CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

[Contest Deepavali] Main Tumse Pyar Karta Hoon~ TamaT 26/10/2014

[Copy link]
 Author| Post time 26-10-2014 07:54 AM | Show all posts
“Ya Allah, Sasha, Prema I betul-betul stress. Hari ni malang betul nasib I. Tadikan tiba-tiba kereta I tak boleh start. I tunggu teksi, lamanyaa…lepas tu ada accident pulak kat selekoh nak masuk simpang menuju kat pejabat. Stuck jugaklah setengah jam. Tengok jam, hmmm…dah satu jam baru sampai pejabat. Terkocoh-kocoh I masuk office…”

Pretty melabuhkan punggung atas kerusi sambil memandang pelik Sasha dan Prema senyap seribu bahasa. Sugul sahaja wajah mereka berdua. Sesekali kelihatan Sasha dan Prema mengesat air mata dipipi.

Haih, pelik semacam diorang ni. Ada sesiapa yang meninggal ke?

“Err…korang, kenapa senyap je ni? Dah tu, kesat air mata bagai. Ada…orang meninggal ke?”

Sasha memandang sekilas wajah Pretty lalu bangkit dari tempat duduk. Dicapai sesuatu dari atas meja kerjanya.

“Nah Pretty, untuk kau.”

Sasha menghulurkan hadiah kotak sederhana besar kepada Pretty. Berkerut melihat kotak hadiah tersebut.

“Untuk aku?”
“Ambil sajalah Pretty. Jangan patahkan hati orang.”

Sasha menarik kasar tangan Pretty dan diletak atas tapak tangan Pretty. Terus dia kembali ke tempat duduk dan menelangkup muka atas meja. Terdengar tangisan kecil  Sasha.

Pretty bertambah hairan. Lalu, perlahan-lahan dia membuka balutan hadiah. Berdebar-debar jantung saat membuka balutan kotak tersebut. Kelihatan sekeping kad dan diambil lalu diselak.

Buat Cik Putri aka Pretty,

Aik, tau pun nama aku.

Saya mohon maaf jika kad ini mengundang rasa kurang senang Cik Putri terhadap saya.

Kurang senang?

Tentu Cik Putri hairan, kenapa saya sering memanggil dengan nama itu? Sebenarnya, saya sendiri tak tau sebabnya. Bagi saya, nama Pretty atau cantik memang bertepatan buat Cik Putri yang suka Hindustan dan…sememangnya cantik orangnya. Mungkin juga, mama atau papa Cik Putri sukakan Hindustan, jadi…nama itu dipilih.

Pretty tu mama dan papa sama-sama pilih. Mereka sama-sama sukakan lagu-lagu Hindustan. Pretty tersenyum kecil.

Pertama kali saya lihat Cik Putri, hati saya bagaikan dihiasi taman-taman indah dan hidup saya bagaikan rama-rama terbang diawangan. Saya lihat Cik Putri seperti melihat seorang Puteri yang sedang menari dan menyanyi di laman istana yang indah.

Pretty terkasima dan terkedu.

Maaf Cik Putri, itulah yang saya rasakan saat bila melihat Cik Putri. Sekali lagi, saya mohon maaf jika hati Cik Putri makin tidak selesa setelah membaca warkah pertama dan terakhir ini.

Pertama dan terakhir?

Saya doakan Cik Putri berbahagia selalu dan ‘Selamat Tinggal’.

Haniff.


“Huh.” Terlepas kad itu jatuh atas riba. Terketar-ketar tangan Pretty menyelak bungkusan yang berlipat kemas. Membulat mata Pretty melihat isi kandungannya.

Pretty mengangkat sedikit baju tradisional india ‘Abaya Silk’ jenis Salwar bersama kain selendang yang begitu cantik dan menawan. Perlahan-lahan air mata mengalir dipipi Pretty.

****************************

Pretty berlari-lari mengelilingi terminal mencari kelibat Haniff di tempat penumpang yang mahu berlepas ke lapangan terbang. Dia melihat jam ditangan. Resah gelisah hati Pretty.

