CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4431|Reply: 5

Terbunuh selepas raikan gol

[Copy link]
Post time 22-10-2014 12:23 PM | Show all posts |Read mode
TINDAKAN melakukan somersault untuk meraikan gol bukan tindakan yang bijak apabila meragut nyawa seorang pemain tengah Bethlehem Vengthlang FC, Peter Biaksangzuala.

Pemain berusia 23 tahun itu dilaporkan meninggal dunia kelmarin di sebuah hospital di Mizoram, akibat mengalami kecederaan saraf tulang belakang yang teruk.

Dia melakukan lompatan somersault sebagai merai gol penyamaan dalam perlawanan menentang Chanmari West FC semasa Liga Perdana Mizoram (MPL) Selasa lalu.

Menurut setiausaha Persatuan Bola Sepak Mizoram (MFA), Lalnghinglova Hmar, pemain bola sepak India tersebut mendarat dengan kekok dan tidak sedarkan diri selepas membuat lompatan.

“Kami ada mempertimbangkan pilihan untuk menerbangkannya ke Delhi, namun keadaannya sangat teruk. Dia kerap tidak sedarkan diri dan hanya boleh menyebut beberapa patah perkataan,” katanya kepada sebuah agensi berita.

Sementara itu, pihak Bethlehem Vengthlang FC membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan jersey bernombor 21 sebagai penghormatan kepada Biaksangzuala.

Selain itu Hmar memberitahu, MFA akan menganjurkan perlawanan sempena memperingati pemain tersebut.

Dalam pada itu, FIFA menggesa Lembaga FA Antarabangsa (IFAB) untuk meluluskan peraturan tambahan terhadap pemain yang meraikan gol.

“Kejadian ini merupakan tragedi dalam bola sepak, dan kami sangat bimbang mengenainya. Ia merupakan tanggungjawab kepada IFAB untuk membuat sebarang pindaan terhadap Undang-undang Permainan,” jelas FIFA.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-10-2014 12:24 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2014 11:14 PM | Show all posts
Ajalnya sudah sampai
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2014 02:58 PM | Show all posts
bahaya buat aksi begitu
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2015 05:02 PM | Show all posts
alamak celebrate goal pun boleh mati
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2015 05:22 PM | Show all posts
kelab devision bwh2 ni yg selalu buat benda2 pelik
kelab yg top aku tgk celebrate biasa je...paling2 pon bukak baju je
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.058933 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list