CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aylanins

MARDHIYAH MADISON @ SURI HATI ABANG (novel JEMARI SENI Sept 2015)

[Copy link]
Post time 11-11-2014 04:06 PM | Show all posts
UsuFie posted on 11-11-2014 03:47 PM
lady dah kenapa ni..hangen sajork...  

dah TT jutawan..mmglah rumah beliau di sana sini sin ...

Memang musim angin usu.... Nasib tak puting beliung.

Oh, tt jutawan ek?
Tapi kan, pada lady, alang2 bina rumah, biar molek sikit. Tak ada perabot sekali pun, kurang2 ada dinding, atap....
Bolehlah nak tumpang transit.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2014 04:09 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 11-11-2014 04:06 PM
Memang musim angin usu.... Nasib tak puting beliung.

Oh, tt jutawan ek?


mmg skrg musim hangen lady..dah ujung tahunkan...
siap sedialah utk banjir semua..

ntahnya TT ni... yg cari gelang keristal pun tak tau ujung pangkal..
yg nak gunting rambut pun dah lesap...


errr...yg lady tu rasa cam ada gak rumah tak siapkan..

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 09:56 AM | Show all posts
UsuFie posted on 11-11-2014 04:09 PM
mmg skrg musim hangen lady..dah ujung tahunkan...
siap sedialah utk banjir semua..

Erkk...

ye usu... lady ada satu rumah yg tak siap. Tp rumah tu dah disita awal2 spy org x bleh transit.
itulah... berangan nak bina rumah agam tepi sungai tp x sedar modal ciput.
So sekarang kena ukur baju di badan sendiri lah npknya. Huhu...

Mcm mana pun lady dok cuba gak kumpul modal sikit2. Ada rezki, sambung pembinaan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2014 04:02 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua...

Maaf ya sebab tiap hari balik kerja, sampai rumah lewat, kadang-kadang dekat nak Maghrib baru jejak rumah.
Kalau dah sampai rumah, mata asyik nak tido je  tak larat lagi dah nak menaip...   
Insya Allah saya cuba update setiap hari, tak pun dua hari sekali, tak pun tiga hari sekali eh ehh.. haha

Okay. Ni sambungannya... Last edited by aylanins on 13-11-2014 04:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 04:03 PM | Show all posts
aylanins posted on 13-11-2014 04:02 PM
Assalamualaikum semua...

Maaf ya sebab tiap hari sampai rumah lewat, kadang-kadang dekat nak M ...

mana sambungannya TT....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2014 04:05 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 13-11-2014 04:03 PM
mana sambungannya TT....

Amboiiii zamzammmmmm ala kazam... cepatnya balas ... tak sempat nak letak entry dia dah reply
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-11-2014 04:05 PM | Show all posts
GUNTING macam mana? Satu dua tiga?” Tanya Agus sambil matanya pura-pura menilik kepala budak lelaki yang duduk dihadapannya. Padahal sebenarnya dalam hati dia mahu saja menatap wajah Mardhiyah lama-lama.

“Kikis tepi bang…” sahut budak lelaki yang duduk itu.

Army cut… pendek. Macam askar,” tegas Mardhiyah menjawab. Wah, pandai-pandai nak minta kikis tepi. Sudahlah servis gunting rambut dia yang bayar, suka hati saja nak minta fesyen macam-macam.

Agus tersenyum menahan gelak. Mardhiyah sudah keluar aura Ketua Pengawasnya. Teringat dia dengan si Mardhyiyah yang dicop garang sewaktu di sekolah menengah dulu.

“Malam esok datang tak Mar? Kak Has tanya-tanya tu, lama katanya tak jumpa geng sama-sama main galah panjang dulu,” tanya Agus sambil menoleh ke arah Mardhiyah sekilas.

Mata Cikgu Aini tiba-tiba saja memandang wajah Mardhiyah sekilas. Mar? Cik Mardhiyah kenal ke dengan si tukang gunting rambut ni? Dahinya sudah berkerut.

“Tak pasti. Kalau mak datang, Mar ikut sekali. Kalau abah tak ajak, abah nak pergi seorang, alamatnya duduk rumah je esok,” jawab Mardhiyah dengan nada segan.

Segan sebab Agus cuma panggil dia Mar, lebih-lebih lagi Cikgu Aini ada berdiri di sebelahnya ini. Segan kedua sebab dia sudah mahu kata tidak pada risikan Haji Suleiman, tapi sekarang bila berhadapan dengan Agus secara siaran langsung begini, tiba-tiba saja hatinya rasa berdebar-debar. Degupan jantungnya semakin laju. Darah terasa menyerbu naik ke muka. Bukan kali ini saja, tiap kali ke pasar raya ini, kalau kebetulan dia terserempak dengan Agus di sini, pasti rasa berdebar-debar itu wujud.