Langkahnya semakin tidak keruan. Gerangan yang dicari masih tidak ketemu. Dia berlari dan terus berlari tanpa tujuan. Hatinya semakin tidak menentu dan pilu menguasai jiwanya yang kacau.

“Arghh…” Pretty jatuh tertiarap di tengah-tengah lapangan terminal tempat orang lalu-lalang. Wajahnya semakin basah berjurai air mata.

“Cik, cik tak apa-apa.” Pantas Pretty menengadah. Makin kuat tangisannya.
“Raff…uhhuhuu…”
“You, nak jumpa abang I?”

Pretty mengangguk-angguk dengan linangan air mata mengalir laju dipipi. Asyraf memandang penuh simpati wajah Pretty yang kebasahan dengan air mata. Dipaut kedua lengan Pretty dan dibangunkan tubuh Pretty berhati-hati.

“Raf, mana Encik Haniff?” Tersedu-sedu Pretty bertanya.

Asyraf menunduk, kemudian memandang semula wajah Pretty.

“Maaf Pretty. Abang I… dah pergi kejap tadi.”

Meraung Pretty di hadapan Asyraf dan tubuhnya tiba-tiba lemah, terduduk di atas lantai marmar. Asyraf baru mengerti, mungkin pemergiaan abangnya yang tiba-tiba adalah kerana Pretty.

Abang, kenapa kau tak terus terang tentang perasaan kau?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2014 08:11 AM | Show all posts
Antara Dia, Kau Dan Aku

Lima tahun berlalu,

Suasana di pejabat sunyi dan sepi. Tiada lagi alunan irama Hindustan dan tarian asyik yang sentiasa mewarnai harian tugas di pejabat. Pretty sudah biasa keadaan itu sejak pemergian Haniff dan digantikan tempat CEO oleh adiknya, Asyraf. Pretty berhenti menaip. Dia menongkat dagu dan termenung sejenak.

Di sebuah restoran,

“You tak suka dengar lagu Hindustan?”

“Yup, boring dan I tak suka lagu-lagu jiwang khayal macam tu.”

“Habis tu, you suka lagu-lagu yang macam mana?”

Asyraf tersenyum.

“I suka lagu-lagu rock, balad, jazz and hip hop.”

Hah? Hip hop pun dia suka. Adeh, not my taste.

“You pulak. Suka lagu yang macam mana? Balad? Instrumental? Romantic melody? Hmmm…?”

“Ermmm… Hindustan. I suka sangat dengar lagu Hindustan. I tak rasa ia mengkhayalkan. Melodinya kalau dihayati cukup indah sekali.”

“Oh…” Asyraf terhenti menyudu makanan ke mulut.

Pretty terus menyuap makanan tanpa langsung mengangkat muka selepas itu.

Pretty tersentak dan membuang ingatan itu jauh-jauh. Dia, sememangnya tidak serasi langsung dengan Asyraf. Dan nyata sekali bukan My Rohan seperti yang dia impikan selama ini. Encik Haniff? Pretty mengeluh sendiri. Entah kenapa rindu benar dengan lelaki itu. Kalbunya tiba-tiba dipagut pilu dan irama sedih mulai berkumandang dalam hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 08:12 AM | Show all posts
“Sabtu ni kamu ada rancangan nak ke mana-mana?”

Encik Maarof memecah ruang sepi dimeja makan malam itu.

“Tak papa. Lagipun, selama ni kan Pretty memerap kat rumah. Tak pernah nak eke mana-mana pun.”

“Tak ada lah, mana tau kamu tu tiba-tiba ada rancangan nak keluar.”

“Confirm pa, Pretty tak ke mana-mana.”

“Baguslah, sebab ada tetamu penting nak datang sabtu ni.”

Terhenti Pretty ketika membasuh tangan.

“Siapa papa?”

Pretty mencapai pula gelas berisi fresh orange dan diteguk perlahan.

