....kan nak page takat 4-6 muka jek...

sorry miss understanding...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2014 07:23 AM | Show all posts
Cintaku, Cintamu

Haniff melemparkan kot atas katil dan melepaskan lelah dibirai katil. Dia berteleku di kedua pahanya sambil memegang kepala dan meraup anak rambut ke belakang. Haniff menelentang tubuhnya atas tilam. Dibirai mata terbias wajah manis Pretty tersenyum manja kepadanya melalui atas siling kamarnya. Haniff mengusap bahagian dada. Degupan deras mengalunkan rentak irama cinta nan syahdu.



Kisi Roz Tumse
Mulaakaat Hogi
Meri Jaan Uss Din
Mere Saath Hogi

Magar Kab Naajaane
Yeh Barsaat Hogi

Mera Dil Hai Pyaasa
Mera Dil Akelaa

Haniff bangkit dari perbaringan dan membawa langkahnya ke beranda. Menatap langit penuh gemerlapan bintang-bintang bersinar terang.

Zara Tasveer Se Tu
Nikal Ke Saamne Aa
Meri Mehbooba
Meri Taqdeer Hai Tu
Machal Ke Saamne Aa,
Meri Mehbooba.


Sekali lagi wajah Pretty menyinar di balik gemawan dan lebih menyerlah dari segala bintang. Hati Haniff semakin mendambakan si dia. Yang adakalanya seperti sudi dan tidak akan dirinya.

Adakah si dia benar-benar cinta?

*****************************
Di masa yang sama di kamar Pretty,

Sebaik selesai mandi, Pretty membuka MP3 lagu Hindustan di lappy miliknya. Begitu riang Pretty menyanyikannya sambil menari-nari.

Obla Dee Dee Dee
Obla Daa Daa Daa
Obla Doo Doo Doo
We Love You

Bhalaa Kaun Hai Who
Humein Bhi Bataaoo
Yeh Tasveer Uski
Humein Bhi Dikhaao
Yeh Kissay Sabhi Ko Sunaate Nahin Hain
Magar Doston Se Chupaate Nahin Hain
Chupaate Nahin Hain
Tere Dard-E-Dil Ki Dawaa Hum Karenge
Naa Kuch Kar Sake To Duaa Hum Karenge
Naa Kuch Kar Sake To Duaa Hum Karenge
Duaa Hum Karenge

Tadap Kar Aayegi Who
Tujhe Mil Jaayegi Who
Teri Mehbooba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 07:27 AM | Show all posts
Pretty buka pintu pejabat dan wahhh… dia disambut riang gembira oleh Prema dan Sasha di muka pintu masuk pejabat. Siap ditabur-tabur kepingan-kepingan kecil kertas warna-warni menyambutnya.

“Woit korang, apahal kecoh sampai tabur-tabur kat aku ni. Birthday aku dah lepaslah.”

Pretty menyapu-nyapu kepingan-kepingan kecil itu di atas kepala. Apahal lah diorang ni bikin havoc. Malu kalau Encik Haniff nampak semua ni.

“Bukan pasal sambut birthday kaulah, kami nak sambut heroin Encik Haniff yang superwoman ni kan Prema.”

“Betul, you are the iron lady. Our best friend.”

“Hish korang ni. Kalau korang ada kat tempat aku pun, macam tu jugak.”

“Kami takkan seberani itulah Pretty. Ntah-ntah kami dah meraung sama dengan Encik Haniff. Kan Prema.”

“Correct. I pun akan sama-sama jerit for help. And you, still calm walaupun Mr. Haniff got sick. Va, va…you are superb Pretty.”

“Eee…korang ni. Aku bukan buat apa-apa yang membanggakan pun…”

Sasha dan Prema saling merapati apabila muncul Haniff dari biliknya tanpa disedari Pretty yang bossnya sudah berpeluk tubuh di belakangnya.

Puas Sasha dan Pretty membuat isyarat tangan tertunjuk-tunjuk dari belakang Pretty yang tak henti-henti membebelkan mereka. Kemudian, Haniff meletakkan jari telunjuk ke bibir tanda meminta Sasha dan Prema diamkan sahaja.