Malam esok, majlis akad nikah Kak Hasnah, kakak sulung Agus. Kad jemputan memanglah keluarganya dapat, tapi seganlah dia nak datang ke majlis orang kalau tanpa emak. Dia bukannya pandai sangat beramah mesra dengan tetamu yang dia tidak kenal. Lebih-lebih lagi selepas Haji Suleiman berkias-kias pada abah merisik dia untuk Agus.   

Agus terdiam sambil tangannya tekun menggunting rambut budak lelaki yang duduk di hadapannya. Tiba-tiba saja dia teringat dengan kata-kata ayahnya, Haji Suleiman, beberapa hari lepas. Ayah sudah tanya-tanya pada abah Mardhiyah, kalau Mardhiyah setuju, kita masuk meminang, begitu kata ayah. Tapi, setujukah Mardhiyah? Terburu-burukah keputusan yang dia buat ini ya, Agus sudah dilanda bimbang. Kalau setuju, tentu Mardhiyah tidak teragak-agak untuk ke majlis akad nikah Kak Has malam esok.

“Semua sekali dua puluh satu ringgit,” Agus senyum pada Mardhiyah selepas selesai menggunting rambut murid yang ketiga.

Mardhiyah hulur kepingan duit kertas pada Agus.  “Kirim salam kat Kak Has ya. Insya Allah, kalau mak pergi, Mar ikut sekali…”

“Insya Allah…” sahut Agus menyambut huluran duit daripada Mardhiyah. Din sudah pura-pura batuk di sebelahnya. Agus sekadar menjeling tajam pada Din. Dari tadi sejak Mardhiyah ada di dalam kedai gunting rambut itu, Din tidak habis-habis dengan batuk kecilnya.

Kaki Mardhiyah terus melangkah keluar dari kedai gunting rambut sederhana kecil itu. Haraplah emak ikut sekali ke majlis malam esok, adalah alasan untuk dia pergi sekali. Kalau emak tidak ikut, memikirkan hal itu, terasa  ada sesuatu yang hilang dari hatinya.

Tapi kemudian, entah kenapa tiba-tiba saja dia teringat dengan Faisal. Faisal anak Kak Bariah. Faisal anak saudaranya. Faisal yang punya rambut sarang tebuan. Tentu sarang tebuan di kepala Faisal itu makin lebat. Baiklah, malam ini dia akan telefon Kak Bariah, dia mahu cup si Faisal sarang tebuan itu untuk dibawa ke kedai gunting rambut Agus ini, paling lewat hujung minggu ini.
Last edited by aylanins on 13-11-2014 04:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 04:11 PM | Show all posts
aylanins posted on 13-11-2014 04:05 PM
Amboiiii zamzammmmmm ala kazam... cepatnya balas ... tak sempat nak letak entry dia dah reply {:th ...

tak sabar nak tau sambungannya TT... suka sangat bila ada entry baru ni... ter'excited lebih pulak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2014 04:11 PM | Show all posts
sambung lagi bila ada masa ya TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2014 04:19 PM | Show all posts
Hai @qimi08 lama tak nampak... TQ singgah sini

Nah dah ada sambungannya... gatal tangan ni nak menge'tag' orang bagitau dah taip entry baru... @UsuFie @prettyuglybabe @ladyFinger12

@NaylaArisha memang bijak meneka

@Esmiria sinopsis takdok... taip cerita ni ikut suka-suki hari-hari, tapi harap-harap sampai ke ending yg dirancang

@Zamzam2013  baeklah zamzam... *nak tag jugak si zamzam ni *
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
aylanins posted on 13-11-2014 08:19 AM
Hai @qimi08 lama tak nampak... TQ singgah sini

Nah dah ada sambungannya... gatal tang ...


tag tak jadi.seb bek jenguk thread ni.sedap bahasa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2014 05:01 PM | Show all posts
wah.. siap cop anak orang nak gi kedai gunting rambut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 05:27 AM | Show all posts
Esmiria posted on 13-11-2014 04:45 PM
tag tak jadi.seb bek jenguk thread ni.sedap bahasa.

Banyak tag tak jadi adoiii

Nah... ni dia sambungannya. Pakai gear tiga dah ni .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 05:28 AM | Show all posts
Edited by aylanins at 10-7-2015 03:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 10:07 AM | Show all posts
aylanins posted on 13-11-2014 04:19 PM
Hai @qimi08 lama tak nampak... TQ singgah sini

Nah dah ada sambungannya... gatal tang ...

Thank u cik @aylanins ... mengingati diriku ini... chewah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2014 10:26 AM | Show all posts
Edited by aylanins at 10-7-2015 03:05 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2014 12:11 PM | Show all posts
aylanins posted on 14-11-2014 10:26 AM
MARDHIYAH tegak berdiri di hadapan lelaki itu. Dia tidak tahu mahu buat apa. Matilah. Kenapalah dia  ...

nice one TT... mardiyah dh meluaskan kekuasaannya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2014 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe... Comel..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2014 12:33 PM | Show all posts
Edited by aylanins at 10-7-2015 03:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2014 01:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.097644 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list