“Datuk Hashim dan Datin Kalthom nak datang merisik kamu.”

Bruuff…

Tersembur fresh orange dari mulut Pretty.

“Ya Rabbi anak dara ni. Apa tersembur-sembur ni Pretty?”

Puan Maria mula bising melihatkan meja makan terpercik dengan semburan fresh orange. Baru lap tadi ni. Bertuah punya anak.

“Maaf mama, Pretty terkejut tadi. Kenapa nak merisik pulak? Pretty tak naklah.”

“Tak boleh macam tu Pretty. Papa dan mama dah setuju nak diorang ke mari merisik kamu. Jangan nak bagi malu papa dan mama. Yang datang tu bukan calang-calang orang, Pretty. Bertuah tau anak papa ni.”

“Tapi papa. Mama…” Pretty mohon simpati Puan Maria. Namun, macam tak jalan je. Mama dan papa saling sepakat membawa berkat. Patutlah bahagia sampai ke tua. Hish…

“Pretty, cuba kamu beri peluang mereka datang merisik.”

“Bukan tak bagi peluang mama, papa. Pretty tak naklah dengan Asyraf tu. Tak ngam langsung.”

“Habis, kamu ingat Asyraf sorang tu je anak mereka.”

“A…apa maksud mama ni?”

“Mama tak maksudkan apa-apa. Cuma Pretty tu, sampai bila nak sendiri. Kalau Asyraf pun nakkan kamu. Apa masalahnya kalau tak serasi pun, cuba-cuba biasakan diri untuk terima pasangan kita seadanya. Tak serasi tak bermakna tak boleh hidup bahagia.”

“Tapi mama. Papa…” Kali ini, meraih simpati pula kepada Encik Maarof. Huhu… papa pun tak luak dengan muka kesian aku ni.

“Betul apa yang mama kamu katakan. Kamu masuk ke bilik dan fikir sedalam-dalamnya ya. Kami nak ke ruang tamu tengok Hindustan. Mari mamanya.”

Pretty menongkat dagu dan bermuram durja sambil melihat sahaja Puan Maria memaut pinggang Encik Maarof dan Encik Maarof memaut bahu isterinya, jalan seiring. Mesra sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 08:13 AM | Show all posts
Pretty menarik lengan baju Asyraf ke luar laman. Masing-masing berhadapan antara satu sama lain.

“Raf, you tak patut datang sini. You fahamkan maksud I.”

Asyraf berpeluk tubuh.

“No, I tak faham kenapa you marah-marah ni?”

“You jangan buat-buat tak tau boleh tak? I tengah serabut dengan… those things about. You boleh faham keadaan I sekarang ni. Please jangan buat-buat bodoh. Pleassse…”

Pretty terdesak. Seboleh-boleh mahukan Asyraf mengerti perasaannya saat ini. Dia tidak boleh terima Asyraf jika hati abangnya pernah disakiti hingga membawa diri. Tak dapat bayangkan jika mereka bakal bertemu sedangkan hakikat apabila dia dan Asyraf… oh tak boleh, tak boleh. Aku tak sanggup sakiti hatinya lagi.

“Raf, I merayu kat you. Please you pergilah balik. I tak nak…”

Pretty berlutut di hadapan Asyraf dan lelaki itu terkejut dengan perlakuan Pretty. Dia memaut lengan Pretty dan lekas-lekas dibangunkan.

“Pretty. You..you tak perlu buat begini. I datang bukan untuk I.”

“Bu…bukan untuk you?”

Pretty hampir hendak pitam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 08:15 AM | Show all posts
Pretty merayap-rayap melihat suite bulan madu yang cukup luas. Dia memusingkan badan sambil menghayati keindahan suite ini. Pretty melabuhkan punggung dibirai katil sambil menggoyangkan kaki.

Usai majlis akad nikah malam tadi dan disusuli majlis persandingan di hotel mewah ini, dalam seribu tetamu dijemput ke majlis gilang-gemilang meraikan dua mempelai sama cantik sama padan dipelaminan.

