View: 5452|Reply: 69
|
[Tempatan]
Sistem GST Malaysia antara yang terbaik dunia
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia, kata Ketua Serantau Asia Pasifik, China KPMG, Lachlan Wolfers.
"Jabatan Kastam Diraja Malaysia membuat persiapan yang sangat baik dan maklumat yang mereka sediakan untuk pembayar cukai adalah bertaraf dunia," katanya pada Sidang Kemuncak Cukai KPMG Malaysia 2014 di sini hari ini.
"Mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan GST di Australia, saya katakan Jabatan Kastam membuat persiapan yang amat baik, jika pun tidak lebih baik daripada apa yang saya lihat pada peringkat sama di Australia," katanya.
Wolfers berkata cabaran di Australia ternyata sama dan terkandung dalam ungkapan yang mudah bahawa GST bukan hanya satu perubahan cukai, tetapi perubahan yang memberi kesan kepada perniagaan harian, dan bukan hanya pakar cukai sahaja yang perlu memahami sistem itu.
"Cabaran utamanya ialah ciri-ciri GST yang saling bergantungan, tidak cukup bagi syarikat menangani isu GST mereka sendiri, mereka perlu memahami bagaimana ia memberi kesan kepada pelanggan dan bekalan mereka.
"Mereka perlu memastikan aktiviti huluan dan hiliran mereka bersedia untuk GST dan sebab itu pendaftaran pada peringkat awal sangat penting," kata Wolfers.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif - GST Initiative Indirect Tax Leader, Bob Kee bersetuju dengan Wolfers bahawa syarikat perlu memulakan pelaksanaan GST.
"Banyak perniagaan di Malaysia tidak memahami GST dengan baik dan bagi mereka yang menganggap memahaminya, mereka sering memandang ringan kesukaran yang terbabit," kata Kee.
"Jika anda mengenepikan kesukaran teknikal GST, pelaksanaan sebenar boleh memakan masa dan memerlukan usaha.
"Ada banyak masa untuk membuat perubahan terhadap sistem, proses dan dokumen dan jika anda menangguhkannya lebih lama, tidak akan mempunyai masa yang cukup, berikutan pengalaman kami menunjukkan walaupun bagi perniagaan yang paling mudah, pelaksanaan GST boleh mengambil masa hingga enam bulan," kata Kee. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Saya setuju sistem GST kita antara yang terbaik. Aritu saya ada menghadiri satu mesyuarat GST, pegawai kerajaan cakap benda yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
belum laksana, dah yang terbaik? WOW... saya tak sabar nak membayar GST! |
|
|
|
|
|
|
|
saya rasa sangat bertuah sebab terpilih untuk membayar GST ditahun depan..memang terbaik GST nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo pemahaman aku salah sila betulkan..
peniaga beli pukal kat pembekal..
kalo die tanak bayor GST byk2 kat gomen, die takkan markup harga tinggi melangit..
lepas tu die kene fikir la dulu kalo nak naik harga utk dpt lebih profit.
kalo die markup tinggi melangit jugak, byk die kene bayor kat gomen, sbb bleh klem sikit je kan..
byk jugak la pelanggan die kene bayor (barang jadi mahal laaa)
untuk stok sedia ada kat peniaga..
nak kekalkan profit margin yang sama, die kene markup harga lah
walaupun kene bayor gst tinggi..
atau die kekalkan harga.. tapi profit margin turun.
kesimpulannya gst mmg boleh tolong kawal harga barang,
but depends on scenario la..
mahal murah barang byk jugak bergantung kepada peniaga,
berapa byk dorg nak markup harga.. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 22-10-2014 12:46 AM
Saya setuju sistem GST kita antara yang terbaik. Aritu saya ada menghadiri satu mesyuarat GST, pegaw ...
Pegawai kerajaan yang cakap macam tu???
|
|
|
|
|
|
|
|
mattzzx posted on 22-10-2014 11:50 AM
Pegawai kerajaan yang cakap macam tu???
Haah...sebab tu saya percaya GST kita terbaik untuk rakyat. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 22-10-2014 11:54 AM
Haah...sebab tu saya percaya GST kita terbaik untuk rakyat.
yelah tuu.....terbaik lah sangatt.....
|
|
|
|
|
|
|
|
mattzzx posted on 22-10-2014 11:57 AM
yelah tuu.....terbaik lah sangatt.....
Betul bro, terbaik. Beliau lagi menambah, rakyat tak akan terima kesan buruk, malah akan gembira dan bersyukur sebab negara akan menjadi lebih kaya kelak.
We should be proud of GST!! |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 22-10-2014 12:02 PM
Betul bro, terbaik. Beliau lagi menambah, rakyat tak akan terima kesan buruk, malah akan gembira ...
Negara akan menjadi lebih kaya...abis rakyat akan menjadi lebih apa?
Hidup GST..
|
|
|
|
|
|
|
|
mattzzx posted on 22-10-2014 12:15 PM
Negara akan menjadi lebih kaya...abis rakyat akan menjadi lebih apa?
Hidup GST..
Seperti kata PM,rakyat akan menjadi rakyat yang berpendapatan tinggi hasil perlaksanaan GST. |
|
|
|
|
|
|
|
PEPPERMAN posted on 22-10-2014 08:56 AM
belum laksana, dah yang terbaik? WOW... saya tak sabar nak membayar GST!
exactly what i'm thinking.. hahaha..
mungkin penilaian dari segi persediaan kot?
perlaksanaan? way to go.. hihihi
|
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 22-10-2014 12:16 PM
Seperti kata PM,rakyat akan menjadi rakyat yang berpendapatan tinggi hasil perlaksanaan GST.
Macamana boleh jadi berpendapatan tinggi kalau orang keje di kampung, penoreh getag, buka kedai kopi kecil2an dll...
|
|
|
|
|
|
|
|
mattzzx posted on 22-10-2014 12:22 PM
Macamana boleh jadi berpendapatan tinggi kalau orang keje di kampung, penoreh getag, buka kedai k ...
Ya, dorang ada cakap, kalau korang tak suka dengan GST, boleh blah dari Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 22-10-2014 12:24 PM
Ya, dorang ada cakap, kalau korang tak suka dengan GST, boleh blah dari Malaysia.
Nak blah kat mana plak? indon, india, bangla atau china? hheehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu sehingga gst dilaksanakan...baru boleh komen...kadang kala on paper semua cantik, terbaik |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 posted on 22-10-2014 12:24 PM
Ya, dorang ada cakap, kalau korang tak suka dengan GST, boleh blah dari Malaysia.
Nak belah ke mana . Kebanyakan negara pun adakan gst .
|
|
|
|
|
|
|
|
yg pasti bila gst dah implement harga brg yg entitled gst akan naik la... tu jerk yg aku tau.
kos cukai dikenakan ke atas pengguna akhir, bkn peniaga ma... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sungguh implement GST,
kenapa tak start dulu dgn rate 2-3 % ???.
kesian rakyat marhein |
|
|
|
|
|
|
|
belum dilaksanakan mana tau terbaik di dunia??
setakat atas kertas |
|
|
|
|
|
|
| |
|