“Benda kecik je pun. Bukan aku yang beriya-iya nak tolong. Dah masa tu masing-masing cemas, panik. Ingat aku ni tak panik…bukan takat tu aje, nak pitam pun ada tau…tapi tulah, alih-alih boss kita tu pulak ada penyakit. Ya Allah, makin cuak aku time tu…”

“Thanks for your great help.”

Gulp. Terhenti bebelan Pretty bersama langkahnya nak ke tempat duduknya. Terpaku tanpa menoleh arah suara ‘familiar’ di belakangnya.

Sasha dan Prema sudah tersengih-sengih. Cepat-cepat mereka berdua kembali ke tempat duduk masing-masing.

Perlahan-lahan Pretty menoleh dan menyimpul senyum segan.

“Err…tak ada apa sangatlah Encik Haniff. Itu…cuma…cuma pertolongan kecil saja. Tak ada pun. Hehe…”

Aduh, bila kala dia terpacak kat situ?

Pretty memintal-mintal hujung baju kurungnya. Tak keruan. Kemudian menunduk malu.

Haniff datang menghampiri.

“Masuk ke billik saya kejap.”

Haniff menala telunjuk ke bilik pejabatnya lalu mengajak Pretty masuk .

“Pst, pst korang…”

Sasha dan Prema serentak memanjangkan leher sambil mengangkat kening.

“Kenapa korang tak cakap boss kat belakang aku hah?”

Sasha dan Prema sama-sama mengangkat tangan dan bahu. Pretty naik geram dan menghentak kaki lalu ke bilik pejabat Haniff. Sasha dan Prema saling mengekek ketawa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 07:34 AM | Show all posts
Encik Haniff jemput aku ke rumahnya untuk makan malam bersama keluarga? Aih, malu aku. Nak tolak rasa macam tak patut jek tadi.

Pretty sudah bersiap-siap. Malah, ibu bapa Pretty turut dijemput makan malam bersama keluarga Haniff tanda ucapan terima kasih.

Kedengaran bunyi hon dari luar rumah. Pretty berganjak dari meja solek dan meninjau dari tingkap kamarnya. Kelihatan mama dan papa sedang menyambut Haniff dari halaman rumah. Tanpa berlengah Pretty keluar dari kamarnya. Mendapatkan mereka yang sedang menantinya.

*********************************

Di ruang tamu, banglo mewah keluarga Haniff.

Usai menjamu selera mereka berbual dan saling bergelak ketawa. Pretty agak pendiam dan bercakap bila ditanya. Itupun sepatah. Sempat Pretty mencuri pandang Haniff begitu ramah berbual dengan kedua orang tuanya. Asyraf pun, sedia maklum ramahnya tiada beza bila di rumah. Paling ketara Haniff. Ramahnya hanya bersama keluarga, jauh sekali bila di pejabat. Sedikit pendiam.

Pretty membawa diri ke gazebo di luar laman rumah sambil menghayati bintang dilangit dan menghirup udara malam. Nyaman sekali. Dia tidak betah berada di kalangan mereka. Terasa sudah semakin menebal kulit wajahnya menerima puji-pujian dari kedua ibu bapa Haniff.  Dia tidak berasa suka dipuji begitu. Baginya akan menambah riak dihatinya. Demi tidak terus-terusan dilanda perasan. Baik dia berada sahaja di luar. Tenang sahaja.

“Sorang saja?”

Dalam keadaan berpeluk tubuh, Pretty lantas menoleh arah suara itu. Kelihatan Haniff mendekatinya di sisi.

“Saya, segan Encik Haniff.”
“Nak segan apa?”

Pretty menunduk. Tak tahu nak dijelaskan bagaimana.

“Apa yang mummy dan daddy kata tu betul. Awak, memang seorang yang tabah.”

“Saya pun tak tau nak buat macam mana masa tu. Sekadar cuba bertenang dan…berdoa. Tak ada yang hebat pun Encik Haniff.”

“Tapi, kalau perempuan lain yang dengan saya, lain pula situasinya.”

“Encik Haniff. Jangan cakap lagi pasal tu. Saya, dah tak tau mana nak sorok muka ni.”

“Okey, okey maafkan saya.”

Kemudian situasi antara mereka hening dan saling melayan perasaan masing-masing.

***********************************

“Nah, untuk you.”
“Apa ni Raf?”
“For being wonderful women.”

Asyraf menghulurkan sekotak kecil hadiah dan disambut Pretty teragak-agak.