Pretty bangun kemudian cuba bermain-main dengan suis yang terdapat di merata bilik bagi mengenal pasti kedudukan lampu dan suisnya. Pretty tersenyum sendiri. Sudah ada perancangan sejak sebulan yang lalu. Dan dia, bersungguh-sungguh mahu lakukannya seperti yang pernah dia impikan apabila dia bernikah kelak.

Sebulan yang lalu,

“Maaf Datuk, err… Datin. Saya nak cakap sesuatu.”

Puan Maria memusat ke wajah anak daranya dengan pandangan kurang senang. Pretty perasan akan makna renunagn tajam mamanya. Cepat-cepat dia menggenggam tangan Puan Maria dan mohon mamanya memahaminya saat ini.

Puan Maria melihat genggaman si anak yang terasa betapa dinginnya tangan itu. Tidak mahu anaknya susah hati, terpaksa dia membiarkan anaknya menyuarakan hasrat hati.

*************************************

Dimajlis merisik itulah Pretty meminta Datuk Hashim dan Datin Kalthom memberi tempoh pertunangan selama sebulan dengan alasan perlu persiapan rapi. Walaupun sebenarnya Datuk Hashim dan Datin Kalthom mahukan Pretty dan anaknya bernikah sahaja tanpa perlu bertunang.

Anak terunanya juga mahukan begitu. Namun, Pretty beralasan yang membuatkan Datuk Hashim dan Datin Kalthom bersetuju setelah dikuatkan lagi alasan daripada bakal besan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 08:28 AM | Show all posts
Pintu dibuka perlahan. Haniff melihat keadaan kamar nan suram hanya diterangi lampu tepi katil di kanan dan kiri. Haniff menghela nafas dan melangkah perlahan.  Dia menutup pintu dan mula mencari kelibat isteri yang baru dinikahi.

“Sa…sayang, sayang.” Haniff tercari-cari diri Pretty dalam suite yang agak luas. Memang mana-mana pun Pretty boleh bersembunyi.

Pling. Lampu di ruang meja solek terpasang. Haniff berpaling. Pling, terpasang pula lampu di tempat ruang letaknya almari. Pling, terpancar di ruang balkoni dan kelihatan bayangan dibalik tirai. Haniff terkasima.

Perlahan-lahan alunan irama Hindustan mula berkumandang dan makin lama, irama itu semakin rancak dan mempesona, seiring kemunculan si jelita mengikut rentak tari di hadapan Haniff.



Chhal chhabeela
Rang rangeela
Badan kateela
Hont raseela
Roop sajeela
Yaar hateela

Tang pyjama kurta dheela
Chhabeela, rangeela, kateela, raseela, sajeela, hateela, pyjama hai dheela



Hampir jatuh rahang Haniff melihatkan tarian gemalai dan menggoda si isteri dengan mengenakan… Salwar yang dia hadiahkan lima tahun lalu.

Aaja aaja
Aa ja aa ja
Aaja aaja ab to aaja rasta mor ke
Tujhe hai kasam are bereham
Tujhe hai kasam are bereham kar na sitam aise
Pehloo se chhootke
Bikhroon main tootke
Bedard baalma na jaa yoon rooth ke


Pretty mengalun langkah tarian mengelilingi Haniff sambil menggamit-gamit manja, dengan pandangan menggoda kepada Haniff. Merah padam wajah Haniff namun, matanya tidak lepas memandang gerak tari Pretty.

Chhal chhabeela
Rang rangeela
Badan kateela
Hont raseela
Roop sajeela
Yaar hateela
Tang pyjama kurta dheela

Chhabeela, rangeela, kateela, raseela, sajeela, hateela, pyjama hai dheela
Kitna Sad aur Kitna akela



Haniff terundur lalu terduduk atas birai katil, menatap wajah isteri yang kian menggoda jiwa. Pretty datang mendekat ke arah Haniff, kemudian duduk diriba suaminya.