“Err…thanks Raf. I…”
“Tak perlu kata apa-apa. Terimalah tanda perkenalan kita.”

Pretty menunduk malu. Bagaikan berada diawang-awangan dengan kata-kata indah Asyraf.

Dikejauhan, Haniff melihat pilu kemesraan mereka. Hadiah bersaiz kotak sederhana yang berada digenggamannya terkulai di sisinya. Dia beransur ke kamarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 07:38 AM | Show all posts
Bingkisan Terakhir

“Daddy.”

Haniff masuk ke bilik pejabat Datuk Hashim lalu saling berdakapan. Masing-masing duduk bertentangan atas sofa.

“Ada hal apa nak jumpa daddy?”
“Ermm..begini dad. Tawaran yang daddy nak Haniff ke Istanbul tu, masih buka lagi ke?”
“Oh, masih. Sebab, daddy belum jumpa calon yang sesuai untuk uruskan cawangan kita di sana. Kenapa?”
“Haniff nak terima tawaran tu dad.”
“Hah? Kamu biar betul?”
“I’m serious dad. Rasanya, sudah sampai masa Haniff menimba pengalaman uruskan cawangan kita di sana.”
“Hmmm… baiklah kalau begitu. Bila kamu nak ke sana?”
“Besok?”
“Cepatnya.”
“Dad, tawaran ni pun dah lama. Tak elok kita lengah-lengahkan. Betul tak.”
“Betullah tu.”

Datuk Hashim dan Haniff bangun dari duduk. Mereka saling berpaut bahu dan berdakapan sekali lagi.

Demi ingin melupakan dia. Aku harus pergi.

******************************

Di balik dinding cermin bilik pejabatnya, Haniff asyik sekali melihat gerak-geri Pretty. Setelah puas menatap wajah itu, Haniff berlalu ke meja kerja dan mengemas barang-barang penting untuk dibawa balik. Tak banyak barang yang hendak dibawa pulang. Cukup sekadar sekeping fail peribadi dan dua buah buku motivasi.

*******************************
Hari terakhir,

Haniff tercari-cari wajah Pretty di kalangan staff-staff di bilik mesyuarat. Tiada.

Mana perginya Pretty? Sejam lagi aku dah nak berangkat ke Instanbul.

Datuk Hashim meminta semua staff berkumpul di bilik mesyuarat pagi itu kerana hendak membuat pengumuman akan keberangkatan Haniff ke Instabul. Sekaligus untuk meraikan keberangkatan Haniff ke sana.

Rata-rata para staff tertanya-tanya juga mereka semua diminta berkumpul di bilik mesyuarat sedangkan tiada menerima sebarang memo. Dan apabila diumumkan Haniff akan meninggalkan syarikat untuk mengusahakan cawangan perniagaan keluarga di Instanbul, semua dikalangan staff masing-masing terkejut dan terpinga-pinga.

“Saya mohon maaf jika pemergian saya dari syarikat ini mengundang rasa terkejut dan tertanya-tanya pada kalian semua. Ikutkan, saya sudah lama ditawarkan oleh Datuk, iaitu daddy saya sendiri nak saya uruskan cawangan kami di sana. Jadi, sudah tiba masanya saya perlu menguruskan syarikat keluarga saya di sana. Justeru, selepas pemergiaan saya nanti saya harapkan doa daripada anda semua semoga, saya beroleh kejayaan di tempat baru nanti. Dan yang pasti, saya pun akan doakan untuk kalian semua.”

Sasha dan Prema antara yang paling terkesan dan terkejut menerima perkhabaran itu. Memandangkan mereka bakal ditinggalkan oleh boss mereka yang sangat baik hati. Tidak pernah sekalipun Haniff meninggikan suara. Cuma, bila ada yang tidak kena dengan kerja-kerja mereka, Haniff hanya menampal sticky note pada laporan yang tidak betul untuk dibaiki.

Selebihnya, Haniff kerap juga memanggil Pretty masuk ke bilik pejabat dan sekali-sekala bila Pretty bercuti, barulah khidmat mereka diperlukan.

“Va Sasha, kita bakal kehilangan boss yang baik kan.”
“Yelah Prema. I sedih sangat tau.”

Mereka berdua saling berpelukan dan tersedu sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.404967 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list