Masing-masing saling bertatapan seakan melepaskan rindu terbuku didua hati. Pretty mengusap-usap wajah Haniff. Pinggang Pretty dirangkul erat. Membuatkan mereka saling merapat. Jantung mereka berdua bagaikan berdegup seirama.

“Abang.” Lunak suara itu meluahkan.
“Sayang.” Suara garau penuh memikat hati si isteri.

Perlahan-lahan mereka rebah atas katil dan malam menjadi saksi cinta yang kian menyatu dua hati yang lama berjauhan.



~TAMAT~
Last edited by sellie003 on 26-10-2014 04:09 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-10-2014 08:36 AM | Show all posts
makna cari sendiri....mest jatuh rahang macam haniff gak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 09:10 AM | Show all posts
hehehe... lastly....
comel3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2014 11:58 AM | Show all posts
pen_biru posted on 26-10-2014 09:10 AM
hehehe... lastly....
comel3...

thanks sudi baca....
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 03:54 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 24-10-2014 10:10 AM
Aku rasa ni dah boleh jd novel laa
dalam fikiran aku kalo cerpen total posting tak lebih dr 4 at ...

Pernah satu syarikat penerbitan buat pertandingan menulis cerpen. Antara syaratnya... font times new roman bersaiz 12, 8-20 ms (word document). Anyway derang masih consider jika terlebih 2 or 3 ms...

Lain kali letak syarat jumlah muka surat.... kan senang?


@sellie003
Tahniah atas kegigihan menulis...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 04:12 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-10-2014 03:54 PM
Pernah satu syarikat penerbitan buat pertandingan menulis cerpen. Antara syaratnya... font times n ...

thanks... kalu tak layk pom...tetap nak abiskn gak karya nih...gigih nulis sampai 1 pagi nih....huhu...

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2014 04:41 PM | Show all posts
sellie003 posted on 26-10-2014 04:12 PM
thanks... kalu tak layk pom...tetap nak abiskn gak karya nih...gigih nulis sampai 1 pagi nih....hu ...

Kita x de mood nak join... all the best la utk cik sellie...

pss... ya maulana dah star jumaat hari tu. Tajuk dalam iradatmu. Tv hijrah... 5 ptg
psss lagik... abang kita dah kritikal. Doktor kata bila2 masa Izrail akan memanggil. Minggu depan nak gi tengok


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2014 04:47 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-10-2014 04:41 PM
Kita x de mood nak join... all the best la utk cik sellie...

pss... ya maulana dah star jumaat  ...

Thanks.... sya pulk sebaliknya...takde mood yg join...

Oh ye?...alahai kol 5 mmg x sempat sya sampai umah pom kat 6.00...

Innalillah... sya sedekah Al-Fatihah wat abg awk... Moga diringankn beban sakaratulmaut....

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 12:11 PM | Show all posts
sweet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2014 12:36 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 27-10-2014 12:11 PM
sweet

Thanks....sudi baca...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 12:42 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-10-2014 04:41 PM
Kita x de mood nak join... all the best la utk cik sellie...

pss... ya maulana dah star jumaat  ...

i am sorry to hear about your brother... semoga tabah mengharungi ujian ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2014 12:50 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 26-10-2014 04:41 PM
Kita x de mood nak join... all the best la utk cik sellie...

pss... ya maulana dah star jumaat  ...

takziah lady.. kenapa abg lady?



Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 03:07 PM | Show all posts
nice story sis... so sweet...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sellie003 posted on 22-10-2014 12:18 PM
“Va, va, va… are we Pretty just now acting the love true story haa….” Tergoyang sedikit kepalany ...

perghhh. sedak bahasa .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2014 02:08 PM | Show all posts
Esmiria posted on 21-11-2014 01:54 PM
perghhh. sedak bahasa .

contest dah tamat dik...baru baca kaa....

Apapun Thanks sudi baca karya akak tak seberapanya ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.340183 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list